MALAYSIA – Nilai kata ‘cinta’ semakin susut gara-gara terlalu ramai yang gunakannya untuk tujuan rasuah; mendapatkan sesuatu demi kepentingan diri. Apatah lagi apabila definisinya diubah demi membuktikan bertapa konon romatiknya manusia sejagat. Ramaja-remaji dinasihatkan supaya berhati-hati dengan pengguna cinta palsu. Kerana anda pasti terluka. Cinta sejati ibarat hantu – Semua percaya kewujudannya, ramai yang mencari, tapi hanya segelintir yang terjumpa. Dan apabila sudah jumpa, sukar untuk dilupakan. Mungkin, akan berdampingan selamanya.
2.0* untuk keseluruhan cerita. Tambah 0.5* untuk kaver yang comel dan 0.5* untuk design dalam buku yang kemas dan cantik.
Aku baca naskah ini tanpa mengambil kira yang cerpen aku turut terkandung di dalam buku ini. Aku hanya abaikan tulisan aku yang kurang matang itu dan terus menghadam karya rakan penulis yang lain. Ternyata kisah-kisah di dalam ini, bukan semuanya yang kena pada hati aku. Mungkin aku bukanlah manusia yang tergolong di dalam golongan hipster dan aku sendiri tidak pasti bagaimana sebenarnya untuk mengklasifikasikan cinta hipster/hipster itu sendiri dengan cinta yang biasa/orang biasa. Adakah dari segi pertuturan, pakaian atau perbuatan? Dan jangan ditanya bagaimana aku hasilkan cerpen aku di dalam ini. (Sebenarnya aku main taram je!) *Gelak besar*
Ada beberapa cerpen di dalam ini yang aku rasa nak koyak lembarannya dan buat kapal kertas lalu layarkan di atas tasik Shah Alam. Dialognya langsung aku tidak fahami. Narasinya juga agak menjengkelkan. Namun, syukur ada beberapa buah kipsen yang membuatkan aku tersenyum dan menarik nafas lega. kalau tidak, aku rendamkan saja buku yang cantik ini ke dalam Sungai Klang! Maaf.
Mungkin kalau budak-budak Hipster yang baca ini, mungkin mereka akan suka.
Tapi kalian abaikan saja celoteh ini. Cuba dapatkan dulu dan hadamkannya. Mana tahu kalian akan menyukainya?