Jump to ratings and reviews
Rate this book

Galaksi Muhsinin

Rate this book
Galaksi Muhsinin adalah satu umat. Mereka berbilang bangsa tetapi bersatu. Mereka maju tetapi bertakwa kepada Tuhan. Misi mereka cuma satu: menyebarkan rahmat ke serata alam.

Tahun 2205. Keamanan galaksi ini mula tergugat. Orang Zion sentiasa mengintai peluang. Liga Lanun mahukan maruah mereka kembali. Maharaja Legion pula berikrar melunaskan sumpah maharaja Empayar Sibernatik Cyborg yang pertama.

Konflik tercetus apabila salah sebuah planet yang berlindung di bawah Galaksi Muhsinin cuba dijajah oleh pihak musuh. Konflik dilanjutkan lagi apabila kapal angkasa yang membawa rombongan haji hilang selepas diserang oleh pasukan yang tidak dikenali.

Kemakmuran yang dahulunya tiada tolok banding kini di ambang kehancuran. Di bawah kepimpinan Khalifah Zulqarnain, mampukah Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mempertahankan kedaulatan galaksi?

384 pages, Paperback

First published July 1, 2008

7 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (21%)
4 stars
23 (54%)
3 stars
8 (19%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
October 10, 2017
Galaksi Muhsinin,hasil karya Azrul Jaini,merupakan sebuah novel bergenre sains-fiksyen yang asalnya pernah diterbitkan pada tahun 2008 di bawah rumah penerbitan PTS Fortuna. Pada tahun 2016,Penerbit X menerbitkan kembali novel ini selepas 8 tahun. Kemungkinan perkara ini dilakukan sebagai sebahagian proses re-marketing terutamanya kepada pembaca generasi baharu yang tidak pernah membaca Galaksi Muhsinin sebelum ini.

Secara keseluruhannya,Galaksi Muhsinin merupakan sebuah novel sains fiksyen yang mempunyai konsep yang baik. Cuma,malangnya,saya berpendapat bahawa penulis gagal menyampaikan isi cerita yang konkrit dan memuaskan hati saya. Saya berpandangan penulis tidak memberikan tumpuan kepada sejarah dunia atau latar belakang cerita Galaksi Muhsinin yang mantap dan jelas. Benar,penulis ada menyediakan bahagian Kronologi di akhir buku. Tetapi,saya merasakannya tidak cukup dan penjelasan yang lebih mendalam perlu dilakukan. Malahan,saya merasa sedikit pelik. Sekiranya umat Islam seperti yang digambarkan di dalam Galaksi Muhsinin sudah mencapai perpaduan dan kemajuan di dalam pelbagai segi serta mengembangkan pengaruh di angkasa lepas,kenapakah Baitulmaqdis tidak berjaya dibebaskan daripada cengkaman Yahudi Zionis? Sesuatu yang bersifat anachronistic pada pandangan saya. Jika saya seorang pemimpin Islam yang mempunyai kekuatan yang memampukan saya untuk mengembangkan empayar Islam ke koloni-koloni di angkasa,membebaskan terlebih dahulu Baitulmaqdis merupakan keutamaan saya yang akan saya lakukan.
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 11, 2017
3.75 bintang

Perjalanan cerita yang kemas dan world-building yang agak baik. Mula-mula baca memang ternampak bayangan dunia Star Wars; dengan Empayar, cyborg dan Maharaja yang ingin menakluk seluruh cakerawala. Tapi semakin lama, bayangan itu semakin hilang dan semakin menampakkan dunia yang dibina penulis.

Saya juga menyukai unsur-unsur Islamik yang diterapkan sebagai asas novel ini. Sebuah galaksi (negara) yang diperintah dengan mengambil contoh pentadbiran Nabi Muhammad saw dan para sahabat baginda melalui Piagam Madinah yang diubahsuai menjadi. Khalifah yang adil dan bijaksana serta amat taat pada perintah Allah. Alangkah bahagianya terasa sekiranya dapat berada di bawah pentadbiran sebegitu.

Perjalanan cerita terlalu dikuasai oleh babak aksi yang diceritakan secara sangat terperinci. Saya seperti dapat membayangkan setiap pergerakan yang diceritakan oleh penulis. Agak mengujakan juga. Cuma, pembaca tidak dapat menghayati cerita mengenai para pendukung Galaksi Muhsinin kerana penulis tidak begitu menumpukan kepada latar cerita sebaliknya lebih memberi perhatian kepada aksi-aksi pertempuran. Persoalan mengenai sejarah permusuhan antara Maharaja Legion dan Galaksi Muhsinin juga hanya diterangkan sebagai penutup cerita. Walaupun sepatutnya ia menjadi klimaks, tetapi disebabkan ia tidak diberi tumpuan di sepanjang cerita, jadi ia hanya fall flat.

Percubaan yang bagus, tapi masih memerlukan pembaikan untuk mengukuhkan penceritaan dan background story yang kukuh untuk menarik perhatian pembaca.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
April 22, 2019
serius, novel ini jadi rebutan tiga orang anak bujang akak dan mereka nyatakan isinya sangat menarik. bila akak hayati, ya. tak boleh nak dinafikan lagi.

peperangan angkasa di tahun 2205. galaksi muhsinin yang ditadbir oleh manusia yang beragama Islam dan diketuai oleh Khalifah Zulqarnain. diterangkan juga bagaimana jentera dari galaksi ini mentadbir dan memerintah. bila berperang pula, tiga syarat dikenakan dan tidak kejam menakluk. mereka dan cara mereka menjaga planet-planet di bawah pemerintahan mereka sangat saksama. tunjang utama, agama Islam yang dipraktikkan dan dititik beratkan di dalam sistem pemerintahan.

kejahatan sentiasa ada. golongan cyborg yang diperintah oleh maharaja legion, iaitu separuh manusia dan separuh mesin mahu menguasai angkasa. secara kejam dan licik mereka berperang. tidak menawarkan apa-apa sebaliknya hanya mahu berkuasa dan menindas keseluruhannya.

menariknya, penyampaian dalam novel karya Azrul Jaini ini mampu memukau pembacaan bila mana setiap perincian perang, setiap peralatan moden yang digunakan. beb, akak siap lukis gambar kapal perang, muka musuh, membayangkan betapa indahnya galaksi muhsinin, betapa kejamnya perang dan betapa hebatnya perancangan bala tentera khalifah zulqarnain. juga kehadiran safiyyah yang langsung tidak ragu-ragu membantu suaminya.

yup. ada kekurangan tapi tuan penulis bijak mengimbangi kisah. penerangan yang diletak di penghujung kisah mampu buat akak lebih faham gerakan kisah dari awal era hingga peperangan yang berlaku. Islam agama benar. memang banyak dugaan dari awal hingga akhir zaman. tapi selagi hati teguh dengan ajaran, segalanya akan menjadi indah. bak ayat dalam novel ini, dunia adalah ladang akhirat dan di akhirat nantilah manusia akan menuai hasilnya. ada tanaman maka adalah hasil tuaian. kalau tak ada?
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
December 7, 2008
Saya rasa tercas setelah habis membacanya! Mungkin itulah perkataan yang sesuai sebagai gambaran perasaan saya untuk novel sci fi Galaksi Muhsinin.

Suatu ketika dahulu, ketika saya membaca 1511 [Kombat], Ayat-Ayat Cinta dan Hafalan Shalat Delisa, saya juga merasakan perasaan seperti ini, tercas. Hari ini, saya merasakan semula perasaan itu!

Pada mulanya, saya khuatir juga, Galaksi Muhsinin akan ada bayangan 1511 [Kombat] karya Faisal Tehrani. Namun begitu setelah habis membacanya, saya berasa lega kerana jangkaan saya tidak betul. Berbaloi saya tunggu novel ini dari bulan Julai 2008 dan hanya berada di pasaran pada bulan September 2008.

Galaksi Muhsinin dan 1511 [Kombat] mungkin berkongsi tema yang sama iaitu perjuangan Islam dan menggunakan watak-watak orang muda, tetapi dari segi plot cerita, latar belakang dan gaya penyampaian berbeza total. Novel ini ada identitinya tersendiri dan tidak perlu dibayangi oleh 1511 [Kombat], walaupun kekadang saya rasa, akan ada pembaca yang akan cubacuba menyamakan Galaksi Muhsinin dengan 1511 [Kombat].

Galaksi Muhsinin adalah salah satu galaksi yang wujud di alam angkasa,jauh daripada galaksi bima sakti , dihuni oleh penduduk bertakwa, undang-undang Islam tertegak, kemajuan ekonomi, sains dan teknologi tercapai dan rakyat hidup aman damai. Pergerakan manusia bukan lagi dari daerah ke daerah, negara ke negara tetapi dari planet ke planet.

Plot cerita dimulakan dengan pengenalan Khalifah Zulqarnain, seorang pemuda yang memimpin Galaksi Muhsinin. Serangan ke atas planet Ferum ( Planet Hadid Hd-57) telah membawa kepada campur tangan Galaksi Muhsinin untuk membebaskan planet itu daripada kekejaman Empayar Sibernatik Cyborg yang diketuai oleh Maharaja Legion. Legion dan pengikutnya adalah cyborg. Mereka merupakan entiti kombinasi manusia dan mesin. Empayar sudah memerintah hampir 100 tahun dan menguasai 8 galaksi.

Planet Ferum, tempat tinggal koloni Athens sasaran mereka seterusnya. Mereka menyerang bandar-bandar utama, Hierapolis, Knossos dan Blomberg. Namun tiada manusia dijumpai melainkan hanya kemenangan memusnahkan tempat-tempat itu.

Proba spioniereen dilancarkan untuk mencari koloni Athens. Ia mengesan medan tenaga yang dijangka berasal daripada janakuasa di Puncak 363, timur bandar Blomberg planet Ferum.Mereka mengesyaki itulah tempat persembunyian koloni. Jeneral Furious mengarahkan Skuadron Geir, Auge dan pemintas Vormund dihantar untuk membedil kedudukan musuh.

Leftenan Kolonel Sturm, pemimpin sementara koloni Athens merangkap komander tentera koloni iaitu Rejimen Infrantri Phalanx ke-2 dan Batalion Tentera Rakyat Volkssturm ke-7 bimbang. Planet itu akan hancur. Mereka akan ditawan, diperintah oleh cyborg yang zalim. Dia dan koloninya tidak berseorangan di situ. Batalion Mujahidin Jurutera ke-451 ada di sana untuk pembinaan stesen Generetor Impuls Hiper yang masih belum siap lagi. Medan tenaga yang dikesan tadi adalah berpunca dari janakuasa ini.

Mereka menghantar isyarat kecemasan kepada Pusat Radar Kosmik Furqan Fr-25. Mereka mahu bantuan segera!Planet Furqan Fr-25 adalah stesen komunikasi Galaksi Muhsinin. Ia tidak didiami sesiapa melainkan hanya pegawai , krew pusat radar dan batalion mujahdiin.

Khalifah Zulkarnain menghantar Detasmen Mujahidin Elit ke-15 seramai 14 orang yang diketuai oleh Komander Abu Yusuf. Mereka ini orang muda yang menyintai syahid. Mereka ini orang muda yang berjuang untuk memburu syurga. Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki, mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya , dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati (Ali-Imran 169-170).

Sudah-sudahlah tu Welma. Nanti, habis satu novel Galaksi Muhsinin dicerita. Mujurlah tidak cukup masa. Saya nak "publish" cepat-cepat resensi ini. Kalau tidak, saya mahu sambung lagi, kisah Liga Lanun, Federasi Generasi Zenzaburo dan orang bumi Zion termasuk Maharaja Legion. Keempat-empat mereka ada misi tersendiri tetapi mempunyai cita-cita yang sama iaitu mahu menghancurkan Galaksi Muhsinin. Lagipun, memang saya tidak berniat mahu cerita secara terperinci, seperti biasa, saya syorkan anda membelinya sendiri.

Saya suka gagasan pemikiran penulis yang cuba disampaikan melalui Galaksi Muhsinin. Saya katakan ia sebagai "gagasan perjuangan Islam" dan Galaksi Muhsinin adalah sebuah novel perjuangan Islam. Satu perjuangan bermisi rahmatan lil alamin yang datang bukan untuk memusnahkan tetapi membawa kesejahteraan untuk umat dunia.

Gagasan pemikiran ini menekankan bahawa umat Islam tetap akan cemerlang selagi mana mereka berpegang kepada ajaran Quran dan sunnah Rasulullah. Hidup ini adalah untuk membina amal kebajikan dan harus kreatif memanfaatkan di sekelilingnya untuk misi sebagai insan soleh. Dunia ini hanya tempat sementara, tempat untuk kita bercucuk tanam amal kebajikan dan ini semua bukan alasan untuk kita melupakan akhirat.

Islam datang sebagai pelengkap kehidupan untuk mengatur kehidupan manusia dan kita sebagai manusia harus melengkapkan diri kita dengan Islam. Misi rahmatan lil alamin ini bukan untuk golongan tertentu sahaja tetapi untuk semua, ya, kemakmuran dan kesejahteraan itu untuk semua, tidak mengira bangsa, agama, jantina atau rupa paras. Kewajipan itu terlalu banyak berbanding dengan masa yang ada. Jadi gunakanlah setiap masa yang ada, setiap umur yang ada, setiap nafas yang ada untuk diinfakkan kepada perjuangan yang panjang ini, perjuangan yang bermisi rahmatan lil alamin.

Pada satu-satu ketika, kekadang saya merasakan membaca Galaksi Muhsinin seolah-olah membaca sejarah Islam dan kisah-kisah para sahabat dan kisah-kisah ini cuba dibawa semula dalam konteks dunia baru Galaksi Muhsinin, dunia yang penuh dengan kecanggihan teknologi.

Juga pada satu-satu ketika, saya merasakan pada halaman 68-69 mengandungi terlalu banyak dialog sehingga melenyapkan situasi saspen di mana situasi pada masa itu memerlukan tindakan yang "urgent" atau "jangan banyak cakaplah, sekarang kamu berada dalam keadaan genting, nanti sembang balik". Saya berpendapat, mungkin ada baiknya jika mesej itu tidak diterjemahkan secara dialog. Lagi satu, watak Khalifah Zulkarnain yang saya kurang nampak keperwiraannya. Memang saya akui, wataknya yang paling banyak dari segi menyampaikan nasihat-nasihat, tetapi dari segi pertempuran, entah, saya tidak dapat mengatakan kekagumaan untuk watak itu berbanding dengan Komander Abu Yusuf.

Ya, mungkin satu lagi, sebelum saya terlupa, Galaksi Muhsinin, novel yang ada humor, terutama untuk watak Maharaja Legion. Dia digambarkan sebagai cyborg yang ganas dan tidak berperikemanusiaan tetapi dalam satu-satu keadaan yang genting dan pembaca tengah khusyuk membaca , kekadang dia mengeluarkan "lawak selambanya". Contohnya, "ayam itu apa", "ayam itu dari spesies manok". Nasihat saya, belajarlah bahasa Sarawak untuk pembaca belajar ketawa apabila membaca kenyataan "ayam itu dari spesies manok".
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
March 17, 2009
Akhirnya, tamat sudah baca buku ni. Ambil masa selama 3 hari (4-6 Disember 2008) untuk habiskan :) sebab tak tekun sangat membaca :)

Awalnya agak keliru dan kurang faham disebabkan nama-nama watak yang 'unik'. Lama-kelamaan barulah dapat gambaran ceritanya. Buku ini penuh aksi, tak kurang juga banyak ilmu saya dapat belajar dari buku ini. Sirah Nabi pastinya, dari segi strategi perang Rasulullah, sikap para sahabat dalam peperangan, sikap sabar, dan tawakal yang tinggi terhadap Allah. Buku ini mengenai Galaksi Muhsinin yang diterajui oleh Khalifah Zulqarnain yang alim dan tawaduk beserta penduduk-penduduknya yang berpegang teguh kepada Islam dalam seluruh kehidupan mereka. Konflik peperangan bermula apabila Planet Ferum (salah satu wilayah dalam GM) diserang oleh angkatan tentera Empayar Sibernatik Cyborg. Khalifah menghantar detasmen Mujahidin Elit ke-15 untuk membantu pertahanan Planet tersebut. Pertarungan sengit berlaku tetapi kemenangan tetap berpihak kepada mujahidin.

Rentetan peristiwa kekalahan Empayar tersebut mengundang rasa dendam yang membara sehingga membawa kepada pakatan musuh yang terdiri dari pelbagai pihak.
Permulaannya tercetus apabila rombongan haji diserang hendap dan mangsa semuanya terkorban. Penyiasatan dilakukan dan Liga Lanun dikenal pasti sebagai dalang utama. Pangkalan utamanya dimusnahkn sebagai balasan yang berlaku terhadap rombongan haji GM. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah tindakan Maharaja Legion (penguasa Empayar yang angkuh tetapi jahil), bagaimana pakatan boleh terjadi? Dapatkah GM bertahan dengan serangan dari gabungan 4 musuh?

Buku ini sangat sesuai diilustrasikan dalam bentuk komik. Pasti mesej yang disampaikan lebih jelas kerana orang seperti saya agak sukar mengimaginasikannya. Kadang-kadang perlu ambil masa untuk faham situasi dalam cerita ;)

Buku ini masih memerlukan penambahbaikan dari penulis. Terdapat beberapa kesilapan ejaan dan susunan ayat yang dirasakan kurang sesuai. Adakah tersalah taip atau terlepas pandang ketika diedit? Wallahualam.

Apa pun buku ini saya cadangkan kepada sesiapa yang meminati buku sci-fi. Mungkin tulisan Azrul Jaini masih jauh untuk dibandingkn dengan tulisan FT (kombat) tapi beliau ada gaya sendiri dlm menghasilkan karyanya. Sabar menanti buku seterusnya dari penulis. Jom baca buku! :)
Profile Image for Web Sutera.
Author 30 books64 followers
September 13, 2014
Galaksi Muhsinin – Yahudi tetap mencipta petaka manusia

Novel fiksyen sains ini sudah lama dibeli, bertahun. Namun mulai membacanya sebaik masa terluang di ketika siapnya novel PERANG ARMAGEDON dicetak. Perlahan-lahan saya meneliti rentak dan gaya penulis. Pada suatu ketika di bengkel penulisan, penulis datang ke Kuala Lumpur dari Sarawak. Jadi saya mengambil kesempatan meminta autograf novel ini.

Sebuah novel perjuangan jihad dalam melawan anasir kejahatan di cekerawala yang maha luas. Saya suka kerana ini novel berat yang digarap secara bijak oleh penulis. Daya juang dalam misi jihad manusia Muslimin dibawa merentas lohong hitam, melompat dimensi masa, merentas galaksi, merentas gugusan bintang-bintang, malah mengembara berpuluh galaksi dengan nama-nama tersendiri.

Satu perkara yang jelas, di belakang semua petaka ialah pertubuhan dan orang Yahudi dari planet Bumi. Orang Yahudi yang tanpa segan-silu impikan Baitulmaqdis dan tahah Palestin dengan kaedah teroris. Walhal dalam dalam masa yang sama mendoktrin manusia Muslim sebagai teroris. Itulah Yahudi yang busuk dan penuh muslihat. Namun umat Islam di suatu galaksi tetap mengetahui onar Yahudi itu, bersedia memberi maaf kepada lawan yang tidak berdaya, setelah medan jihad dimenangi oleh tentera Islam.

Insya-Allah, 4 bintang daripada 5.
Profile Image for Casper Judati.
62 reviews2 followers
January 10, 2023
Ceritanya tak adalah bersimpung siur. Sehala saja jalan ceritanya. Peperangan antara manusia dengan manusia cyborg. Cuma kadang-kadang aku lost di suatu scene juga. Ada satu scene yang agak ‘cringe’ bagi aku. Kemudian nama- nama banyak juga aku susah nak sebut. Apapun, cerita novel ni just nice. Tak excited tapi tak bosan
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
Want to read
November 27, 2008
Sudah dua kali saya cuba membaca novel ini. Kedua-dua kalinya saya tersangkut di halaman yang sama.

Dikatakan karya ini sama kekuatannya dengan karya Faisal Tehrani. Maaf. Saya rasa pendapat itu kurang jujur, tidak tepat, dan tidak adil. Gaya bahasa Azrul Jaini ternyata masih mentah dibandingkan dengan Faisal Tehrani.

Dulu saya tertanya-tanya mengapa orang katakan bahasa "mazhab PTS" kaku dan hambar? Pengalaman saya membaca 4 novel PTS menidakkan pendapat berkenaan. Tetapi, 3 daripadanya adalah novel terjemahan. Maka itu bukanlah kayu ukur yang tepat. Sementara satu lagi, walaupun tidak begitu hebat, tetapi karyanya OK.

Kini saya "terpaksa" mengenepikan dulu novel ini buat kali kedua. Ia tidak mampu mempertahankan daya tumpuan saya, yang walaupun tinggi dalam satu-satu masa, tapi amat singkat tempohnya.
Profile Image for Aly.
17 reviews
November 1, 2011
Baru baca separuh buku, abg saya mahu buku tu. Kena tukar jadi to-read status buku ni. Separuh buku sudah dibaca, dah buat saya rasa seronok berada di Galaksi Muhsinin walaupun Heil Maharaja mahu membunuh Khalifah Zulqarnain.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
August 18, 2016
Sains fiksyen islamik... Baguih ni. Macam gambaq star wars. Hehehe.... Nasihat dan dakwah pun dapat sekali. Terbaik!
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.