Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.
Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?
“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”
Teringin nak pi Pulau Perhentian, jommmm geng bonet ;) tapi ada stalker ker kitaaa ;P
CP bukan penggemar kek, tapi Red velvet sedap yang CP pernah makan kat Kula Cakes yang femes dengan mango cheese cake nya.. hehe promosi kedai kek pulak ye
Karya kali ini kurang menyengat..tak berapa dapat nak feel his love towards Elle.. walau apa pun, saya suka tentang issue yg diketengahkan oleh Acik Lana..all of her novels ada different theme which graze the core of our society today.
Light conflict..overall i do luv this novel..1 qs though, what happened to Suhaila and her baby after the divorce? Kesiannya nasib..not all arrange marriage end with good ending..
Mmm... Apa yang nak di kata. Akhirnya baik-baik saja antara Helena dan Izzat. Keseluruhannya boleh tahan. Trademark novel Acik Lana yang menggambarkan watak hero dan heroin yang amatlah sempurna dari segi fizikal. Masing-masing ramai peminat. Masing-masing ada yang admire. Itu semestinya...
Oh ye... Apa jadi pada Suhaila ye... Kasihan dia. Jangan jadi hamba pada cinta seperti Fareeq. Rasa kurang senang bila akhirnya Fareeq dah jumpa pengganti. Tempoh masa tiga tahun tu aku andaikan ia sebagai 'cooling off' untuk Izzat. Hanya masa yang dapat sembuhkan rasa kecewa, marah dan dendam Izzat kepada Helena. 🤗🤗🤗
Rasanya makin lama novel Acik Lana makin kurang umph lah.
Cerita kali ini...beberapa kali yuni kena check balik, betul ke Acik Lana yang tulis?
Di mana dia penulis yang dahulunya buatkan Yuni menangis baca ayat demi ayat?
Di mana dia penulis yang dahulunya buatkan Yuni tak sabar nak tunggu novel seterusnya?
Di mana dia?
Novel kali ini, sorry to say, not my cup of tea. Ada part yang rasa seperti childish, merepek dan membosankan. Ada part yang seperti boleh ku teka akhirnya jadi apa.
Kalau tak silap, ada dikata Helena ini setiausaha Fareeq tapi kenapa masih bertanya assistant Fareeq tentang jadual Fareeq? Mula2, macam Helena ni just orang biasa2 tapi tiba-tiba anak timbalan menteri besar.
Cara ayah Helena selesaikan masalah pun macam tak masuk akal. Macam diktator pun ada.
Ok, kita cuba lagi sekali yek Yuni. Kalau next novel lagi teruk dari ini...stop!
k, done! 4* saya suka dengan #red velvet ni, light conflict, walaupun cerita macam cliche sikit tapi olahan, gaya bahasa acik lana memang santai & memikat! compare dengan novel2 acik sebelum ni (under kakinovel), ni lagi santai saya rasa... dengan conflict yang tak berserabut.. walaupun watak heroin masih lagi berlegar2 tentang perampas, gediks, kaya etc tapi perubahan Helena menjadi lebih matang dapat dilihat sepanjang pembacaan. Ada chemistry antara Helena-Izzat, masing2 ada kisah silam & kesilapan yang memerlukan mereka untuk menerima bahawa segalanya adalah takdir.. fareeq tu ptt dapat balasan, tp xpe adakalanya watak villain ni kena lupakan jer.. nasib suhaila juga menjadi tanya tanya, ye la diceraikan ke apa kan... tapi xpe la... saya suka sebab novel ni memang banyak berkisar pasal helena & izzat je, tak serabut sangat.
ps-suka sebab saya pun pandai buat red velvet cm izzat...kihkihkih
Ambil masa 5 hari untuk habiskan kesemua 566 surat untuk novel ni. Beli novel ni pun sebab dapat tahu Alif Satar and Neelofa akan bawak watak ni dekat Astro tak lama lagi. But jalan cerita dia is like not my cup of tea, i'm really sorry that it doesn't suit to my jiwa.
Mula mula Helena sayang sepenuh jiwa dengan si Fareeq(suami orang) lepastu bila dah putus sebab Fareeq masih tak ceraikan and termengandung si Suhaila(isteri sah Fareeq) . - which is i dont really like into this type of attitude (of Helena)
Lepastu takdir si Izzat untuk selamatkan si Helena daripada bunuh diri dekat bukit lepak kegemaran si Izzat. Then from there they start to benci, meluat lepastu bertukar jadi sayang blabla lepastu dapat tahu pasal true colour of Helena yang suka rampas kebahagiaan hak orang(which refer to Fareeq and Suhaila) terus bertukar jijik and putus macam tu.
Bila Helena was send to stay Tokyo dengan Aunty Fanna, it doesn't change at all. Both Helena and Izzat masih love each other macam it's their faith to be together. Blablabla but i want to know one more question, what happen to Suhaila and her baby?Based on what i read, Fareeq kahwin ngan perempuan lain which is his ex secretary? And Syafikah? Adakah dia redha dengan cinta tak kesampaian dengan Izzat? And Aida too? Adakah dia suka dengan pilihan Izzat untuk memperisterikan Helena. Since Aida is bestfriend Izzat, and to what i read dia pun mana suka dengan Helena semenjak Helena bekerja tempat Izzat lagi.
Kata orang, jangan dibandingkan yang lama dengan yang baru kerana setiap satu daripadanya adalah berbeza. Mungkin yang lama itu kurang memuaskan dan begitu juga sebaliknya.
Begitulah juga dengan kisah dalam novel ini. Kisah ini pada aku seperti ada yang kurang. Feel membaca tu tak berapa nak sampai. Ia umpama berjalan di persisiran pantai yang landai. Rasa macam bukan AL yang tulis kisah ini sebab terlalu santai.
Namun, kisah ini boleh sahaja dihadam dengan baik.
ringkas kali ni idea puan penulis Acik Lana. pun begitu tak boleh nak di sangkal olahan dan garapan puan penulis yang sentiasa memukau pembacaan. carta emosi pembaca sentiasa bergerak sama laju dengan gerakan membaca kerana lancar dan tidak punya gangguan. konflik tak seteruk mana seperti karya yang sebelum-sebelum ini dan amat seronok sehingga mukasurat terakhir.
kisah apa?.. of course kisah cinta. helena, yang bercinta dengan fareeq, suami orang dan merancang mahu kahwin lari di siam. terlebih dahulu ibu bapa helena sememangnya pening dengan sikap anak mereka yang tidak mendengar kata tambah pula mendengar kisah percintaan helena dan fareeq. fareeq pun masih tak sedar diri, konon kahwin atas pilihan keluarga, walaupun diberi amaran oleh papa helena tapi dia tetap mahu bersama helena. kemuncak bila mereka mahu lari ke siam, helena menyaksikan sesuatu.... sesuatu yang membuat dia mahu kecewa dan mahu bunuh diri...
muncul izzat. penyelamat helena. seronok baca kisah helena dan izzat yang asyik bergaduh dan bermasam muka. tapi dek kerana puan faizah ibu izzat mereka sering hilang kata. yang izzat tidak mahu melawan cakap ibunya dan helena pula memang sentiasa mendapat sokongan dari ibu dan adik izzat. atas cadangan puan faizah juga helena masuk bekerja di bakeri kepunyaan izzat. di situ dia mula suka bekerja menghias kek. dan di situ juga cinta mula berputik tanpa mereka sendiri sedari..
izzat ni punya satu paranoid, dia cukup anti pada perampas. sebab masa kecil dia sendiri menyaksikan penderitaan ibunya bila ayah mereka gilakan perempuan lain dan akhirnya bercerai. kakaknya juga menjadi isteri kedua. di sini helena menjadi cukup takut jika izzat tahu rahsianya. dan bila fareeq mula datang mengganggu juga suhaila isteri fareeq juga datang merayu, rahsianya pecah. tambah pula bila papa helena sendiri datang mahu bawa helena pulang, seluruh kepercayaan dan perasaan cinta izzat pada helena hancur lebur... izzat bersama bakerinya dan helena dihantar ke jepun...
apa jadi seterusnya?.. puan penulis sememang bawa keindahan bunga-bunga dalam karyanya. sambil santai penuh teruja membayangkan keenakan red velvet sambil itu juga disajikan dengan kisah cinta bukan manis bergula pun, tapi sesuatu yang penuh jiwa ikut sama dengan gerak baca.. mungkin sikit jer buat pembaca tertanya, mana hilangnya suhaila dan bapa izzat. dalam hidup ini bukan semua yang kita mahu kita akan dapat. Allah tahu apa yang perlu untuk kita. di saat melalui kesukaran memang terasa deritanya tapi percayalah, saat duka itu berlalu pergi, sedikit demi sedikit hati yang kecewa luka itu akan terubat. dan luka itu akan kering dan sembuh jua...
#RedVelvet....citer ni lama dh bacanya...ni baru teringat nk rebiu...hehe
pd saya....RV ni best juga dan blh diterima baik... helena n izzat, ada kisah sebalik kisah...rasa tertipu n tersakiti...putus terpaksa n bawa diri...masa merawat luka! itu yg buat helena n izzat kembali bersama!
keseluruhan? saya suka n dpt terima seadanya! tahniah AL..
Plot ringkas dan jelas. Perjalanan dari titik A ke B ke C dapat diagak, sekaligus melancarkan pembacaan. Boleh jadi membosankan juga.
Jarang saya baca kisah homewrecker. Biasanya kisah orang yang teraniaya saja. Menarik juga. Ada kelainan di situ.
Saya fikir pada tiga babak pertama, penulis mahu kita mahu membenci Helena. Okey, berjaya.
Tapi tak lama kemudian, Helena yang dulunya selfish berubah. Wataknya kini lebih bermoral. Sepatutnya kita jatuh kasih dan simpati pada Helena, bukan? Malangnya, fasa perubahan ini tak berapa ketara jadi saya rasa usaha ini kurang berjaya. Lebih menarik kalau dibezakan sahaja melalui gerak badan dan gaya percakapan Helena yang baru. Bukan melalui naratif tukang cerita yang memberitahu 'dia sudah berubah'.
Pengenalan karakter perlu dilakukan seawal mungkin. Tidaklah saya rasa seperti maklumat watak itu ditokok-tambah secara rambang untuk memanjangkan cerita. Contoh:
Apapun, saya suka hubungan emak-anak Izzat dan ibunya. Kelakar. Mungkin terbayang babak riuh mereka dalam drama. Kuza, Aida dan Zati juga merupakan watak-watak extra yang menarik.
Berkenaan adegan-adegan 18SX... entahlah. Pada saya, babak manis bergula boleh juga diceritakan melalui cara yang lain. Dan gurauan tentang rogol itu, tak kelakar ya.
Apapun Red Velvet boleh dikatakan sebagai novel santai yang masih menghiburkan. Extra bintang sebab saya sukakan versi adaptasi yang salah seorang penulis skripnya penulis kegemaran saya juga, Nazri M. Anuar.
Ini karya acik lana yg paling lite... seperti biasa acik gemar mengangkat isu sosial sbg konflik dlm ceritanya..& kali ini beliau memilih isu homewrecker...
Bilamana trauma menjadi dendam...adilkah hak sekeping hati dinafikan? Hanya kerana Helena pernah menjadi org ketiga dlm sebuah rumahtangga, adilkah dia dibenci sesungguh nya benci oleh izzat yg pernah menyaksikan keruntuhan rumahtangga ibubapanya gara2 org ketiga yg membuatkan ayahnya berpaling setia.
Namun cinta yg pernah singgah di hati Izzat terhadap Helena bknlah semudah itu utk dibuang begitu sahaja..kerana ia cinta pertama walaupun ia penuh luka... Sedang mulut Izzat terlanjur mengungkap benci yg x terhingga...maka Helena lantas membawa diri setelah tiada ruang utk menjelaskan, apatah lg ruang utk sebuah kemaafan.
Kek red velvet yg menjadi kenangan cinta keduanya...kekal menjadi kenangan antara mereka.
yg tak puas hatinya kenapa fareeq tak dapat balasan apa apa, kesian suhaila, suhaila pulak apa cerita btw bila baca cerita ni rasa teringin nak rasa red velvet izzat huhu
bg aku, cite ni simple sgt. takde something yg mcm "WOW", "PERGH", "WAHHH" — takde semua tu.
tp kan, kdang2 watak Si Izzat tu cute jugak erh? hahaha... aku suka dgn kejujuran Izzat tu. kalau dia suka, dia cakap suka. takde nk putar belit bagai~~
apa yg boleh aku katakan tentang buku ni, kisahnya memang sgt2 simple. takde pusing sana pusing sini. babak2 yg menyayat hati pon takde rasanya, menyakitkan hati ada lah! so, utk dijdkan pembacaan santai tu ok laa. boleh laa sikit2 buat release tension, kan? sape2 yg x baca lg tu, boleh lah cuba. ;)
p/s : lama dah x mkn red velvet, sekarang teringin giler nk mkn. huhu :(
Honestly, I'm so disappointed with this one. All this time I really enjoyed reading most of Acik Lana Novels because she is one of the good writers in Malaysia. As much as I love eating and baking Red Velvet I cannot say that I enjoyed reading the Novel. What happened???? In my personal opinion, the author of the novel has run out of new ideas, Unlike her other novels. and the ending of this novel as written carelessly. (macam tangkap muat je)
Akhirnya, berjaya juga habiskan novel yang dah lama sangat duduk dalam 'currently reading' list ni. Hampir setahun dari tarikh beli lepas tu baca sikit, simpan balik. Mood membaca ke 'laut' maka begini la jadinya. Olahan plot yang menarik dan lagi best sebab saya baca sambil bayangkan Alif Satar yang jadi Izzat. Ok, kita tunggu bila novel ni diadaptasi ke drama nanti.
Rupanya macam ni perasaan perempuan yang suka suami orang. Haih lar Helena...suami orang juga yang kau nak bercinta pun. Tapi mujur lar dia sempat sedar dan jumpa dengan Izzat. Izzat ni stylo lar...cakap main lepas je. Takda selindung dah. Straight to the point. Bagus. Senang.
Sweet and fresh. Suka bila Izzad & Elle bercinta. Tak suka masa Izzad maki Elle kaw kaw, sangat tak bertimbang rasa. Happy ending yang mendamaikan sebab everything fits in very nicely.
To be honest, aku tak tengok drama lakonan Neelofa and Alif Satar. Tapi rasa macam watak tak kena je? 😂 but nevermind, I like watak Zati and Kuza so much!
Novel ni lite je sbb x bnyk conflict... really recommended for someone yg x suka baca novel yg serabut otak... cerita ni serious boleh hadam.. x sangka novel acik lana kali ni x bnyk conflict.. tp tgk tajuk la comel2 je gitu red velvet kan.. haha lagipun Izzat dgn Helena tu sweet je...
Best. Bila kpala tak dpt hadam naskah berat, naskah ringan dicari. Kali ni puas hati tak corner pjg sgt. Suka dgn pertemuan mereka. Tenang dan relax melihat alam pada waktu mlm. Ni yg rasa nak mkn red velvet