Sebuah negara kecil jauh ke utara Aurora, yang kini diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri dan Aristokra yang terakhir. Daerah legenda dan mitos, paling gemilang antaranya adalah Spiara Bulwar, kisah epik yang menceritakan persahabatan pahlawan terbilang itu dengan Shilrung, serta pertarungan mereka menentang Krodra, gergasi samudera yang menggerunkan.
Dan kini pemerintahan Melyn diancam bahaya.
Sursis, pahlawan adi dan panglima gagah dari banjaran gunung jauh, mahu menakluki Nashan. Kehadiran Mori, kesatria misteri yang dikirim oleh Artakus, Lodra Perang Aurora, bakal mengubah segala-galanya. Namun, kehebatannya tidak dapat menandingi kegagahan Sursis, yang belum pernah tewas dalam pertempuran. Percaturan Merkia, wizra terulung yang menguasai magis tinggi, memberikan sinar harapan dalam usaha mereka menentang ancaman musuh. Namun, rahsia yang bakal menentukan takdir seluruh Nashan tersembunyi dalam legenda Spiara Bulwar. Firasat murni dan magis tinggi, persahabatan sejati dan pengkhianatan misteri, kesemuanya tergabung dalam perjuangan Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri Kushan yang pintar dan jelita, yang paling terkenal dengan hanya satu gelaran,
Ahmad Patria Abdullah ialah seorang penulis fiksyen sains dan fantasi yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara Datuk Haji Abdullah Hussain dan Datin Siti Saroja Basri. Beliau dianggap sebagai pengasas genre fantasi di Malaysia menerusi novel pertamanya "Permata Aurorius" pada tahun 1987, yang terpilih sebagai Buku Terbaik 1987 dalam kategori Penulis Harapan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia. Novel ini turut disifatkan sebagai novel fantasi terbaik yang pernah ditulis dalam bahasa Melayu ( Johan Jaaffar, Berita Harian 2012). Ahmad Patria juga dianggap sebagai nama yang paling besar dan paling berpengaruh dalam dunia sai-fai dan fantasi Melayu (Ainon Mohd, Konvensyen Sai-Fai Melayu 2009)
Kalau diberi pilihan, inilah novel yang patut diadaptasi. Sepanjang membaca, asyik terbayang keindahan dunia fantasi Aristokra. Sebuah novel epik fantasi yang saya kira sama hebatnya dengan novel epik fantasi dari barat. Bahasa yang indah, olahan yang menarik dan sepanjang pembacaan, dada berdebar sama.
1. Permulaan Sebuah Kronika Aristokra merupakan novel pertama dalam trilogi Kronika Nashan. Ia mengangkat genre epik fantasi yang setanding dengan novel-novel fantasi barat.
2. Watak-Watak Yang Luar Biasa Watak-watak utama ditonjolkan dengan cara yang sangat efisyen. Bukan sahaja Mori dan Melyn (hero dan heroin), tetapi juga Shirgen, Sursis, Merkia, Bulwar I, Bulwar II dan Shirlung, masing-masing mempunyai peranan, kekuatan dan karektor tersendiri.
3. Plot & Teknik Penceritaan Persembahan plot dari awal hingga akhir sangat kemas dan teratur. Teknik imbasan digunakan bagi mencantumkan tiga kisah, namun transisinya lancar dan cantik. Tidak banyak penulis mampu melakukannya sebaik ini.
4. Bahasa Yang Indah Aristokra ditulis menggunakan bahasa yang puitis, namun mudah dihadam dan tidak keterlaluan. Olahan bahasanya mampu menghadirkan visual penceritaan secara rinci di hadapan mata pembaca.
5. Imaginasi Aras Tinggi Dunia Imagina yang menjadi latar tempat Aristokra ini dihiasi dengan wizra dan magis, perwira dan senjata mistik, juga monstra dan kreatura kolosal. Adunan elemen-elemen ini sangat mengujakan, seterusnya melontarkan pembaca ke sebuah dunia fantasi mengikut interpretasi tersendiri.
6. Tiga Dalam Satu Kisah perang antara Nashan dan gerombolan reneger pimpinan Sursis merupakan tunjang penceritaan. Manakala kisah keperwiraan Bulwar I dan Bulwar II menjadi sisipan penting yang menerangkan asal-muasal senjata ioni, spiara. Ketiga-tiganya bisa digelar epik yang luar biasa.
Lepasni, aku akan sort karakter-karakter dalam semua buku yang aku baca dalam Hogwart house yang aku rasa sesuai. Entah, rasa macam lagi best buat ni dari tulis review hahah.
As a book cover illustrator, I usually get people to believe in the surface. To do the one thing your parents told you not to do; To judge a book by it's cover. But not with this one. The writer's name alone is more than enough. It's larger than life.
Buku bergenre fantasi dalam BM boleh dikira dengan jari. Siri buku Kronika Nashan ni adalah salah satu daripadanya. Merupakan siri spin-off kepada siri novel Saga Artakusiad (terbitan DBP).
Novel pertama ni boleh diibaratkan sebagai pengenalan. Novel ni menggunakan teknik penceritaan dua zaman. Plotnya berat, dan dipenuhi dengan aksi2 pertarungan yang epik. Tapi, perkataan2 baru yg digunakan terlalu bombastik, menyebabkan kekeliruan dan merencatkan pembacaan.
Di zaman sekarang, mengisahkan tentang Melyn, puteri dan Aristokra sebuah negara kecil bernama Nashan. Dia harus mengatur strategi untuk menghalang serangan kumpulan penjarah yg diketuai oleh seorang pahlawan hebat bernama Sursis. Kehadiran Mori, seorang pahlawan misteri yg diutuskan oleh Artakus memberi harapan baru buat Nashan.
Di zaman ratusan tahun yg lampau, menceritakan tentang persahabatan antara Bulwar dan Shilrung (moyang Melyn), dan pertarungan mereka dengan Krodra, raksasa laut yang mengganas di lautan berhampiran Nashan.
Kisah pertarungan antara Bulwar dengan Krodra, menjadi asas kepada sejarah Spiara Bulwar. Naratif penceritaannya cukup mendebarkan, mudah jalan ceritanya, tetapi seperti menonton filem, terpaku untuk meneruskan pembacaan kerana olahan ayatnya yang indah.
Ini adalah satu contoh karya di mana penyimpangan dari naratif asal (Perang antara Nashan dengan Sursis) dilakukan dengan baik dan tidak meleret langsung. Penyimpangan yang kemas, bergaya dan memuaskan hati.
Pertarungan Bulwar dengan Krodra mengingatkan saya akan pertarungan Perseus dengan Kraken di dalam filem Clash of the Titans, cuma lebih diberatkan pada emosi persahabatan antara Bulwar dan Shilrung. Tidak perlu kekuatan laksana dewa, hanya keberanian dan kepercayaan menjadi faktor kemenangan.
Menanti siri seterusnya, mohon cepat diterbitkan ya, Penerbit X & Ahmad Patria!
Nashan sebuah negara di bawah pimpinan Melyn kini diancam bahaya. Nashan cuba mendapatkan bantuan dari Aurora. Seorang pahlawan misteri dikirim Artakus bagi membantu tentera Nashan.
Walaupun penceritaan bermula dengan agak perlahan namun ia tidak memberi kesan membosankan buat SH. Namun pembacaan bertambah rancak seiring dengan pertambahan kelajuan pace penceritaan.
Walaupun terdapat banyak watak namun nama watak yang pendek dan ringkas memudahkan pembacaan. Tidaklah tergeliat lidah menyebut nama-nama watak dalam naskah ini.
Suka bagaimana penulis memaparkan kekuatan wanita bukan pada tenaganya tetapi lebih kepada kebijaksanaannya. Melyn memimpin Nashah dengan penuh hemah dan bijaksana. Membuat pertimbangan teliti sebelum mengambil sesuatu tindakan. Itu adalah antara sikap yang harus ada dalam diri seorang pemimpin kerana sikap terburu-buru biasanya membawa akibat yang kurang menyenangkan.
Kebaikan dan keikhlasan hati mampu mengangkat darjat manusia. Meski pun bukan pada mata manusa tetapi kemuliaan di sisi Tuhan. Tetapi kebaikan seorang Shilrung tanpa disedarinya akhirnya mengangkat dirinya penjadi pemerintah Nashan walaupun bukan atas kehendaknya sendiri.
Ketamakan kepada kuasa akan menjatuhkan seseorang itu cepat atau lambat. Apatah lagi jika dia menaiki tahta dengan cara kekerasan. Yang ada pada rakyat hanyalah ketakutan bukannya penghormatan.
Ada apa dengan Aristokra? Ada kisah seorang gadis aristokrat, kisah-kisah keperwiraan, kisah-kisah setia kawan, ihsan seorang insan, keberanian dan pertarungan yang diolah baik. Tetapi yang menjadikannya sesuatu yang luar biasa adalah kisah raksasa krodra. Menyelitkan kisah raksasa krodra ini bagaikan mencolek sambal belacan di dalam nasi menambah selera seterusnya menjadikan cerita Aristokra ini sesuatu yang istimewa. Bagaikan seri di dalam cerita.
Kalau mencari sesuatu yang istimewa, Aristokra adalah buah tangan yang sesuai untuk semua. Bacalah, nescaya kamu akan terpana dengan gaya bahasa yang tersendiri. Bacalah, nescaya kamu akan hanyut di dalam dunia Imagina.
Ina Melyn ien Sarra iea Nashrain i ina indaen unran!
Ir Bulwar ien Nordain iea Dashan! Ranerir isir kun durunir!
Aristokra: Kronika Nashan merupakan novel pertama yang saya baca yang diterbitkan oleh Penerbit X. RM25 merupakan harga yang perlu saya bayar untuk memilikinya. Sesungguhnya satu pembelian yang tidak sama sekali saya sesalkan. Tidak melampau jika saya katakan bahawa novel hasil tulisan Ahmad Patria ini merupakan antara novel terbaik bahasa Melayu untuk tahun 2016 ini.
Aristokra: Kronika Nashan sebenarnya merupakan buku pertama di dalam siri Kronika Nashan. Insya-Allah. Jika tiada aral yang melintang,sambungannya yang bertajuk Wizra akan diterbitkan. Di dalam Aristokra juga,terdapat dua buah cerita utama di dalamnya. Pertama,kisah mengenai usaha Puteri Melyn ien Sarra iea Nasrain (Melyn dari kerabat Sarra yang berasal dari Nashan) mempertahankan kerajaannya daripada ditakluki Sursis,seorang lodra perang dari Gunung Utara,yang memimpin para reneger yang buas. Cerita kedua pula menyentuh mengenai Shilrung dan Bulwar,kisah mereka menentang Krodra,seekor makhluk gergasi laut yang ganas.
Walaupun cerita pertama lebih utama dan penting,namun,cerita kedua juga tidak kurang pentingnya. Kisah kedua mendedahkan kepada pembaca sejarah penubuhan negara Nashan. Cerita pertama menggunakan perspektif orang pertama di dalam naratifnya,melalui kaca mata Puteri Melyn yang jelita dan bijaksana (saya membayangkan Kitagawa Keiko ketika berusia belasan tahun sebagai wajah Puteri Melyn di dalam wayang minda saya). Manakala,di dalam cerita kedua,perspektif orang ketiga digunakan dengan penulis sendiri menjadi tukang ceritanya. Terdapat beberapa babak imbas kembali. Tetapi,penting untuk disertakan di dalam penceritaan untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada pembaca. Malah,saya fikir,kisah Shilrung boleh dikembangkan di dalam siri novel yang lain. Saya tertarik untuk mengetahui evolusi dirinya dari seorang nelayan biasa kepada menjadi seorang aristokra pertama Nashan dan mengahwini Haninae,seorang puteri jelita dari kerajaan Kushan.
Tambah menarik,terdapat peta buana yang dipanggil Imagina dan glosari bahasa Kushan,Aurora dan Morrok disertakan di dalam novel ini. Juga,terdapat panduan tatabahasa ringkas bahasa Kushan disertakan oleh penulis.
There are many ingredients that make up a good book. Personally for me, I love a book that makes me feel. Aristokra does not only take the reader on an emotional roller coaster ride but the storyline is compelling and the book demonstrates good moral and Islamic values. To top it all off, the story is written beautifully in Bahasa Melayu which makes me in love and appreciate the language even more. It is true that ‘Mata pena lebih tajam daripada mata pedang’ and a good book is definitely one that influences positive change in people.
I can still imagine and feel the battle of Bulwar-Shilrung versus Krodra, a tiny ‘sekoci’ in the middle of the stormy ocean against a fierce, mighty, gigantic, sea monster. This is one of my favourite heartfelt moments and there are many more amazing scenes in the story.
All in all, Aristokra is a great literature by legendary author Ahmad Patria. Thank you for writing this gem and best wishes on many more books to come.
Agak terganggu tumpuan saya apabila kisah latar lebih lebih ditumpukan berbanding kisah utama. Malahan boleh dikatakan dua cerita dalam satu buku.
Perasan teruja ketika mula2 mengetahui akan penghasilan karya baru dari Ahmad Patria Abdullah tak dapat digambarkan. Saya peminat setia Saga Artakusiad sejak dari sekolah rendah ( dah lebih 20 tahun!) dan menunggu-nunggu siri terbaru sejak dari dulu.
Dengan rasa yang teruja yang amat sangat, saya memulakan buku ini. Dan terlongo seketika...Ingatkan siri baru ni berlatarkan dunia lain atau kisah yang tiada kaitan dengan Artakus, tapi rupanya menggunakan medium yang sama, malahan berkait rapat dengan perjuangan Artakus. Maka fikiran saya turut tergapai-gapai cuba mengingati semua watak yang pernah dikenali dulu. Satu perkara yang sukar, kerana kali terakhir membaca Saga Artakusiad adalah pada tahun 1996. Walaupun sudah berjaya mencukupkan hampir kesemua siri ini, tapi masih belum diulang baca, semata-mata menunggu buku ketujuh yang baru diulang cetak.
Dan ya, cuma itulah. Dalam teruja mengikuti kisah Melyn, tiba-tiba sahaja sudah bertukar menjadi kisah Shilrung dan Bulwar yang sepertinya lebih diberi perhatian.
Ternyata kematangan usia memberikan impak terhadap gaya penulisan penulis. Lebih kompleks dan lebih detail. Namun magisnya tetap sama, memukau pembaca dengan bahasa yang indah dan pengembaraan yang menggentarkan.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk Kak Wan Amalyn yang sudi jadi PS kami yang di kejauhan, membolehkan kami turut sama merasai kemeriahan PBAKL16 :D
When I initially read Aristokra, I was expecting the sequel of Saga Artakusiad, featuring Artakus, who has did a brilliant job uniting all five of Aurora clans, bring them to victory of one war after another, gives Morrok (evil empire engineered by Herakos, the Lord of Darkness) a bang in the face every time he does it, the unconditional friendship he has with his warrior buddies, and getting hit with an arrow of love straight in the heart by a green eyed beautiful Aurora damsel, (yes, a romance in war, who doesn't love it!). But unexpectedly, the author is presenting the prequel!
Aristokra was beautifully written that you will still be thinking of it even after days of finished reading! And because of the skilled storytelling methods, instead of reading, you'll find yourself living the story as Melyn, the aristocrat being featured. Knowing the author (from a few 'meet the author' events), I believed Ahmad Patria's excellent bilingualism helped him came up with incredibly perfect words to describe any given scene, and that should effectively draw in anybody who has good taste in books to become an immediate fan!
Ahmad Patria has captured the hearts of Malaysia's readers everywhere with his first 6 fantasy books (Saga Artakusiad). In fact, after more than 20 years, Saga Artakusiad is still among the top malay fantasy series ever.
He has not disappoint with Aristokra. In fact, Aristokra has exceed his previous works in almost every way. With it's beautiful language, descriptive landscape, very rich and in-depth scenes, wonderful cultures and values, amazing characters; both heroes and villain, one is tempted to say this is one of his best work to date.
For those who came to Aristokra by way of Saga Artakusiad, Aristokra offers a more in-depth look to the backstory and the world of Imagina. While the plots of Aristokra can be said to be a sub-plot to the main storyline in SA, it does not in any way less than Saga Artakusiad. Instead, it enriches Saga Artakusiad and we can't help but to cheer and despair over every triumph and tragedy in Aristokra.
For those new to Imagina, Aristokra is an excellent point to start this journey. While there are some reference to the aforementioned Saga Artakusiad in the earlier chapters, readers can safely put those reference aside for now.
All in all, the only negative thing i can said is that Aristokra feels too short and left me impatient for the next installment. At least, now i can sympathized with the readers of Lord of the Rings back in the day, when they were waiting for The Two Towers and Return of the King.
Memandangkan ini buku pertama karya Tuan Ahmad Patria Abdullah yang saya baca, banyak persoalan yang berlegar dalam kepala saya. (Peringatan untuk diri:- kena cari dan baca buku beliau yang terdahulu untuk lebih faham cerita)
Untuk first timer seperti saya, naskhah ini saya suka. Saya sukakan bahasa penulis. Bahasa Melayu Tinggi. Saya suka kerana genre nya...
Cuma apa yang membuatkan saya kurang gemar... cerita dalam cerita. 2/3 daripada buku adalah 'kisah lain' sedangkan di awal-awal cerita, jiwa saya tengah berperang sebagaimana Kerajaan Nashan dalam genting kerana serangan pihak Sursis. Dalam hati tertanya-tanya apa jadi pada Nashan? Tapi saya dibiarkan dalam keadaan tertanya-tanya hingga ke noktah terakhir tanpa sebarang jawaban yang pasti. Kecewa! Lagi satu daya tumpuan harus seratus peratus. Hilang fokus, saya boleh hilang jalan ceritanya. Dan... pengakhiran cerita yang tergantung (kena tunggu buku yang akan datang... masalahnya saya tak suka menunggu!!! tak suka! tak suka! tak suka!)
Aristokra by Ahmad Patria is the first book of Kronika Nashan. This is an epic/high fantasy genre based. A story of friendship and courage. It’s kind of unusual for me to read Malay’s novel because I’m scared for the possibility in difficulty to deal with high language and all. But after finished it, I truly regretted why I didn’t pick up this series earlier.
This book is a perfect representation of character-driven plot and beautifully written to introduce the reader into the utterly breathtaking world building. Each scenes were developed brilliantly like movie’s transition interwoven with background of characters like flashbacks.
I gave it 5 stars in goodreads because how could I not with all my tears spent for this masterpiece.
Saya mula meminati karya-karya Ahmad Patria Abdullah sejak membaca buku-buku Saga Artakusiad sekitar penghujung tahun 1980an dan awal 1990an. Maka apabila desas-desus tentang pendefinisian semula Saga Artakusiad mula timbul, saya amat teruja untuk mengetahui bagaimana penulis akan mengangkat kembali saga yang telah menambat hati ramai peminat novel fantasi tersebut ke dalam bentuk yang baharu .
Aristokra, buku pertama di dalam trilogi Kronika Nashan, mencoretkan titik permulaan untuk pembaharuan tersebut. Kisahnya bermula dengan misi seorang pemerintah sebuah wilayah kecil di utara Aurora, untuk memohon bantuan daripada Artakus dan puak Armorikus untuk menghadapi suatu ancaman berbahaya terhadap wilayahnya. Suatu permulaan cerita fantasi yang kedengaran amat biasa, namun saya tidak perlu menunggu lama untuk menyedari keistimewaan naratif Aristokra: bagaimana penggunaan imbas kembali digunakan secara kreatif untuk mencantumkan peristiwa-peristiwa penting yang menyumbang kepada aliran utama naratif Aristokra. Maka bayangan klise yang disangkakan pada awalnya terus diganti dengan bayangan lanskap naratif yang amat mega. Ketika ini, hati saya sudah mula terusik.
Aristokra sesungguhnya menunjukkan satu perubahan yang amat ketara berbanding novel-novel Ahmad Patria yang terdahulu. Penulis telah jauh mengangkat Aristokra daripada segi kematangan penceritaan dan plot, perkembangan skop watak-watak, penggunaan bahasa yang indah dan berfalsafah namun tidak mengelirukan, serta wajah hadapan cereka fantasi dan sains fiksyen yang jauh lebih tinggi. Aristokra mampu membawa pembaca melalui buaian emosi tanpa dipaksa, menjentik intelektual secara tidak sengaja, dan menerawang ke segenap pelusuk dunia fantasi ciptaan Ahmad Patria secara maya namun bagaikan hampir kepada suatu realiti, bukan lagi fantasi.
Naratif Aristokra berkisar tentang Melyn, aristokra Nashan yang digambarkan sebagai seorang pemerintah yang amat tajam mindanya, walaupun dia masih muda. Ancaman Sursis terhadap wilayah Nashan telah mencetuskan rentetan peristiwa-peristiwa: kehadiran Mori, pahlawan misteri dari Armorikus, sejarah permulaan Nashan yang melibatkan Shilrung dan Bulwar serta persahabatan mereka, dan kisah mereka menentang Krodra, gergasi samudera yang menjurus kepada terciptanya sebuah rahsia terpenting buat Melyn di dalam usahanya untuk mempertahankan wilayahnya.
Kenangan lama muncul kembali apabila watak Merkia, seorang magia Arasis menunjangi naratif tentang sejarah Spiara Bulwar yang mendahului wilayah Nashan hampir sekurun sebelumnya. Ternyata penulis telah mengangkat watak adi ini ke tahap yang amat tinggi berbanding Merkia yang saya kenali di dalam buku-buku Saga Artakusiad dahulu. Bukan mudah bagi saya untuk menduga siasah dan tindakan Merkia: penulis melingkari perjalanannya dengan bahasa yang amat indah dan penuh dengan makna yang tersirat, seiring dengan falsafah pegangan Merkia. Semuanya bagaikan perlu untuk mengekalkan misteri yang menemani perjalanan sunyi Merkia dalam usahanya memerangi kuasa Osria.
Sama ada didalam konteks interaksi diantara Melyn-Mori-Shirgen, persahabatan Shilrung dan Bulwar, mahupun interaksi diantara Merkia dengan semua watak tersebut, Aristokra berjaya menarik pembaca untuk turut serta menyelami maksud dan tujuan bicara, bisikan hati yang bersempadan diantara rasa cinta dan hormat. Tanpa disedari , pembaca sendiri akan mahu turut serta didalam runtunan perasaan diantara dua hati yang samar-samar, ataupun cahaya keikhlasan yang terbit didalam persahabatan dua manusia yang berlainan darjat. Begitu juga didalam babak pertempuran, pembaca seolah-olah dibawa ke tengah-tengah medan peperangan yang getir, membawa persoalan hidup dan mati begitu hampir dan realistik. Semuanya kerana kekuatan dan keindahan naratif yang Ahmad Patria telah nukilkan dalam Aristokra.
Aristokra mengemukakan persoalan tentang banyak perkara, diantaranya ialah pengertian Aristokra itu. Apakah aristokrasi itu wujud dalam bentuk material semata-mata, apakah ia boleh diwarisi, atau adakah sesiapa sahaja boleh menjadi seorang aristokra. Melyn sudah pasti merupakan Aristokra yang dimaksudkan, namun tidak salah rasanya kalau saya menganggap, bahawa Shilrung juga tergambar sebagai seorang aristokra yang unggul, walaupun hanya berbekalkan keikhlasan hati dan semangat persahabatan yang suci.
Jiwa Aristokra juga sarat dengan mesej-mesej kerohanian, dimana watak-watak didalamnya sering bersemuka dengan persoalan tentang pertembungan diantara takdir Tuhan dan kehendak diri. Disini dapat dilihat penulis bagaikan meniti di sempadan antara duniawi dan ukhrawi, menyalurkannya secara halus kepada pembaca tanpa terlalu memaksa, namun cukup terkesan kepada sesiapa yang menyedari kewujudan isu tersebut. Pendek kata, Ahmad Patria mampu membawa pembaca mendaki fantasi aras tinggi ke seluruh benua Imagina, namun pada masa yang sama, masih meletakkan kaki pembaca berjejak di bumi yang nyata.
Saya tertarik untuk mengupas satu lapisan tersembunyi di sebalik naratif mengenai Merkia. Perjalanan dan kembara hidupnya yang serba sunyi, serta falsafah pegangannya digambarkan sebagai sesuatu yang berlawanan serta dianggap ketinggalan berbanding fahaman serta siasah percaturan Musuh.
Penulis bagaikan menyeru kepada pembaca yang menyedarinya untuk membuat suatu perbandingan, tentang aliran kehidupan manusia yang sudah mula terlupa tentang hakikat penyerahan diri kepada Yang Maha Kuasa. Kehidupan manusia yang semakin moden, semakin pantas, serta peralihan aliran pemikiran kepada ideologi yang semata-mata berteraskan material, logik dan semantik yang berpandukan kebolehan minda telah menyebabkan sedikit demi sedikit, kita mula lupa bahawa semua perkara masih tetap tertakluk kepada keizinan Tuhan. Seorang individu yang masih berpegang teguh kepada konsep penyerahan diri kepada Tuhan setelah bersuah-payah berusaha, kini sering ditafsir sebagai seorang yang pasif dan tidak meyakinkan, menjadikannya tersisih daripada arus pembangunan kehidupan manusia, sunyi apabila diukur daripada kacamata duniawi.
Penulis seolah-olah ingin memberitahu pembaca menerusi watak Merkia ini, bahawa setinggi mana sekalipun kehebatan manusia, akhirnya tetap harus akur kepada ketentuan Tuhan. Walaupun siasah percaturan Merkia penuh diliputi dengan ilmu-ilmu berasaskan sains dan matematik aras tinggi, namun dia tetap surut didalam suatu penyerahan diri yang ikhlas, bahawa Tuhanlah yang sebaik-baik perancang, seperti mana yang dinoktahkan oleh penulis, "tadbir tidak mungkin dapat mengatasi takdir".
Mungkin subjek diatas akan dilihat terlalu berat kepada para pembaca yang inginkan hiburan fantasi yang santai, namun keistimewaan Aristokra ialah ia mempunyai kesan dan pengisian yang berlapis-lapis. Aristokra pada asasnya tetap sebuah novel fantasi dan bahan bacaan sains fiksyen yang boleh dinikmati diperingkat yang paling asas. Untuk lapisan santai ini, bayangkan pertembungan diantara dunia fantasi Lord of the Rings dan Harry Potter, namun diadun dengan unsur-unsur kerohanian dan jiwa bangsa, maka pembaca akan mendapati dunia fantasi ciptaan Ahmad Patria juga amat kaya dan luas namun pada masa yang sama lebih dekat dengan jati diri kita.
Saya teruja untuk mengetahui tentang rahsia Perang Bayang, misteri Merkia dan Arasis dan kemuncak kemunculan Artakus di dalam Saga Artakusiad yang baharu nanti. Ahmad Patria telah memberi bayangan yang amat luas kepada satu epik fantasi yang agung, dan Aristokra telah merintis jalan pertama ke arahnya. Saya tidak sabar untuk mengetahui tentang sambungan cerita ini di dalam buku-buku yang seterusnya. Inilah waktu dan ketika yang amat sesuai untuk bermula kembali: kepada para pembaca Saga Artakusiad yang asal, Aristokra akan membawa kita mengimbau kenangan lama bersama peningkatan kematangan dan pengisian berkualiti yang seiring dengan usia kita. Untuk pembaca yang baharu, anda semua amat bertuah kerana turut serta di dalam pengembaraan ini, dan selamat datang ke dunia Imagina!
Pertama kali membaca karya ini, Aristokra sememangnya berjaya memukau pembaca dengan keunikannya. Dengan nama watak dan tempat yang di luar kebiasaan serta penggunaan bahasa yang tersendiri, kita benar-benar dibawa memasuki dunia baru, dunia fantasi Nashan, negara kecil di utara Aurora. Uniknya, novel ini menceritakan dua zaman yang berbeza di wilayah tersebut. Pada zaman kini, diceritakan mengenai pemerintahan Melyn (Aristokra dan puteri daerah itu) yang diancam bahaya oleh pahlawan Reneger bernama Sursis. Mori, seorang kesatria yang dikirim oleh Artakus, membawa sinar buat pasukan mereka dalam menghadapi pertempuran itu.
Di zaman lampau pula diceritakan mengenai legenda kegemilangan Spiara Bulwar (Spiara-pedang, Bulwar-nama pahlawan). Kita bakal dibawa menelusuri pertarungan Bulwar dan sahabatnya Shilrung (pengasas Nashan) menentang Krodra, gergasi samudera yang mengerikan. Kemunculan Merkia, seorang wizra (pendeta magis) yang sentiasa diselubungi misteri memberi harapan buat dua sahabat ini dalam misi menumpaskan Krodra. Pada zaman ini juga, diimbas kembali sejarah Spiara tersebut, bagaimana Spiara itu boleh menjadi anugerah atau sumpahan buat pemegangnya.
Persahabatan, pengkhianatan, kesetiaan dan keberanian, firasat serta pedoman, diadun dengan cukup baik dalam novel ini. Banyak perkataan bahasa Melayu tinggi yang diselitkan, terutamanya dalam menggambarkan suasana perang, dan pelayaran di laut yang bagi saya tidak merencatkan pembacaan, namun boleh saja anda buat carian makna perkataan untuk lebih kepuasan. Plot yang tidak meleret dan tidak membosankan, olahannya yang mantap memberi visual dan imaginasi tinggi dalam minda pembaca.
Ya, pembaca akan keliru pada awalnya, namun saranan saya, anda boleh baca glosari (bahasa Kushan) dan mengulang bab 1 terlebih dahulu untuk memudahkan kefahaman. Kemudian...selamat melayari dunia fantasi kronika Nashan😉
My first Malay fantasy book by the one and only Ahmad Patria. I knew it will be good (from the many good reviews I've heard) but I have no idea that it will be this good?!! Seriously, how can his writings and story be so beautiful while at the same time has this hint of melancholic and sombre tone huhu my heart broke for (both) Bulwar.
Officially announcing that I'm a fan and welp, off to the second series right now. Like right now!
It has been a while since I read a book and have a hard time putting it down.
I have been following Ahmad Patria's stories for so long, from Saga Artakusiad to Spesimen Alfa to Dewan Kosmik's short stories. Very very astounding story telling.
Aristokra, book one for Kronika Nashan, is a spin off story of the larger Saga Artakusiad legend.
And his latest masterpiece, Aristokra, is simply amazing. From the narration, plots, characters, war planning, battle scenes and many more are deftly presented. As if you are there, watching all the things played in front of you. And oh, the twist. I just love what I thought would happened is wayyy out of the mark.
The characters also have been developed beautifully. Every characters has its own distinctive element, make each of them unique in its own way. Yet, all characters has been masterfully intertwined one another to create such a strong epic.
Ahmad Patria has long been known for having a skillful way with word in all his writings. Aristokra has shown that his eloquent way of expressing things has reach its zenith. Everything is told magnificently.
I highly recommend the book for all readers. Explore the magical world within, feel the thrill and enjoy the ride the book provided.
Buku yang lama dinantikan selepas bermulanya Saga Artakusiad! Pengembaraan bermula pada cabang cerita yang tidak dijangka, membawa pembaca menikmati perjalanan hidup watak-watak unik yang belum pernah muncul. Penuh intipati pengajaran mengenai rona-rona hidup di samping mengajak pembaca menyelami dan menghayati dunia Imagina yang mempesonakan. Garapan bahasa dan olahan jalan cerita yang menarik, memukau pembaca untuk mengetahui jalan cerita yang tercoret di lembaran berikutnya.
An amazing start to beautiful chronicles in Nashan. Intriguing, mesmerising, compelling... Not enough expressions to describe how hypnotising this book is. Creatures and characters vividly described; you will feel as if the scenes are played out right in front of you in 3D. If you love magic and fantasy with a pinch - or two - of science (fictions thrown in for good measures), grab this book, hold on tight and enjoy the ride!
Coffee. Coffee. More coffee. Take a sip. Put the cup down. Let it rest. Play your favourite LP or cassette. A CD would suffice. No MP3. I'm old-school.
Start reading. You cannot stop. Unless the wife calls.
Keep reading. Do not stop. I'll just ramble on.
Call it a sequel. Prequel. Crossover. Spin-offs. Call it whatever. It does not matter. It stands by itself. It just screams cliffhanger. In it's last sentence. On every page. A page-turner. Yes. Because...
Fantastic, enthralling and mesmerizing. Full packaged with drama and action without neglecting the the beautiful art of language implemented in every single page written. Alhamdulillah , there is just nothing better than this.
Seingat aku, semenjak remaja lagi, hati ku telah setia dgn Artakus tetapi apabila usia semakin meningkat, komitmen semakin ke urusan harian, aku mula melupakannya. Hari ini aku ditemukan dengan nya semula tetapi berlapisan dengan Mori dan Shirgen. Bergegar kesetiaanku. 🙈
Buku bergenre fantasi pertama dan juga buku pertama karya Ahmad Patria yang aku baca dan secara sukacitanya dimaklumkan bahawa aku menyukai siri Kronika Nashan ini.
Sepanjang penceritaan, kita diperkenalkan dengan pelbagai watak yang membawa peribadi berbeza namun memiliki dua sifat yang sama iaitu semangat tidak pernah gentar bertemu musuh dan bersedia menyahut cabaran. Pada mulanya, aku agak keliru dengan nama watak. Bergenre fantasi makanya nama watak pun bukan nama biasa. Namun begitu, selepas beberapa bab, aku mulai selesa dengan nama watak dan kisah mereka.
Plot cerita disusun dengan sangat baik. Cara olahan setiap plot sangat cantik dengan gaya bahasa yang menarik juga disertakan dengan kosa kata yang berlainan. Penulis juga bijak memberi gambaran aksi di medan pertempuran 👍🏻
Ada dua pertempuran utama dalam buku ini. Apa yang aku suka adalah penulis tidak membiarkan aku berdebar tak sudah membaca kisah peperangan. Cerita disambung kepada kisah lain yang bisa membuat jantung aku berdegup dengan kadar normal dan kemudian, debaran kembali dengan kisah pertempuran kedua.
Watak yang memberi kesan mendalam pada diriku adalah Bulwar dan Shilrung. "Persahabatan sejati yang bermula dengan kebaikan dan terbina di atas kejujuran". Watak lain yang aku gemar pastilah Aristokra Nashan iaitu Puteri Melyn. Aku terkesan sekali apabila dia sentiasa mengingati pesanan ayahnya dalam menimbang tara keputusan.
Secara keseluruhannya, siri ini amat menarik bagiku dan semestinya menjadi siri yang aku mahu baca hingga ke buku akhir. Maklumlah, apabila buku bersiri makanya kisah tergantung ye. Barulah aku sedar bahawa seronok baca genre fantasi rupanya. Patutlah ramai orang minat fantasi. Sis lambat join group 🙈😂
Terima kasih @cazaazmy dan @bukupts atas pemberian buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku 💖
⭐️ : 4.5/5
Quotes: "Tadbir tidak bisa mengatasi takdir"
"Setiap kali membuat keputusan, perhalusilah. Pertimbangkan dengan fikiranmu, pertimbangkan dengan hatimu, sebelum kau pertimbangkan dengan lidahmu."
"Manusia tidak punya kuasa, senantiasa mengharapkan rahmat dari Ilahi. Maka, keikhlasan sangat utama, kerana Tuhan menyayangi orang yang ikhlas" - Merkia
"Kuasa yang diberikan kepada manusia hanyalah satu ilusi. Hanya Tuhan sebenar penakluk".
Aristokra is a fantasy good versus evil themed book that happened in a world called Imagina. It follows the story of Melyn, an Aristokra (ruler) of Nashan who wants to protect her state from the raid by Sursis and a group of renegers (bandits). The story setting sounds simple and not really different from other fantasy themed book so what makes the book worth reading and earn a 5-star rating from me? Here is my reasoning without disclosing too much info on the storyline.
Some of the strong points of the story had been shared by other reviewers. However to me, what makes the book unique from the rest is how the story had been told. For the first half of the book, the author used a first-person narrative i.e. from Melyn’s point of view to tell the story. For me, the reading is an enjoyable journey as Melyn where I felt her memories, thought process and feeling as she learns, discovers new things and strategizes her battle strategy along the way. Suffice to say that this method had also been used by the author to sometimes create a dramatic and surprised effect in the story. The author also carefully balance the depth of Melyn’s thought process so as not to be too naïve and shallow minded (many first-person narrative stories fall under this) as well as not to be too convoluted and longwinded (such as J. D. Salinger’s The Catcher in the Rye) which resulted in a fun yet realistic way of storytelling.
For the second half of the book, the author used a third person omniscient method to capture the flashback of the battle between Shilrung and Bulwar against Krodra. The transition between the first half of the book into the second half of the book is smoothly done as the author used the flashback scene to link the effect of the battle with Melyn’s story. The story pace is faster than the first half of the book which suits the momentum and the scene of the battle. I had been mesmerized with the build-up and the detail of the battle which is not surprising considering battle scenes are one of the author’s forte and signature style as demonstrated in his previous series, Saga Artakusiad.
Another thing that I like about the book is how the author limits the details in the story to keep the reader guessing and making assumption while reading. The author did not understate the intelligence of the reader by disclosing too many details in the story until it became boring or predictable. Instead, the reader was guided with only necessary details as and when needed to keep the reader guessing and making possible deduction along the way. As a result, when I finally reach certain part of the book, I either pat myself on the back for being able to predict the conclusion from the clues given or caught with a surprise ending vice versa. I found that the technique used is similar to The Iceberg Theory which is coined by American writer, Ernest Hemingway. In his own words, Hemingway said, “if a writer of prose knows enough of what he is writing about he may omit things that he knows and the reader, if the writer is writing truly enough, will have a feeling of those things as strongly as though the writer had stated them.”
In conclusion, Aristokra is the first book out of many more to come from the Kronika Nashan's series. If you are a potential reader that read earlier reviews, you may note that the story of Melyn against Sursis does not end in the book as it ended with the conclusion of battle between Shilrung and Bulwar against Krodra. Just as J. R. R. Tolkien’s The Lord of The Ring series where it would be too thick to capture the adventure of Frodo to destroy the ring at Mount Doom in a single book, so did the story of Melyn to defend her state against Sursis. Hence, I think it is a wise decision by the author not to rush the ending of the story in a single book as the journey is equally important as the destination. After all, as people always said, good things come to those who wait.
Saya membaca hampir semua karya Ahmad Patria termasuk siri Saga Artakusiad. Pada pendapat saya karya ini adalah terbaik berbanding karya-karya beliau sebelum ini. Dari segi gaya bahasa Aristokra berada di tengah-tengah di antara 6 buku Saga Artakusiad yang terawal dan buku Legenda Numerius (buku 7). Enam siri Saga Artakusiad mempunyai gaya bahasa agak ringan, easy reading dan tidak banyak teknik imbas kembali. Legenda Numerius mempunyai gaya bahasa yang agak berat, kurang dialog dan banyak teknik monoloque. Manakala, Aristokra mempunyai gaya bahasa yang mudah dan sastera yang tidak meleret. Dialog-dialog juga diolah secara bijak, pembaca tidak akan melihat satu perbualan yang berlebih-lebihan. Contohnya di mana perbualan Mori dengan Melyn yang mengatakan bahawa dia juga berasal dari keluarga petani. Begitu juga dialog antara Bulwar (pertama) dengan pengikut-pengikut setianya yang ingin membunuhnya.
Teknik imbas kembali digunakan secara berleluasa dalam naratif ini bagi menceritakan hubungan satu plot ke satu plot yang lain, walaupun mungkin sesetengah plot tidak jelas dalam buku ini. Walau bagaimanapun, pembaca tidak akan sesat di dalam imbas kembali kerana teknik ini telah disusun dengan baik. Teknik ini bagi saya adalah bagus bagi mengembangkan lagi naratif dan memberi peluang kepada watak lain untuk muncul seperti Merkia, Bulwar (pertama) dan sebagainya. Walau bagaimanapun. bagi pembaca yang tidak membaca Saga Artakusiad mungkin menghadapai kesulitan untuk memahami watak-watak seperti Merkia, Artakus, Belakios, Morrok yang merupakan watak-watak di dalam Saga Artakusiad.
Aristokra bagi saya menunjukkan kematangan penulis dalam menzahirkan naratif yang dekat dengan pembaca, seolah-olah menonton filem di mana kita akan melihat plot-plot dari kaca mata Melyn, Pemerintan Nashan. Perbualan, suasana, peristiwa, bahasa tubuh, fizikal digambarkan secara terperinci bagi membolehkan pembaca dapat mengambarkan setiap scene yang berlaku. Begitu juga dengan perincian pertarungan antara Shirgen/Mori dengan Tentera Sursis dan juga pertarungan Bulwar/Shilrung menentang Krodra.
Jalan cerita Aristokra adalah sesuatu yang biasa sebenarnya di mana Nashan dibawah pemerintahan Melyn diancam oleh Sursis, gerombolan penyamun/pendagi/penjarah. Yang menarik cerita ini apabila cerita biasa ini diolah dengan menghubungkan naratif ini dengan kisah-kisah Bulwar/Shilrung menentang Krodra yang akan mewarisi Spiara Bulwar yang (mungkin) digunakan oleh Melyn untuk menewaskan Sursis. Kisah di mana, pedang Arkus kepunyaan Artakus digunakan untuk merungkai misteri Spiara Bulwar. Kisah Bulwar (pertama) yang disumpah oleh Spiara dan sebagainya.
Nasihat saya, jika anda membaca Aristokra bersama buku fiksyen lain pada masa yang sama. Anda kehilangan nafsu untuk meneruskan pembacaan buku tersebut. Sebab anda telah mendapat kepuasan dengan Aristokra.
Buku ini buku pertama Ahmad Patria yang saya baca. Sebelum ini tak pernah tahu tentang Saga Artakusiad. Tertarik untuk baca sebab saya nak belajar bagaimana Bapa Karya Fantasi Moden Malaysia ni menulis.
1. Bahasa Melayu Persuratan yang digunakan sangat sedap. Tinggi sehinga agak terbata-bata kita membaca. Sejujurnya, boleh menjadi halangan paling besar bagi mereka yang kurang menguasai bahasa Melayu dengan sempurna. Tetapi itulah keindahan karya ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan, karya ini sangat berkualiti kerana bahasa yang digunakan. Tidak ada seumpamanya.
2. Dari segi plot, sangat lari daripada ‘tatacara’ penulisan novel arus perdana yang selalu terikat dengan kerangka tiga tahap. Jadi, bacalah seperti mana anda berlayar di lautan. Menyerah pada badai laut dan deruan angin.
3. Untuk Aristokra, lapis ceritanya masih mudah. Sesuai untuk buku pertama bagi cerita yang panjang seperti KN ini.
4. Pembaca perlu sedar, novel ini sebahagian daripada kerangka cerita yang panjang. Semesta yang lebih luas. Jadi, setiap apa yang tertulis dalam buku ini hanyalah ‘set-up’ semata-mata — tanpa ada penyudah kepada plot utama.
5. Penulis menggunakan teknik cerpen / novella untuk menjadikan semesta ini lebih imersif. Semestanya dikembangkan dengan mendedahkan peristiwa lama dalam bentuk cerpen. Bukan secara pemerian seperti kebiasaan novel. Satu-satu peristiwa akan dijedakan naratifnya bagi memberi ruang kepada naratif lain untuk mengembangkan semesta. Serasa sedang menonton filem, transisi masa kini dicampak ke belakang mengikut alur peristiwa bagi babak yang dipersembah.
6. Penat nak hadam? Benar. Memang sukar dihadam. Ahmad Patria memaksa anda untuk berfikir dan menyusun sendiri semesta ini. Seperti Penglipur Lara, penulis hanya persembahkan dan melemparkan cerita kepada anda. Tak kisah dari zaman mana, yang pasti masih dalam semesta sama — jadi pandai-pandailah anda susun sendiri dalam istana minda.
7. Beberapa kesalahan istilah saya berjaya kesan. Diksi-diksi rekaan yang agak janggal. Diksi sains dan klasik tidak ada masalah. Cuma kalau tak tahu maksudnya, agak mengganggu pengembaraan dalam semesta ini. Jadi, pastikan kamus / prpm di samping anda ketika membaca.
8. Tahniah jika anda berjaya menghabiskan pembacaan buku pertama ini. Tidak semua orang zaman kini mampu melakukannya. Jangan berhenti berkelana di Benua Imagina. Buku kedua - keempat pasti lebih mencabar. Imersif dunia masih belum cukup lagi dalam buku ni. Masuk buku seterusnya jika ingin memahami apa sebenarnya yang Ahmad Patria ingin sampaikan dalam Kronika Nashan ini.