Insiden tersiku bibir telah membawa Ali Aduka nekad mahu mengenali Maryam Az-Zahra. Muka tak tahu malu Ali Aduka sering menguji kesabaran Maryam Az-Zahra. Lebih-lebih lagi lelaki itu bermulut lepas!
“Come on… saya tak kan usik dara awak tu!” Sinar mata Aduka terus nampak galak. Erkkk! Aku ternganga. Dia… Dia… “Ali Aduka!” Aku jerit kuat-kuat. Eee… Apasal malang sangat aku boleh kenal dia ni?
Setelah terbina banyak momen indah antara mereka, Maryam diarah mengahwini Fattah Aqil untuk menutup malu keluarga. Dia perlukan Aduka untuk membantu. Tapi, Aduka pula menghilangkan entah ke mana.
Kerana patuh, Maryam akur. Kerana kepatuhan itulah, dia bergelar isteri dan kerana kepatuhan itu juga, dia bergelar janda. Dia diceraikan dengan talak tiga setelah dua bulan menjadi isteri.
Saat hati Maryam mula sembuh, dia dipaksa berdepan dengan Duke. Lelaki yang sudah lama dia kenal nama, yang sudah lama dia ingin jumpa.
“I’m back…” Aduka bersuara. Dia fikir semudah itu? Kelopak mata aku tiba-tiba berat. Jiwa aku bergolak hebat. “I’m back…” Aduka ulang lagi. Argh! Aku tak sanggup nak dengar apa-apa lagi dari ulas bibir dia.
Kenapa pula Aduka yang muncul, bukan Duke yang Maryam tunggu?
Siapakah Duke? Siapakah Ali Aduka?
Dan, apa akan berlaku bila Fattah jadi gila talak, meminta Ali Aduka mengahwini Maryan untuk tujuan menjadi cina buta?
sebuah cerita yang ringan...yg mudah untuk dihadam dan bt kita gelak dgn telatah sengal dan mulut x berinsurans Ali Aduka dr awal sampai habis..... daripada insiden tersiku bibir, membawa kpd sebuah perkenalan dan akhirnya membibit rs cinta dalam hati Ali Aduka dan juga Mariam Az Zahra....namun, sesuatu yg terjadi telah membuatkan Zahra terpaksa berkahwin dengan Fattah...tetapi perkahwinan yg bkn dasar cinta itu hanya mampu bertahan sekejap sahaja dan akhirnya zahra tlh dilpskan dgn talak 3....krn perceraian itu, zahra kehilangan kedua ibu bapa nya.... Kerana kecewa dgn perkahwinan zahra dgn fattah, aduka membawa diri ke oversea..tetapi dia kembali semula setlh zahra berpisah...aduka dan zahra menyambung kembali hubungan cinta mrk yg terputus sblm ini....tp mn ada hubungan yg tidak diuji....fattah kembali mengganggu zahra....fattah meroyan giler talak....sampaikan sanggup mtk aduka melepaskan zahra.... berpisah kah aduka dan zahra sekali lagi???
Dalam semalaman dah habis baca cerita ni..Novel dia best, cuma ada beberapa part yang x kena rasanya atau penulis tak huraikan dengan lebih jelas.Contohnya pasal Fatah juga sebenarnya cintakan Mariam,Sifat Fattah yang childish dan senang diperbodohkan oleh bekas kekasih padahal dia ialah seorang boss di sebuah syarikat besar...mcm xde otak pulak percaya kepada fitnah seorang yang pernah curang pada dia..Sifat Aduka yang mula mula gentleman dan ala2 prince charming,tapi sanggup pulak tinggalkan Mariam di saat Mariam paling perlukan dia mcm berlawanan plak.Kalau penulis bole explain or justify this all small matter,rasanya novel ni memang terbaik la,sebab sy enjoy toward the end of the story..
Ambil masa yang lama nak gapai mood nak membaca. Entah mana perginya mood tu. Bila paksa baru boleh start baca.
Menarik sangat cerita ni? Aduka ni sangat berani mengurat Zahra. Straight forward sangat. Tapi bila dia tinggalkan Zahra tu... hmmm... rasa macam why?
Be man laa... takleh ke pertahankan rasa sayang tu? But yeah... sebab utamakan keluarga kan, nak buat macam mana.
Fattah serius sangat... ngeee... mengada. Sama macam Fara. Aduka sweet after kahwin. And no konflik yang berat yang bikin tarik rambut.
Lagi 1... ada sikit kesalahan ejaan penggunaan bahasa but yeah... still boleh terima.
Manusia tend to do mistake so jangan critic keterlaluan. Jangan sampai kita berada di bawah dan kena batang hidung sendiri. Be honest and gentle. No harsh. Peace.
ada sedikit huru hara rasanya di dalam novel ini namun ianya tidak mencacatkan langsung perasaan ingin tahu pembaca tentang kisahnya, tentang apa yang berlaku, tentang watak-wataknya dan semua tentang dari awal hingga akhir kisah. Maryan az-zahra bertemu secara tidak sengaja dengan ali aduka dalam keadaan yang langsung tidak menyenangkan.. Dalam masa yang sama dia bekerja sebagai setiausaha di syarikat anak paklongnya iaitu fattah. Selalu terpaksa menipu paklong dan maklongnya demi menutup aib fattah yang cukup kasar melayannya..
Ali aduka pula, selalu mengambil berat tentang maryam. Ini membuatkan maryam selesa untuk meluah apa saja.. Mengekek-ngekek gelak bila baca di sesetengah bahagian buku. Tapi bahagia mereka tidak lama bila mana maryam terpaksa berkahwin dengan fattah untuk menutup malu keluarga. tidak sampai situ fattah menyeksa maryam. Hingga dia menjatuhkan talak tiga terhadap maryam... Disebabkan peristiwa inilah maryam kehilangan ibu bapanya... Apa yang berlaku seterusnya? Kenapa tiba-tiba ali aduka menghilangkan diri... Tegarkah maryam menghadapi semuanya bersendirian?... Apa yang terjadi pada fattah yang gila talak hingga sanggup meminta orang lain menjadi cina buta? Tahniah untuk cik puan penulis luna bulan untuk karya yang menusuk jiwa ini....
Suka ngan kisah pertemuan mereka, insiden tersiku bibir.. Suka ngan effort Aduka untuk memikat Maryam Az Zahra... Ini cerita santai ringan.. Bagaimanapun, konflik bermula apabila Zahra terpaksa kahwin dengan Fattah.. Kemudian, diceraikan dengan talak 3.. Aduka Yang menghilang.. Mereka kemudian nya dipertemukan semula Dan berkahwin. Aduka Yang Sgt setia Dan percaya akan rumah tangga mereka.
Comment: actually, this story has good story line, however, the writer seems to finish this story in a bit rushing.. Kisah perkahwinan fattah ngan Zahra pon berapa page je.. Tup tup kena cerai sbb fattah percaya ngan fitnah fara.. Padahal fitnah tu mcm kita yg baca pon rasa x logik langsung nak percaya.. Lepas tu,fattah gila talak.. Dgn alasan, fattah pernah mencintai Zahra.. Haha.. Tpi tak nak pon effort fattah yg kononnya cinta Sgt ngan zahra ni... Yang part Aduka menghilangkan diri pon, simple Sgt si Zahra maafkan dia.
Despite all the drawbacks, I still enjoy this love story. Congrats to the writer and good luck for the new baby..
Aduka yg caring , sweet suka mengusik Maryam Az Zahra memang lelaki yg setia. Perkenalan yg tk disengajakan melahirkan perasaan antara kedua-duanya. Tapi apabila Zahra terpaksa nikah dgn sepupunya Fattah, Aduka tiba2 hilang tanpa kabar berita dn hanya muncul kembali setelah Zahra diceraikan Fattah. Ada kisah di sebalik kehilangan dia tu. Overall, cerita yg santai je, konflik sikit tp mampu buat kita senyum.
Lelaki paling setia..tulisan Luna Bulan.Tajuk jer pun dah tau romantik...
Mengisahkan Maryam Ar Zahra,Ali Aduka dan Fattah. 3 bersepupu yang penuh cerita. Perkenalan maryam dengan ali aduka yang penuh dengan tragedi dan salah faham.insiden bibir berdarah.tuduhan sebagai pasangan gay.
Fattah lelaki yang seperti mafia.Walaupun bersepupu tapi layanannya mak ai sungguh x berpatutan. Kesungguhan ali aduka...membuatkan maryam tertawan.tatkala cinta sedang bersemai maryam dipaksa bernikah dgn fattah untuk menutup malu keluarga..
Pertolongan yg diharapkan dari ali aduka x kunjung tiba.maryam menjadi isteri fattah namun hanya atas nama...
Satu tragedi berlaku..dia diceraikan talak 3.. X cukup itu...dia kehilangan kedua org tuanya..dia hilang tmpt bermanja..
Kemunculan Duke sepupunya memeranjatkan maryam..rupanya ali aduka hilang kerana memberi ruang kepada fattah abg sepupunya...
Cinta aduka dan maryam disemai kembali...fattah pula menginginkan maryam semula.. Berharap agar aduka menjadi cina buta supaya dia mendapatkan semula maryam...satu tragedi yg berlaku akhirnya membuatkan aduka dan maryam berhijrah meninggalkan malaysia..
Kena baca novel ni..sangat ringkas ceritanya tapi penuh dengan plotnya...