ISTANA ditamatkan pada jam 11:10 malam 1-June-2016.
Penat keluar masuk istana yang ada dalam semua cerita ini...
GUNDIK UYANG by Novelis Maria Kajiwa
============
Seperti biasa karya kak Maria tidak mengecewakan.
Bila baca sinopsis, aku memikirkan yang Gundik Uyang ini seorang
yang menjadi mangsa Tengku Wazir hingga menimbulkan dendam.
Tapi semuanya silap...
Keseluruhan cerita digarap dengan baik...
Jalan cerita yang mudah difahami..
Cerita mengenai dendam yang berpanjangan yang melibatkan makhluk alam lain.
Cuma kalau dapat explore lagi mengenai Gundik Uyang ini maybe cerita lagi mantap..
Macam mana dia boleh hendakkan Tengku Wazir..
Rasa macam tak puas pula sebab watak Gundik Uyang ini macam sedikit dan kejap.
Bagaimana Pawang Taib gagal menghapuskan Gundik Uyang..
maybe kerana semasa Sultan memberi titah kepadanya dan ganjaran yang akan diperolehi..
telah terdetik dihati Pawang Taib akan ganjaran yang akan dia dapat...
dan keyakinannya yang tinggi... mungkin kerana itu dia gagal.
Berlainan dengan Tok Isa.. apa yang dia harap hanyalah amanah itu dapat dilunaskan.
Segala yang dia lakukan hanya kerana Allah. Apa sahaja pengakhiran dia terima dengan redha.
Tahniah Kak Maria!! Well done.
Saya enjoy baca cerita ini...
Tagline tu memang best... Apabila keluar asap dari bumi, matahari pucat-pasi, terlerailah janji, terbukalah kunci...
Ya.. kita sebagai manusia tidak pernah menyangka kita akan dan telah alami musim jerebu...
WUJUD by SyaSya Bellyna
=====
Syasya Bellyna bila menulis genre seram... memang menjadi... seperti Malam Ogos.
Kembali ke zaman lampau memang tak logik dan tidak dapat diterima akal tapi itulah yang cuba diketengahkan oleh penulis ini.
Dari niat nak berhenti kerja, Wangi akhirnya secara tidak sengaja telah tersentuh artifak yang telah disumpah hampir 100 tahun yang lalu.
Jalan cerita yang almost smooth walau ada ketikanya agak slow tapi bila dah sampai part Wangi terkena sihir dan
terperangkap di alam yang berbeza, rentak cerita mulai laju kembali.
Sorotan zaman lalu bagaimana Edyln cuba menghapuskan waris Sultan Pertama yang bermakna menghapuskan adik beradiknya,
sepupu atau sesiapa sahaja yang ada pertalian darah dengan keluarga diraja itu hanya kerana ini membalas dendam.
Seterus rasanya tak perlulah diceritakan.. pembaca boleh mengetahui apa yang terjadi.
Edlyn bukanlah satu kesilapan.. Cuma menjadi mangsa akibat ilmu hitam dan sihir. Hanya kerana ketamakan, diri terperangkap.
Ilmu hitam tidak akan selamanya bertahan. Pengorbanan perlu dilakukan untuk memastikan ilmu hitam itu untuh.
Namun siapa sangka... Fai dan Wangi mempunyai hubungan darah dan Fai terlebih dahulu menukar sejarah.
Demi untuk menjernihkan suasana, pertelingkahan dan memohon ampun kepada waris, Fai mengorbankan diri.
Namun adakah pengorbanan Fai berbaloi? Adakah Wangi, Saidi dan Ninie akan membujang hingga akhir hayat?
Hanya penulis sahaja yang mengetahuinya..
Dalam hidup ini, walaupun keturunan kita zaman dahulu berdendam, saling berkelahi,
namun kita generasi yang akan datang sepatutnya lebih terbuka fikiran dan
mempunyai sifat saling maaf memaafi kerana dendam hanya mengakibatkan kemusnahan, menghadirkan derita dan sengsara.
Rasanya seperti cerita ini boleh disambung....
Nak tahu tentang abahnya Wangi yang boleh muncul tiba-tiba dan macam mana dia hilang dulu.
Psstt.. Syasya... Nak tahulah tentang istana yang dimaksudkan dalam bhg Ilham Penulis tu..
Tahniah Syasya!! Well done.
PURBAKALA by Helmi Effendy
=========
Bangunlah wahai Cempakasari dari darah 1000 orang perawan suci.
Meremang bulu roma tatkalu mengungkap tagline itu...
Cerita yang penuh tragis dan saspens. Yang mendebarkan... Rasa macam nak cepat aje tamatkan supaya tahu apa endingnya.
Jalan cerita yang smooth dan senang difahami kerana ada flashback yang menceritakan punca kejadian.
Cerita mengenai satu ekspedisi yang terdiri daripada professor, pelajar, doktor, pemburu entiti dan juga renjer utk satu misi
mengungkap apa yang ada di kota Cempakasari dan Istana Bulan Sakti. Aku mengharapkan ramai watak pemburu entiti dalam cerita ini.
Walaupun telah diingatkan untuk menjaga adab percakapan, namun Firdaus tetap celupar. Niatnya hanya untuk mencari harta karun
yang akhirnya telah membangkitkan Inderawangsa dari tidur yang lena.
Rupa-rupanya ramai yang telah menemui kota ini cuma tiada selamat dan pulang terutama perawan. Kasihan pada Janna yang menjadi korban.
Kuasa hitam melawan kuasa hitam.. kedua-dua telah jalan yang sesat. Berpaling dari Jalan Allah.
Apabila seseorang mengamalkan ilmu hitam, lama kelamaan akan memakan dirinyer kembali seperti yang di alami oleh Pak Joho.
Bila orang-orang bunian menghapuskan kesemua langsuir dengan lada hitam, teringat pada 1 watak dalam Dari Alam Lain yang suka bawa
barang2 seperti itu dalam misi memburu entiti.. Lupa plak akan namanya,
Sedingin dingin Jamalee, namun apabila dia dihidangkan dengan kisah silam, melihat kembali bagaimana isteri dan anak-anaknya mati,
cukup membuatkan dia lemah.
Namun dihujung cerita, terasa kesedihan yang dialami oleh Inderawangsa. Semuanya tidak akan terjadi andai kata kita menerima takdir
yang telah ditetapkan oleh Allah. Terima dengan hati yang terbuka, Insya Allah ada kebahagiaannya.
Janganlah ditakutkan akan kematian.. Itu adalah lumrah kita sebagai manusia di muka bumi ini.
Cuma rasa ralit sebab tak tahu apa terjadi pada Dermaga.
Adakah betul kerajaan kehilangan separuh dari pasukan elit nyer atau hanya sekadar umpan?
Tahniah Helmi!! Well done.
KORBAN GANGREN by Naim Tamdjis
==============
Cerita utama dalam cerita ini adalah berkenaan Istana Bukit Putus.
Tetapi diselitkan mini cerita tentang 2 lagi istana - Istana Maziah dan Istana Seri Menanti.
Setiap istana yang diceritakan mempunyai kisah mistiknya tersendiri...
Pernah ke Muzium Terengganu tapi tak pasti sama ada pernah masuk atau tidak ke Istana Maziah ini
tapi di kawasan muzium itu pun ada rasa yang tidak menyenangkan.
Lagu Ulik Mayang ini memang berhantu tapi aku suka.
Tiap kali mendengar lagu ni sure rasa mcm khayal or pelik. Tak tahu kenapa.
Istana Seri Menanti, walaupun tiap kali raya pasti akan ke area Seri Menanti, tapi tak pernah masuk ke sini.
Suatu hari nanti, akan ku jejak kaki ke sini.
Back to topic, dialog antara saka harimau dan pemburu paranormal tu lawak betul la... Hilang rasa seram masa ni..
Tapi bila saka harimau sudah menunjukkan dirinya yang sebenar barulah rasa ngeri.. seram ada sikit tapi maybe sebab
harimau, perasaan ngeri tu lagi tinggi bila merobek dan memakan jantung manusia.
Tapi rasanya setakat yang aku tahu, saka harimau ni jarang membunuh manusia dan perlu diwariskan sebelum pemiliknya mati.
Part Pak Mat tuh, dah boleh teka sikit2 bila dia menghilang begitu sahaja.
Istana Bukit Putus memang tak pernah dengar dari perbualan orang tua di kampung tapi
maybe lepas ni boleh korek especially orang di Kuala Pilah.
Bukit Putus tu sahaj memang tempat yang keras, banyak kemalangan berlaku dan kenderaan jatuh ke dalam gaung yang terlalu dalam.
Kita hanya nampak pokok.. dasarnya memang tak nampak.
Penceritaan mengenai Istana Bukit Putus ini memang senang untuk difahami.
Namun sepertinya terlalu pendek untuk kisah utama ini. Kalaulah boleh dipanjangkan agar unsur seram, mistik dan ngeri dapat dirasai lagi.
Sekejap sangat.
Suka dengan penampilan Ustaz Zaher (diimport dari cerita RRS).
Zaman ini, agama dijadikan satu cabang bisnes. Nak dapatkan khidmat ustaz pon bayaran semakin mahal kadang kala setanding dengan khidmat
doktor. Tapi yang sebenarnya banyak yang temberang.
Generasi zaman ini, banyak yang tidak percaya wujudnya hantu. Ye bukan hantu tapi jin, syaitan, iblis itu wujud dan kita perlu percaya.
Percaya adanya alam selain alam manusia.
Apabila manusia itu sudah dalam keadaan terdesak, barulah timbul rasa penyesalan dan ingat kepada Allah.
Nampak sangat kita ini mudah lupa pada Pencipta kita, Allah....
Bila terdesak barulah kita nak mohon pertolongan dariNYA.
Ini patut dijadikan pengajaran untuk generasi yang akan datang.
Tahniah Naim!! Well done.