Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kembara Kasang Diselimuti Oasis

Rate this book
“ Khalas, khalas.. Kuwais.. Masha Allah syukran katheer.” Tiba- tiba pemandu teksi yang seolah agak terkejut dengan tindakan suami menyuruh suami berhenti dari terus mengelap. Mungkin terasa malu pelanggan perlu mengelap cermin kereta yang berkabus.

Begitulah suasana di Mekah. Kereta kemek, cermin berkabus kerana tiada pendingin hawa, pemandu agresif dan bunyi hon yang sentiasa memekik sudah menjadi kebiasaan kehidupan masyarakat di Mekah dan penduduknya pelbagai ragam dan karenah.

Perkongsian travelog ini bukan sekadar ilusi dan fantasi. Ia benar-benar menggambarkan suasana kehidupan Mekah dan kehidupan anak Malaysia yang kadangkala merasa “terperangkap” di dalam kabilah Arab. Susah senang, gembira, menangis. Segala rencah cukup terasa. Moga ia bermanfaat untuk semua.

183 pages, Paperback

First published January 1, 2016

2 people are currently reading
14 people want to read

About the author

Masnira Ramli

3 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (23%)
4 stars
13 (61%)
3 stars
3 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Sabrina Wazir.
56 reviews1 follower
November 11, 2016
Saya membeli buku ini sekembalinya saya dari menunaikah ibadah Haji berdasarkan tajuknya kerana rindunya saya kepada bumi Haramain.

Buku ini benar2 menggamit kenangan saya. Pengalaman berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina terlalu mahal buat saya.

Buku ini sesuai dibaca oleh bakal jemaah haji terutama untuk jemaah haji kali pertama kerana ia sarat dengan pengalaman.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
December 25, 2017
3.5-
Ada kisah menarik yang mahu disampaikan penulis - diberi peluang menjadi pemegang visa tetap Arab Saudi, bayangkan enaknya beribadah di bumi barakah di usia muda, pelbagai peristiwa lucu sebagai orang asing di Makkah dan bermacam ragam lagi. Terdetik rindu saya pada tanah Haram..

Namun penulisan yang masih amatur, mungkin diciplak terus dari blog penulis, kesalahan ejaan, barisan editor yang tampak tak berfungsi - saya kecewa sedikit di situ.
Profile Image for Manusia Berubah.
8 reviews3 followers
August 3, 2016
aku baca naskhah ni masa dalam flight perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan Umrah 2016. Banyak tips dan benda-benda baru yang aku belajar melalui naskhah ini. Tahniah kepada penulis.. :)
Profile Image for Aneesah.
38 reviews9 followers
January 26, 2019
Sebuah buku yang ditulis dengan teliti dan jujur, masyaAllah. Antara poin yang saya hargai:

1) Perkongsian pengalaman penulis dari sudut fizikal, mental dan emosi, terutamanya tentang perjalanan haji beliau. Saya sememangnya mencari perkongsian haji yang "detail & personal" sebegini.

2) "Aku mahu terus merasa bersyukur", kata penulis. Fikiran dan sangkaan penulis sangat positif walaupun dalam situasi-situasi genting, budaya yang berbeza, atau peristiwa yang tidak menyenangkan.

3) Huraian-huraian tentang suasana tempatan seperti budaya mengasihi kanak-kanak, pemisahan antara lelaki dan perempuan di tempat awam, kemudahan ketika Ramadan, dan adat berjiran, semuanya bernada positif dan penuh kesyukuran.

Tahniah kepada penulis dan penerbit atas penghasilan buku yang berkualiti. Moga pembaca lain juga dapat menyelami pengajaran bermanfaat daripada diari ini.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
January 20, 2018
Walaupun banyak jugak kesalahan ejaan yang aku jumpa, and gaya penulisan yang kurang lancar, aku rasa buku ini still a good reads. Sebab penulis menulis jujur dari hati perasaan yang dialami membuatkan aku seolah-olah berada di sana mengamati dan merasai suasana yang dirasai penulis. Cebisan pendapat penulis yang menggalakkan individu untuk ke sana ketika waktu muda juga sedikit sebanyak menyentuh dan menyedarkan diri aku. Buat aku rindu untuk ke sana walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Okay now nak kumpul duit untuk ke sana. Semoga Allah permudahkan urusan aku dan kalian yang bercita-cita yang sama. Semoga penulis buku ini beroleh ganjaran dari Allah kerana penulisan beliau banyak menyedarkan aku.
102 reviews2 followers
May 5, 2020
Penulis berkongsi perjalanan kehidupan di bumi ambiya. Di sebalik kesukaran ada kemanisan yang terselit. Penulis dan keluarga dapat mengerjakan haji di usia muda beberapa kali, dapat mendirikan solat di Masjidil Haram berulang kali.

Penulis juga menceritakan perihal kehidupan penduduk arab dan budaya mereka dengan jelas sekali. Betapa beruntungnya anak-anak penulis di besarkan di dalam suasana yang penuh terjaga dan terbatas

Paling tertarik bila penulis menceritakan dengan teliti perjalanan beliau dan suami mengerjakan haji. Setiap liku perjalanan umpama boleh dirasai saat membaca.
Profile Image for Aween.
38 reviews20 followers
June 30, 2016
Buku yang banyak mengajar aku 'disebalik kepahitan itu ada kemanisan'. Banyak part yang bikin aku hampir-hampir mengalirkan air mata secara zahir. Batin, Tuhan saja yang tahu. Ceritanya memberikan kesan mendalam dan membuahkan keinsafan dlm diri. ALLAH lebih mngetahui akan sesuatu dan bersabarlah dlm menjadi hambanya. Buku terbaik untuk aku bagi tahun 2016 ini.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.