Jump to ratings and reviews
Rate this book

Imagikata

Rate this book
“Ya anak Adam! Aku hanya khadammu! Aku tidak memegang nyawamu! Aku hanya muncul di waktu yang aku mahu! Tapi kau sendiri yang beriman padaku, percaya nyawamu dalam genggamanku! Dan kau sendiri yang mencabut nyawamu yang bukan milikmu! Dosa ini antara kau dengan dengan Tuhanmu, ya anak Adam!”

264 pages, Paperback

First published March 1, 2016

7 people are currently reading
42 people want to read

About the author

Bahruddin Bekri

53 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (15%)
4 stars
16 (31%)
3 stars
25 (49%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
March 16, 2019
Sebenarnya sikit sangat cerpen yang best2, kebanyakan cerpen macam terlalu "selamat" atau tiada langsung konflik yang menarik. Atau pun sekadar bukan citarasa akulah.

Cerpen2 Baguih!

1. Kampung Surotai oleh Bahruddin Bekri
Cerita yang agak ekstrem, kisah budak2 sekolah teroris. Amboi ganas gila!

2. Saka oleh Khairul Nizam Khairani
Best gila, idea yang sangat hebat dan penuh pengajaran!

3. Siapa Manusia, Siapa Binatang oleh Nor Azida Ishak
Ini cerpen agak "mindblow", twisted ending kaw2 punya.

4. Arca Kehidupan oleh Lokman Hakim
Best, menyayat hati.

5. Bajak Hutan oleh Amir Husaini
Macam cerita Marvel dah.

6. HARI HARI HARI INI! oleh ZAKI ZAINOL!

Sebab apa huruf besar, sebab aku suka gila cerpen ni. Best gila nak mamp wei, banyak kali aku repeat baca, siap cerita kat kawan2 aku lagi dan semua suka gila! Bacalah koleksi cerpen ini semata2 untuk fantasi Zaki Zainol!

Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
June 8, 2016
3.45* untuk Imagikata!

Seperti biasa, andai ianya sebuah buku antalogi, pasti ada beberapa kipsen yang tidak mampu memuaskan hati kita. Ala macam orang selalu cakap, citarasa setiap manusia kan berbeza-beza. Aku suka makan belacan, takkanlah kau yang tak pandai makan belacan aku nak paksa makan. Kan?

Ada beberapa cerpen yang potensinya sangat tinggi. Andai dikembangkan menjadi sebuah cerita panjang, pasti lebih menarik. Ada juga yang aku rasa, biar saja ia sebagai cerpen. Mungkin itu lebih sesuai.

Tapi usaha Penerbit X untuk menghasilkan karya-karya saifai dan thriller di Malaysia, memang patut dipuji. Moga lepas ni lebih banyak naskah saifai yang berkualiti dan best yang boleh ditemui. Dan moga juga ramai pembaca cuba membuang pandangan yang melekat di dalam minda bahawa cerita saifai pasti hanya cerita yang akan membuatkan kita lemas dan bosan di dalam imaginasi penulis saja.

Apa-apa pun korang cubalah baca buku ini. Mana tahu korang suka?

Peace!
Profile Image for Muhamad Fahmi.
127 reviews22 followers
May 3, 2016
Sastera SaiFai... Jaga-jaga dengan genre yang akan meledak dan akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Penulis-penulis yang sesuatu... Sesiapa baru nak berjinak dengan genre ini bolehlah mencuba naskhah Imagikata.

Banyak cerpen-cerpen yang terkesan di dalam naskhah ini, tetapi biarlah tidak dinyatakan di sini supaya adil dengan semua penulis disebabkan mereka semua telah merangka cerpen dengan baik sekali. Bukan senang nak melahirkan imaginasi yang tinggi dan mereka satu dunia yang lain yang tak tercapai dek akal fikiran. Semoga lahirnya naskhah ini, lahir jugalah bijak pandai dalam sains yang menulis untuk menyumbang sesuatu pada khazanah kesusasteraan negara.
Profile Image for Azbaqiyah.
1,004 reviews
June 7, 2020
Plot - 3
Watak - 3
Bahasa - 4
Latar Belakang - 5
Kulit Buku - 3

Keseluruhan - 3.6 🌟 / 5🌟
Profile Image for Jamal Ali.
82 reviews5 followers
December 31, 2019
Ada cerpen yang sangat lancar ke'ekstarordinari'an seperti Berus Melakar Awan tulisan Ted Mahsun. Walaupun tajuk simpel dan seakan-akan tiada ciri fiksyen sains (tajuk seperti karya sastera), tapi plot dan cerita sangat tersendiri. Apabila membaca, terimbau perasaan yang 'membulatkan mata' sama tatkala membaca buku Dr. Rahmat Haroun, terutamanya novel Manuklon.

Ada juga cerpen yang seperti dipaksa-paksa nuansa fiksyennya seperti Misi 3077. Plot tak kena dengan 'zaman yang ditulis dalam cerita'. Plot yang sangat lewah. Konten polos terasa seperti tulisan kanak-kanak yang menyumbat semua perkara yang mahu ditulisnya ke dalam satu karangan, sehingga perasaan 'wow' pada awal buku bertukar menjadi 'meeeeh' sewaktu di hujung.

Penilaian awal: 2.5 bintang
Profile Image for Ummu.
194 reviews25 followers
June 21, 2016
Mind-blown!

Seperti tajuk buku, cerpen-cerpen di dalam buku ini memang penuh dengan imaginasi~ Seronok sangat dapat baca buku ni.

Terdapat 16 buah cerpen. Berikut adalah cerpen yang menarik hati saye:

Saka - Khairul Nizam Khairani
Saye fikir 'Saka' adalah sebuah cerpen seram tapi sebenarnya bukan. Menarik apabila penulis menerangkan yang 'Saka' itu kelihatan seperti seorang pahlawan Melayu. Selalunya, jika saka disebut, mulalah gambaran yang penuh seram bermain di minda. Tetapi tidak untuk cerpen ini.

Siapa Manusia, Siapa Binatang? - Nor Azida Ishak
Bayangkan, DNA seorang ayah dimasukkan ke dalam anjing untuk sebuah projek sains. Hah! Tapi itulah yang terjadi di dalam cerita ini. Saye tak sangka yang cerita ini sebegitu rupa sebab di awal pembacaan, cerita macam biasa aje.

Pantomim - Fahmi Mustaffa
Jika suatu hari nanti, robot yang diciptakan oleh manusia menakluki bumi, apa yang akan awak buat? Saye sendiri tak tahu ape yang saye akan buat. Barang yang dicipta menakluki sang pencipta. Lawan tokey kan?
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
April 5, 2016
Watch out for Fahmi's Pantomim. So so good!
Profile Image for Web Sutera.
Author 35 books64 followers
November 15, 2016
Hampir semua cerpen saya suka dan best. Cuma dua atau tiga yang agak biasa-biasa dan kurang umph. Hujung yang lemau. Walaupun apapun, tahniah untuk semua penulis. Masih 4 bintang.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
April 13, 2018
Jarang aku nak baca cerita jenis sai-fai ni. Tapi yang ni memang berbaloi untuk dibaca.
Profile Image for Hafizul Osman.
66 reviews3 followers
May 13, 2016
Jarang untuk aku habiskan membaca sebuah buku dalam sehari tetapi buku ini telah memberikan kepuasan kepada diri aku untuk aku habiskan. Beberapa buah cerpen iaitu cerpen Lokmam Hakim, Zaki Zainal dan Ted Mahsun memberi sesuatu untuk aku berfikir dan membuka minda aku bahawa genre saifai itu luas dan boleh diperluaskan lagi.

Menarik dan tahniah.
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
October 17, 2018
Sebuah antologi cerpen, so normal lah kalau ada sesetengah cerpen yang best dan sesetengah yang tidak. Tapi buku ni, banyak yang tak best berbanding dengan yang best. Mungkin sebab bukan genre yang saya minat.

Antara cerpen2 yang best dalam buku ni;
- Hari-hari hari ini (Zaki Zainol)
- Cincin (Shariman Ismadi Ismail)
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
January 2, 2025
Himpunan cerpen sains fiksyen yang bagus untuk menarik minat pembaca kepada novel genre sains fiksyen. Ada beberapa cerpen yang sangat bagus, mengagumkan dan berharap ianya patut dikembangkan menjadi novel. Ada beberapa cerpen juga yang biasa-biasa sahaja.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
May 30, 2016
aku harus akui yang setiap cerpen ada kekuatan sendiri. tapi satu yang aku perasan ialah antologi ini bermula dengan cerpen bagus dan hingga ke pertengahan ia bertambah kurang bes. Tapi aku juga dapat satu definisi baru berkenaan saifai yang ia tidak hanya saintis dan ufo. seperti khairul nizam khairani yang menggunakan pendekatan perang dan mistik dalam cerpennya. aku juga lebih cenderung untuk menyimpulkan ini antologi saifai fantasi kerana tak semua berbentuk sains semata mata. anyway antara yang bes ialah daripada lokman hakim, fahmi mustafa dan zaki zainol.
Author 14 books11 followers
May 16, 2016
Naskhah yang mampu membuat saya hanya mampu menjerit "Wow!' di dalam lubuk hati dan pembacaanku diselangi dengan lagu Aerosmith 'I Don't Want To Miss A Thing'.
Profile Image for Hani~.
145 reviews3 followers
August 22, 2025
Best. Best. Best. Seperti hidangan bufet yang 'macam-macam ada' untuk dirasa.

Antologi ini menawarkan pelbagai ragam cerpen di bawah tema fiksyen sains & fantasi/misteri.



Sebahagian pembaca barangkali tidak gemar mendekati genre sebegini. Genre yang dilihat seakan-akan jauh dari realiti. "Can't relate". Begitulah lebih kurangnya.

Tapiiii... sci-fi & fantasi (serta misteri) ada ketikanya tidak sekadar robot, gajet dan alien. Atau dunia reka-reka yang diisi pari-pari, jin dan naga.

Seperti apa yang saya temui dalam naskhah ini, ada naluri kemanusiaan paling dasar tersisip sebalik helaian-helaian cerita. Sisi putih–semangat juang, kasih sayang, pengorbanan. Juga sisi gelap–ketamakan dan penting diri.

Tak ketinggalan, aspek akidah/ketuhanan yang disemat dalam plot twist tak terjangka. Beberapa kali saya terhenti, merenung menghadam apa yang disampaikan penulis. Kadang berfikir, kadang introspeksi. Atau sekadar senyum terhibur.



Apabila menggabungkan ramai penulis, pasti kita akan temukan pelbagai idea dan gaya bahasa.

Saya terpegun dengan susun bahasa Fahmi Mustaffa (Pantomim).

Tertarik dengan dunia ciptaan Masdalifadzlie & Ted Mahsun (Dan Lukisan Apabila Ia Bernyawa & Berus Melakar Awan).

Sukakan penceritaan santai Zaki Zainol & Bahruddin Bekri (Hari-hari Hari Ini & Kampung Surotai).

Kagum dengan mesej dalam Cincin & Saka (Shariman Ismadi Ismail & Khairul Nizam Khairani).

Tersentuh hati dengan Arca Kehidupan & Siapa Manusia Siapa Binatang? (Lokman Hakim & Nor Azida Ishak).



Beberapa cerpen bagaimanapun tidak dinafikan masih perlu penambahbaikan. Antara sebabnya, plot yang mendatar atau terlalu ringkas (seolah-olah petikan dari satu babak novel sahaja), atau penyampaian yang terlalu mudah - "macam baca karangan exam budak sekolah" (begitu lebih kurang anotasi saya pada 2 buah cerpen 🙏), atau kerana motif dan latar masa/watak/tempat yang kurang jelas.



Apa pun, saya suka buku ini. Ada beberapa cerpen yang masih teringat-ingat dan rasa nak diulangbaca. Semoga akan ada lebih banyak lagi himpunan karya sebegini.
Profile Image for Esther Ess.
47 reviews
June 5, 2022
Imagikata, buku yang menghimpunkan koleksi cerpen daripada pelbagai penulis dengan latar-belakang yang berbeza. Seperti biasa, ada sesetengah cerita yang aku suka dan ada yang tidak. Aku lebih tertarik kepada cerpen yang bergenre sai-fai. Tapi cerita yang lain pun not bad juga.
Profile Image for Helmie Kalimi.
9 reviews
June 24, 2024
koleksi cerpen, yang paling aku suka cuma 'saka' dan 'hari-hari hari ini', yang lain x menonjol sangat
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
April 24, 2016
Himpunan 16 kisah sci-fi dari pelbagai sisi penceritaan
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.