Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee

Rate this book
Allahyarham seniman agung Tan Sri P Ramkee telah meninggalkan peminatnya semenjak 29 Mei 1973, namun nama beliau tetap segar dalam ingatan, malah hasil-hasil karya beliau masih setia menjadi wadah tontonan di kaca televisyen. Beliau mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam berlakon, bernyanyi, berlawak, bermain alat muzik, mengarah filem dan menghasilkan lagu. Sesungguhnya bakat yang dimiliki terserlah ke seluruh pelosok Nusantara.

Masyarakat umum hanya mengenali Tan Sri P Ramlee setelah beliau berada di puncak kejayaan. Tidak ramai yang mengetahui kepedihan dan penderitaan yang terpaksa dilaluinya untuk menempa kejayaan. Penulis yang sememangnya rapat dengan seniman agung ini, menceritakan peristiwa demi peristiwa dengan persembahan dan olahan yang menarik untuk tatapan pembaca.

279 pages, Unknown Binding

Published January 1, 2016

8 people are currently reading
90 people want to read

About the author

Abdullah Hussain

74 books46 followers
'National Laureate, Dato' Abdullah bin Hussain, was born on 25 March 1920 at Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. In 1926, he received his early education at the Malay School until he passed his standard five in 1931 and continued his education at the St. Michael School, Alor Setar, Kedah from 1935 till 1933. Later in 1935, he continued his studies at the Anglo Chinese School, Alor Setar, Kedah until he passed his standard VII. During the Japanese occupation in the year 1943, he had a chance to study at the Syonan Koa Kunrenzo (Training School for Top Ranking Officers) in Singapore for three months. Career * Assistant Store-keeper, at a tin mine in Pahang (1939) * Served in the Publication Department, Sahabat newspaper, Penang (1939) * Assistant Editor, Saudara newspaper (1940) * A clerk and dobhi at an army camp in Sungai Petani, Kedah until the invasion of the Japanese army * A journalist of Merdeka newspaper, Berita Indonesia and Majalah Merdeka, Singapore (1951) * Editor of Majalah Bintang, Majalah Filem and Semenanjung newspaper * Assistant editor, the Franklin Book Programme and Oxford University Press (1965-1968) * An editor, Angkatan Baru magazine (1965-1968) * A research officer, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (1968-1978) * Head of Language and Literature Unit, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabah branch (1978-1979) * Creatve Writer, Centre for Humanities Study, Universiti Sains Malaysia (1979-1981) * Head, Department of Literary Development and Progress, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei Darussalam (1982) * Senior Literary Officer, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei * Guest Writer, Dewan Bahasa dan Pustaka His first literary work was a humorous story that was published in Tanah Melayu magazine around 1939. Later he kept on producing literary works such as in short stories, novels, biographies / an autobiography, translationa and literary essays. To date, he had produced 25 novels, three volumes of short stories, nine translations, an autobiography and six biographies. Besides using the pen-name Zamroed, he was also known as Roslani Shikin, A.A. Adiwijaya, A.H., Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda and Suryakanta. Through his writing literary works, he managed to portray the positive values of the society and worked hard in building his identity as a writer. He was a veteran literary figure who was committed and diligent in developing his creative talents. Now coming nearer to 74 years of age, his spirit of perseverance in the literary world is still blossoming. To honour his contributions and services, he was conferred the S.E.A Write Award at Bangkok in 1981 (first winner of the Sayembara Novel Nasional prize - a tribute to Pak Sako), First Prize for the National Novel competition organised by Utusan Malaysia and Public Bank for the year 1992/94 for his novel entitled Iman, the Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh in 1995, the National Laureate Award in 1996 and the Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) in 1996 which carries title Dato

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (46%)
4 stars
12 (37%)
3 stars
5 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
July 3, 2021
Antara fakta rambang menarik tentang Allahyarham ialah - fasih berbahasa Jepun, tidak suka membaca dan pandai mengubat orang (perubatan tradisional).

Agak sedih sebenarnya kerana pada hampir penghujung hayatnya, Allahyarham macam tak seberapa dihargai oleh orang ramai. Kerja seninya juga dikata sekadar tuntutan mencari nafkah, bukan lagi passion.

Buku ini tidak disusun mengikut kronologi. Namun ia lebih daripada apa yang saya baca di mana-mana sebelum ini- cara kerjanya, pemikiran muziknya, sifat peribadi - baik dan buruk.

Naskah ini juga mungkin edisi terawal. Berbaloi juga agaknya kalau dicari edisi terkini.

Edit / Random - Allahyarham meninggal dunia muda sangat kiranya. Umur 45 tahun, sebaya Edry KRU tahun ni o.o
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
April 5, 2021
Seperti yang dijanjikan oleh tajuknya, buku ini adalah biografi P. Ramlee oleh rakannya dan juga Sasterawan Negara, Abdullah Hussain. Sebuah biografi yang menyeluruh, dari zaman kecil P. Ramlee, zaman kehidupan di Singapura sebagai bintang terkenal hinggalah hari-hari terakhirnya di Kuala Lumpur, semuanya diceritakan di sini. Namun, jika ada kritikan yang boleh dilontarkan kepada buku ini ialah ia tidak begitu mendalam di dalam beberapa kisah hidup seniman agung ini. Contohnya, di bab awal ada diceritakan bahwa P. Ramlee suka bermain pedang hingga pernah luka di badan dan sehingga akhir hayatnya ada parut di badannya. Tidak pula dihuraikan insiden P Ramlee cedera bermain pedang itu! Alang-alang tajuk bukunya "Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee", ceritakan sajalah semua perkara-perkara yang menarik yang pernah berlaku di dalam hidupnya. Abdullah Hussain juga tidak menulis banyak tentang kisah di belakang tirai filem-filem P. Ramlee selain dari apa yang beliau alami sendiri. Beliau mengakui bahawa buku ini ditulis berdasarkan pergaulannya dengan P. Ramlee di Singapura dan apa yang telah diceritakan kepadanya oleh P. Ramlee.

Walaupun buku ini tidak sempurna saya sedia memaafkannya memandangkan biografi P. Ramlee boleh dikira dengan jari.
Profile Image for Luqman Tarmizi.
41 reviews3 followers
May 28, 2025
Pada tanggal 29 Mei ini, genaplah 52 tahun pemergian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Datuk Wira (Dr.) P. Ramlee atau nama penuhnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.

‘P’ itu merujuk kepada Puteh, nama ayahandanya. Ramlee itu kerana diceritakan, nama Zakaria semacam ‘tidak serasi dengannya, lantas Teuku itu dihilangkan pada namanya dan nama ayahnya sekali, dan Zakaria diganti dengan Ramlee.

Betapa melekatnya nama P. Ramlee ini, sewaktu jenazah beliau ditalkin barulah orang tahu nama asalnya.

Timbalan Mufti Pahang, Ustaz Badli Shah Alauddin menobatkan beliau sebagai seorang ‘wali seni’. Wali ini kalau dalam Islam, tarafnya tinggi, meski di bawah berbanding Nabi.

Beliau memang tiada tolok bandingnya. Beliau ialah pelopor dan perintis jalan, satu-satunya yang tiada tara.

Beliau bertanggungjawab sebagai sutradara filem arahan Melayu pertama, Penarik Beca, sekaligus memecahkan monopoli pengarah-pengarah terkenal dari India dan Filipina, meskipun ketika mula-mula ditawarkan peluang ini, rakan-rakan seniman seperti Kasma Booty dan A.R Tompel memperlekeh dan mempersoal kemampuan beliau.

Filem Semerah Padi arahan beliau juga dikatakan sebagai filem pertama di dunia yang memaparkan babak laungan azan.

Beliau juga bertanggungjawab ke atas sekian banyak getaran, hiruk-pikuk dan gempa yang berlaku di sekelilingnya, sama ada disengajakan dan diniatkan atau tidak, sama ada getaran itu dicetuskan olehnya, atau tercetus ke atasnya.

Yang paling makruf sudah tentu gelombang getaran cinta kalangan wanita dan gadis, tidak hanya kepada umat Melayu, tetapi juga bangsa-bangsa lain.

Tidak hanya terhadap kepada rakyat Malaysia, bahkan menjalar juga ke negara asal ibu bapanya Indonesia. Tidak hanya digilai rakyat marhaen, tapi juga bangsawan istana.

Satu getaran geopolitik juga tercetus gara-gara konfrontasi Indonesia terhadap pembentukan Malaysia, yang melibatkan fitnah yang direkayasa tabloid mingguan dari Medan, kononnya P. Ramlee terpaksa menceraikan Saloma demi menjaga hati Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang menyimpan Saloma sebagai gundik peribadinya. Pemerintah Malaya telah menyatakan protes keras terhadap Indonesia melalui saluran diplomatik.

Sosok versatil

Pencapaiannya sungguh luar biasa sehingga diberikan pelbagai anugerah di dalam dan di luar negara, dan akhirnya dianugerahi gelaran The Most Versatile Talent pada Festival Filem Asia di Jepun tahun 1961, satu anugerah yang belum pernah diterima mana-mana penggiat seni di dunia ini.

Maka wajarlah beliau dianggap sebagai seorang genius kerana memainkan pelbagai peranan seperti pengarah, pelakon utama, penulis lakon layar, penyanyi dan penggubah muzik dalam lebih 50 buah filem.

Namun bukan itu sahaja, P. Ramlee juga seorang yang versatil dalam sumbangannya terhadap bangsa, masyarakat dan negara, tidak hanya terhad dalam industri hiburan semata-mata.

Beliau ialah seorang nasionalis tegar yang dapat dilihat dalam usahanya melebarkan sayap perfileman Malaysia ke Hong Kong, agar filem negara setanding dengan filem antarabangsa. Begitu juga dengan kritikan terhadap pemikiran rakyat yang menurutnya masih terjajah (captive mind) meskipun negara telah mencapai kemerdekaan, antaranya melalui filem Seniman Bujang Lapuk yang memaparkan bagaimana filem-filem asing mendapat keutamaan dari sudut promosi utama di pawagam-pawagam besar berbanding filem-filem tempatan.

Dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 di Universiti Malaya anjuran Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, yang telah dihadiri seramai 1000 orang tetamu termasuk Menteri-menteri Kabinet, Ketua-ketua Perwakilan asing dan tokoh-tokoh budaya, P. Ramlee telah membentangkan satu kertas kerja yang antara lain menekankan keperluan mengawal kemasukan filem-filem asing ke negara kita, antaranya untuk memberi ruang yang lebih kepada karya-karya tempatan untuk lebih diutamakan.

Beliau juga sangat tinggi kepeduliannya kepada kebajikan masyarakat marhaen, pekerja dan golongan tertindas, antaranya peranan aktif beliau dalam kesatuan pekerja industri filem iaitu Persatuan Artis Malaya (Persama), dalam memperjuangkan hak mereka menuntut upah dan layanan yang adil daripada syarikat mereka bernaung dan mencari rezeki.

Dr. Muhaimin Sulam menyifatkan P. Ramlee berjiwa ‘sosialis’ berkat peranan beliau dalam soal hak pekerja ini, meski saya secara peribadi tidak gemar sikap menempel-nempel pada watak-watak sejarah sebegini, lebih-lebih lagi melibatkan istilah yang sebegitu sarat dengan kontroversi dan sejarah panjang. Namun sebenarnya tidaklah keterlaluan untuk diandaikan beliau terpengaruh dengan perjuangan sosialis khasnya dalam isu kebajikan pekerja dan marhaen, melihatkan pengaruh besar gerakan sosialis dan parti Buruh di Singapura pada waktu itu.

Beliau juga boleh dianggap sebagai ‘perakam sejarah’ kerana filem-filemnya boleh dikira mencerminkan realiti masyarakat pada waktu itu, justeru Prof. Dr. Khairudin Aljunied dalam makalah beliau berjudul “Films as Social History: P. Ramlee’s Seniman Bujang Lapok and Malays in Singapore (1950s-1960s)” mengakui filem ini boleh dijadikan sumber sejarah yang berguna untuk sejarah sosial orang Melayu pada tahun 1950-an dan 1960-an di Singapura.

Bahkan menurut Prof Dato’ Ahmad Murad Merican, P. Ramlee juga nampaknya terpengaruh dengan gerakan intelektual ‘ASAS 50’ yang aktif pada tahun 50 dan 60an – berbetulan dengan zaman P. Ramlee – dalam mempromosi pembaharuan dalam kalangan masyarakat Melayu serta membebaskan mereka daripada cengkaman kolonialisme dan kemunduran sosial, antaranya melalui gagasan ‘Seni Untuk Masyarakat’.

Beliau juga seorang pejuang bahasa Melayu dengan menyumbang kepada kosa kata baharu seperti pawagam (panggung wayang gambar) dan kugiran (kumpulan gitar rancak). Begitu juga sumbangan beliau berbentuk ungkapan indah semisal ‘tiada kata seindah bahasa’, ‘kalau dah jodoh tak ke mana’ dan frasa yang biasa digunakan orang kita seperti ‘bagai ulat naik daun’, yang kesemuanya diilhamkan oleh P. Ramlee lewat lagu dan filem beliau.

Beliau juga mempelopori dakwah melalui filem, namun bukan dengan dialog berjela-jela persis khutbah, bukan dengan skrip amar makruf nahi mungkar yang dipaksa dan dibuat-buat tetapi dengan penzahiran ketulusan perbuatan, seni, dan kasih sayang. Dakwahnya mengajak tanpa memaksa. Menjentik tanpa meluka.

Inilah yang menjadikan karya-karyanya terus hidup, bahkan masih relevan untuk generasi hari ini dan akan datang. Kerana karyanya bukan sekadar lambakan hiburan kosong, tapi umpama tiram berisi mutiara yang bermanfaat untuk umat manusia, selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Ra‘d ayat ke-17:

فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً ۖ وَأَمَّا مَا يَنفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ ۚ

Maksudnya: Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.

Kita doakan agar karya-karyanya itu dikira sebagai satu amal jariah yang kekal mengirim pahala kepadanya, saat menanti hari perhitungan.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
August 23, 2023
Mereka kemudiannya seia sekata memberikan nama kepada anak mereka itu dengan nama Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Nama Teuku Zakaria bagi anak keturunan bangsawan Aceh yang lahir di sebuah rumah papan kecil itu kemudiannya ternyata tidak serasi dengan batang tubuhnya. Maka, digantilah dengan nama baru - Ramlee bin Putih. Mereka menghilangkan gelaran "Teuku" pada nama bayi kecil itu, juga pada nama bapanya. Nama ini, 25 tahun kemudian, menjadi buah mulut ratusan ribu manusia, teruna dan dara di seluruh tanah air, Singapura dan Indonesia. Nama yang kalau disebut boleh mendebarkan jantung ramai gadis dan wanita, dan menimbulkan rasa cemburu teruna dan pemuda - nama yang menjadi legenda dalam dunia hiburan Melayu.
- Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee by Abdullah Hussain
.
.
I think one of the fondest memories i’ve had with my maternal grandpa is watching P.Ramlee Movies back to back - from 3 Abdul, Seniman Bujang Lapok, Labu Labi and even Do Re Mi. We (meaning his other grandkids and me) will take turn to change the CD in a CD player once one movie is done. I guess that’s why i love P.Ramlee Movies despite some said its already outdated or passed the era. It’s my comfort movie even though i already know the story and memorized some of the lines. P. Ramlee passed away 17 years before i was born and i dont even know his real life story or personality except what’s my grandpa told me ; that he was loved by many and have such an immense talent in the entertainment industry. My Maternal grandpa passed in 2006 and i lost a fellow fan of P.Ramlee’s movies that year. Fast forward 2012, i watched P.Ramlee Documentary that was aired in History Channel and it honestly scarred me for life. I know that some stars and artists might no longer be famous over time and their career will be slowing down but i didn’t expect to see P.Ramlee fell from his grace by opening Mahjong Shop and being shunned from left and right by new generations of entertainers in Malaysia. And then when he passed away, suddenly people forgot how harsh they treated him back then and wanted his glory to be restored right away. How quick they shifted their tunes. Apologies for the oversharing and ranting - i just need to get this off my chest before i reviewed the book. This book was written by one of P.Ramlee’s close friends whom he called ‘Cik Lah’. In the introduction, it was mentioned that P.Ramlee has read some of his writings about him in the series of published articles. This is where it gets tricky because i really thought it would be bias since it was written by a friend but it was not the case. Abdullah Hussain can praise his friend when he wanted to and can also pointed out his flaws and called out his mistakes if needed be. Hence, the memoir served as a record of how P.Ramlee’s road to stardom. Despite having an upper class status and name ‘Teuku’ that hailed from Acheh, he was brought up in a humble beginning. His father left Acheh and lived in Penang after working as a sailor. He decided to settled down there after he got married. Then, P.Ramlee was born right after that. He was a naughty kid, smart but lazy and love to get into trouble incessantly. He fell in love with musical instruments almost accidentally because he was performing the task of carrying them. Right there he discovered that he might be able to pursue this as a career and dare to dream beyond what’s Penang can offer. He decided to go to Singapore with his friend to try his luck. What i love about the book is P.Ramlee gave credits to those who’ve encouraged him and paved the way to his success. One of his teachers, Mr. Chan Ming Kee asked him to commit to what he wanted to do and never give up on his dream while one of renowned filmmakers in Singapore at that time, B.S. Rajhans decided to give him a chance in acting. The book did well in detailing his journey which i try to summarise to the best of my ability. From Actor, to Singer to the filmmaker, P.Ramlee dabbling in all and despite having a limited resources to learn musical instruments, he was good at everything . His songs were loved by many and his movies were being praised locally and internationally . Of course, fame has a price, and for P. Ramlee, he was a ladies man. At one point, the author toe between calling him a playboy or a gentleman that made many women swooned. Eventually, he settled down with Saloma after he got divorced from Norizan. For Malay films industry, P.Ramlee’s film, Si Penarik Beca shifted the industry to produce their own craft. Rather than adapting screenplays from overseas , originality became a trend. Songs adaptation also gone through transformation - rather than using international songs, traditional and local songs were being produced to be inserted in the film. Another thing to note is none of his ex-girlfriends or wives named Azizah yet the song written for her remained one of the best songs ever composed by P.Ramlee. The author did try to come up with few theories but it was not really convincing enough (at least for me). The book also included some of the controversial news published by the journalist about him. One was insinuation that Saloma is a Tunku’s mistress and their marriage is in shambles. Often than not people always say that those who made you can also break you. Shaw Brothers Production is the company that took a chance on P.Ramlee and pushed him to stardom but at the end, this is the same company that became a real villain in P. Ramlee story after his passing. P.Ramlee can be seen as a walking contradiction that sometimes reading this book made you wonder who he truly is. He don’t like to read but he’s a brilliant scriptwriter, he don’t meddle in politics yet his films got that subtle political message, he was a magnificent performer but did not want a wife from the industry (though he ended up marrying Saloma), He was great in film directing but as a business owner, not so much. Many of his business ventures ended in debt. His downfall in the industry has so many factors - one of it is he always second guessing himself and the second one is he is defensive when he received honest criticism. I may read it wrongly but this is what i interpreted from what the Author stated in the book. Of course, we have many newcomers in the industry , times and trend are changing but he was no longer ‘IT’ after won so many awards and accolades for Malaysia is truly heartbreaking. After his passing, Malaysia did not came across any person like him. All-round entertainer with generous heart and charming personality. Al-Fatihah to P.Ramlee. Overall, this book does its job well in introducing P.Ramlee to readers. Whether you are a big fan or never watched any of his films but would like to know more about him, i would totally recommend this book. The only criticism i have about the book is the pictures were put in between pages of the book and not placing all pictures at the appendix.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
August 7, 2025
Biografi P. Ramlee mengukuhkan lagi pegangan saya bahawa anak-anak yang kurang cemerlang dalam akademik tak usah disebut “budak tu lemah akademik” atau “dah lah kaki gaduh, sering ponteng, tak lulus periksa”. Sebaliknya, wajar serlahkan kelebihannya seperti “budak tu pandai sukan” atau “pandai main muzik budak tu, sedap dengar”.

Kedua, keinginan yang kuat menafikan segala bentuk cabaran dan kesukaran. Sewaktu mendapat tawaran bekerja di Singapura, ternyata persekitaran tempat kerja adalah toksik. Kebajikan pekerja pula tidak terjaga seperti tempat tinggal yang daif, tidur di atas kanvas berbantalkan beg pakaian sendiri. Tugas awal beliau termasuk sebagai penyapu longkang di studio namun akhirnya menjadi sutradara dan pengarah yang disegani.

Malah kawan baik yang sama-sama datang, kembali ke Pulau Pinang, tidak tahan. “Kalau aku balik ke Pulau Pinang, aku nak buat apa? Kau boleh bekerja di kedai kasut. Aku pula takkan nak main muzik dan jadi kutu embun saja?” Demikian ucap P. Ramlee yang teguh dengan cita-cita untuk menjadi pemuzik berjaya.

Akhirnya, beliau berjaya menambat hati majikan termasuk sebahagian besar kru sambil membina khalayak peminat. Sasterawan Abdullah Hussain berjaya menggambarkan kisah hidup seniman agung ini dengan baik. Sebagai contoh, untuk lakonan pertama sebagai hero dalam ‘Takdir Ilahi’, P. Ramlee rasa begitu berdebar untuk menerima reaksi para penonton.

Abdullah Hussain menukilkannya seperti berikut, “Fikirannya tidak tentu arah, hatinya takut untuk terus berada dalam panggung itu. Namun, setelah filem itu mencapai klimaksnya, para penonton mula berubah sikap dan pandangan. Mereka mulai mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan pendapat yang mula-mula didengarnya tadi. Sekonyong-konyong terdengar suara yang mengatakan ‘boleh tahan heronya’. Namun P. Ramlee tidak menunggu sampai habis tayangan filem itu. Dia lekas-lekas keluar...”

Pencapaian cemerlang beliau ditandai dengan anugerah dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam pelbagai bidang; nyanyian, lagu, skor muzik, filem, dan kepengarahan filem. Malah pernah menerima anugerah ‘Seniman Terbaik’ tahun 1958 oleh Majalah Kisah Bintang dan Filem Malaya.

Di Festival Filem Asia ke-4 Tokyo tahun 1957, beliau menerima anugerah ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ bagi filem ‘Anakku Sazali’, di Festival Filem Asia ke-11 Taipei tahun 1964 beliau menerima anugerah ‘Filem Komedi Terbaik’ menerusi filem ‘Madu Tiga’ manakala pada tahun 1965 di Festival Filem Dunia Paris beliau menerima ‘Anugerah Khas’ menerusi filem ‘Ibu Mertuaku’.

Sewaktu bertaraf selebriti popular, beliau mendepani pelbagai bentuk cabaran yang lain pula. Ini termasuk lah digilai ramai wanita berbagai-bagai bangsa, krisis demi krisis rumahtangga serta fitnah demi fitnah dalam media. Media Indonesia, majalah ‘Garuda’ misalnya pernah menabur fitnah terhadap beliau. Begitu juga majalah ‘Mimbar Teruna’ yang berpangkalan di Medan yang menyiarkan artikel berunsur fitnah dengan judul ‘Kisah Segitiga antara Tunku, Saloma dan P. Ramlee’.

Anda wajar membaca sekurang-kurangnya 10 halaman berkenaan ‘Penarik Beca’, filem pertama arahan P. Ramlee pada 1955. Ia mencatat rekod sebagai filem berkualiti arahan pengarah Melayu pertama, dan media menganggapnya filem terbaik 1955. Plot terasnya adalah gambaran diri P. Ramlee bahawa ‘bukan suatu yang mustahil untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati asal sahaja ada kemahuan yang tinggi’.

Buat peminat dunia kreatif, buku ini agak sarat dengan ulasan plot dalam filem-filem P. Ramlee. Menarik, kritis dan membina. Bicara SS Dato' Haji Badli Shah Haji Alauddin mengenai mesej filem P. Ramlee juga menarik untuk disorot, seperti:
a) Mesej kesepaduan dan integriti nasional dalam filem ‘Do Re Mi’ – dianggap sebagai ikon perpaduan.
b) Mesej kritikan halus buat agamawan dalam filem ‘Musang Berjanggut’.

Fasa P. Ramlee selepas berpindah ke Kuala Lumpur disifatkan 'tidak segah' sewaktu fasa di Singapura. Pengarang banyak paparkan dialog mengenainya sehinggalah akhir hayat P. Ramlee. Kisah sedih dalam fasa ini tidak dirincikan, namun boleh dilihat sebahagiannya di https://penanginstitute.org/publicati... juga perkongsian Omar Hashim (Omara) di https://www.facebook.com/watch/?v=170....

Ambil yang jernih, buang yang keruh. Buku seniman agung Tan Sri P. Ramlee wajar dibaca oleh rakyat Malaysia termasuk penggiat seni sebagai teladan dan inspirasi. Almarhum pernah mendapat jolokan ‘Charlie Chaplin Asia’ orang para penggiat filem Asia dan mendapat gelaran ‘The Most Vesatile Talent. Lebih 10 tahun beliau meninggal dunia, Jalan Perry di Kuala Lumpur dan Jalan Counter Hall di Pulau Pinang diubah kepada Jalan P. Ramlee.

Salam keampunan dan kerahmatan Allah buat Tan Sri P. Ramlee.
Profile Image for Akmal Cikmat.
15 reviews2 followers
April 2, 2019
Saya membaca buku ini yang cetakannya pada tahun 2016. Dikhabarkan penulis telahpun dijemput Ilahi dua tahun silamnya. Banyak kisah hidup seniman yang telah berjaya dinukilkan dengan baik oleh sasterawan negara ini, bertepatanlah dengan gelaran sasterawan negaranya. Buku ini ternyata lebih terperinci, memang elok benar digelar biografi kerana dua buah buku sudah yang saya berkenaan seniman ini adalah lebih kepada anekdot penulis bersama-sama seniman. Sejauh mana kebenaran yang diceritakan di dalam setiap buku ini hanya Allah dan seniman agung sahaja yang tahu. Jika benar apa yang diceritakan, baguslah. Yang paling saya suka apabila digarapkan bersama-sama kisah kisah tertentu yang mungkin hanya ditulis dalam karya ini seperti kisah terperinci mengenai tuduhan majalah dari medan kepada seniman yang kononnya akan menceraikan isterinya kerana seseorang dari keturunan raja. Begitu juga kisah yang tak ramai tahu mengenai percintaan seniman dan isteri terakhirnya. Memang eloklah gelaran pasangan paling ideal seperti disebut orang ramai. Walaupun sedikit sahaja ceritanya, ia sudah memadai.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
March 5, 2020
#4 2020

Ada seseorang pernah memberitahu saya, tidak lengkap meminati P Ramlee tanpa membaca buku ini. Saya akui kebenaran kenyataan itu sesudah membaca. Mungkin sebahagian peminat sudah merasakan cukup apabila menonton dokumentari sejarah hidup P Ramlee di Youtube.

Ternyata buku mengungkapkan lebih banyak rahsia - antara bagaimana taksubnya peminat di luar negara, pegangan P Ramlee tentang agama, pertentangan, kisah suka duku dan banyak lagi. Ditulis sendiri oleh wartawan (juga SN) yang hidup sezaman dengan P Ramlee. Pernah menerbitkan majalah dan menyelesaikan pelbagai masalah bersama.

Tanpa ragu, 5 bintang.
Profile Image for Amiruddin MR.
70 reviews8 followers
February 6, 2017
Dari tulisan Jawi, Kisah Hidup P. Ramlee ke tulisan Rumi, Gagak di Rimba.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.