Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sayangku Combi

Rate this book
Combi Binti Jofree. Itulah nama yang diberi oleh nendanya. Sewaktu kecil setiap kali Combi diejek dan diusik rakan-rakan, ada Abang Hairell dan rakannya yang mempertahankan Combi daripada gangguan rakan-rakannya. Peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

Meniti kedewasaan, namanya masih lagi menjadi bahan teguran dan usikan. Kerana itulah di rumah, keluarga memanggil Combi ‘adik’. Bila mula berkenalan dengan kenalan lelaki, Combi menggunakan nama Puteri dan lelaki pertama yang disangkanya menambat hatinya dipanggil Prince.

Prince lelaki yang bekerja di Singapura dan selalu berulang-alik melalui pemeriksaan imigresen dan kastam. Mereka berkenalan. Abang Combi, Kamarul begitu ‘protected’ terhadap adiknya itu. Pertemuan pertama Combi secara rasmi pun hanya dilakukan di tempat parkir kereta ditemani Kamarul. Tak ada dating-dating itu semua.

Dalam pada itu, Combi yang baru mula bertugas sebagai Penguasa Kastam dikehendaki menjalani Kursus Asas yang diwajibkan ke atas setiap pegawai baru di Akademi Kastam, Melaka. Combi yang boleh dikategorikan sebagai anak bongsu manja terpaksa melalui segala bentuk latihan praktikal yang agak lasak dan kelas-kelas teori. Dugaan berlaku apabila Combi mendapat anugerah pelatih kawad terbaik Kategori B Wanita. Semua itu diharungi bersama dengan rakan sebiliknya yang juga menjadi teman baiknya, Ana.

Dalam pada itu, hero Combi sewaktu kecil, Hairell pulang semula ke Malaysia. Pada mulanya Hairell masih memandang Combi bagai adik kecilnya sama seperti suatu ketika dahulu. Melewati waktu, perasaan mereka sama-sama berubah. Cuma, Hairell akan dan kemudiannya telah pun bertunang dengan seorang wanita warga England yang mempunyai rupa paras secantik Ratu Dunia.

Remuk redamlah hati Combi yang sedari kecil menyayangi heronya itu. Dari kasih seorang ‘abang’ bertukar kepada cinta antara seorang lelaki dan wanita. Dan akhirnya perasaan dan emosi terpaksa diketepikan. Combi tidak mahu menjadi perempuan kedua kepada hero yang dikasihinya itu.

Antara kemahuan dan kasih sayang keluarga, cinta dan dunia pekerjaan baru yang dilaluinya, inilah suka duka kisah seorang gadis yang diberi nama C.O.M.B.I.

416 pages, Paperback

First published April 1, 2016

1 person is currently reading
14 people want to read

About the author

Kreisya Reisya

7 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (19%)
4 stars
4 (19%)
3 stars
12 (57%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 7, 2017
SAYANGKU COMBI
by Kreisya Reisya

~karya terkini daripada penulis otai Alaf, novel ketiga beliau yang saya bace selepas kisah kasih & cinta marissa. siapa pernah baca tulisan beliau mesti tau dia suka tulis ala2 diari sikit, pov pertama selalunya.

Sayangku Combi, mengisahkan perjalanan hidup Combi, yang baru bekerja sebagai pegawai kastam di JB. Combi ni anak bongsu, so manja sikit la dengan parents n abang dia.
apa yang menarik, novel ini banyak input mengenai pegawai kastam, dari cara kerja, akta2 berkaitan, dan jabatan2 yang ada dalam kastam. malah, dekat separuh jalan cerita ketika Combi kursus induksi dan kursus asas pegawai kastam... segala aktiviti ala2 orientasi kolej pun ade dalam tu.

novel ni tak de jiwang2, konflik pun tak berat, santai je.. agak mendatar pun ye jugak. last2 combi jumpa gak cinta hati yang diidam2kan...

try la bace, bg sy not bad la.. smooth je pembacaan, ada selit unsur2 seram suspense sikit.
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews106 followers
February 5, 2017
3.75 bintang

Macam fairytale. Begitulah.

Kreisya Reisya dan fairytale sentiasa seiring. Bagi yang pernah membaca karya-karyanya sebelum ni, mungkin boleh mengagak maksud saya. Kisah hidup yang smooth sailing, walaupun ada dugaannya, tapi tetap terasa di awangan.

Kali ni cerita pasal Combi, pemilik nama yang agak rare. Saya ingatkan nama Combi ni satu nama yang common untuk mereka yang berada di utara khususnya Penang, tapi rupanya bukan ya. Sedikit sebanyak saya faham perasaan Combi, kerana walaupun nama saya bukanlah pelik sangat, tapi agak panjang dan biasanya yang pertama kali menyebutnya akan berbelit lidah juga la. Kalau pergi kursus, urusan bank dan seumpamanya, memang bersedia sajalah nama tu nak dipanggil macam mana. Hmmm...nak buat macam mana, seperti kata Combi, bukan kita yang pilih, tapi dah abah yang bagi.

Kerana namanya, Combi sering diejek. Dari kecil sampai memasuki alam pekerjaan, namanya masih menjadi 'kehairanan'. Entahlah, memang umur bukan tanda aras kematangan. Dah tua-tua pun perangai macam budak-budak juga yang masih tak cukup akal.

Combi baru dipilih sebagai Penguasa Kastam dan ditempatkan di stesen di Johor Bahru. Sebelum disahkan jawatan, dia diwajibkan mengikuti kursus asas (induksi dan latihan) selama 4 bulan. Di akademi, macam-macam hal juga la yang berlaku pada si Combi ni. Saya merasakan seperti ini adalah pengalaman peribadi penulis. Peristiwa-peristiwa dan perjalanan kursus (dan bidang tugas Pegawai Kastam) diceritakan agak detail. Hanya orang-orang yang terlibat secara langsung saja yang faham dengan jelas situasi di jabatan. Sebagai seorang Penjawat Awam juga ( walaupun berlainan jabatan dan bidang tugas), saya dapat membayangkan situasi Combi, persekitaran kerja dan keadaan bila berhadapan dengan masyarakat awam yang kurang faham.

Seperti yang saya nyatakan di awal tadi, kisah hidup Combi agak fairytale. Punyai keluarga bahagia yang sentiasa ada di kala dia susah hati. Ayah, ibu dan abang sanggup turun serta merta dari KL ke JB bilamana Combi mengadu sedih, apatah lagi bila sakit (ya, walaupun demam). Kadang-kadang saya selaku anak sulung yang tidak dimanjakan keluarga (adik saya hanya beza setahun huhu...dia yang dapat manja tu), merasakan...alahaiiiii...mengadanya Combi!

Menggunakan penceritaan 1st person POV, lebih kurang macam tulisan saya ni lah. Semua benda nak cerita, yang merapu meraban, berkhayal sini sana semua ada. Kadang-kadang ada juga datang rasa nak hempuk si Combi ni. Tengah latihan menembak sempat lagi fikiran dia melayang ke lain!

Mood saya tengah baik, dapatlah bersabar hingga ke hujung cerita.

And they lived happily ever after...

Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
February 8, 2018
#11

Sayangku Combi... Sebuah naskhah yang tipis tapi berjaya membuatkan saya terbahak-bahak ketawa.

Mengisahkan tentang Combi yang berdepan bermacam-macam suka dan duka daripada kecil hinggalah besar dek kerana namanya yang unik. Dan... untuk novel ini saya suka kerana jarang benar tunjang utama kerja sebagai pegawai kastam. Penulis juga ada menceritakan berkenaan Jabatan Kastam yang sedikit sebanyak memberi informasi berguna kepada pembaca.

Secara kesimpulannya, novel ini merupakan bahan bacaan ringan yang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur memandangkan bahasa yang digunakan mudah difahami. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
August 11, 2017
Penulisan yang menggunakan kata ganti diri pertama 'aku'. Bila dah guna 'aku' maka banyaklah internal monolog. Kalau tak kena gaya dan cara maka musnahlah lagu pincanglah nada.

Watak utama cerita ni ada masalah dengan nama. Macam mengada-ngada pun ada. Sensitif sangat la pula. Layak ke saya kata watak utama ni sensitif? Layak sangat sebab nama saya pun pernah diperkotak-katikkan sewaktu zaman belajar dulu.

Si Combi memulakan tugas sebagai Pegawai Kastam. Saya ambil bulat-bulat ja tentang prosidur sebagai pegawai di jabatan tersebut seperti yang penulis tulis sebab saya tak tahu prosidur kerjanya yang sebenar.

Jangan ingat si Combi ni tak laku. Nama saja klasik tapi orangnya comel. Nak kata polos tu tak juga. Lebih ke arah sensitif rasanya. Combi dipadankan dengan dua jejaka oleh penulis iaitu Prince dan Hairell.

Cerita ni takde plot berat. Jadi jangan risaulah Combi kena tembak kat sempadan ke apa ke apa ketika bertugas.

Satu je saya tak tahan, sikap manja Combi. Semua benda mengadu kat abang dia. Dah siap mengadu, tengok-tengok si abang dah ada depan mata. Bukan dekat KL dengan Johor tapi sayang adik punya pasal. Saya tahankan aje sebab Combi anak bongsu. Tapi tak ke stereotaip namanya. Ya la sebut je anak bongsu, dah terbayang sifat manja tu dan penulis pun seolah menyokong bayangan tu.

Jadi, syabas kepada diri saya sebab mampu bertahan dengan Combi.
Profile Image for Shahira.
76 reviews1 follower
March 17, 2025
Kreisya Reisya ni antara pengarang favorite aku masa sekolah rendah dulu. Masa tu kan sedutan novel Cinta Marissa dipaparkan dalam majalah Mingguan Wanita. So, aku pun kalau kalau melepak dekat opis mak, menyempatlah baca 😂 Kalau balik kampung pinjam novel cousin aku Along Zaty 🤭 Kalau kat rumah, pinjam novel Cik Ta jiran sebelah rumah. Hihi. Itulah zaman sekolah rendah mana ada duit sangat nak beli novel.
Novel Kreisya Reisya yang lain macam Kisah Kasih pun best.

Tapi ni nak cerita pasal novel yang aku baru beli by Kreisya Reisya - Sayangku Combi. Klasik kan nama watak? Macam cerita P. Ramlee. Memang seumur hidup dia asyik kena sakat je sebab nama Combi. Cerita ni best sangat sebab rapatnya ikatan kekeluargaan Combi. Sentiasa supportive probably sebab Combi anak bongsu. Jadi kalau kita baca novel ni, perhatian memang banyak tertumpu pada Combi. Dah dia pun watak utama kan. Family Combi ni kalau dia sakit sikit, dari KL tu sanggup datang JB semata nak jaga dia. Manja kededek kan 😂 Perangai adik beradik Combi dan Kamarul mengingatkan aku pada adik adik aku - Siti n Zariff yang kerap bercakaran. Tapi kalau tak ada depan mata, rindu pulak.

Seterusnya, cerita ni juga bawa aku menyelami tugas seorang penguasa kastam. Hampir separuh novel ni kongsi pasal kursus kursus yang Combi kena attend. Banyak betul kan kursus staf kerajaan. Hihi. Dah tu nak kena berkawad lagi. Masuk hutan, belajar macam macam, latihan menembak, dengar pelbagai taklimat. Dah dapat jadi pegawai kerajaan, nak kena berkursus pulak untuk pengesahan jawatan. Kursus berbulan bulan duduk asrama dengan ada rollcall, curfew. Baru aku tahu banyak betul bahagian unit kastam ni. Ingat check check barang seludup je. Selain unit pemeriksaan khas penumpang, ada juga cawangan perindustrian yang uruskan syarikat syarikat.

Aku share sikit petikan cuti cuti Malaysia dalam cerita ni:

"Siapa terasa nak menikmati keindahan pulau-pulau, pantai, ombak sejernih dan seindah pantai Maldives, kat Malaysia ni pun ada. Pulau-pulau di Sabah memang cantik." Contohnya, Mabul dan Bohey Dulang.

Novel ni, dengan gaya penulisan Kreisya Reisya, benar benar membawa aku pada zaman kanak kanak. Macamana aku tergolek golek atas katil sambil baca novel beliau pada darjah 3, macamtu jugaklah aku sekarang baca novel ni dengan usia yang dah mencecah oopss. Mana boleh bagitau.
Profile Image for Vida Ariff.
117 reviews
March 15, 2025
Alam pekerjaan sebagai pegawai kastam diperincikan dengan jelas dalam novel ini. Suasana kerja dan suasana kursus diperihalkan dengan baik.
Tetapi itulah masalahnya, aku tidak begitu berminat dengan perincian kerjaya ini. Mungkin kerana rasa ia sekadar diceritakan, tapi tidak diketemukan dengan 'wow factor' pada penceritaan pekerjaan itu.

Watak Combi bukan watak dalam senarai kegemaran aku. Menangis hampir sepanjang buku, dan agak mengada-ngada (walaupun mungkin itu interpretasi kepada sifat manja). Sikit-sikit call ibu, ayah, abang bila ada masalah.

Satu-satunya yang mengikat aku untuk membaca sehingga ke akhir cerita adalah kisah Combi dan Hairell, kerana bab ini sahaja yang rasanya berkesinambungan dengan baik dari mula hingga ke akhir cerita. Watak-watak lain yang sekursus, sepejabat semuanya hanya watak datang dan pergi tanpa impak yang kuat pada cerita.

Pun begitu, ada babak-babak lucu diselitkan. Untuk bacaan santai dan tidak memberatkan kepala, buku ini sesuai dijadikan peneman tatkala menikmati secawan kopi.
Profile Image for Hamidah Effendi.
376 reviews3 followers
June 21, 2025
---

Ulasan Buku: Sayangku Combi oleh Kreisya Reisya
⭐️⭐️ / 5

Combi – nama yang unik dan membawa beban tersendiri. Bila baca, terus teringat pada watak dalam filem P. Ramlee. Menarik juga konsep asalnya, buat aku teruja nak tahu kisah di sebalik nama.

Awal cerita memang okey. Permulaan yang meyakinkan dan buat aku rasa, “Eh, boleh jadi best ni.” Tapi sayangnya, bila cerita mula masuk bab cinta-cintun… aku terus rasa janggal. Macam kurang kena dengan mood dan gaya penceritaan. Terasa macam budak-budak nak belajar bercinta, dan itu buat aku susah nak hadam perkembangan watak.

Mungkin ini soal selera. Bagi aku, jalan cerita kurang menyengat. Aku cuba habiskan tapi tak dapat rasa ‘chemistry’ dengan kisahnya. Tapi tak mustahil orang lain suka – mungkin aku bukan pembaca sasaran untuk genre cinta macam ni.

Dari segi reka bentuk buku – memang menarik. Simple tapi comel, sesuai dengan tajuknya.

Kesimpulan? Maaf, aku tak boleh dengan cerita kali ni. Tapi mungkin sesuai untuk yang suka bacaan ringan dan cinta manis-manis ala remaja.


---
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
January 13, 2025
Kisahnya pasal si Combi. Mungkin kerana buku ni adalah permulaan untuk anak muda untuk membaca, jadi ceritanya yang agak santai. Mungkin juga sebab jarang baca 1st POV, yang macam menulis diari, jadi sebenarnya agak susah nak habiskan. Lagi-lagi masa cerita pasal kursus asas tu, Astaghfirullah.

(Spoiler)
Pengenalan kepada watak yang hanya surface seperti Prince dan Khadeeja. Kejap muncul, kejap hilang. Katanya Prince ni 2nd love interest, mana? Lepas tu, Khadeeja yang tidak diceritakan dengan lebih lanjut, tiba-tiba hanya muncul sebabak yang macam itu.

Dan pada pendapat saya, keluarga Combi ni sebenarnya sangat la controlling.

Dan plot Hairell yang rasa sangat tiber kat hujung tu. Just to give Combi her happy ending I guess?
-----
Oh, dan tertanya, adakah plot cerita ni dituliskan untuk menunjukkan macam mana manusia bernama Combi menerima takdir namanya? Kalau ya, macam tak sampai.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.