Nak baca buku ni, jangan baca dalam keadaan beremosi, sensitif, cepat menggelabah & sedang mood nak mengecam. Buku ni agak tinggi metafora & personifikasi. Senang kata, penulisannya kena menjangkau pemikiran di luar kotak kerana setiap yang dinukilkan sangat tersirat. Ada bahagian saya faham, ada bahagian saya macam, "hah?? Apa dia tulis ni?" 😂 Tapi 70% isinya saya amat faham maksud tersirat yang penulis nak sampaikan, cuma kena betul-betul termenung & berfikir dalam-dalam.
Tertarik dengan bingkisan "jika bunuh diri menjadi agama paling sesuai, siapakah tuhanmu?"
Kalau orang yang tengah emo tu baca bingkisan ni, mungkin dia akan terus herdik penulis.
Pemikiran saya pula, kata-kata ni sebenarnya ada teguran sentap.
Ada sesetengah suka mengeluh lebih kurang macam ayat :"kalaulah bunuh diri itu bukan dosa besar". Seolah-olah sedang mahu tindakan itu dibolehkan dalam agama. Hakikatnya, semua agama tak kira Islam atau Kristian sekalipun, melarang penganutnya berbuat demikian.
Mana ada agama yang menggalakkan penganutnya bunuh diri, betul tak?
Jadi, bagi saya, bingkisan ni teguran sentap, yang boleh buatkan orang terdiam & berfikir.
Ya, kalau nak baca buku ni, kena buka otak luas-luas. Hahaha.