Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.
Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran.
Kamil - Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?
Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?
Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita.
Suatu ketika, keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Bagaimanapun, Abam tidak semena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah cinta Juita berjaya memulihkan semangat rasuk yang menyinggahi Abam?
RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan nilai cinta dalam IMAGINASI. Kisah ini tampak lembut di luar, tetapi keras dan gila di dalam. Berlarilah tanpa menoleh untuk menyelamatkan nyawa sendiri. Apabila cinta itu berjaya menjangkau, maka tiada jalan untuk kembali. Pembebasan hanya mampu dilakukan dengan pengorbanan yang harus dilakukan dengan tulus ikhlas. Kerana cinta itu memiliki kuasa magisnya yang tersendiri.
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Lama tak baca karya RAM. Good to have that positive vibes, again!
Full review: 6/2/2020
Rindu RAM, hmm.. rasanya aku lebih merindui karya-karya Alaf 21 -- buku nipis, cerita simple, tak banyak typo, murah pun murah… Ehh! Down memory lane pula dah haha.
1. RAM dan ceritanya. Aku tau tak mudah buat sang penulis untuk mengerah keringat, memulas otak mencari idea-idea untuk berkarya dan untuk itu, aku sentiasa tabik. Tapi, mungkin sesuai dengan apa yang diterangkan oleh RAM di akhir kalam, ini kisah santai saja. Cuma bukan RAM kalau tiada elemen thriller itu.
2. Suhaila dan misteri singanya. Tunjang utama cerita. Suka cuma di tengah-tengahnya sudah dapat ditebak, jadi keterujaanku pada misteri itu sedikit pudar tapi olahan penulis banyak menyelamatkan keadaan.
3. Abam. Dah kenapa setiap kali baca pasal Abam aku teringat pelawak tanah air? Haha. Silly me! Tapi karakter Abam sangat menceriakan suasana, yang tersurat dan tersirat semuanya ada pada Abam. Hati-hati ya pandangan mata selalunya menipu.
4. Hafiz-Citra Widya. Benarlah cinta itu buta, tapi bukan hamba-Nya. Berusaha sekeras mana, andai bukan takdir menyatu… perpisahan akan terjadi jua. Cinta pada Yang Satu akan menjagamu selamanya.
5. Ending. Ehh! Dah kenapa camtu? Haha. Tapi okay aku setuju, apa pun pengakhiran cerita terserah pembaca yang menyimpulkannya. Sama dengan citarasa kita sebenarnya, yang suka, suka… yang tidak, janganlah dipersoalkan. Raikan perbezaan, hati kita akan jadi tenang.
Next? Buku Alaf 21 lagi lah. I’m in a good mood ni.
Actually I finished this a very long time ago tapi disebabkan kesebokan yang agak melampaui batas2 kemanusiaan, luper nak update.
I like this story.... similar to RAM's other stories but with a touch of romantic feel... Waaaahhh... kellas gitu. RAM punya buku ada romantic feel hokay. Cam soooo out of this world. Actually ada nak review pepanjang tapi since I finished it a long time ago kan... banyak dah lupa but all I can say is... this book itself sgt sgt entertaining. Ada macam2 rasa reading this. Seram, Sweet, Sour, Humour etc. n of course... the end ada unexpected twist la kan.... Tu normal lah utk buku RAM.
All in all, its a very enjoyable reading n also in the category of lite reading. Not the actual usual RAM stories but still captivating... A recommended read.
[Ini bukan ulasan buku. Ini nota-nota fikiran aku semasa menguliti buku ini.]
1. Baru aku sedar (atau ingat kembali) kenapa walaupun aku peminat genre misteri dan thriller, aku jarang amat membaca karya RAM (kali pertama baca tahun 2012, selepas itu aku hanya kembali membaca karyanya tahun 2021): sebab aku rasa 'penat' bila baca buku-buku beliau. Aku rasa gaya penceritaannya yang meleret-leret tak serasi dengan citarasa aku.
2. Silap aku sendiri sebab baca buku ni selepas baca 'Aku Bercerita' walaupun sela masa yang diambil lebih kurang sebulan. Aku perasan dalam buku ini pun RAM gemar menggunakan perkataan 'selajur' dan 'terpunduk' cuma tidak sekerap dalam 'Aku Bercerita'. Saki-baki rasa rimas yang lama tu nampaknya masih memicu perasaan jengkel aku, sedikit sebanyak.
3. Sangat rimas juga bila setiap kali baca kisah Abam, RAM berulang kali mengingatkan aku bahawa Abam seorang yang lurus bendul, bodoh piang sehingga hampir ke penghujung buku. Yessir, I got it from the first chapter.
4. Rasanya Hafiz lebih sesuai dipanggil Mas Hafiz daripada Pak Hafiz oleh Citra Widya kerana usianya tidaklah tua sangat dan umur mereka pun lebih kurang.
5. Aku rasa sedikit lucu bila diberitahu lokasi Restoran Tukdin dan London Central Mosque lengkap dengan poskod London.
6. Tak tahulah apa masalah editor. Macam biasa, mesti ada saltik dan kesalahan tatabahasa. Tapi paling tak faham kenapa perkataan Eropah dieja dengan E huruf kecil, bukan sekali dua pula tu. Dan kenapa guna perkataan torchlight sedangkan perkataan lampu suluh/lampu picit wujud?
7. Ada dua kali ditulis 'berubah 360 darjah...' yang sepatutnya ditulis 'berubah 180 darjah', sebab kalau berubah 360 darjah maksudnya tak ada perubahan pun.
8. Ada ayat 'Pawana merah sedang membumbungi dunia dari sebelah sini.' Pawana bukan awan atau mega, tapi angin/bayu.
9. Maksud 'picing' ialah pejam, jadi aku tak faham dengan ayat-ayat seperti: -'Juita memicing lama ke arah rumah agam itu.' - 'Pandangan matanya terpicing berupa renungan tajam.' - 'Apabila diamat-amati dengan picingan anak telinga, pemilik suara itu adalah seorang perempuan.' - 'Apabila anak telinga dipicingkan, suara ngauman itu memanggil namanya...' - 'Picingan telinganya begitu difungsikan dengan baik...' - 'Anak matanya dipicing ke satu arah yang gelap gelita.' - 'Alang Kassim memicing anak telinga. Apabila diamati, bunyi itu merupakan deraman seekor harimau...'
10. Pok Jusoh ke Pok Jusof? Tak diproofreadkah buku ini?
Berlatarbelakangkan lima tempat iaitu ladang kelapa sawit, benua Eropah, Jakarta, Kuala Lumpur dan pulau fantasi iaitu Pulau Singah. Kebanyakan cerita belaku di ladang kelapa sawit iaitu lokasi paling saya gemari dan Pulau Singgah. Pulau Singah ni ibaratnya macam pulau fantasi dalam cerita Life of Pi.
Mulanya, saya ingatkan cerita hantu. Sebab adanya elemen mistik seperti Suhaila disyaki membela saka turun temurun dari ayahnya. Saka itu berupa singa betina yang menjelma pada waktu malam dan sering melapah usus dan perut lembu-lembu Pak Budin. Rupanya tidak. Singa betina itu bukan saka bukan juga peliharaan.
Singa betina itu ibu Suhaila. Dia disumpah akibat meninggalkan Pulau Singah kerana ingin berkahwin dengan Alang Kassim. Alang Kassim merupakan nelayan yang kapalnya hanyut dipukul badai dan dibawa ombak melalui kabus tebal secara misteri ke Pulau Singah yang tiada dalam peta dan tidak boleh dikesan dengan kompas.
Awal penceritaan, ceritanya biasa-biasa sahaja. Namun, misteri apa benda singa itu membuatkan saya tak sabar nak tahu. Cerita mula menarik lepas Hafiz membaca jurnal ayahnya yang menceritakan pengalaman sebagai seorang nelayan yang hanyut ke pulau misteri dan berjumpa ibunya.
Pada hujung cerita, sungguhlah saya tak sangka kewujudan plot twist tentang penduduk ladang kelapa sawit yang bernama Abam - terkenal dengan sifatnya yang lembab dan bodoh-bodoh alang. Abam mewarnai keseluruhan cerita - menjadikan cerita misteri ini ada bahagian lawaknya. Tidakku sangka tentang siapa Abam yang sebenarnya.
Novel yang sangat ohsem.. Imaginasi memberika rasa yang cukup buat perasaan Sha.. membaca Imaginasi memang mengundang imaginasi pada diri.. Persoalan demi persoalan.. Teka teki yang tidak putus-putus.. Kisah cinta yang sangat tragis dan pengorbanan yang mengundang rasa pilu.. Cukup rencahnya.. Thriller, aksi dan cinta.. Karya yang terbaik..
Not his best work .just OK. The plot twist is lame and the character is one dimensional. Mr ramlee has the same problem like his character ~ writer's block.
Imaginasi merupakan novel ke-26 Ramlee Awang Murshid (RAM) bersama rumah penerbitan Alaf 21. Secara peribadi, saya lebih sukakan karya terbaharu beliau ini berbanding novel beliau yang sebelumnya iaitu Sunan Cinta Nan Sakti.
Walaupun masih menggunakan formula (cinta, thriller dan Islamik) dan gaya penceritaan yang sama, tipikal seperti yang selalu dijumpai di dalam setiap novel beliau, namun, RAM masih mampu memberikan 'kejutan' dan sesuatu yang baharu atau segar kepada para pembacanya. Sesuai dengan status beliau sebagai novelis thriller nombor satu Malaysia.
Tiga lelaki, tiga wanita, tiga kata. Antara Kamil dan Suhaila. Antara Hafiz dan Citra Widya. Antara Abam dan Juita. Hanya satu pasangan sahaja yang menemui noktah cinta mereka. Dua pasangan lagi, terpulanglah kepada imaginasi pembaca untuk menentukan nasib percintaan mereka.
Ok..Done..Setelah 1 hari suntuk bkurung dan mbaca karya Abg RAM kali nie..Sembam2 lah jgak mata.. Karya Abg RAM kali nie lain sikit.. Sbb xde watak yg betol2 Antagonis.. Pada mulanya mharapkn Si Kamil akan blawan dgn Saka Singa Putih bmata Merah tu..tp xde plak..huhuhu.. Dan ingtkan Mandur Sarip ialah Jelmaan Saka Singa itu..sbb cara pbawakkn diri die yg agak mcurigakn..kikikiki.. Karya Abg RAM tidak sah jika tiada unsur2 Agama..Tu yg mmg xperlu dragukn lg..Terbaik!! Cinta antara Hafiz dgn Citra Widya punya lah berbunga2...namun atas pegangan agama masing2,mreka mbawa hala tuju msing2.. Abam..mmg sakit hati dgn budak nie..Bajet2 lulus bendul..tp dot dot sot dot.. Yg lain2 tu baca lah sndiri ya..Suhaila..Juita.. Bak kata Abg RAM, IMAGINASI ialah sbuah karya tntng cinta mnurut pntafsiran yg plbagai..so lain org lain tafsiranya.. Ending pun syok.. 3 Lelaki 3 Wanita 3 Kata.. Sy bg ★★★★
Imaginasi buat otak saya bekerja keras menyelesaikan teka-teki setiap watak-wataknya. Fuh! Mencabar dan menyeronokkan. Lawak komedinya segar. Terkekeh-kekeh dibuatnya. Rasa macam tak percaya pulak RAM tulis macam ni.
3 lelaki. 3 wanita. 3 kata. Hanya satu saja cinta yang benar-benar realiti. Dan, saya suka banget cinta tersebut!
Novel ni aku ingatkan ada kaitan ngn Mitos. tp rupanya takde kot. haha. aku pun dah lupa2 ingat kisah Mitos. tp ada kaitan ngn saka harimau. cuma dlm novel ni aku ingatkan Saka gak..tp..tak sangka lgsg. Rupa2nya antara 3 L dan 3 P hanya salah satu watak nya "wujud". hehe....dan drpd 3 cinta itu - hny 1 Cinta saja yg benar2 realiti.
55 Untuk kali ini, RAM cuba mencipta kelainan. Dengan menampilkan sebuah karya lebih santai tapi masih diisi dengan elemen yang membuatkan kita kena berfikir. Dan... Seperti biasa karya RAM tidak mengecewakan.
karya RAM tak pernah menghampakan pembaca...imaginasi memang lain dari yang lain... tapi yang tak bestnya novel saya tu cetakannya senget la..semua mukasurat senget termasuklah blurb kat belakang buku...senget!!!
Cumanya kali ini tumpuan saya agak bersimpang siur (salah satu sebab juga kenapa saya ambil masa untuk menghabiskan naskhah ini). Banyak hal dalam kepala yang mengganggu pembacaan saya (bukan cerita ini tak bagus ya)
Unsur suspen masih berbisa.
Dan pastinya Imaginasi menuntut saya untuk berimaginasi sama!
Imaginasi peralihan dari cerita mistik ke misteri yang lebih kompleks. Mula-mula ingatkan ni cerita hantu memandangkan ada elemen mistik tentang kewujudan saka yang muncul bila bulan mengambang iaitu singa betina milik Suhaila. Saka tersebut diwarisi daripada ayahnya, Alang Kassim. Kamil pula baru dibebaskan dari penjara, jatuh cinta dengan Suhaila. Hafiz, anak lelaki Suhaila yang berada di Eropah bimbang jika dia mewarisi sakit seperti ibunya, jatuh cinta pada gadis dari Indonesia, Citra, penganut kuat agama Katolik. Abam, pekerja di ladang kelapa sawit yang agak lembap dan bodoh menaruh hati pada anak gadis majikannya, Juita. Karakter Abam yang lurus bendul memberikan sedikit humor dalam cerita ini. 50 peratus permulaan cerita, saya rasa biasa-biasa je. Tapi rasa ingin tahu apakah atau siapakah saka singa tu menyebabkan saya baca hingga ke akhir. Misteri pasal Pulau singgah juga agak menarik. Mengingatkan saya pada cerita Pirate of the Carribean masa nak cari Davy Jone's Locker, kena terbalikkan kapal. Tapi untuk sampai ke Pulau singgah takdelah sampai kena terbalikkan kapal. Cuma bertembung dengan kabus-kabus, ada rasa mistik sikit.
First time membaca karya beliau wpon beliau telah menghasilkan hampir berpuluh² novel karya thriller.. Memang terkejut bila watak Abam di akhir cerita. Tak terfikir dek akal. he he!! Jalan cerita yg boleh d hadam bagi pembaca yg ingin mencuba mencari kelainan dlm pembacaan... Patutlah beliau di gelar penulis best thriller ..
Aku berIMAGINASI. 3 lelaki,3 perempuan dan 3 kata. Tertarik dengan unsur keagamaan yang diselit dikait dengan kepercayaan masyarakat melayu lama iaitu saka.Tapi first time saya dengar saka singa.Selalunya saka harimau.Apa-apapun memang kena baca sampai habis baru faham jalan cerita dia.
Sempat dihabiskan pembacaan sebelum waktu berbuka puasa. Keteguhan beragama Hafiz dan Citra lebih mengambil tempat dalam keseluruhan penceritaan. Cinta itu sakti. Walau bagaimanapun, cinta yang paling sakti kadang terkalahkan dengan habuan akhirat sana. Hafiz tidak tega menjual kehidupan dunia seberang berbanding dunia sementara. Hafiz dan Citra, semoga keduanya beroleh kebaikan kerana mempertahankan agama.
Suhaila, wanita malang yang menjadi keganasan seorang lelaki yang disangka menjadi pelindung dalam mendatangi hari-hari seterusnya. Sungguh celaka dan tercela, lelaki yang menggunakan kudrat pinjaman Tuhan demi nafsu diri. Celaka. Sungguh celaka lelaki sedemikian. Semoga keadilan timbangan dunia akhirat yang berbicara atas perlakuan kejam mereka.
Dah lama tak baca karya Ramlee Awang Murshid, yang terakhir baca siri Laksamana Sunan. Sebab itu, terasa sedikit janggal dan agak sukar nak adapt cerita ini sebagai karya RAM. Apapun, plot watak utama yang merupakan pasangan atau waris kepada sebuah puak istimewa nun jauh di pulau di hujung dunia bukan sesuatu yang baru dalam penceritaan RAM, selepas saya baca Mitos dan Sinan Musafir... 'dari Sayed al-Mutakhir dan Mukhlis dan Bangkas yang berpenyakit keturunan dan lari dari buruan kaum pemburu dari Tanah Jambi'. Haa, jujurnya saya rasa buku ini terlalu panjang sehingga pertengahan buku, walaupun kerenah Abam dan Juita mencuit hati. Elemen seram yang menyeliputi rumah agam Suhaila dan misteri singa putih bermata merah saga bagi saya terlalu panjang tidak dirungkai. Saya faham tujuannya mungkin mahu pembaca berfikir, namun terlalu panjang bagi saya.
Of course, plot jadi exciting yang hanya RAM yang boleh buat, pick up melonjak mendadak apabila Hafiz mula membaca catatan arwah atuknya. Haaa, masa tu baru saya dapat feel balik tema penceritaan RAM, selari dengan kisah-kisah bertemakan zaman dolu-dolu, macam dalam siri Sunan. Selepas dari tu, memang pecut la baca dengan ghairahnya. Lama terbejat mood tu berpusing sekitar kisah mat Bangla, pembunuhan lembu Pak Budin dan cengeng Mandur Sarip-Dol huhu.
Debaran kuat menunggu perlakuan Wang Durabi dan Dung Kiar terhadap rombongan orang asing ke Pulau Singah. Kalau ada babak serangan yang terzahir pun best juga agaknya. Penyebab Mandur Sarip begitu taksub ingin mengambil alih pembelaan makhluk yang disangkanya saka peninggalan Alang Kassim pun, kalau di expand, mungkin menaikkan lagi elemen suspense. Watak paling saya suka, tentulah Abam.... masa dia bodoh alang.
Novel ke-26 RAM agak menghampakan saya sebagai pembaca karya RAM sebelum ini. Mungkin kerana terlalu banyak watak utama yang ingin di ketengahkan, plot-plot untuk mengikat watak-watak tersebut tidak dapat dipersembahkan dengan baik. Saya juga agak kecewa dengan sesetengah plot yang saya anggap tidak beberapa penting dalam memberikan impak ke plot seterusnya. Contohnya percintaan Hafiz dan Citra bagi saya tidak membantu dengan menyeluruh dalam mengembangkan watak Hafiz untuk disumbangkan kepada plot utama cerita tersebut. Tambahan pula, bila saya membaca naskah RAM kali ini seperti saya menonton filem selama 2 jam yang membuat kita berteka-teki yang akhirnya disimpulkan di akhir cerita bahawa watak utama hanyalah bermimpi semata. Saya percaya RAM selalu memberikan karya yang unik dan tidak sama seperti yang ada dalam pasaran ketika ini (kahwin kontrak kemudian bercinta, cinta tiga segi, cinta dihalang ibu mertua). Mungkin kerana itu saya selalu meletakkan harapan yang tinggi tatkala membaca naskah RAM. Walaupun saya pernah membaca bahawa karya kali ini lebih santai, namun saya tetap kecewa. Saya berharap RAM dapat menghasilkan karya yang seterusnya menggunakan unsur yang sama (suspen dan thriller) tetapi jalan cerita yang unik dan original seperti mana RAM selalu dapat hasilkan sebelum ini.
Kelemahan hasil kerja RAM selalunya terletak pada gantinama dan nama panggilan . Ini selalunya membuat kelancaran membaca terganggu sedikit . Contohnya panggilan watak Pak Jusoh tetiba bertukar menjadi Jusuf . Watak Kamil juga begitu . Adakalanya menggunakan SAYA dan adakalanya menggunakan AKU . Pada mulanya Kamil memanggil Suhaila dengan nama sahaja iaitu Suhaila . Tapi dalam perjalanan dari KT ke Pulau singah Kamil memanggil Suhaila dengan panggilan PUAN . Kalau diperhatikan betul2 kita dapat melihat kelemahan yang sama pada novel2 RAM yang terdahulu . Diharap dimasa depan pihak proof Reading dapat menangani kesilapan ini sebelum ianya dipasarkan .
Agak kecewa sedikit dengan watak Citra Widya yg tetiba dimatikan begitu saja, sekaligus memberitahu kita si pembaca bahawa watak Citra adalah watak tempelan saja .
Pengakhiran cerita agak kabur dan tetiba watak abam muncul jadi Hero .