Jump to ratings and reviews
Rate this book

Studies on Southeast Asia #54

Aktivisme Mahasiswa Malaysia

Rate this book
Buku ini menjejaki kebangkitan dan kesuraman aktivisme politik mahasiswa di Malaysia. Pada tahun 1970-an, pemerintah memulakan projek "pembendungan intelektual” yang telah menekan mobilisasi ketika itu dan menghalang aktivisme masa hadapan. Projek tersebut sangat berjaya dalam membendung protes mahasiswa, memadamkan warisan penglibatan masa lalu, dan mengawal penghasilan idea-idea baru yang berpotensi bersifat subversif. Cadangan mahasiswa yang inovatif untuk pembaharuan yang sebelumnya bukan sahaja dibenarkan malah juga disambut baik (dalam batasan tertentu) kini dilarang dan tidak digalakkan, mencerminkan bukan sahaja perubahan rejim politik Malaysia, tetapi perubahan budaya politik secara keseluruhan. Kajian yang jitu ini merungkai dinamik mobilisasi khususnya peranan mahasiswa dan universiti dalam perkembangan politik pasca-kolonial.

Kajian ini berteraskan sumber temubual dengan puluhan aktivis mahasiswa dulu dan kini, penerbitan kampus dan media lain yang berusia berdekad-dekad, arkib sejarah baik lisan mahupun bertulis, laporan kerajaan, dan autobiografi serta pengalaman langsung lain dalam mencermati keterkaitan antara pengajian tinggi dan aktivisme mahasiswa, dari awal pengajian tinggi abad kedua puluh di Singapura membawa kepada Malaysia hari ini. Kajian mendalam ini mempersoalkan pandangan umum yang mengatakan mahasiswa dan warga Malaysia secara keseluruhannya kini bersikap “apati”. Buku ini menghujahkan bahawa sikap tidak acuh itu bukan suatu yang tidak terelakkan atau semula jadi, tetapi hasil daripada projek pasifikasi dan depolitisasi sistematik dan berterusan oleh pemerintah yang agak iliberal dan sangat berteraskan pembangunan.

________________________________________________________________

Meredith L. Weiss ialah Profesor Madya Sains Politik di Universiti di Albany, SUNY.

378 pages, Paperback

First published October 28, 2011

4 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Meredith L. Weiss

17 books2 followers
Meredith L. Weiss is Associate Professor of Political Science at the University at Albany, State University of New York. She has held visiting fellowships or professorships in Australia, Malaysia, the Philippines, and Singapore, as well as the US. Weiss is the author of Student Activism in Malaysia: Crucible, Mirror, Sideshow (Cornell SEAP/NUS, 2011) and Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia (Stanford, 2006), as well as numerous journal articles and book chapters. She is also co-editor of Global Homophobia: States, Movements, and the Politics of Oppression (Illinois, 2013), Student Activism in Asia: Between Protest & Powerlessness (Minnesota, 2012), Political Violence in South and Southeast Asia: Critical Perspectives (UNU, 2010) and Social Movements in Malaysia: From Moral Communities to NGOs (Routledge Curzon, 2003). Her research addresses political mobilisation and contention, the politics of development, civil society, nationalism and ethnicity and electoral change in maritime Southeast Asia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (42%)
4 stars
2 (28%)
3 stars
2 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Izzat Isa.
418 reviews50 followers
April 10, 2020
Penulis memulakan kajian ini dengan memberi gambaran institusi pengajian tinggi terawal di Tanah Melayu iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Di situ telah bermula pendedahan semangat nasionalisme kepada pelajar-pelajar Melayu, untuk menentang penjajah dan kolonialisme. Penyatuan King Edward VII College of Medicine dan Raffles College telah melahirkan Universiti Malaya (UM) di Singapura. Di situlah bermulanya penentangan mahasiswa yang bersifat anti-establishment sehinggalah UM dibuka cawangan di Kuala Lumpur. Penentangan dan aktiviti aktivisme mahasiswa dilakukan oleh mahasiswa Cina.

Selepas peristiwa Rusuhan Kaum dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan, secara mendadak mahasiswa Melayu membanjiri universiti. Ketika itu Sudut Pidato di UM mejadi platform utama kepada pelajar untuk berucap dan menyentuh isu-isu semasa seperti kes kebuluran di Baling. Revolusi Islam di Iran telah memberi pengaruh kepada mahasiswa Melayu dan secara perlahan-lahan aktivis yang memperjuangkan nasionalisme dam sosialisme beralih kepada gerakan keagamaan. Mahasiswa mula melibatkan diri dengan Jemaah Tabligh, Al-Arqam dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Penubuhan universiti-universti awam terkemudiannya seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Institut Teknologi MARA merancakkan lagi aktivisme oleh mahasiswa, bahkan oleh para pensyarah. Pelbagai isu-isu menjadi perhatian sama ada berkaitan masyarakat mahupun politik.
Profile Image for Fajar Davis.
135 reviews16 followers
April 13, 2019
Very informative, everything is sourced so it's ideal to use as a reference for a paper. My only complaint would be that it's kinda dry but that's just the nature of these kinds of books.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.