Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yang Aku Inginkan

Rate this book
Kerana sebuah rencana jahat, Hania terperangkap. Dan hukumannya, dia harus mengahwini Shahrin demi mendapat kemaafan abahnya.

Bagi Shahrin, dia sudah tidak punya hati. Cinta dan bahagianya sudah berkubur di hari kematian Ciaralina, tunang yang sangat dia sayangi. Tapi, akur dengan kehendak orang tuanya, dia lafaz juga akad terhadap Hania.

Tiga tahun berlalu, mereka membawa haluan masing-masing. Hania di KL dan Shahrin di Johor. Ikatan yang terjalin tidak mengubah apa-apa antara mereka sehinggalah Hania menamatkan pengajiannya dan Shahrin mengubah fikiran membawa si isteri pulang ke rumah sendiri.

“Kenapa pula awak nak tidur atas sofa?” – Shahrin Irham
“Se..sebab awak kan tidur atas katil. Jadi, saya tidurlah kat bawah.” – Faria Hania
“Malam ini dan juga malam-malam yang seterusnya, tak akan ada sesiapa pun yang tidur atas sofa." – Shahrin Irham.

Maka, bermulalah tugas Hania sebagai isteri. Dia nekad untuk melupakan sejarah hitam dan mencari bahagianya yang mungkin ada pada Shahrin.

Saat bahagia sudah mula menjengah hidup mereka, muncul pula Sofeynna, si 'kembar' Ciaralina dan kemunculan gadis itu buat ingatan Shahrin kembali pada cinta lama. Setiap kali memandang si isteri, bayang Ciaralina muncul dan Sofeynna dijadikan tempat melepaskan rindu. Sofeynna pula, bagai pucuk dicita ulam mendatang.

Terluka dengan suami, Hania pergi membawa diri.

Apa akan jadi pada Shahrin bila dia sedar kesilapan diri? Masih adakah peluang untuk dia meraih kembali hati si isteri?

544 pages, Paperback

First published March 1, 2016

2 people are currently reading
33 people want to read

About the author

Nani Yuhanna

8 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (15%)
4 stars
10 (30%)
3 stars
13 (39%)
2 stars
4 (12%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
August 18, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

As a whole, N rasa novel ni boleh dan harus diperbaiki lagi sebelum diterbitkan. It was poorly edited (banyak typo yang obvious) dna storyline juga tak berkembang dan tidak mempunyai anything yang stand out.
286 reviews52 followers
March 31, 2016
satu cerita yg best, yg mampu membtkan saya utk trs membaca sehingga ke epilog....jalan cerita yg menarik...
sy suka dgn watak shahrin..walau pun dipertghan cerita, shahrin agak tersasar hatinya tp dia cpt bangkit dan sedar dr khilaf nya terhadap isteri tersyg....cumanya ego dan cemburu seorg isteri spt hania membtkan shahrin perlu berusaha lbh lagi memujuk si buah hati....tambahan pula, buah hati tu sedgkan mengandungkan zuriat mereka...
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
October 24, 2016
sometimes, i wonder, does love really means to be with the person with the same traits and same faces or does heart really matter? cam x boleh terima jer, once ko dah move on, ko blh langkah balik belakang, coz u miss some1 that faces/traits are just the same. kalau x nak kata x nak, x yah la nak sentuh2 bagai. ntah pape. hrmmm.. sakit pula hati kita.
Profile Image for Mslvoe.
2,081 reviews201 followers
April 23, 2025
Maaf penulis cerita ni agak slow
Profile Image for Jessica.
171 reviews
January 8, 2017
2017 - #Novel1

Kisah Hania & Shahrin yang berkahwin tanpa cinta dan terpaksa. Hania kena halau dari rumah, Shahrin hantar Hania belajar. Selama tiga tahun mereka hidup bawa haluan masing-masing. Bila Hania habis belajar, Shahrin mula nak bertanggungjawab terhadap Hania.

Mula-mula memang rasa sweet dengan Shahrin sebab layan Hania baik. Tapi bila dia jumpa Sofeynna tu rasa tak Best dah. Dah mesra semua... awatlah nak ber-throwback kenangan lama. Move on, man!

Jalan cerita menarik tapi banyak sangat salah eja. Nasiblah I tak kisah. Layan aje. hehehe...

My first novel tuk tahun 2017. Aja aja fighting! Kurangkan pending... hehe..
82 reviews36 followers
April 19, 2016
Cerita dia menarik, Shah dn Hania dinikahkan sbb satu insiden ttp hanya selepas 3 thn baru mereka hidup bersama, Shah yg setia pada cinta pertama dgn arwah tunang keliru dgn perasaan nya terhadap Hania lantas menjadi masalah dlm hubungan mereka. Apabila Hania membawa diri dgn zuriat yg dikandung baru Shah sedar dn berusaha memujuk isterinya . Ada terselit kisah di sebalik hubungan Hania dn keluarga .
Profile Image for Sadatul Akma.
13 reviews2 followers
May 4, 2016
cerita yg unik & jalan cerita yg menarik..
everthing is okay about this novel except terlalu byk typo membuatkan hlg interest nak baca..
tp baca smpai hbs jugala..i think the 1st novel & the 1st novel from idea kreatif yg ada t'lalu byk typo.hope in future dapat alert & perbaiki kslhn.lgpun ni 1st novel dari writer.gud luck for next novel..
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.