What do you think?

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat
Allah mengajar manusia dengan pelbagai cara. Ada ilmu yang hadirnya melalui kehidupan seharian. Kehidupan inilah yang perlu diamati dan diteroka.
Mengandungi 30 bab. Mengenai kisah penulis semasa berada di Turki dan beberapa negara Timur Tengah. Bagaimana penulis melihat dan memerhati serta menyingkap kisah tersirat masyarakat, budaya dan tradisi setempat. Betapa persepsi awal penulis terhadap sesuatu itu tersasar apabila mula memahami kisah yang terselindung. Sebaliknya ia penuh dengan pengajaran dan natijah yang wajar dihayati oleh setiap manusia.
Senyumlah, menangislah dan tertawalah bersama karya unik ini.
Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat umpama sebuah universiti kehidupan yang penuh dengan keagungan Maha Pencipta!

296 pages, Paperback
First published January 1, 2016
About the author
Roza Roslan
25 books54 followersRoza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah.
Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama.
Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
September 18, 2016
Kisah-kisah benar yang dilalui penulis sepanjang beliau berada di negara Arab. Disampaikan secara santai dan menarik serta diakhiri setiap bab dengan resepi makanan yang terdapat dalam kisah yang diceritakan.
Sebahagian cerita menyingkap kisah di sebalik kehidupan seharian masyarakat Arab yang sering kita lihat dan membuat andaian secara luaran sahaja.

July 12, 2020
Dalam buku ini penulis menceritakan pengalaman beliau menjadi permastautain di madinah dan beberapa catatan perjalanan beliau ketika mengunjungi beberapa negara di timur tengah. Pengalaman bekerja, berkomunikasi, budaya, sikap malah makanan (dengan resepinya sekali) diceritakan dalam buku ini dengan disulami petikan terjemaahan dari Al-Quran. Kesimpulannya, yang elok kita jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
January 21, 2022
Insyaallah, kalau diizinkan Allah, teringan rasanya melihat negara orang seperti puan roza.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews