Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.
Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.
Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?
Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?
“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”
Bila baca masa mood okay, makanya saya pun tak kekwat sangat la hehe.
Comel kisah Lin dan Lan ni. Mungkin sebab watak-wataknya lebih realistik, maka memang boleh follow the flow. Layan jugaklah perangai sengal diorang berdua tu.
Drama adaptasi hari tu, tengok gitu-gitu jer. Usahkan jalan cerita, pelakon pun dah tak ingat sapa. Yang ingat cuma Scha jer, yang lain terpaksa google cari 😅😅.
Novel Bahasa Melayu pertama untuk tahun 2018. Sebab dah lama sangat dah peram, kenalah baca juga. Itu pun sebab beria-ia seorang kenalan asyik sebut PBAKL2018. Huh, yang PBAKL sebelum ni pun tak habis baca lagi, lagi mau tambah.
Berbalik kepada novel ni, ada bahagian memang lucu, ada bahagian yang menjengkelkan dan ada bahagian macam iya ke. Masuk bab 80, saya dah mula bosan. Pada pendapat saya tak perlu dipanjangkan lagi cerita. Tak perlu ada 'closure' pun untuk satu watak tu. Malahan saya tak 'feel' pun kisah antara watak tu dengan Lan.
Saya jengah juga drama adaptasinya. Baru ja tadi setakat nak ambil 'mood'. Tapi sebab orang lain yang saya bayangkan untuk watak Lin, Lan, Kak Husna dan Yeop, maka tak terbuka hati nak tonton.
Pengarah filem 3 Idiots pernah kata dia tak wujudkan watak baru untuk jadi tunang Pia sebab penonton takkan dapat terima watak yang tak ada 'development'. Jadi masa watak Zahra muncul, saya teringat kata-kata pengarah tu sebab tepat sekali. Perlu ke Zahra ni? Itu sebab bila dia muncul, saya sedikit tersentak.
Saya rasa 'editor' untuk novel ni pun sedikit senget macam Lin juga. Maaf ya Jabatan Editorial Kaki Novel tapi sekali lagi saya tegaskan, tak perlu dipanjangkan cerita. Potong saja Zahra dan semua bab dari 80 ke atas tu.
Jujur, saya xtgk pun tv series adaptasi novel nie. Tapi lepas habes je baca buku nie rasa mcm nak tgk pulak. Nak2 ada Scha Alyahya kan. Sama tak dgn novel? Sbb serius saya ketawa berdekah2 baca buku nie. Adehla. Sampai anak saya pun tgk saya pelik. Dah apa kena dgn mama aku nie? Itu agaknya yg dia nak tanya. Tapi sbb dia bru 3 tahun, dia bantai gelak bersama2 dgn mama, walaupun xtau hujung pangkalnya.
Jalan cerita mmgla klise. Tapi disebabkan ada elemen komedi saya jd xkesah. Dan saya rasa xkesah pun nak habeskan buku nie. Cuma kekangan masa yg menyebabkan saya ambik masa yg agak lama utk habiskan buku nie.
Watak Syazlin mmg saya suka. Tapi kebudak2an sgt. Time belum kawin, saya okay lg. Boleh terima. Lepas kawin pun cm2 jugak? Mcm nak luku laju2 je. 😂😂 Tapi part baik hati saya puji Syazlin nie. Boleh pulak duduk serumah dgn Hanisah. Siap berbaik lg dgn Hanisah. Padahal robek hatiku hanya Tujan je yg tahu. Respek!!
Fadhlan mmg mature. Cuma penulis xnyatakan umur watak2 beliau. Tapi saya agak2 Lan mesti lebih berusia dari Syazlin. Sbb dia cool dan rilek je. Cuma masa jeleskan si Lin je dia out of character sket. Tapi, cinta itu buta kan. Saya terima Lan begitu. 😁
Watak lain mmg best. Tapi watak sampingan yg plg saya suka Kak Husna. Sengal sgt kakak ipar Lin. Adehla.. Bertabahla kalau ada kakak ipar begitu. Kak Shima pun boleh tahan jugak sengalnya. Haha. Anyway, tahniahla penulis. Watak2 yg awk wujudkan mmg menghiburkan saya.
Saya cuma pernah baca Yes Bos je sblm nie. Dan saya mmg suka sgt buku 2. Ini karya kedua penulis yg saya baca. Saya sukakannya. Saya dah belek2 koleksi buku2 saya dan ada 2,3 buah lg buku penulis yh saya ada. Will continue to support this author. Penceritaan yg santai dan menghiburkan. Keep it up!!
mmg best citer ni...dr awal sampai abis, ku duk gelak je....adesssss mmg lah kesian dgn si syazlin tu bl 2x cintanya x kesampaian....mula2 cinta kan faris, tp faris kawin dgn farissa....dh terubat hati, syazlin syok plak kat anak tiri abah dia, si fadhlan ahmad tu....tp kecundang jugak bl fadhlan bertunang dgn hanis....yg melampau tu, fadhlan tu blh plak nk tumpangkan tunangnya duk skali dgn syazlin....hihh....mmg terduga btl hati syazlin ms tu.... tapi dah nama nya drama queen kan, confirm lah syazlin tunjuk wajah cool je...hihih...tp syazlin ni mmg sgt2 drama queen...merajuk je nk pujuk dgn icecream haagen dazs....merajuk lagi, mtk chor sponsor tiket ke korea...konon2 nk duk dgn yeop kat korea.....hahahah...adessss mcm2 lah perangai si syazlin....mmg syok lah bc citer ni....terbaik
Eloklah tak ada relationship dengan Faris. Tak sangka Faris ni tak cukup dengan 1 perempuan. Alasan sebab 1st wife tak sebulu dengan mak Faris.
Syazlin tak suka kat Che Yam @ mak tiri tapi kat anaknya tersyiok lak pulak. Dengar kata kak Husna, kak iparnya terus karang surat siap letak bedak wangi 🤣🤣 adehh teringat zaman dulu
Tapi tu la Fadhlan dah ada kekasih hati. Kira Syazlin ni kental jugak hatinya. Fadhlan siap suruh Stazlin terima kekasihnya duduk menetap kat rumah Yeop dengan Syazlin.
Mula² Syazlin ingat nak buli tapi tu la kekasih Fadhlan sangatlah baik.. pandai masak, elok tingkahlaku. Sampai Syazlin anggap kekasih Fadhlan as mak angkat.
Terjadi sesuatu sampai Fadhlan berubah sikap. Syazlin beria² hiburkan hati Fadhlan walaupun Fadhlan tak suka. Tak suka tak suka.. dok hirup lauk ketam nenas cilipadi Syazlin masak 😁
Lama² tersuka la jugak dengan keikhlasan hati Syazlin. Terhiburlah baca kisah diaorang ni. 2 2 suka buat drama.. sorang drama queen and sorang drama king.
macam terpaksa bagi 5* jer.... sepanjang pembacaan memang gelak jer!!
senang dengan watak syazlin, walaupun suke berdrama tapi tau nak control hati dia. matang dalam membuat keputusan, tidak memaksa dalam percintaan, walaupun hati terguris! sungguh beronak pencarian jodoh lin!
suka dengan watak lan, yang permulaan berniat untuk menjernihkan hubungan lin dengan famili tirinya. nampak kematangan fadhlan dalam menangani masalah famili, sebagai abang, n melayan kerenah lin semestinya.
jelas terpapar keserasian antar dua watak utama, rasanya hanya lan saja yang mampu melayan kerenah lin yang penuh drama, tapi manja, nampak tegas +brutal tapi hati tisu.. hehheheh
watak2 sampingan memang melengkapkan naskhah ni. mama aka che rose yang selamber, tak terlalu memanjakan lin (mula2 nak pujuk lin tapi bila lin minta sponsor tiket nak pg korea trs tak jadi.. hahahah), chor, yoep n kak husna... memang nampak selumber tapi sangat mengambil berat mengenai lin.
dalam naskhah ni tak ada watak2 villain yang menyakitkan hati, gedik2 watsoeva la (ade pun zehra, tu pun kejap jer la....) konflik kekeluargaan yang disampaikan secara bersahaja (isu poligami or orang ketiga diketengahkan, tapi dari perspektif yang positif saya kira), tak ada sub plot yang menyesakkan.
nampak kematangan penulis dalam karya kali ini. sesuatu yang terasa sangat dekat dengan kehidupan kita seharian tapi, mungkin kita abaikan? hhehehehhe
usai pembacaan, saya simpulkan satu perkara, positif & bersangka baik dengan ketentuan Allah. seperti lin, yang redha dengan takdir faris bukan jodoh dia. mak rose, redha dengan penceraiannya. fadhlan, redha dengan pemergian tunangnya. yang penting, sentiasa positif!
tahniah buat penulis.
ps - tak bole lupe tajuk fileh -kerana ayahku, kekasihmu! memang mengekek2 ketawa!!
Urusan Hati Cik Drama Queen..Mengisahkan Syazlin seorang gadis yang kecewa apabila lelaki (faris)yang dicintai memilih untuk berkhawin dengan wanita lain. Kemunculan si jiran hensem iaitu Fadlan membuatkan hidupnya berubah.
Rupa-rupanya fadhlan adalah anak kepada ibu tirinya Syazlin,perasaan benci berubah menjadi sayang.Begitu juga hubungan syazlin dengan ayah dan ibu tirinya(che yam)...takut fadhlan buat benda yang faris lakukan dia tekad meluahkan isi hati dengan 3 helai surat yang di tabur bedak wangi.
Namun semua hanya memalukan apabila fadlan sebenarnya sudah mempunya kekasih hati iaitu Hanisah dan melamarnya menjadi isteri. Satu tragedi berlaku yang menyebabkan hanisah meningal dunia .
Syazlin berusaha merawat hati fadhlan..macam2 usaha dia lakukan...dan akhirnya kalau sudah jodoh pasti bersatu jua..hashtaq #tilljannah...hihi..
**mau tau apa yang syazlin buat?kenapa fadhlan akhirnya membuat kepitisan untuk berkahwin dengan syazlin.... kena baca novel tulisan areila sahimi....walaupun sudah tengok drama...bila baca novel lain ceritanya...
BEST.... Syazlin @ Lin.. heroin yg Drama Queen..hehe sya suka dgn watak dia ni .. wlu pn hati dia Sakit sngtt Bila Faris Cinta pertamanya kwin dgn org Lain. Dan Bila Fadhland @ Lan tolak cintanya dn, Lin terpaksa tinggal 1 rmh dgn Cinta Hati Lan.. Tapi Lin ni punya pendirian tegas NoCaras Milik Org.. hati Lin. ni baik sngt2..
Bila hati dh Syng... Bila hati dh Cinta... Rasa cemburu tuh Hadir bersama Rasa Marah.... Bila dh marah, Sakit hati..mulut pn dh tak boleh d tapis......Alahai Lan.Haha
I'm really like the storyline. Just a simple story tapi menarik. Story tentang Shazlin dan kisah cintanya yang asyik ditolak orang. Mula2 jatuh cinta dengan Faris tapi Faris cuma menganggap dia sebagai adik sahaja. Kemudian,dia jatuh cinta buat kali ke2 dengan Fadhlan tapi Fadhlan pulak dah ada kekasih. Siap suruh kekasih dia duduk sekali dengan Shazlin lagi. Kalau aku jadi Shazlin,memang tak lah nak bagi kekasih pujaan hati duduk sekali dengan kita. Awkward kot. Itu lah kelebihan karekter Shazlin walaupun dia tu kadang2 ting tong,kuat merajuk,manja dan tergedik-gedik.. karekter2 dalam novel ni kebanyakan berkaitan antara satu sama lain. Pusing2 jumpa orang sama je. Macam jodoh Shazlin jugak. Overall,i like this novel.
Secara jujurnya saya rate buku ni 2.5/5...seriously gaya penulisan ayat semua ok...no problem but I have a huge problem dengan watak utama perempuan dalam cerita ni yg leh dikategorikan as trlampaj mengada2, trlalu ego and ikut perasaan, too selfish, tak tahu nk jaga perasaan orang lain but tahu perasaan sndr jer...I don't know but I really do feels annoy when I read this book.
ngeeee... saya suke karya areila sahimi gak. ahaks. walau byk benar olahan nya, as tajuk urusan hati cik drama queen, tipu la kalau xde drama kan.. hehehe... pilihan akhir pilihan yang thorbaek gitu..
Tajuk pun Drama Queen... Lin sememangnya dram queen!!👍 Seronok layan novel ni...amooth jer jalan cerita... Tak bosan langsung... Fadhlan akhirnya tertewas juga.. Yeahhh...
Gigih sungguh Syazlin mencuba memikat hati Fadhlan...sedih part Fadhlan nak kahwin... Tapi Syazlin still melayan dengan baik dan ikhlas kedua duanya... Nasib baik tunang fadhlan baik orgnya...
Hmm not bad lerh cerita dia cuma rasa menyampah ngan watak Syazlin yang tergedik-gedik nak Fadhlan macam memalukan kaum hawa yang takleh control perasaan. Entah larh maybe i got different type of taste for malay novel? Tapi i really do love drama ni yang arahan Michael Ang seriously dramanya lain dari asal jalan cerita kat novel. Just can't wait to watch next episod.
Kisah syazlin yg mencari teman hidup ..bila dia dah suka dgn shabat baik dia dan abgnya bernama faris.. Pendam perasaan smpai org tu hantar kad kahwin baru tau dia bertepuk sebelah tangan..bila balik kg nak rehat2 dia terpaksa layan adik dari mak tirinya che yam si fasha dan fadhil..akibat bencinya pada che yam mereka berdua xdilayan dgn baiknya oleh kakak sendiri..bila hati yg tgh berduka dtg pulak en jiran senyuman 5000watt buat hatinya cair.. Tp dsbbkn kena mandi air lopak ditepi jalan dn nasi goreng chicken chop di ambil si dia..terus hati dikeraskn..tmbahan pula si jiran tu ank kandung mak tirinya che yam lg lerrr dia benci...fadhlan si mamat cool yg cuba berbaik dgn syazlin akhirnya berjaya mnjd kwn baik.. Tp disalah erti oleh lin sbb dh terjatuh sayang.. Bila isteri si faris , farissa menyerang lin terpaksa mengaku si fadhlan bf dia.. Apabila lin cuba meluahkn dgn mnghantar surat cinta berserta bedak wangi.. Rupanya si dia dh ada kekasih hati.. Dh la kena tgl satu bumbung dgn hanisah tunang si dia..tp dari benci mereka mnjd kwn baik walaupun hati sakit..bila tarikh pernikahan semakin hampir satu tragedi malang menimpa hanisah.. Dn membuatkn si mamat cool mnjd muram dan dingin.. Bermcm cara lin gunakan utk menceriakan dn memikat hati si dia..dgn restu ramai pihak lin tetap mencuba.. Bila lin menjauh.. Ada pulak yg merindu.. Lagi2 cemburu dgn abg lin yg baru pilulang dari aussie..habis cacian dan makian diterima.. Apakah hati lin masih setia? Hehehe...boleh la cerita dia.. Sy bg 2.5/5
Cerita yang sangat sangat santai for meluangkan masa cuti pada hari weekend. Sehari sahaja mengambil masa baca cerita ni. Walaupun agak lewat mengetahui naskah dari Areila Sahimi tapi sekali dah baca nak letak punya lah susah weh!😆 Sepanjang baca asyik tersengih sengih je dengan watak Syazlin yang otak mereng tu. Dengan watak fadhlan yang bersahaja membuatkan lagi para pembaca rasa nak hempuk kepala sendiri. Apa apa pun terbaik writer! Ilove this book very much! ❤️
Yang excited nk tngok novel ni ,didramakan? Insyaallah,novel INI akan diadaptasi...Novel Ni,menarik...Lucu sentiasa...Sampai hakak pun,nak terkeluar gigi palsu...Hihih...Over + Excited !