NUR AIN... Jodohnya dipermudahkan. Tidak perlu hendak bercouple, tidak perlu hendak merancang bertahun-tahun. Hanya dengan mengangguk tanda setuju, semuanya sudah siap tersusun. Bukan kahwin paksa, bukan untuk berlakon. AHMAD FUADI... Suka cakap lepas, kerek dan sinis sudah sebati dalam diri. Sayangnya dia kepada Ain, ditunjukkan dengan cara tersendiri. Baginya, kalau sudah namanya isteri, kenalah terima semua perangai suami.
“Eh, mana kulit ayam ni?” – Ain
“Orang perempuan tak elok makan kulit ayam. Nanti lemak berkumpul kat punggung.”- Fuadi
“Habis, orang lelaki lemak berkumpul kat mana?”- Ain
“Nama aje doktor, takkanlah tak pernah belajar lipid metabolism dulu? Ke kau ni kaki tidur dalam kelas?” - Fuadi.
Namun siapa sangka, kehidupan berumah tangga Ain tidak semudah seperti penyatuannya dengan Fuadi dulu. Kehadiran Sofea dan Danish mula mengucar-ngacirkan semuanya. Menjadi titik mula untuk derita dalam jiwa.
“Abang ingat, senang ke Ain nak terima semua ni? Now, I wonder, antara Ain dengan Danish, siapa yang lebih penting.”- Ain
“Stop Ain! You’re too much. He’s only two years old. Dia tak ada salah apa-apa. Tak sepatutnya dia terima kemarahan Ain.”- Fuadi
Satu per satu ujian melanda. Memang mampu menggugat iman di dada. Kuatkah Ain untuk menempuh derita? Atau, sudah tiba masanya dia mencari bahagia?
Ikatan yang tercipta, bukan bermakna dia jodoh kita. Mungkin si dia, hanya ujian semata, sebelum jodoh yang sebenar datang kepada kita. - Ain Kita hanya manusia. Tak ada daya untuk menilik siapa jodoh kita. Sekali ikatan tercipta, dialah jodohku selamanya. - Fuadi
IM ON FIRE!!!! And yet Im shivering with unspent anger.
Tak tahu nak rate dah untuk ni..honestly this book boleh tahan bagus..can be considered as simply awesome. Setiap watak antara Ain, Fuadi & Sofea digarapkan dengan baik. Every emotional pain that Ain suffered masih terasa. Going to be a long review..supaya lain kali saya ingat kalau hati belum kuat jgn nak ulang baca.
Pendapat saya, Fuadi ni lack basic knowledge or maybe too overloaded dlm pengetahuan hal rumahtangga mengikut cara Islam and sensitivity..yg dia tahu hanya satu, selaku isteri harus patuh pada suami kerana syurga seorang isteri adalah suaminya.
Dia sanggup menipu isterinya bahawa Sofea adalah isterinya juga asalkan dia dapat menjaga Sofea dan Danish on behalf of arwah suami Sofea. Tinggal serumah lagi di rumah mertua Ain. Dalam setiap keadaan, dia melebihkan Sofea sehingga saat isterinya melahirkan pun dia tidak berada disisi. Dia tahu perasaan Sofea dgn kehadiran Ain. Sofea tergugat dgn kehadiran Ain kerana takut Fuadi melebihkan isterinya. Wajarlah, isteri dia babe. Fuadi terlalu menjaga hati Sofea sehingga sanggup pergi sambung pengajian bersama Sofea di UK. Selama beberapa tahun, pada Fuadi dgn memberi nafkah dan pantau si isteri dari jauh tanpa khabar berita darinya mean dia masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. BANYAK lagi perkara yg berlaku (yg tak saya ketengahkan), sukar untuk perempuan seperti saya menerima keadaan Ain.
Apa yg bermain diminda saya : 1. Jika Danish tak meninggal, masihkah Fuadi ingin teruskan perkahwinan di antara dia dan Sofea? 2. Bolehkah dia ceraikan Ain jika perkara ini terjadi sedangkan Ain sudah minta dilepaskan? Sedangkan belum ada apa2 hubungan pun, dia tidak berlaku adil. Sebelum bermadu dah dimadukan dulu dan berat sebelah..kalau ikut timbangan btwn Sofea dan Ain beratnya mcm 95% to 5%. 3. Jika Sofea masih hidup, akan terus begitu ke sikap dia?
I mean at the end of the story before they made up Ain shd asked these questions too..watak Ain, bagi kita mungkin terlalu lemah dan mudah sangat memaafkan. Dia minta cerai tapi suruh Fuadi yg uruskan..like what? Well bukan serious pun..acah2 je..sebab kalau benar dia ingin berpisah, tuntutan fasakh kan ada..with the way she was being treated senang je diluluskan..bukti kena adalah..Sofea and family members can vouch on the credibilty of her story. But knowing Sofea and their family,.susah nak cakap..
Pendapat saya :
Sofea Bagi seorang isteri yg telah kematian suami tercinta, dia patut faham perasaan seorang isteri yg dah bersuami tapi mcm takde suami (Ain and Fuadi). Situations might be different but the feelings mutual. Tetap rasa kehilangan walau di depan mata. Might as well suami meninggal dari melihat si suami bermesra dengan wanita lain di depan mata dan dlm rumah mentua sendiri. Peritnya lagi teruk kut. Takde kut2 lagi..mmg sakit jiwa dan mental.
Bagi seseorang yg telah kehilangan anak, perlu ke selalu bertemu anak Ain, sehingga suami Ain sanggup 'menculik' anaknya untuk memuaskan hajat Sofea..kenapa harus menempel dgn anak orang setiap masa. Dahlah bersama suami orang setiap masa cuma waktu tidur je berpisah..anak orang pun nak rembat..Kalau inginkan anak sangat, seperti yg pernah Ain syorkan..ambil saja anak angkat..kenapa mesti anaknya juga yg dia dambakan sedangkan sebelum ini tidak dipedulikan?
Sebenarnya Sofea ni sakit dalam sihat..
Fuadi Terlalu sayang dan cintakan isterinya. Tapi sentiasa berkasar. Based on the facts above..dayus kah dia sebagai suami..ni bukan dayus lagi dah tak tahu tahap apa lagi lah lelaki ni sampai suatu ketika dia hampir saja membunuh isterinya hanya kerana Sofea dan Danish yg tak punya apa2 hubungan dgnnya. Sanggup mengugut untuk mencederakan anak sendiri hanya kerana dia berpendapat Ain pembunuh Danish..Honestly, I don't feel his love for his wife at all.
All these happened ada sebabnya..tapi tetap tak wajar. Sebab apa, kena baca..nothing to do with ilmu hitam. Seriously kena baca..Tapi sebelum baca cekalkan hati. Stabilkan emosi..hehehe..melampau review. Tapi mmg betullah. No words can describe..buat saya nangis bukan sebab kesedihan..lebih kepada rasa terkilan dan geram lagi2 bab dia sedang labour. Something happened b4 and after..
Kalau dia tahu tanggungjawab sebenar sebagai seorang suami dia tak berkepit dengan Sofea siang sampai malam tanpa hubungan yang halal. Dia harus tahu bezakan siapa isteri dan siapa teman. Bertanggungjawab atas dasar amanah patut ada caranya juga bukan berkepit je. Kalau dah rasa terbeban nikah saja..kalau dah tahu tak boleh bersikap adil lepaskan saja si Ain seperti yg diminta sebabnya Ain berhak hidup bahagia. Seperti yg dia kata Ain berdosa kerana tidak menghormatinya sebagai seorang suami..Dia tak ingat dosa dia juga ke..Mungkin dia dah pakai ARMOUR kalis neraka kut itu yg berani bersikap begini. Whatever explanation he gave to Ain at the end of the story doesnt justify his actions. He was too weak. He was brought down by guilt toward Sofea's late hubby. Tersepit between responsiblity and loyalty. He is struggling emotionally and mentally too..
Jika saya, suami mcm ni saya kasi free jelah kat Sofea tu..dah dia nak sangat dan suami kemain melayan sampai tahap kemaruk..saya tak perlukan suami begini. Mmg free pun sebab mas kahwin bukan perempuan yg bayar. hehehe..dgn syarat lepaskan saya..Saya pun nak bahagia juga..Tak semestinya dgn mencari pengganti. Seorang diri bersama anak pun dah memadai. Hati tenang. To me, he is just a sperm donor for her child. Dari berpura2, langsung tanggung unintentional dosa, might as well nikah for real. Let Ain move on. She can have better than this.
Just Sharing Seorang ustazah pernah berkata, sebagai isteri jalankan tanggungjawab kita sebagai isteri dengan baik..melayan setiap keperluan dia. Jaga ketrampilan dan tutur bicara kita..blah..blah..blah..yg lain2 apa yg dia buat di luar tak perlu kita ambil tahu asalkan dirumah dia sentiasa meladeni kita dgn baik..In shaa Allah everything will be fine.
Err..??? Sebenarnya bab ni 50/50 je lah saya setuju. Apa2 tentang suami kita buat di luar, pada saya perlu kita ambil tahu..anything can happen. Keselamatan dia keutamaan kita. Lain, buat dia perlakukan entah apa2 kat luar, sekali bawa 'penyakit' kat rumah habislah satu rumah berjangkit tanpa sedar. Kesihatan nak kena jaga juga..Kos perubatan sesuatu 'penyakit' ni bukan murah tau. Hospital bill pun mahal tau. Sekarang ratio man to women is 1 : 4 tau..ni yg boleh dihalalkan. Yg belum lagi 1 : 50 tau (estmation je). Saingan sengit ni. Akhir zaman. Jgn main2. hehehe.
Another half, saya rasa lebih merujuk ke issue kerohanian kita. I chose to think positive in her statement..Letakkan Allah dikedudukan yg paling tinggi agar keperitan yg akan ditanggung akibat lelaki seperti diatas ni tak terasa. Seharusnya begitu tapi kebanyakan dari kita hanya lafaz di mulut kurang feel di hati..kita hanya manusia biasa dalam latihan beristiqamah menuju ke arah kebaikan.
In a way, Ain sebenarnya akur dgn kehendak takdirnya kerana Fuadi adalah suami istikharahnya..Lari pusing satu dunia, to the moon and back, tetap akan bersama.
Tak tahu nak komen apa selain daripada Fuadi tu bodoh nak mampus (haa marah ni marah). Like seriously DOKTOR Fuadi? Belajar tinggi-tinggi jadi doktor, tak kan tak boleh fikir? Ego tinggi melangit, macam lembu dicucuk hidung, terhutang budi sekalipun tak kan la sampai kaki pun nak dirantai sama! Eh hello tuan doktor! Alasan kau tu tak valid langsung. Sorry, tak boleh terima, kau bagi la alasan apa sekalipun (refer page 585). Layan orang lain melebihi bini sendiri. Bini nak beranak bawak kereta ke hospital sampai eksiden anak meninggal pun kau memang tak ada perasaan apa-apa ye? Lepas tu sampai ke sudah ke nak bawa perangai busuk kau tu? Menipu status perkahwinan dekat bini yang sah macam small matter je. Ewah ewah tuan doktor, apa kau ingat bini tu anak patung? Puii!
Soalan daripada review Puan Ella ialah perkara yang sama aku nak tanya.
Kalau tak mati, kau akan berubah tak tuan doktor?
Sorry lah Fuadi, sweet mana pun kau lepas balik dari UK tetap tak mampu nak menyembuhkan parut-parut luka di hatiku. Kalau Ain mintak fasakh pun aku nak yay je lah. Biar padan dengan muka.
Ain. Memang aku sokong tindakan Ain, minus part terlanggar Danish dan kes sebelum Sofea meninggal. Ish ish ish, berat sungguh beban atas pundakmu. Dua-dua kematian ada kaitan dengan Ain. Kesian la Ain. Tapi tak rasa bersalah ke ea? Kalau aku, mahunya tak senang duduk sampai bebila. Ya baiklah, kerja Tuhan.
Sofea. Sayang arwah suami huh? Tapi perangai, mengada-ngada menyendeng dekat suami orang tu Puan Sofea! Sikit-sikit cari Fuadi, nak bergantung harap dekat suami orang dah kenapa? Sedar diri tu sikit! Sebenarnya yang meroyan tu kau sebenarnya.
***
Perghh. Tak pernah semarah dan emo macam ni lepas baca novel. Lelah sungguh! Huh. Lepas tu cari aiskrim malam-malam macam ni nak sejukkan hati HAHA kelakar Afifah. Novel je pun, novel!
Aku rasa benda-benda macam ni kita akan/ pernah jumpa atau tak pelik pun kalau berlaku in real life.
***
Novel ni best sebenarnya. Pandai sungguh cik puan penulis mengolah. Aku suka gaya penulisan novel ni. Cuma yang tak bestnya ialah hero menyakitkan hati macam Fuadi ni. Memang patut la aku letak balik lepas baca bab-bab awal. Perghh nak cari kekuatan untuk baca novel ni lepas baca review orang macam nak masuk Bilik Bedah je gayanya.
***
Cehh tak tahu nak komen pun berjela jugak. Salahkan mamat Fuadi tu ye!
sebuah kisah percintaan suami isteri ant ain dan fuadi yg berkahwin bkn ats dasar cinta...kehidupan mrk slps ijab dan kabul sgt bahagia....namun, kebahagiaan itu hanya lah utk beberapa bln shj...munculnya danish dan sofea semasa reunion batchmates fuadi di langkawi, tlh berubah segalanya....fuadi sentiasa melebihkn danish dan sofea dlm segala hal sehinggakan isteri sendiri mengandung pun dia xtau....
bukan sedikit penderitaan yg terpaksa ditanggung oleh ain...tambahan pula dgn keadaan diri yg sedg berbdn dua...kemalangan yg meragut nyawa danish tlh membtkn rumahtangga fuadi dan ain semakin bergolak....kata2 kesat sering dilemparkn oleh fuadi pd ain sehinggakan fuadi menyampaikan niat nya utk mengahwini sofea ats dasar tanggungjwb sblm dia dan sofea berangkat ke UK utk smbg belajar....tegar kah utk berkongsi ksh dgn perempuan lain? bagaimana keadaan ain slps itu? siapa aqil dan kenapa ain tegar utk memohon cerai setlh aqil muncul dlm hidupnya? adakah sinar kebahagiaan bt ain dan fuadi dipenghujgnya? dan adakah ain itu jodoh bt fuadi selamanya?
Buku ni menyakitkan hati jiwa & raga tapi I tak boleh stop baca hahaha! Menyakitkan hati tapi best! Menyakitkan hati tapi sedap betul penulisan author ni.
Bodoh. Tu ja yang sesuai untuk gambarkan Fuadi. Fuadi ni patut tutup mulut je jangan bercakap. kalau dah bercakap tu macam orang bodoh. Dahla bodoh, bebal pula tu. Bila dah bodoh bertemu bebal terus jadi mangkuk ayun. Tak guna punya jantan. Lepastu macam tak tahu salah sendiri apa benda. Wei laki ni memang sumpah bebal weii hahahahahah bebal gilaaa???!!! Hang boleh ja kot duduk bincang dengan Ain tu?????!!! Apa ke benak sangatttt???!!!!! Ya Allah sakitnya hati aku (rosak ketenangan I hahaha). I tak faham langsung dengan alasan Fuadi kenapa dia lagi ‘pilih’ Sofea bila cinta & kasih sayang lagi kuat dekat Ain. I rasa banyak lagi cara kot???! Kalau untuk kes Fuadi ni I tarik balik laa bila I cakap suka baca cerita ML garang sebab Si Bodoh ni special case sikit package sekali dengan bebal kuasa 10.
Ain ni memang kuat betul. Kalau I lah kan dah lama angkat kaki. Even dia marahkan Si Bodoh (Fuadi) & Si Bebal (Sofea) Ain still rasa bersalah kenapa dia marahkan dua orang tak berguna tu. Lagi satu Si Bebal ni arrghhh yang ini I macam nak marah tak marah sangat tapi still nak marah sebab sama macam Si Bodoh, memang bebal. Tak kiralah Si Bebal ni memang pentingkan diri gila. Tak padan dengan dedua orang doktor. Tapi pendek akal. Masa Ain tengah mogok/merajuk dekat Fuadi tu I macam bagusss buat lagiii, jangan lembut hati. Tapi itulahh, Ain kot, wanita paling kuat, pemaaf pernah I baca. Dah kena macam tu pun still sayang & nakkan si bodoh.
I tak puas hati dekat ending. Kenapa macam rushing? Kenapa Ain yang kena beralah lagi? Kenapa Ain yang kena pujuk lagi? Kenapa Ain yang kena start dulu? Kenapa bukan Si Bodoh tersebut? Banyak kot dosa Si Bodoh tu dengan Ain. Kalau I list-kan dosa dosa Si Bodoh ni terhadap Ain dari nikah sampai Ain pregnant - bersalin - berpantang rasanya naik lagi darah I. Kata sayang sangat tapi perbuatan dengan kata kata tu menyakitkan hati. Dahla minta maaf pun macam gitu ja. Itulah I cakap Si Bodoh ni memang bodoh sebab ingat perbuatan dia tu biasa ja kot? Semua benda dianggap remeh. Kenapa Ain nak kena faham benda bodoh yang Si Bodoh tu tanak duduk bincang? Dahla suruh Ain fahamkan keadaan Si Bebal sama. Si Bodoh & Si Bebal yang buat terukkkk dah kenapa Ain nak kena faham situasi Si Bodoh & Si Bebal????! Kenapa nak kena salahkan Ain bila Ain terasa? Kenapa Si Bodoh tu pula nak merajuk lelebih bila dia yang buat perangai mengalahkan hantu? Allah ya rabbi cerita ni memang sesuai untuk orang darah rendah macam I hahahaha.
Even cerita ni menyakitkan hati I akan reread lagi (I lovee angst hahaha). Dengan penulisan sedap macam ni lagilah. Btw, penulis ni ada satu buku je ke?
ps - sorrylah banyak pula gunakan perkataan bodoh. Tapi I rasa itu je yang paling tepat nak gambarkan Fuadi ^^.
citer menarik tp byk soalan yg tk dijawab.. ada ke lelaki yg pangkat doktor pandai tp bole jd vengong mcm ni terhadap isteri. lebihkan anak org dn bini kawan dr bini yg mengandung sampai beranak and anak mati seriously klu I jd ain kompom dh meroyan and tk ctc my inlaws langsung.. aku bawa diri and pindah jauh2 .. Malaysia kan besar..hidup mesti diteruskan esp if aku ada kerjaya. ending tu maybe kena pjg skit sbb keslahan fuadi yg berjuta juta tu tkbole ditutup dgn plot yg simple... maybe sebab sy ni pendendam kot so i expects ain to be mean and does show more attitudes or guna abg man for revenge.. well if that's me.. anyway it is a good book.. bacala mesti korg enjoy
Buku ni baca 10 kali pun tak jemu rasanya. Kalau ada orang yang jaga elib PNM tu, mesti dia pelik kenapa orang ni selalu sangat pinjam buku ni. Saje baca lagi sekali sebab nak rasa sakit hati and this book delivers lol. Masih rasa nak baling 20 pasang kasut bersama dengan rak kasut sekali dekat Fuadi dengan Sofea ni. Geramnya ya Tuhan.
This is going to be a long rant. This book is an angst-galore. I love it. I really want to give this one five stars tapi sebab tak cukup grovel je so tolak la 0.5
Anne Wanie's writing is really good. I love the tension, the plot, the angst and how the story develops. Suka sangat dengan watak Ain and how she reacted to her marital problem. Suka sangat jugak dengan the marital issues hahahahahhaha what can i say i really love pain.
Tapi Ahmad Fuadi, ya Allah, kau punya bodoh ni memang luar alam. Cemana boleh kata sayang Ain kalau perasaan Ain sikit pun tak reti jaga? Ain was pregnant with your child and you decided to leave her to be with someone who's not even your wife, who was capable of taking care of Danish alone in KK while you were working kat KB (so apa alasan Sofea tak boleh jaga Danish dekat UK sorang-sorang? bodoh) atas alasan tanggungjawab? Habis tu tanggungjawab kat Ain tak fikir? Anak orang lain sibuk jaga, anak sendiri buat tak tau je. Tapi konon mengaku sayang. Puih. Bini nak bersalin pun takde fikir nak balik awal ke, tak pernah pun tanya baby's condition padahal kau tu doktor???????????? monthly checkup bini pun tak ambik kisah eiiii bodoooooh. (tapi suka baca sambil sakit hati weh hahahah biasalah hidup sendiri takde drama kena outsource drama orang lain)
Buku ni best sebenarnya. Part tak best is when Fuadi ni tak mintak maaf betul-betul panjang lebar berjela jela kat Ain for all the things he did. Dia macam summarise kan semua kesilapan dia tu in just one sentence. Tak cukup tau tak. Fuadi patut tau yang dia pernah tolak Ain while she was pregnant, called her useless when she was in great pain and he couldve lost his baby masa Fuadi ni tengah sibuk jaga anak orang lain tapi Fuadi ni taktau dan dia patut tau betapa banyaknya dosa dia kat Ain. Masa he let Ain to give birth alone pun macam takde effect sangat dekat Fuadi how huge the mistake was, walaupun Ain banyak kali sindir-sindir tapi cam tah la tak puas bila Fuadi ni tak menyesal teruk. Dia cam menyesal sikit je. Kalau ikutkan, patut je Ain tu lari terus daripada laki tak guna dia ni jangan kasi mat tu tengok anak dia sendiri biar padan muka. Sibuk sangat nak jaga anak orang kan. Ha marah macam Fuadi ni wujud je kan. Tapi kena jugak marah sebab geram.
Anne Wanie, not sure where you went, tapi please tulis buku baru. You're a great writer. Tapi pasni tolong la buat watak lelaki ni grovel beria-ia setimpal dengan perbuatan.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Serious best!!! Once you start, it's almost impossible to stop.
Watak Fuadi sangat mudah untuk dibenci, tapi pada masa yang sama sangat mysterious membuatkan dia satu watak yang sangat intriguing.
N rasa jalan ceritanya boleh dikategorikan sebagai satu kisah yang rumit. Tapi penulis berjaya mengolahnya dengan baik dan lancar, membuatkan ia mudah untuk diikuti dan juga diselami.
Tahniah buat penulis! Cepat-cepatlah keluarkan buku kedua...
Hish tak pernah rasanya baca buku bencinya dkt hero, rasa sakit hati.. rasa nak lempar buku... ending tu patutnya dipanjangkan lagi..mcm nak cepat habis je.. yg musykil tu takkan parents fuandi tak tau yg sofea tu isteri anak di ke tak...
Mungkin sebab banyak sangat novel yang watak hero heroin sengal mengal bila mula baca novel ni memang sangat melegakan kerana tiada watak2 seperti itu. Bila dah mula baca memang tak boleh stop. Tak boleh bagi 5* sebab si fuadi mmg takde langsung part yang dia tu melebihkan ain.
Ya Allah, stresnya baca novel ni. (Untuk yang ada masalah jantung dan hypertension, Ku nasihatkan tolong jauhi novel ni) Dari awal cerita, sampai ke ending, memang ku bengang betul ngan Fuadi ni. 😤 setiap kali teringat novel ni, dah jadi macam zikir dah, "Ya Allah, jauhkanlah lelaki sebegini dalam hidup aku. Biarlah tak kahwin dengan doktor, asalkan aku tak hidup makan hati berulam jantung". .
Fuadi ni memang dikenali sebagai lelaki bermulut pedas. Asyik nak menyindir dan menyinis je kerjanya. Dan dia sangat outspoken. Kiranya Ain dan Fuadi ni dijodohkan oleh family. Dan segalanya dipermudahkan. Dan bila dah kahwin, Ain memang banyak sabar dan belajar untuk hidup di samping Fuadi ni. Dan Fuadi ni sebenarnya medical doctor di hospital universiti tempat Ain belajar. Tapi, Ain belajar dentistry. (Aku suka bila scene hospital diketengahkan. Memang real. Especially part Fuadi marah kat houseman kot. And even dia marah je Ain, walaupun seriously, kalau kau MO, dan tengok student pharmacy or dentistry kat hospital, tak payahlah sibuk-sibuk kacau dorang. Dorang pun tak kacau kau. Dan aku rasa, kalaulah Fuadi ni MO time aku jadi HO nanti, ada juga hari-hari balik menangis. Stress weii) .
Dan, kemunculan Sofea dan Danish mula memburukkan keadaan. Mereka mencuri sepenuh perhatian Fuadi. Seriously Fuadi, macam mana kau boleh lebihkan orang lain daripada isteri sendiri? And he expects Ain to understand the situation. Bongoklah dia ni. .
Sebenarnya banyak sangat benda yang buat ku bengang ngan Fuadi dan Sofea. Sampaikan Fuadi terfikir nak sambung belajar alang-alang temankan Sofea belajar kat oversea. And he decided to marry her. Eh sakitnya hati. And he still expects Ain to understand him. 😤 .
Dan selepas satu demi satu peristiwa, Fuadi makin tunjukkan belangnya. Dan Ain mula tawar hati. And amazingly, dia masih bertahan. Haihh. Memang baca novel ni, memang rasa bengang tahap babun ngan Fuadi. Ku tak percaya jantan spesis ni masih wujud. .
Tapi, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikan oleh Fuadi. Tapi, aku masih tak dapat terima. Bila ending pun, sikit je kau pujuk. Dan Ain pun okay je. 😒
ada juga sesekali rasa nak menghempuk orang sepanjang baca novel ni. geram dengan ain, geram dengan fuadi. kejap sayang, kejap sinis, kejap cinta, kejap perang. adoi!
mulanya ain menerima lamaran umi untuk fuadi. dia pun memang takde bercinta sebab sibuk habiskan belajar. fuadi pun menerima dia dengan baik. walaupun fuadi ni jenis outspoken tapi still boleh buat ain jatuh hati. rumahtangga mereka bermula dengan baik dan tenang.
muncul danish dan sofea. nampak sangat fuadi lebihkan anak beranak tu tambah pula danish sangat manja dengab fuadi. isteri manalah tak cemburu, tak sakit hati bila suami asyik nak lebihkan orang lain. dan lagi bila fuadi merancang ke uk kerana melanjutkan pelajaran dengan sofea dan mereka juga merancang untuk bernikah, ain memang bagai hilang punca dan hilang kata. kemuncak, bila dia terlanggar danish dan danish meninggal dunia. semua jadi huru-hara.
suami isteri ni satu yang pasti kena ada tolak ansur. kalau dua-dua keras, memang tak ke manalah jawabnya. bila ujian datang melanda, di situlah ujian sama ada sama-sama teguh atau dua-dua jatuh.
phew!!! emo sungguh baca buku ni. once dah enjin panas tu, mkg x blh shut down da. mmg sgt2 awesome! bagai roller coaster.. emosi panas sejuk. pandai penulis ni masak kisah yg agak berat ni. bila dah byk mkn hati.. terluka perasaan, berdendam tu sgtlah senang. memaafkn tu mudah, melupakan susah tp sayang mgatasi segala2nya. Inilah Ain.. Fuandi pla... alahai, bikin panas. Anyway, tahniah penulis! Keep it up... xoxo
Terkesan sangat jiwa bila baca novel ni. conflict novel ni boleh tahan juga lah but most important dpt tahan conflict tu sampai baca ke penamat hehe recommended bagi sesiapa yg suka conflict but at the same time blend in with romantic mood
Sejujurnya memang jalan cerita Jodoh Untukku sangat menarik. Walaupun jodoh Ain dan Fuadi mudah tp alam rumah tangga diorang byk konflik. Siapa yang suka novel byk konflik bolehla baca novel ni. tapi sakit hati jugak dengan hero dia hahahah menguji kesabaran sungguh! overall, menarik dan best! lagi seronok sebab saya baca guna ebook je. saya beli dari website esentral. kalau korang nak jugak, nah link saya kasi sekali.