Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pihak Terfaktab atas naskah percuma ini.
Pertama kali aku mendengar perihal buku ini, sebuah novel interaktif, aku jadi sangat teruja dan terfikir yang naskah ini harus dimiliki! Sebuah buku di mana perjalanan dan plotnya diserahkan pada pembaca, walaupun sudah ada di negara luar, tapi saya rasa ini kali pertama di Malaysia! Jadi perasaan ingin membaca buku ini semakin membuak. Tambahan, cover dan blurb di belakang yang sungguh misteri sangat menarik minat!
Buku ini mengisahkan seorang gadis bernama Yana yang sering bermimpi kejadian-kejadian pelik yang ada kaitan dengan apa yang dia akan lalui nanti. Tak perlu terangkan panjang lebar dari segi plot, aku biarkan ia misteri saja.
Aku suka dengan premis cerita ini, walau pun sudah pernah baca premis seperti ini, tapi disebabkan susun atur ayat yang teratur dan lima watak utama yang 'hidup' lagi meyakinkan, membuatkan buku ini laju dibaca.
Walaupun buku ini tebal, tapi disebabkan ianya dipecah-pecahkan kepada beberapa cerita (mengikut pilihan pembaca), cerita ini tidaklah panjang mana. Cuma, ada beberapa tempat di mana dialognya terasa janggal dan agak kaku, jadi bila baca jadi tak selesa. Dan kebanyakan cerita di dalam ini diceritakan dalam bentuk tell, dan bukannya show. Terdapat juga beberapa part di mana penulis seperti sedikit rushing ketika menerangkan sesuatu perkara, contoh latar tempat.
Walau apa pun, buku ini memang wajib dibeli oleh semua orang sebab boleh merasa satu perasaan yang best bila boleh pilih jalan cerita kita sendiri! Kadang-kadang fikir lama jugak nak pilih yang mana, sambil membayangkan apa jadi kalau pilih A dan bukannya B. Ianya satu pengalaman yang menakjubkan dan semua orang patut merasainya!
Apapun kudos kepada penulis atas kerja keras anda kerana ianya berbaloi! Tak sabar untuk membaca karya penulis yang lain.