Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mentaliti Jamban

Rate this book
Bacalah buku ini.
Orang yang tak baca,
Beraknya tak puas.

206 pages, Paperback

First published March 1, 2016

20 people are currently reading
342 people want to read

About the author

Khairul Abdullah

6 books69 followers
Beliau adalah seorang penulis kreatif yang kritis dan terkenal melalui buku panduan kembaranya "I'm A Backpacker: Europe" dan juga buku kritikan sosialnya seperti "Mentaliti Jamban" dan "Mentaliti Masih Jamban".

Ketiga-tiga buku ini pernah tercalon untuk anugerah buku terbaik dan salah satu buku pernah memenanginya pada tahun 2017. Hampir kesemuanya buku-buku beliau yang lain juga pernah berada di carta "bestseller" di rangkaian kedai buku utama seluruh negara.

Selain menulis beliau juga adalah seorang penceramah bebas yang sering dijemput ke sekolah dan universiti serta institusi lain di seluruh negara untuk memberi motivasi serta berkongsi pandangan dan pengalaman beliau di dalam mengubah mentaliti rakyat Malaysia.

Beliau yang kini sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Komunikasi di UiTM Shah Alam adalah seorang bapa tunggal yang sedang membesarkan 3 orang anak yang masih kecil bersendirian setelah kematian isterinya.

Beliau pandai memasak dan sangat baik orangnya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
67 (38%)
4 stars
61 (35%)
3 stars
33 (19%)
2 stars
8 (4%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
January 17, 2019
Buku ni kalau diambil serius oleh kerajaan, insya Allah boleh ubah perangai kita rakyat Malaysia yang kebanyakannya buat sebijik macam yang tuan penulis sebut. Tapi iyelah, kita tak boleh nak salahkan kerajaan je (macam penulis cakap haha). Kita kena buat dulu, perangai kita (kita tu saya sekali huhu) iyalah kita selalu ikut apa yang majoriti buat contoh macam rumah kita tepi sungai, semua jiran kita buang sampah, sofa (kisah benar) , apa merga semua ke sungai.Kita pun automatik buat sebab majoriti buat. Itulah yang kita kena ubah! Kita buat dulu... entahlah I dont know....

At the end, manusia tak perfect. Tapi kita kena take action, kita kena nasihat kalau kita nampak perilaku2 buruk manusia lain, kalau kita tak mampu, at least kita doa... (Advice for myself)

p/s: kalo tak mampu gak, kita tulis buku haha
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews65 followers
May 30, 2018
Mentaliti Jamban touches on a lot of issues already lingering in the minds of the average Malaysian. Namely, our general attitude. Finally, someone took the trouble to compile it all in printed form. Not at all familiar with any of the author's past work, I got the feeling that this book is a compilation of past blog posts. Adding a touch of authority/credibility, Khairul Abdullah compares each issue with his own experiences living abroad (Germany, mainly). When one dwells on a sensitive topic such as this, it's REALLY hard not to appear super self righteous. Fortunately, the author managed to bring himself down to earth from time to time. Good save on his part. Regardless, I finished reading this book with a feeling of utter shame being Malaysian.
Entahlah, I don't know...
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
April 6, 2019
Gedebuk!

Macam dihujani tumbukan padu pada jasad sendiri, lalu tergoleklah keegoan ibarat nangka busuk.

Kata kunci pengajaran buku ini: belajar cuci hati dan minda sendiri. Berhenti mementingkan diri sendiri sampai ke tahap mengabaikan seisi dunia sekeliling.

Jangan takut. Tak ada apa yang kotor tentang buku ini sebenarnya, melainkan kedegilan pembacanya kalau tak mahu mengaku dan memperbaiki diri selepas ditegur.
Profile Image for Shafaza Zara.
167 reviews34 followers
May 11, 2016
Banyak perkara yang ditulis oleh saudara Khairul Abdullah sangat bertepatan dengan apa yang aku lalui dan pendam selama ini.
Profile Image for Mohd Helmi Ahmad.
21 reviews5 followers
September 24, 2018
Orang lain dah lama baca buku ni tapi saya baru baca. Tak mengapa, yang penting baca. Buku ini telah masuk cetakan keenam pada tahun 2018. Dahsyat!

Komrad Buku buat promosi, jadi saya beli ketiga-tiga buku penulis ini. Baru selesai baca buku ini. Kritikan terhadap sikap masyarakat yang dianggap "sikap jamban". Penulis mengkritik sikap masyarakat Malaysia dalam beberapa perkara dan situasi. Kemudian, dibandingkan dengan sikap penduduk luar negara, iaitu Jerman.

Saya tidak pernah ke Jerman, jadi jika sikap masyarakat Jerman itu lebih baik daripada masyarakat Malaysia, kita harus akui dan contohi.

Barangkali, selepas ini penulis ini atau penulis lain dapat membuat perbandingan pula terhadap "sikap jamban" penduduk Jerman dengan "sikap terpuji" masyarakat Malaysia. Baru adil!
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
November 17, 2021
- Easy reading. Banyak teguran yg patut dijadikan iktibar kpd masyarakat. Nak tengok islam, tengoklah dinegara bukan islam. Dari aspek kebersihan, kejujuran dan beradab. Perkara yg baik, wajar kita tiru, jadikan amalan dan teladan.

- Menepati masa adalah menepati janji. Salah satu ciri org munafik ialah tak menepati masa. Org yg tak menepati masa adalah org yg tak berintegriti dan tak boleh dipercayai.

- Mentaliti dan minda kita khususnya rakyat Malaysia perlukan perubahan. Sampai bila kita nak ada mentaliti jamban sebegini ? Ayuh, berubahlah.
Profile Image for Juleah Rente.
7 reviews6 followers
February 10, 2017
touch every place in my ❤. best!!

moral of d story; jgn susahkan org lain | pkir perasaan org lain | mudahkan kerja org lain | bertimbangrasa | adab & tertib | sikap positif | bukalah minda, kembaralah, belajar & aplikasi kan lah akhlak yang baik2. ✌
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
September 8, 2018
Buku ni sangat menarik sampai boleh habiskan dalam sekali pembacaan sahaja. Bahasanya mudah seperti sedang bersembang ilmiah dengan seorang abang, mesejnya sampai dengan kata kunci common sense. Bagi sesiapa yang biasa didedahkan dengan dunia luar pasti tersimpan dan terbuku sepertimana apa yang mahu disampaikan penulis dalam buku ini. Pendek kata, tak perlulah membuka ruang atau peluang untuk orang mengutuk negara, budaya dan yang paling penting agama kita.
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
December 28, 2018
bukan kerana saya tidak tertarik untuk baca tapi kerana syarikat terbitannya. tak familiar. penulis pun saya tidak kenal.

bab pertama saya fikir saya tak boleh baca kerana gaya bahasanya.

saya teruskan bab seterusnya. Panggilan abang. penulis membahasakan abang untuk lebih dekat dengan pembaca tapi raasaa langsung tidak mesra dengan saya. maafkan saya.

mentaliti di sini berkisar tentang perbezaan dua cara hidup orang malaysia dan orang selain orang malaysia. Kebanyakannya saya setuju dengan pandangan abang penulis. Yang membuatkan saya rindukan Australia. sangat-sangat.

saya setuju sangat bab waktu temujanji dengan doktor dan disambut oleh doktor. Tugas doktor bukan sahaja merawat tetapi melayani pesakit. Dah kata kerja memberi khidmat. servis. apatah ramai rakan sebaya saya bekerja sebagai doktor. jadilah kurang mahu ke hospital.

banyak lagi yang saya nak kongsi bersama. kerana pernah tinggal di Australia. Walaupun orang Ausie ada perangai mereka tapi acceptable. Kaki ayam waktu winter.

cuma gaya bahasa oleh penulis bukan gaya saya. terlalu biasa. cliche. saya rasa penulis kurang membaca buku bahasa melayu. kalau baca pun, mestilah bukan novel atau sastera. dan tak semestinya orang pandai bercakap pandai menulis. tetapi ada pro and consnya.

mentaliti jamban? entah saya tidak tahu. kalau kita sendiri tidak ubah sikap memang tak ke mana. cakap saja. tulis saja terima kasih lah. Kalau semua benda ditulis betul praktikkan you are really high class malaysian.

buku ini juga reminder untuk saya kalau saya dah lupakan attitude baik saya dari Australia untuk diamalkan di Malaysia.

gaya hidup juga mestilah juga. kalau disana tak pakai kereta. balik malaysia pakai kereta atas kehendak bukan keperluan baik tak payah. bila dah bawa kereta tapi sikap masih sama tak bagi signal. bermaksud anda tidak pernah berubah. hanya terikut dan sembang kosong. jangan bandingkan hidup di sini dan disana. Jamban!
Profile Image for Izis.
52 reviews
December 28, 2019
Kalaulah semua rakyat Malaysia baca buku ni dan follow nasihat penulis... dah tentu aman Malaysia ni.. i felt you bro... nasihatnya simple dan tak susah utk dibuat pon... it is start within yourself.. mana tau we can lead by example especially utk kanak2..As someone yang dah merantau to different countries i really amazed dgn culture negara maju... it is something that we should do..


Jalan cerita yang simple... good job penulis... cuma ada repetition topic yang nampak mcm boring sikit... mcm takde idea nak tulis. maybe bole disatukan je topic yg lebih kurang sama so that tiada repetition ayat... so boleh dikurangkan ketebalan buku dan mari selamatkan pokok2.. hihi
Profile Image for Suzie Mohamad.
15 reviews
June 23, 2018
Buku ini menjawab pelbagai persoalan aku mengenai mentaliti sebenar rakyat Malaysia terutamanya..sebelum ini aku sering tertanya-tanya kenapa ada pemandu yang buang sampah keluar kereta..kenapa apa pemandu tak bagi singnal apabila nal masuk simpang, kenapa bila makan di food court ikea, mereka tak pandai nak kemas meja..mengapa dan mengapa..maka buku ini seperti membuktikan apa yang aku fikir selama ini adalah benar..mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ke 3..ayuh kita sama-sama mengubahnya..
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
September 6, 2016
Buku ni serupa dengan banyak pemikiran aku apabila berada di oversea. Disebabkan bahasa yang digunakan pengarang adalah 'abang' maka buku ni ada waktunya bunyi macam bebelan dan lecture - tapi maksud dan matlamatnya nak menyedarkan orang tu sampai.

Nampak macam memenangkan orang barat tapi ada betulnya. Cuma yang tak diceritakan adalah apa yang orang Malaysia lebih bagus daripada orang barat (dah tak larat nak dengar barat lebih bagus dll). Ikut pengalaman aku di UK, banyak juga benda-benda bangang Mat Salleh tapi tak ramai orang Malaysia nak cuba cerita dan ulas. Mungkin boleh buat buku baru berkenaan ni.

Buku habis dibaca dalam 2 bulan lepas, dalam flight ke Manchester.
Profile Image for Aida Rafan.
15 reviews7 followers
October 12, 2016
Penulis menggunakan bahasa yg bersahaja dan mudah difahami oleh orang marhaen. Terima kasih menuliskan seperti mewakili suara-suara mereka yg penat menghadap mentaliti kebanyakan orang di Malaysia. Betulkan yg biasa dan biasakan yg betul nampaknya sukar dilakukan oleh Malaysian. Apa yg bestnya mendiami Malaysia ini jika serba serbi ada kekurangan. oh ada. Summer throughout the year! Itu saja lah agaknya. Tak boleh ubah orang, kita mulakan dari diri kita dan generasi selepas kita
Profile Image for Natasha Tasrib.
22 reviews40 followers
October 10, 2016
Buku ni menyentuh isu common sense dan moral. Perlu dibaca dengan hati dan fikiran terbuka, kalau senang enraged dengan criticism or bila dibandingkan dengan orang lain, ambiklah masa untuk hadamkan. Moga sama sama jadi semakin bermoral dan ada sivik yang tinggi.
Profile Image for Nassim.
13 reviews
August 20, 2017
If every Malaysian who can read, read this book, Vision 2020 might be possible to grasp. We don't have to wait until 2050. This book should be distributed to students so that the new generation can be moulded into 1st class citizens.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
November 28, 2018
Siapa yang mempunyai sikap mentaliti jamban ini, pasti tidak akan suka dengan naskhah ini sebab ia kena pada batang hidung mereka sendiri.

Lebih-lebih lagi bab golek-golek atas katil di Ikea tu sebab ramai je yang buat perangai macam berok kat situ. ✌️✌️✌️
Profile Image for Siti Zafira.
47 reviews5 followers
May 31, 2017
Selama ini saya menangguhkan hasrat untuk membeli buku ini kerana tajuknya yang kedengaran agak kasar. Apabila adik membeli buku ini, saya cuba untuk membaca dan jadi asyik. Lalu saya berpendapat, "Wajar sekali diberi tajuk sebegini!"

Kritikan penulis yang dibawakan dalam bahasa yang sangat mudah serta penggunaan kata ganti nama diri 'abang' membuatkan saya mesra dan bermotivasi dengan peringatan penulis. Bahkan, menjadikan saya lebih 'geram' juga dengan situasi yang boleh kita alami setiap hari.

Sejujurnya, sikap SEGELINTIR (atau bahasa kasarnya, KEBANYAKAN) rakyat Malaysia memang sangat mengecewakan dalam aspek kebersihan, penggunaan fasiliti, pemanduan berhemah, dan lain-lain yang dinyatakan dalam buku ini. Ada juga yang tidak gemar apabila Malaysia atau rakyat Malaysia dibandingkan dengan negara maju atau masyarakat negara maju kerana beranggapan parameter yang dijadikan kayu ukur tidak sepadan. Soalnya, sikap ialah sesuatu yang boleh kita pelajari dan usahakan dan untuk menjadi sebuah negara maju, MENTALITI KITA JUGA PERLU 'DIMAJUKAN'.

Mungkin juga kerana pengalaman saya yang bekerja di sebuah institusi yang mana pelajar dan pekerja asing begitu ramai di sini. Sikap dan peribadi mereka membuat saya tertanya-tanya tentang keadaan negara-negara Islam dan kaitannya dengan sikap rakyat sesebuah negara.

Alangkah bagusnya jika buku ini (walaupun perkataan jamban itu kasar) dijadikan bahan bacaan tambahan di sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat di Malaysia. Bilalah agaknya sikap rakyat Malaysia akan berada pada tahap yang membanggakan ya?
Profile Image for Abim.
26 reviews1 follower
March 6, 2025
Khalas. Buku yang ketujuh tulisan saudara Khairul Abdullah untuk tahun 2025 ini. Sebuah buku yang ringan tapi penting. Membicarakan soal tingkahlaku orang kita yang jelek dan buruk yang masih diwarisi sehingga sekarang - perihal tidak memberikan signal ketika mahu masuk simpang atau tukar lorong sehinggalah membuang sampah merata-rata. Aku boleh rumuskan bahawa semua sifat-sifat buruk yang diajukan dalam buku ini memberi satu makna bahawa masyarakat kita adalah masyarakat yang penting diri sendiri. Tidak tahu mana silapnya sama ada salah dalam didikan ibubapa, guru atau agama yang lebih fokus kepada hal ritual. Kalau menurut Pak Eko Prasetyo di dalam bukunya bertajuk Islam Agama Perlawanan, sikap-sikap disebut di atas menunjukkan bahawa masyarakat kita kurang penghayatan agamanya. Tiada roh. Entahlah. I don't know. Bagi aku membicarakan masalah-masalah kecil seperti ini pun maha penting dan ia harus dijadikan sebahagian daripada teologi pembebasan. Teologi pembebasan sekarang tidak lagi seperti dahulu di mana keutamaannya dahulu lebih kepada kebenaran agama. Sekarang teologi pembebasannya harus kepada keberkesanan agama. Maka buktikanlah apa yang kamu sering syarahkan.
Profile Image for Fairul.
161 reviews1 follower
November 7, 2018
Touching dumb habits of our pipul and compare them with Germanic. The main takeaway is basically we suck and technically have shit for a brain.Despite its controversial title, the content is not so. It is just common sense advice, really. Any normal-ish, self respected, well adjusted, educated individual should already addresses most of the topic presented there out of habit since childhood, even more so if that individual is a muslim.

I guess the root of the issue is that our education system and parenting doesn't really put common sense, environment and social responsibilities up there as the main focus. Also we are too focused on the "form" part of Islam (eg Solat Lima Waktu, Kanak2 Hafal Quran etc) instead of its "substance" (eg Toleransi, Cakap elok2, Kebersihan Tandas, Jimat Air etc). Maybe striking a balance of both is important here? Well, what do i know..? i am just a dumb jerk.
Author 3 books9 followers
March 15, 2017
Buku ini sudah lama ucap hai kepada saya setiap kali masuk kedai buku Popular. Akhirnya pada 5 Mac 2017 lalu, saya ambil juga dan masukkan dalam senarai belian buku pada bulan ini.

Isu-isu 'common sense' kata orang Malaysia. Itulah yang dibawakan dan diperkatakan dengan sinis oleh penulis dalam buku ini. Betul, isu yang dibahaskan oleh penulis di dalam buku ini adalah perkara-perkara yang sangat asas dalam kehidupan kita, umumnya masyarakat Malaysia yang berkomunikasi dengan manusia dan alam sekitar. Namun bukan sedikit orang yang pentingkan diri dan tidak mengambil kira adab dan keberadaan diri sendiri sebagai seorang manusia yang bertamadun.

Penulis mengambil contoh beberapa negara luar seperti Korea, Jepun. Namun saya perasan, penulis banyak menggunakan perbandingan tempat dengan negara German. Saya kira, mungkin itu tempat bermastautin penulis selama empat tahun yang menyebabkan beliau selalu sangat membandingkan keadaan atau situasi dengan di German. Tiada apa pun masalah sebenarnya, cuma perasaan seronok saya membaca terganggu sedikit dengan sikit-sikit German, sikit-sikit German. Haha, Peace yo!

Lucunya, beberapa hari lepas saya ke sebuah pasar raya. Semasa beratur membayar, cik manis cashier sedang elok berbual dengan seorang rakannya tentang kehidupan sosial mereka dan berperilaku seolah-olah pelanggan yang sedang membayar tidak wujud. Secara jujur, situasi tersebut memang menjengkelkan. Terus teringat, situasi ini juga tidak ketinggalan disebut oleh Khairul Abdullah dalam buku ini.

Kalau ditanyakan kepada saya, buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarat.

Untuk tidak berat sebelah, tidak semua rakyat Malaysia memiliki mentaliti jamban. Masih ramai yang ada deria dan aura kebaikannya sebagai manusia. Namun tidak sedikit juga manusia yang memiliki sifat mementingkan diri dan tidak memikirkan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Semoga kita berjaya menjadi manusia yang bersikap sejahtera!
Profile Image for BegumIrdawati.
151 reviews7 followers
March 14, 2018
Untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju, kita harus mengubah tanggapan atau persepsi kita mengenai perkara ini. Didiklah anak-anak dengan mengatakan adalah berdosa sekiranya membuang sampah merata-rata, berdosa sekiranya tidak memakai tali pinggang keselamatan apabila berada di dalam kereta, berdosa kalau memotong di laluan kecemasan, berdosa jika tidak beri laluan kepada pejalan kaki dan macam-macam lagi. Dengan ini, generasi yang akan datang akan lebih baij atau jauh lebih bagus daripada kita sekarang.

Jadi, bolehkah kita ubah diri dan anak-anak kita untuk tidak melanggar peraturan dunia?

Mentaliti Jamban (2016), Khairul Abdullah p.p 172

Marilah flush jauh-jauh mentaliti jamban supaya kita jadi Islam yang lebih baik.
Profile Image for Wisz.
8 reviews
April 9, 2019
Seumur hidup saya, baru kali ini saya dapat membaca olahan realiti kehidupan kita seharian yang terhasil oleh minda-minda yang 'busuk' dalam persekitaran kehidupan. Olahan penulis Tuan Khairul something yang 'straight forward' untuk dihadam oleh masyarakat. Dia tegur untuk kebaikan semua meskipun saya tahu ada yang terguris apabila membacanya. Tetapi, jika kita tidak mahu ditegur, sampai bilakah mentaliti kita akan berubah. Orang Sarawak kata, mentaliti "uras" (sampah). Tapi sekotor-kotor "uras", lagi busuk mentaliti yang bernajis. Keep it up Tuan Khairul. Semoga berjaya dalam dunia penulisan. Mentaliti Masih Jamban pun saya sudah baca.. itu adalah sambungannya.
Profile Image for Chamomile Freedom.
14 reviews
February 8, 2021
-Buku yang menceritakan tentang adab orang sekeliling kita, contohnya di shopping mall, kedai makan, cara orang Malaysia menggunakan kemudahan awam dan cara pembawakan diri seseorang itu.

-Banyak sketsa yang dikongsi oleh penulis iaitu perkara yang sudah berlaku di depan mata kita juga. Selain itu, penulis banyak memberi nasihat mengikut situasi yang berlaku.

-Penggunaan bahasa yang santai ' I don't knowlah dik' menjadikan para pembaca lebih dekat dengan penyampaiannya.

-Buku ini sangat bagus untuk dijadikan bahan bacaan bagi seisi keluarga. Anda nak tahu tentang keseronokkan buku ini, kenalah baca dulu ye😊🤗
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
June 27, 2021
Kisah orang bukan Islam yang lebih Islam daripada orang Islam terutamanya daripada segi kebersihan, prihatin dan peduli tentang orang lain, bertimbang rasa, etika bekerja, adab, sopan santun, akhlak dan sebagainya berdasarkan pengalaman penulis berkembara di luar negara.

Cerita penulis tentang pengalamannya tentang kitar semula sampah di rumah, tidak membuang sampah di merata tempat, menepati janji, kebersihan tandas awam, membersihkan meja di food court, membuat kerja bersungguh-sungguh, menghormati orang lain, adab ketika bertanya soalan melalui email, priority dalam hidup, kemajuan kerjaya, etc.

Sejenis buku ala-ala tarbiah sentap gitu.
Profile Image for Chekemdotty.
39 reviews3 followers
December 10, 2016
Buku ni sangat lah menarik sampai aku dapat habiskan pembacaan tersebut dalam masa 3 jam.
Aku setuju 100% dengan penulis.Yang paling sadis tu,customer servis kita memang agak teruk.Aku baca buku ni masa dalam flight ke Yogjakarta.Masalahnya,balik nak tunggu shuttle bas tu pun dah kena dengan customer servis staff.Tanya elok-elok pasal shuttle bas,tapi tak update info.Suruh tunggu kat B8 padahal line tu tengah tutup untuk proses pembaikan jalan.Ai..Sabar je lah.Tak pasal-pasal aku nak kena lari dari B8 ke A10 tu
Profile Image for Anie Alja.
7 reviews
December 21, 2020
"Hiyewww...what book is this, so gross," asked my daughter.

Hahahaha, saya baca bersama suami di sebelah. Saya ketawa sepanjang pembacaan. Tepat dan mengena. Saya kongsi dengan suami, dia pun angguk-angguk kepala tanda bersetuju. Hal-hal remeh begini sukar untuk ditegur jika berdepan mata, jadi buku ini diolah agar pesanan ini sampai ke semua rakyat Malaysia yang beraknya tak puas. Sharp shooter.
Profile Image for nizam.
1 review
June 8, 2017
beza tahu dan tahi cuma satu huruf. setiap keputusan dan tindakan yang kamu lakukan membezakan sama ada kamu orang yang tahu atau orang yang tahi. bacalah buku ini dan ubahlah diri kamu sendiri sebelum kamu mengubah dunia.
Profile Image for Farhana Husain.
10 reviews
September 1, 2018
Memang patut bab bab dalam buku ini dibaca oleh semua rakyat Malaysia khususnya yang masih bermentaliti kelas tiga.
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.