Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siri Cerpen Terbaik FIXI

Cerpen Terbaik 2015

Rate this book
CERPEN TERBAIK 2015 merupakan usahasama Buku Fixi dan Putrajaya International Book Fair. Ia diharapkan akan terus menjadi aktiviti tahunan! Untuk edisi kedua ini, novelis dan pengkritik Wan Nor Azriq telah memilih 20 cerpen (termasuk tiga dalam Bahasa Inggeris) yang telah terbit di pelbagai media Malaysia sepanjang 2015. Buku ini dicetak sekali (3,000 unit) sempena PIBF 2016 dan takkan dicetak semula.

Menampilkan:

Siapa Bunuh Keluangman? | Syafiq Ghazali
The Mamak Detectives | Julya Oui
Pascasejarah X: negeri Tanpa Matahari | Fahd Razy
Pemain Paling Dibenci | Muhammad Hafizuddin Salleh
DSLR | Khairil Idham Ismail
Kota(k)uala Lumpur | Azrin Fauzi
Doppelgänger | Dipika Mukherjee
Gril Pintu, Kancil Biru | Zakaria Ali
Good boy | Ridhwan Saidi
Bicara Tiga Wanita | Regina Ibrahim
Unknown numbers | Nadira Ilana
Perutusan Wanita-wanita Ulung Melayu | Syahidatul Munirah
Sara | Sufian Abas
Petang. Jumaat. Hujan | Mohd Azmen
Penjaga Lif bunuh Diri, Hantu Gadis Jepun dan
Ular Hitam bermata Merah | Zainal Rashid Ahmad
Gesekan Biola Terakhir | Lokman Hakim
Rumah | Rebecca Ilham
Kampung kami Terbelah Dua | Hafizah Iszahanid
Deus ex Machina | Aziz Zabidi
Sampaikan khabar ini, Hanuman | Uthaya Sankar SB

236 pages, Paperback

First published January 1, 2016

4 people are currently reading
60 people want to read

About the author

Wan Nor Azriq

29 books75 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (9%)
4 stars
33 (46%)
3 stars
27 (38%)
2 stars
4 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
May 5, 2016
Meskipun banyak cerpen yang bagus dan menarik, saya lebih menyukai pilihan cerpen di dalam Cerpen Terbaik 2014.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
August 31, 2017
it will not be fair for me to praise this anthology. But i am glad to be sitting with 6 of them to talk about how we wrote each selected story. Mine was taken from Cerpen which is already a bestseller. Some of those selected shorts made me think of so many potential young writers in Malaysia. A very rare melting pot i should say...poor thing it;s limited edition.
- pemain bola yang dibenci (i love it)
- penjaga lif dan hantu wanita jepun (surprising)
and many more...each one has hidden elements in them. love, lust, betrayal, suspect, mystical you name it...this anthology has it! A collection it has to be on your rack.
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
April 19, 2016
Ulasan aku di twitter:

SIAPA BUNUH KELUANGMAN: Cerpen noir Syafiq Ghazali ini memukau sepertimana kali pertama saya baca dlm Superfiksyen dulu #CerpenTerbaik2015

THE MAMAK DETECTIVES: Aku baca cerpen Julya Oui sepintas lalu. Perbualan orang di mamak pasal rompakan semalam. #CerpenTerbaik2015

PASCASEJARAH: Saya suka cerpen pasca kiamat ini dan saya sukakan twist yang dimainkan Fahd Razy tntg matahari hilang #CerpenTerbaik2015

PEMAIN PALING DIBENCI: Siapa sangka ada orang boleh tulis pasal pemain bola melayu cederakan Messi. Tahniah Hafizuddin #CerpenTerbaik2015

DSLR: Saya sukakan konsep manusia yang masuk ke dlm dslr cerpen Khairil ini, cuma penyampaian serasa tak kuat #CerpenTerbaik2015

KOTA(K) KL: Azrin Fauzi buat saya teringin nak masuk ke dalam lrt dan cari kotak ajaib selepas baca cerpen ini #CerpenTerbaik2015

DOPPELGANGER: Cerpen Dipika Mukherjee ini digarap dengan baik, dengan rasa saspens dan noir yang baik #CerpenTerbaik2015

GRIL PINTU KANCIL BIRU: Cerpen Zakaria ini kegemaran saya & saya bacanya 2x. Magis realisme telah mendaulatkan cerpen ini #CerpenTerbaik2015

GOOD BOY: Cerpen Ridhwan Saidi sarat darah & air mani & humor yang tak patut buat saya ketawa (ia menghiburkan!) #CerpenTerbaik2015

BICARA TIGA WANITA: Perbualan orang penjara dan loghat Penang lucu ialah kunci kekuatan cerpen Regina Ibrahim #CerpenTerbaik2015

UNKNOWN NUMBERS: Cerpen Nadira ini tentang nombor perempuan yang ditulis pada dinding tandas. Ringkas tapi kelakar #CerpenTerbaik2015

PERUTUSAN WANITA-WANITA ULUNG MELAYU: Saya tertidur. #CerpenTerbaik2015

SARA: Saya tak rasa apa-apa selepas habis baca cerpen Sufian Abas ini. #CerpenTerbaik2015

PETANG JUMAAT HUJAN: Cerpen Azmen santai, tentang lelaki yang ditinggalkan makwe. Baik utk orang yg putus cinta (kot?) #CerpenTerbaik2015

PENJAGA LIF BUNUH DIRI, HANTU GADIS JEPUN DAN ULAR HITAM BERMATA MERAH: Cerpen Zainal ini legit seratus peratus. Berhantu dan misteri #CerpenTerbaik2015

GESEKAN BIOLA TERAKHIR: Cerpen Lokman pasal awek misteri main biola dalam satu rumah yang sarat bangkai anak kucing. #CerpenTerbaik2015

RUMAH: Cerpen Rebecca ini memadankan arkitektur dan suasana politik. Bahasanya meleret sikit tapi isinya mengkagumkan. #CerpenTerbaik2015

KAMPUNG KAMI TERBELAH DUA: Hafizah cerita ketidakpedulian terhadap desa (sbg warisan budaya semata).Cantik #CerpenTerbaik2015

DEUS EX MACHINA: Cerpen Aziz penulis yang tulis semula buku kegemarannya. Premis absurd dan bagus, tapi penutup tak puas #CerpenTerbaik2015

SAMPAIKAN KHABAR INI, HANUMAN: Uthaya menulis semula Hikayat Rama dalam karangan segar. Bagus juga kalau ada sambungan #CerpenTerbaik2015

Cerpen2 yang menarik perhatian saya:

1. Gril Pintu Kancil Biru (Zakaria Ali)
2. Penjaga Lif Bunuh Diri, Hantu Gadis Jepun, dan Ular Hitam Bermata Merah (Zainal Rashid).
3. Siapa Bunuh Keluangman? (Syafiq Ghazali).
4. Kota(K) Kuala Lumpur (Azrin Fauzi).
5. Good Boy (Ridhwan Saidi).

There you go!
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 9, 2016
Prestij.

Aku tidak baca lagi Cerpen Terbaik 2014. Aku baca buku ni, memang editor ni tepat dalam pemilihan cerpen terbaik.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
April 15, 2018
Cerpen Terbaik 2015 ialah siri yang terbaik dalam ketiga-tiga versi.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
April 3, 2016
seperti kata2 penyunting, "penyusunan sebuah antologi akhirnya harus bersifat praktikal, berbanding menjadi idealistik. kita mahu pembaca di zaman teknologi digital ini untuk kembali percaya kepada cerita. kita mahu pembaca menemui tabiat-tabiat baru dalam penceritaan, dan untuk mencapainya, antologi ini harus bersifat ragam dan pelbagai."

untuk kepelbagian ragam seperti yang diperkatakan penyunting, memang terdapat dalam naskhah ini. tidak jauh beza dengan ulasan untuk cerpen terbaik 2014, cuma kali ini saya lebih teruja dengan kepelbagaian yang jelas dibawakan dalam setiap cerpen

malah, banyak antaranya yang memang tidak pernah saya baca (terutama yang dikeluarkan di majalan ataupun akhbar), berbanding sebelum ini yang banyak karya indi. walaupun antara penulisnya memang dikenali dengan karya2 indie mereka sebelum ni, nyata cerpen yang dipaparkan sedikit berbeza dari sebelum ini.

untuk itu, saya bagi 5* dengan naskhah ini lantaran kepelbagaiannya menjadi, objektif untuk pembaca mempercayai cerita, tercapai saya kira.
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
August 13, 2018
Tertarik dengan intro penyunting tentang tabiat cerpen. Dari hal misteri, sejarah, hal harian dan masyarakat, thriller dan horror, hal sureal dan mainan minda yang aneh, kisah putus cinta, kekeluargaan dan persahabatan ke panggilan telefon yang tak diundang-- cukup terhibur. Naratif catchy dan watak-watak yang serba unik dan pelbagai ragam. Penceritaan setiap satunya walau ada yang tragis dan terkena betul dengan pengalaman sendiri satu masa dulu, ia bagi satu perasaan senang dan tak boleh dilupa.
Profile Image for Ummu.
194 reviews25 followers
July 15, 2016
Best! Memang best baca cerpen ni. Setiap cerpen yang dimuatkan ke dalam buku ini mempunyai mesej tersendiri. Saya juga suka cara penulisan dan gaya yang lain-lain pada setiap pembacaan saya.

20 cerpen kesemuanya dan di antara yang telah menarik perhatian saya (sebenarnya semua best tetapi saya sengaja memilih yang berikut je. Kalau tak, panjang nanti yang nak saya tulis. Lagi pula, masa saya agak terhad buat masa ini.):

Pemain Paling Dibenci - Muhammad Hafizuddin Salleh
Kerana duit, Hasyim sanggup mencemarkan nama sendiri. Isteri dan anak beliau pun terkena tempiasnya. Saya fikirkan dia berbuat begitu sebab tekanan dari penyokong dan melihat rakan-rakan seperjuangan yang tak boleh nak buat apa lagi. Rupanya dia disogok dengan wang. Akhirnya, pemain bola yang di-tackle kakinya oleh Hasyim tidak dapat bermain seumur hidup dan Hasyim pula, dipulaukan. Tapi ada juga hati nak pergi Haji menggunakan duit tu. Boleh gitu?

Doppelgänger - Dipika Mukherjee
I don't know how to describe this story but it's such a mind blown one. How does the fake Maya Chin knows exactly how to write like the real Maya Chin? Isn't there anyone who can recognise or help the real Maya Chin? But then again, the real Maya Chin lives in seclusion. She does not socialise after her husband died. I wonder how is she able to survive without having even a close friend for years. Suddenly, this happens. This shows that you cannot live alone. Family matters. Even if you don't have one, you do have trusted friends, right?

Bicara Tiga Wanita - Regina Ibrahim
Sungguh, yang ni pun sama. Saya tak tahu bagaimana hendak menyusun kata. Terlalu real. Macam diceritakan. Cerpen tentang tiga wanita yang dianiaya oleh lelaki. Kesemuanya berkongsi cerita ketika di dalam penjara. Yang penting, saya memahami dialek yang digunakan. :D

Good Boy - Ridhwan Saidi
Sejujurnya, ceritanya bagus sebab mempunyai mesej yang dalam sekali. Really.
Akan tetapi, saya rasa tidak perlu untuk describe rogol dengan lebih lanjut. Mungkin saya adalah seorang yang conservative bila masuk bab-bab ni tapi ini pendapat saya. Saya tak tahu nak marah siapa dalam cerpen ni. Marah dia sebab bawa balik kemarahan di tempat kerja ke rumah dan melakukan perkara yang sangat menjengkelkan di depan anak-anak atau marah bos dia yang sombong dan angkuh tu. Semoga karma akan menemui bos dia suatu hari nanti dan dia, cari kerja tempat lain tak boleh ke?
Profile Image for Ryan&Hakimie.
17 reviews1 follower
June 9, 2016
Saya sangkakan bahawa Buku Cerpen Terbaik edisi ini akan lebih baik berbanding tahun lepas tetapi saya silap besar.

Ada beberapa cerpen yang saya rasakan bahawa ya, cerpen ini memang cerpan terbaik. Antaranya:
- Siapa Bunuh Keluangman
- Kota(K)uala Lumpur
- Gril Pintu, Kancil Biru
- Good Boy
- Petang.Jumaat.Hujan
- Penjaga Lif Bunuh Diri, Hantu Gadis Jepun dan Ular Hitam Bermata Merah
- Gesekan Biola Terakhir


Sebuah cerpen yang hanya mempunyai tiga perenggan mungkin boleh jadi cerpen terbaik tetapi cerpen oleh Sufian Abas itu bukan salah satu daripadanya.

Cerpen Rumah bagi saya terlalu lame. Entahlah, ini mungkin kerana tafsiran saya terhadap cerpen ini yang cuba memasukkan elemen politik secara diam di dalamnya. Ia terlalu lame dalam pendapat saya.

Deus ex Machina, satu tajuk yang sudah overused, ditambah dengan ceritanya yang same old, same old orang putih kata, tidak menarik dan terlalu generik. Ia buatkan saya tertanya-tanya bahagian mana cerpen ini boleh dianggap terbaik?

Perutusan Wanita-wanita Ulung Melayu dan DSLR pula, haih, jika boleh dikoyak bahagian kedua-dua cerpen ini dari buku, mungkin saja saya akan lakukannya.

Adakah saya rekomenkan buku ini? -Tentu sekali!

p/s: Ini cuma pendapat saya. Bagi saya, ini sudah 2016 baby. Cerpen yang cuba mengutuk sistem negara yang sedia ada atau yang bertemakan sayangilah negara anda atau sedarlah wahai manusia sebelum negara ini dihancurkan, sama ada secara halus atau straight to the point, ia terlalu lame. Kenapa? Kerana semua orang sudah sedia maklum tentang hal itu sayang.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
May 1, 2016
yes macam tahun lepas juga. cerpen cerpen dalam ni memang semua terbaik dan yang paling pelik setakat ni: gril pintu, kancil biru. ia memang dua cerpen yang punya kesinambungan atau sekadar suka suka? cerpen syafiq ghazali juga menarik dan akan buat pembaca berfikir beberapa kali. cuma diharap lepas ni... satu je. mintak sangat wan azriq dapat buat satu cerpen untuk antologi ini. ya, cerpen asli miliknya supaya kita boleh lihat bagaimana si kritikus bermain kata dalam cerpen terbaik.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
May 11, 2022
“I still wonder about the numbers on other doors at gas stations across the country ; if women really do sneak into men’s bathroom to solicit phone sex. I wonder how old they are and how many vowels they have in their names. Maybe if they have the same real estate agent. I wonder if in the midst of depravity there are people who find what they are looking for on bathroom stalls at unknown gas stations. If they do, then good for them”.
- Unknown Numbers by Nadira Ilana (Cerpen Terbaik 2015)
.
.
Let me start with the story that i dont like first in this review. One of them is “Perutusan Wanita-wanita ulung melayu” by Syahidatul Munirah. It started strong but only to be let down with its regressive message like “Kuasa lelaki kian melemah. Lelaki bukan wira gagah yang disegani. Lelaki bukan lagi seorang ketua yang perlu diikuti. Zaman Anak-anak kita sekarang, lelaki dan wanita punya hak yg sama untuk bersuara. Malah, kalau wanita mahukan sesuatu, tiada lelaki untuk kaum lelaki melarang. Kerana itu Hak mereka. Hak sebagai seorang manusia”. The fact that in her story, the one that said this is Puteri Gunung Ledang is much more infuriating. I was intrigued to see how Tun Fatimah, Tun Kudu, Tun Teja and Puteri Gunung Ledang in one story but to see the way it was written, i wish editor not include it at all. What a blasphemy! All these historical/mythical figures were being sacrificed because of men’s thirst for power and now in this story, they are the one that said, “obey your husband and shit?”. What a bloody joke. Some stories, i have read in their own anthology such as Kota(K)uala Lumpur by Azrin Fauzi and Doppelgangger by Dipika Mukherjee. I felt 2015 collection is slightly weaker than 2016 collection. I would have given this 2 stars if i didnt find many stories that i like. Fortunately, The story of ‘Siapa Bunuh Keluangman’ by Syafiq Ghazali is such a trip to memory lane if you are growing up watching Keluangman. If you are not malaysian, imagine Keluangman as a dollar store of Batman and instead of billionaire, our keluangman is a mental hospital patient. Regina Ibrahim also came through with the story of female prisoners that rarely we read in masses. They shared their dark past and what led them to the prison. The sins maybe atoned, but it followed them everywhere. Another story that i like is ‘unknown numbers’ by Nadira Ilana. The story that began with just a scribbling contact number as an act revenge/vandalism on the wall of public toilet and eventually made us wonder that did people really do dial the numbers that they saw in these random toilet? Kota(K)uala Lumpur penned by Azrin Fauzi is an infusion on magical realism in the urban setting. Imagine Kuala Lumpur City and make it Russian doll - there you have the gist of the whole story. The last story that i like is ‘Rumah’ by Rebecca Ilham. I would say those who have architecture background would’ve enjoy this story more than me but her writing is so poetic that even the topic that discussed about House seems mesmerising. Overall, Between Cerpen Terbaik 2015 and 2016, i would have recommended Cerpen Terbaik 2016 more.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
June 3, 2021
Himpunan cerpen-cerpen terbaik tahun 2015. Dah nama pun Terbaik, semua cerpen dalam ni memang memuaskan. Personal favorite aku Siapa Bunuh Keluangman?, Bicara Tiga Wanita, dan Sara.
Profile Image for Fee.
211 reviews1 follower
September 21, 2020
Cerpen-cerpen kegemaran dalam koleksi ini:
-Bicara Tiga Wanita
-Unknown Numbers
-Petang. Jumaat. Hujan
-Penjaga Lif Bunuh Diri
-Gesekan Biola Terakhir
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
July 13, 2017
Antara 20 cerpen yang tersiar dlm buku ni, saya suka...
1. pemain paling dibenci
2. dslr
3. bicara 3 wanita
4. petang.jumaat.hujan
5. penjaga lif bunuh diri, hantu gadis jepun dan ular hitam bermata merah
6. gesekan biola terakhir
7. rumah
8. kampung kami terbelah dua
9. deus ex machina

Dalam simpanan saya masih lagi bukuURBAN. Saya rasa URBAN wajar dijadikan buku edisi terhad yg perlu dibaca (@ sebagai koleksi) oleh pencinta buku berbanding CT14 & CT15. Tapi, saya tetap takkan lepaskan peluang untuk beli & baca CT pada tahun2 akan datang (jika ada).

P/s: Moga ada limited fixi setanding URBAN.
Profile Image for HANIFF YUSOFF.
Author 9 books5 followers
October 18, 2016
Saya suka kata-kata penyuntingnya, Wan Nor Azriq-"Penyusunan sebuah antologi akhirnya harus bersifat praktikal, berbanding menjadi idealistik. Kita mahu pembaca zaman teknologi digital ini untuk kembali percaya kepada cerita." (m/s 9)

Cerita terus berkuasa bercerita, dan kreativiti terus berkeliaran bebas tanpa sekatan. Saya begitu menyukai 'Siapa Bunuh Keluangman?' (cerpen yang telah saya baca dalam SUPERFIKSYEN, lalu menumbuhkan rasa cinta pada karya-karya si entiti Syafiq Ghazali ini. Begitu juga 'Pascasejarah X: Negeri Tanpa Matahari', 'Kampung Kami Terbelah Dua' dan cerpen oleh Zainal Rashid Ahmad.

Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
September 1, 2016
untuk koleksi kali ni,berbeza sikit rencahnya berbanding tahun lepas..tapi tetap membentangkan yg terbaik antara yg terbaik..tahniah dan terima kasih atas usaha editor, wan nor azriq..terbaik
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
February 7, 2019
berat tidak semestinya menyenangkan. ringan tidak semestinya menyeronokkan
Profile Image for Athirah Salleh.
85 reviews10 followers
February 16, 2019
4.2/5 ⭐️

Suka sebab semua cerpen dalam ni berlainan genre. Kegemaran aku ialah Bicara 3 Wanita. Rasa dekat dengan kita mungkin sebab dialog dia dalam bahasa utara.

Good job editor.
Profile Image for Sahira Basirudin.
11 reviews
February 10, 2017
Sesuai dengan namanya cerpen terbaik 2015, setiap cerpen dalam buku ini masing-masing mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Cerpen favourite saya sudah tentunya Bicara Tiga Wanita oleh Regina Ibrahim, walaupun terdapat adegan-adegan sadis dalam cerpen ini, kepintaran penulis bercerita membuatkan luahan hati watak-watak terasa begitu dekat dengan kita, dan mampu membuatkan kita menitiskan air mata jikalau dihayati cerita ini dengan sebaiknya. Betapa, meskipun, secara moralnya tidak patut Mak Cik Salmah melakukan jenayah itu atas apa-apa jua sebab, hati kecil saya mengharapkan peluang kedua diberikan kepada Mak Cik Salmah.
1 review
Currently reading
April 6, 2017
good
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.