Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kau Sembah Apa? #1

Kau Sembah Apa?

Rate this book
Buku ini mengisahkan tentang agama-agama di Malaysia, serta ulasan dan kritikan terhadap isu-isu sensitiviti antara agama yang wujud di negara ini.

280 pages, Paperback

First published March 1, 2016

13 people are currently reading
53 people want to read

About the author

Ahmad Iqram Mohamad Noor

14 books15 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (44%)
4 stars
23 (39%)
3 stars
5 (8%)
2 stars
3 (5%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
April 11, 2023
Buku pertama ini lebih kepada pengenalan agama selain islam dan sejarah macam mana agama itu wujud.fokus buku tu ialah cerita bab agama-agama yang memang dah jadi umum dan dianuti oleh jutaan umat manusia,dari agama nasrani kristian,sampailah agama bukan ajaran ibrahim seperti agama buddha,sikh,tao,dan hindu. Penulisan memang santai habislah buku ni.
Profile Image for Farhan Ibrahim.
22 reviews1 follower
April 11, 2017
Sebuah buku yang bermanfaat dalam memberi pengetahuan tentang kepelbagaian agama di Malaysia dan isu-isu perbezaan agama di sini. Kandungan yang tidak terlalu berat dan mudah difahami.
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews8 followers
May 18, 2017
Buku ini menerangkan secara ringkas tentang agama agama yang mempunyai peratusan besar di Malaysia (Islam, Buddha, Tao, Kristian, Hindu, Sikh). Buku ini juga menceritakan tentang perbezaan mazhab di dalam semua agama tersebut, falsafah, salah faham manusia, hal hal ekonomi, sejarah kedatangan agama tersebut ke Malaysia dan pelbagai lagi. Banyak manfaat yang boleh diperoleh dari buku ini. Dengan belajar tentang agama lain, kita juga boleh belajar cara untuk menghormati sesebuah agama itu dan para pengikutnya.
Profile Image for Nadzirah Bahari.
1 review
January 5, 2019
Bacaan yang bagus, membantu saya mengenali dan memahami sedikit sebanyak berkenaan agama agama yang ada di Malaysia. Suka dengan penulisan Ahmad Iqram, beliau bukan sahaja menyertakan dalil dan fakta malah turut berkongsi pengalaman beliau bertemu dengan ketua ketua. Beliau sendiri turun ke kuil dan gereja bertemu dengan mereka bagi mendapatkan maklumat. Buku ini memang highly recommended dibaca oleh kita rakyat Malaysia bagi memahami agama selain Islam yang ada di Malaysia. Baca, kenal dan faham bukan untuk mengakui kebenaran agama mereka tetapi untuk memudahkan kita berurusan dan berdakwah pada mereka.
Profile Image for Bo Manson.
136 reviews8 followers
September 22, 2018
Isi kandung buku ini disusun dengan begitu baik sekali dan sangat mudah untuk menghadam segala yang terkandung dalam buku ini. Ianya tidak terlalu sesak dengan perenggan demi perenggan dan diselitkan juga gambar-gambar bagi memudahkan pembaca dan menambahkan pemahaman perkara-perkara berkaitan agama yang sedang dibincangkan. Penulis mengupas setiap agama besar yang ada dan dianuti di Malaysia dengan ringkas dan padat. Penerangan merangkumi sejarah dan pengasasnya, kepercayaan-kepercayaan unik dalam setiap agama tersebut, kitab-kitab yang dianggap suci dan juga isu-isu sensitive berkaitan agama tersebut yang melanda di Malaysia menurut pandangan penulis.
Profile Image for Mohd Hafiz.
59 reviews
February 19, 2022
Buku ini sangat baik untuk dibaca, perbincangan mengenai agama-agama yang ada di Malaysia. Persefahaman dan komunikasi tentu lebih mudah dan tenang sekiranya kita tahu serba sedikit tentang agama-agama lain terutamanya di negara bermasyarakat majmuk seperti negara kita. Tetapi satu aspek yang boleh diperbaiki ialah aspek Bahasa Melayu kerana bahasa yang digunakan ada kalanya agak berterabur atau tergantung. Walau bagaimanapun, isinya tetap mantap. Lima bintang.
Profile Image for Lin.
145 reviews6 followers
March 21, 2019
Antara tugas seorang Muslim ialah menyampaikan dakwah kepada orang lain terutamanya golongan bukan Islam. Sebelum mula berdakwah, seseorang itu perlu lah mengetahui serba sedikit mengenai agama yang dianuti oleh orang yang didakwah. Buku ini sangat bagus dibaca untuk lebih memahami tentang agama2 lain di Malaysia.
Profile Image for Erlena.
17 reviews
October 22, 2018
Menerangkan secara ringkas konsep agama-agama besar di Malaysia (Islam, Buddha, Taoisme, Hindu, Kristian dan Sikh) dan merungkai isu serta kesalahfahaman agama.

Membaca buku ini seakan mengimbau kenangan saya sewaktu belajar subjek "Comparative Religion" di universiti dahulu.🙂

1 review
April 14, 2018
This book is wrong about Hinduism. The writer is insulting. He pretended to be knew about Hinduism. He mentioned 'Rama ate beef...according Ramayana ' I challenge the writer give the proof from Ramayana, the Sanskrit version of Valmiki. It is blasphemy against Rama, the God.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
September 20, 2020
Tujuan untuk memahami agama-agamanyang ada di Malaysia adalah untuk memahami sesuatu isu yang timbul dengan ilmu dan kefahaman. Juga supaya dialog boleh diadakan antara agama supaya segala titik perbalahan dapat disatukan dengan medan pengetahuan.

*Tak suka prakata dari penerbit. Guna korang.
Profile Image for Abdul Aziz.
31 reviews2 followers
October 20, 2017
Bacaan yang saya boleh katakan wajib bagi yang meminati perbandingan agama untuk mencari keharmonian dalam hidup bermasyarakat.

Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
October 13, 2016
Buku yang bagus bagi yang ingin mengenali secara ringkas 6 agama utama di Malaysia (Islam, Buddha, Taoisme, Kristian, Hindu & Sikh).

Buku yang disasarkan kepada Muslim Malaysia yang ingin berdakwah ini memang mencapai objektifnya. Segala salah faham & sensitiviti agama lain dibincangkan secara ilmiah di dalam buku ini. Isu-isu yang perlu dititikberatkan oleh setiap Muslim dalam menyampaikan keterangan Islam dibahaskan dengan neutral & kritis seperti isu penggunaan kalimah Allah yang dituntut oleh pihak Kristian & Sikh, isu tuhan lembu oleh agama Hindu, isu pemuda Sikh yang dipotong rambutnya di kem PLKN tidak lama dulu dan sebagainya. Memang membuka minda.

Segala rujukan yang digunakan penulis disenarailengkap memang dipuji. Cuma jika dapat diberi keterangan ringkas untuk setiap istilah Islam yang digunakan pasti lebih membantu, memandangkan pasti ada bukan Muslim yang berminat dengan buku sebegini.

Dicadangkan untuk semua rakyat Malaysia. Usaha penulis dalam membukukan perihal sebegini juga perlu dipuji. Semoga usaha penulis ini diberkati Allah swt. Amin...
38 reviews
January 29, 2022
Sebuah buku yang memperkenalkan saya dengan agama-agama yang wujud di Malaysia. Melalui buku ini, saya dapat memahami sejarah, falsafah dan konsep berkenaan agama yang diceritakan. Buku ini amat bermanfaat dalam membantu saya memahami agama lain, seterusnya menimbulkan rasa hormat dalam meraikan perbezaan antara agama. Bahasa yang digarap oleh penulis adalah begitu mudah untuk difahami. Buku ini amat berbaloi untuk dijadikan koleksi bacaan kalian.
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
August 29, 2016
Buku ini sangat bermanfaat buat mereka yg tidak mengetahui atau kurang mengetahui perihal agama-agama yg wujud di Malaysia. Kita mungkin sedar kewujudan agama-agama ini di Malaysia tetapi sejauh mana kita kenal apa yg terkandung dalam agama mereka.

Dengan harga RM25, aku rasa sgt berbaloi sebab buku ni berwarna dan ada banyak gambar yang dilampirkan bagi memberi peluang pembaca turut mengenali agama-agama tersebut dengan lebih dalam.

Dalam setiap bab , akan dibincangkan isu-isu yg pernah berlaku di Malaysia mengenai agama tersebut. Makanya, ada isu2 yang aku sendiri tak pernah tahu, jadi tahu.

Thumbs up to the writer.
Moga terus diberi peluang untuk menulis.
Ini buku pertama berasaskan fakta yang aku agak konsisten dalam membaca. :)
Profile Image for #thereal ciksujaslin.
24 reviews
May 22, 2016
Saya beli buku ini selepas diwar-warkan dalam Facebook, terus saya terjah kedai Buku PTS di Batu Caves. Saya tabik spring kat penulis ini sebab BERANI mencungkil sesuatu yang kita tak tahu dan takkan tahu. Kajian yang dibuat termasuk temuramah insan-insan terpenting dalam setiap agama yang tersenarai, memang terperinci dimuat dalam buku ini. Buku ini memang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan.
Profile Image for Nur Hafizzah.
34 reviews
April 18, 2017
Saya suka buku-buku macam ni, tinggal di Sarawak yang pelbagai kaum dan agama membuatkan saya jadi lebih terbuka. Kena lebih banyak membaca untuk memahami keadaan setempat.
Profile Image for Hasan Aswan.
13 reviews
Read
August 11, 2018
Acapkali kita mendengar bahawa agama Islam sering ditindas dan inilah yang berlaku sekarang di peringkat global. Tetapi, pernah dengarkah kita agama lain selalu ditindas oleh masyarakat Islam? Secara kita tidak sedar, hal inilah yang menjadi realiti di Malaysia.

Apabila menyentuh tentang isu-isu taboo atau sensitiviti dalam agama, masyarakat Melayu Islam tidak dapat hendak menahan memberi reaksi yang berlebihan. Isu-isu tersebut sepatutnya dijadikan picisan semata berbanding dengan isu-isu yang lebih besar yang patut diutamakan seperti gerakan sosial, budaya ilmu dan kebajikan. Isu holy water, rambut pelajar Sikh, penggunaan kalimah Allah adalah antara isu yang membuatkan Melayu Islam panas bontot.

Hal ini juga berlaku disebabkan agama dijadikan agenda utama yang dimainkan dalam dunia politik dan media massa. Walau apapun tujuan politik, agenda ini boleh memecahbelahkan masyarakat di Malaysia. Rupa-rupanya bukan sahaja wujud Islamofobia, tetapi juga wujudnya orang Islam fobia terhadap agama lain malah sesama Islam juga terutama yang berlainan mazhab.

Inilah yang berlaku apabila sesuatu agama menjadi dominan dan diinstitusikan di sesebuah negara lebih-lebih lagi dipolitikkan.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.