“Hati bukan tempat terbaik untuk diuji kerana di situ tersimpan segala emosi. Permainan ini akan memakan diri.”
Di celah perhubungan, wujud ketaksuban luar biasa. Ketika dihimpit antara dorongan dan penolakan sebuah pemikiran waras, jiwa si Nash terus rapuh. Matanya memerhati, fikirannya semakin kotor dan berhati-hati agar pergerakannya tidak disedari. Ada hati yang sedang terseksa, bersembunyi di sebalik rahsia di antara rahsia. Akhirnya, jemala Emily Arkisya menepu dengan kebenaran dan pembohongan sehingga tidak mampu membezakan siapa yang mempermainkannya.
Pembalasan perlu dilakukan dek kerana hati yang terpendam yang tidak ditutur dengan bicara dan jiwa yang berapi meronta-ronta yang tertanam tanpa diluah. Tambahan dengan perlakuan para pujangga yang ingin merebut insan yang belum tentu sah miliknya sendiri membuatkan diri si Nash membara ibarat air yang mendidih tumpah dari bekasnya. Ada yang terpaksa membayar dengan nyawa dek kerana kerakusan masa lampau.
Istana lama Castlebury, Scotland menjadi saksi kaku jiwa-jiwa yang sedang bersandiwara. Mampukah Emily berhadapan dengan perilaku di luar batasan? Adakah teka-teki konflik berjaya diselesaikan? Apakah kisah sebenar mengenai Istana Castlebury, benar atau dongeng ciptaan manusia?
1. Terukir di Hati, Antologi Detik Terindah bersama Fair & Lovely – Feb 2014, ALaf21 & Unilever Malaysia 2. Hujan Rintik-rintik, Antologi Jiwa Kacau : Gaun Berdarah – April 2014, Alaf21 3. Semua untukmu – 2014, self-publication 4. Secantik Magical Rhododendron, Mini Novel Terpilih Resepi Cinta vol. 1 – Nov 2014, October Love 5. Ganggu, Antologi Seramshit 1.0 – Mac 2015, October Love 6. Malam Ogos, Antologi Permainan Maut – Oct 2015, Buku Prima 7. Ghaib, Antologi Seramshit 1.5 - Nov 2015, October Love 8. Wujud, Projek Seram Istana Lama – Mac 2016, Buku Prima 9. Kod, Projek Thriller Vape - 2017 10. Projek Seram Pokok - 2017 11. Projek Seram Terowong - 2017 12. Sihir - 2017 13. Kisah Seram Malam Jumaat vol. 5 -2018 14. Lambaian Bulan - 2018
Ini adalah buku pertama yang aku baca daripada penulis. Ku beli novel ni masa karangkraff buat merdeka sale .
Apa perasaan anda, bila anda seorang artis tapi sering diperhati oleh seorang peminat yg obses? Si obses yg sering mengirimkan hadiah hingga menjadikan Emily sering ketakutan. Bagaimana cara si pengirim boleh meletakkan hadiah di depan rumah Emily tanpa akses? .
Atas desakan Mazira, ibu kepada Emily supaya Emily mencari teman hidup, maka tercetuslah progam ' pencarian soulmate'. Idea drpd ibunya serta pembantu peribadinya, Adila. Seramai 10 orang lelaki dipilih dalam 'pencarian soulmate' buat Emily .
Tajaan supaya mereka melakukan penggambaran progam pencarian soulmate dilakukan di Scotland iaitu di istana lama, Castlebury. Turut terlibat oleh teman baik Emily, Nash sebagai jurukamera. Dan turut dibantu oleh Mudzalifah dan Faizi sebagai jurukamera .
Sejak berada di Castlebury, Emily berubah. Dia sering mengantuk. Hinggakan dia kerap bermimpi. Tanpa disedari mimpi itu sebenarnya petunjuk kepada hal yg berlaku semasa dia berusia 12 tahun. Kejadian hitam yg menimpa hidup Emily. Dan telah merubah dirinya .
Setiap peserta pencarian soulmate mempunyai agenda tersendiri. Namun diantara mereka adalah si psiko yg obses terhadap Emily. Siapakah dikalangan mereka? Apakah sebenarnya yg telaj terjadi pd hidup Emily dulu?. Semuanya akan dirungkai dalam Obses .
Pada awalan cerita sedikit slow. Aku hampir menutup buku..tp kubatalkan niat..jenis aku, kalau dh start tu sebolehnya aku nak habiskan. Taknak kiv. Nasib kuteruskan sebab selepas beberapa bab, aku semakin seronok membaca kisah ni
Sebuah karya thriller yang sarat dengan emosi dan obsesi.. Memang mantap dan lancar perjalanan ceritanya.. Bergerak dari satu bab ke satu bab.. Sungguh saya membenci Adilla, seorang sahabat yang berpura-pura dan akhirnya menikam dari belakang.. Nash yang pada mulanya begitu saya suka kemudian menjadikan saya geram dan marah.. Watak Umi Kalsom pada saya sangat membantu.. Kerana Umi Kalsom, cerita semakin menarik.. Memang bergelora perasaan bila membaca Obses.. Papa Johanas dan Shahrul, dua insan yang sangat membantu.. Emily, hidupnya dirundung dugaan namun bangkit untuk terus berjuang demi kebahagiaan..
"...Temani aku SAMPAI MATI..." Kata-kata yang sangat menyeramkan kerana penuh perasaan Obses yang melampau.. Kerana Obses, nyawa menjadi taruhan...
Berkisar mengenai Emily yang dicarikan calon jodohnya melalui pertandingan soulmate. 10 calon dipilih dan pertandingan diadakan di sebuah istana lama. Namun, pelbagai isu yang berlaku semasa rakaman diadakan sehingga menyebabkan Emily hilang. Siapakah di antara calon tersebut yang menculik Emily?
Keseluruhannya, novel Obses ini saya kira merupakan sebuah novel thriller yang baik ditulis oleh seorang penulis baharu (pada tahun 2016). Disebabkan terlalu banyak watak yang diwujudkan dalam novel ini membuatkan pembacaan agak terganggu. Teka teki siapa yang terlalu obses dengan Emily sebenarnya boleh diagak. Walau apapun, buat pembaca yang menggemari genre thriller, novel Obses ini mungkin antara karya yang boleh dihadam.
Overall the book storied us about the life of Emily, the author tend to connect Emily past memories and a character which is suprisingly the bad guy yet so close to him. The author succeed to insert the thrill thus captured the intention of the readers.Congratulation.
Kisah ini mengangkat watak Emily, seorang selebriti terkenal yang berdepan dengan peminat terlalu obses. Pada masa yang sama, Emily terpaksa menyertai sebuah program mencari jodoh yang diatur oleh emaknya dan sahabat baiknya. Niat asal mereka baik, tetapi siapa sangka rancangan itu membuka pintu kepada kisah silam yang gelap – dan di situlah muncul kembali Mr. Obsession, membawa sejarah lama untuk diulang semula.
Apa yang menarik? ✅ Campuran psiko + thriller + misteri memang buat pembaca rasa terperangkap dalam dunia Emily. ✅ Kehadiran Castlebury menaikkan suasana creepy – Emily kerap letih, dihantui mimpi yang memberi petunjuk tentang rahsia lama. ✅ Plot twist bijak – ada banyak watak two-face, jadi jangan cepat percaya dengan sesiapa. (Saya sendiri pun terkena! 😂) ✅ Ending pula… memang geram! Ingatkan Mr. Psycho dah mati, rupanya masih hidup.
Watak Emily digambarkan realistik – meskipun dia artis popular, sebenarnya dia manusia biasa yang penat, tertekan, dan kadang-kadang nampak “diva” hanya kerana orang luar tidak tahu batas. Rasa simpati timbul sebab orang sekeliling terlalu menekan, ditambah pula dengan mulut masyarakat yang tidak pernah berhenti mengata.
Cuma saya agak kurang senang dengan rancangan mak Emily dan Adila yang memaksa program cari jodoh itu. Walaupun niat mereka baik, saya rasa cara itu menambah beban pada Emily. Lagi-lagi bila status artis membuatkan semua mata tertumpu padanya, seolah-olah dia mesti sentiasa wangi, sempurna dan tidak boleh buat silap.
Pengajarannya jelas – mencintai tidak semestinya memiliki. Kalau betul-betul mahu, usaha dengan cara yang betul dan selebihnya serahkan pada Allah.
Kesimpulannya, Obses ialah bacaan yang mendebarkan dengan gabungan psiko, misteri dan thriller yang kemas. Saya harap Fauzan sempat keluar dari Castlebury tu! 😆
'kalau awak tetap menolak lagi,saya akan bunuh seorang demi seorang penghuni castlebury termasuk Johanas"
Obses mengangkat kisah kehidupan seorang artis terkenal namun belum mempunyai teman istimewa..Atas desakan ibunya EMily bersetuju untuk mengadakan program "pencarian Soulmate" untuk mencari calon Suami.
10 Jejaka di jadikan calon suami buat Emily,program dijalankan di sebuah tempat yang dipanggil Kota Istana Castlebury Scotland.Istana lama yang penuh dengan sejarah lady kiara.Tanpa EMily duga pencarian soulmate membawanya ke arah kejahatan dan tragedi hitam.
10 calon suami dan krew semuanya ada niat mereka yang tersembunyi .....cuma seorang yang benar2 mengenali dan berkongsi hati dengan Emily..Tanpa disangka Dua Orang Kawan Karibnya yang menyebabkan dia sakit hati dan terseksa..
Di kota Istana Castlebury,ingatan lama yang hilang akhirnya datang kembali.Siapa mereka yang mengkhianati,kenapa calon2 suami yang dipilih tak seperti yang di nanti...Kehidupan seorang yang terkenal bukanlah seindah mana...
Emily mempunyai masa lampau yang menyakitkan tanpa diketahui peminat dan calon suaminya...Hanya mereka berempat dalam Istana castlebury mengetahuinya...namun cuma seorang yang benar2 tahu kisahnya..
(**macam nak sangat novel ni ada sambungan ...sebab nak tahu apa terjadi apa 9 calon suami dan rakan karibnya serta siapa Johanas sebenarnya )
Penulis memperkenalkan watak-watak dalam karyanya terlalu terperinci dan "lama" . Pembaca ternanti-nanti dimanakah kejutan dan pengembangan plot cerita. Novel berunsur thriller dan saspen mestilah unsur saspen dan mendebarkan didambakan oleh pembaca. Permulaan masih dalam "mode" mendatar. Namun pengembangan cerita bermula pengkhianat dari manusia paling dipercayai mula mencorakkan tema saspen, emosi.....Penulis berjaya membuat pembaca turut merasakan kesengsaraan Emily. Sekaligus memancing emosi para pembacaan kepada watak antagonis seperti Adila dan Nash. Sesungguhnya itu membunuh !
Kurang kena dengan jiwa saya, plotnya agak mendatar walau dah lebih separuh buku. Memang ada perasaan ternanti-nanti bila akan sampai plot twistnya, tapi entahlah pada saya bila dah sampai plot twist tu, impact dia macam kurang. Tapi jalan cerita yang menarik, bila satu per satu dirungkai rasa macam 'wow tak sangka'. Thriller scene kurang, ada few pages sahaja dihujung-hujung.
Tak pasti buku ni ada sambungan ke tak, kalau tengok ending macam ada potential hehe