Saiful dan Sha bersahabat. Saiful pelajar tahun akhir yang sedang bergelut hendak habiskan tesis dan tidak sabar mahu bergraduasi. Sha pula tidak sempat hendak habiskan pelajarannya di universiti gara-gara terlalu ikutkan kata hatinya suatu ketika dahulu.
Kedua-duanya pernah kehilangan, seorang lagi sahabat mereka yang bernama Adam. Dulunya trio, kini hanya berdua. Kemalangan jalan raya meragut nyawa Adam, langsung memberikan kesan terhadap persahabatan antara Saiful dan Sha.
Namun seorang demi seorang kenalan mereka dibunuh oleh individu berkot kuning dan bertopi fedora, dan Saiful dan Sha mulai merasakan yang kematian Adam ada sangkut-pautan antara kedua-dua hal tersebut.
Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar atau lebih dikenali sebagai Syaihan Syafiq (lahir pada 28 Jun 1985) lahir di Kota Bharu, Kelantan, lebih dikenali sebagai penulis kepada trilogi novel yang berjudul Bisik yang mula diterbitkan oleh Buku Fixi pada April 2012, disusuli dengan sambungannya Koyak pada Disember 2013 dan novel terakhir dalam siri berkenaan, berjudul M pada April 2015.
Syaihan Syafiq mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang (1992-1998) dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (1999-2000). Seterusnya beliau mendapatkan sijil Pra-ijazah Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA, Kampus Sg. Petani, Kedah pada 2005 sebelum bertukar pengkhususan dan memperoleh Ijazah Sarjanamuda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (2008-2012).
Karya: 1. Bisik, ; Buku Fixi 2012 2. Koyak, ; Buku Fixi 2013 3. M, ; Buku Fixi 2015 4. Sasar, ; Buku Fixi 2016
Cerpen: 1. Secangkir Kopi Bersama Dia (antologi cerpen 'KOPI'), Buku Fixi, 2012 2. Aku Yang Kegersangan (antologi cerpen 'BOLA'), Buku Fixi, 2012 3. Mesyuarat Tengah Hari (antologi cerpen 'Untuk Separa Tuhan'), Buku Hitam Press, 2013 4. Kalau Lapar Cari Chomet (antologi cerpen 'KLCC'), Buku Fixi, 2013 5. Catatan Anak Kecil (antologi cerpen 'Tanah Tumpah Darah'), Buku Hitam Press, 2014 6. Menunggu Demi Cinta (antologi cerpen 'Berat Sebelah Kiri'), Buku Hitam Press, 2014 7. E-mel Dari Seberang (antologi cerpen E-book Fixi 'MF2014'), Buku Fixi, 2014 8. Hubungan Berhipotesis (antologi cerpen 'MALAM'), Buku Fixi, 2014 9. Nasi Lemak Sambal Sotong (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016 10. Roti Kapit Inti Daging (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016
Aku tahu Syaihan sangat detail dalam menulis. Dia akan gambarkan satu-satu apa yang ada di sekeliling dengan sangat detail (contoh sewaktu Syaihan sedang gambarkan bilik Saiful) dan ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca menggambarkannya. Cuma kadang-kadang, apabila terlebih detail, ianya jadi terlalu mendatar, hingga kadang-kadang aku skip saja part yang panjang lebar itu.
Namun kudos pada Syaihan, kerana watak di dalam ini terasa hiduo dan bukan hanya dua dimensi. Aku dapat camkan suara-suara watak dalamni. Which is bagus.
Terlalu banyak nama watak dengan huruf S dan A buat aku keliru dan terpaksa berhenti membaca untuk berfikir yang mana satu watak yang sedang diperkatakan. Well, maybe aku jenis yang memang mudah terkeliru kot.
Dari segi jalan cerita,pada mulanya agak slow, tapi bila dekat bahagian tengah, bacaan aku semakin laju dan aku tak sabar nak tahu siapa pemilik figura berfedora itu.
Bagi aku pengakhirannya macam sedikit terburu-buru. Entahlah. Mungkin perasaan aku saja.
Dan aku masih tak dapat nak kaitkan, motif gagak dalam cerita ini? Ke aku yang terlepas?
Apapun, good job aku ucapkan pada Syaihan dan jangan berhenti menulis! Sebab aku akan sentiasa sokong tulisan kau :D
Misteri jenayah berlatar balas dendam. Susun kata dan bahasa bagus, permainan emosi yang cukup, karakter-karakter yang misteri dan mencurigakan, terasa mahu point the finger to everyone. Motif A agak longgar untuk dia jadi seorang pembunuh ala bersiri begitu tapi aku fahamlah perasaan kehilangan dan amarah mungkin dah buat A rasa semua bersalah atas kematian Adam. Suka dengan gaya penceritaan penulis walaupun rasa pembahagian bab macam berselerak dengan narator berbeza, adegan saspensnya juga tidak cukup menarik bagi aku namun kredit untuk deskripsi latar dan babak yang perinci.
Antara bacaan FIXI yang buat saya sangat meremang sewaktu pembacaan dari bahagian prolog lagi - Aku mahu kau jenguk ke luar tingkap untuk seketika, ada nampak burung gagak tak?
SASAR merupakan sebuah kisah pembunuhan bersiri yang dilakukan lelaki aneh yang berkot dan bertopi fedora kuning, misteri kemunculan gagak-gagak, siri video mencurigakan dan inisial ‘A’ di setiap pembunuhan yang dilakukan. Naskhah ini seperti telah membawa saya ke episod cemas dan insomnia yang dilalui oleh Sha dan Saiful. Kebetulan yang tidak lucu apabila saya juga sebulan-dua ini agak susah mahu tidur.
Penggunaan bahasa penulis yang sangat kemas dan lancar. Very detailed & utterly chilling. Cuma saya rasa ada bahagian dan watak-watak yang tak penting pun untuk perkembangan plot dan jalan cerita. Watak-watak yang terlalu banyak yang majoritinya bermula dengan huruf A dan S juga buat saya sedikit keliru. Motif pembunuhan juga tak cukup kuat buat saya. Jadi bila terbongkar siapa sebenarnya pembunuh itu, saya macam “mehhhhh”.
Apa-apa pun, it was a good read. Probably one of the best FIXI I’ve ever read. Selepas ini, nak cari trilogi BISIK pula. Rating sebenar: 3.8/5 bintang.
cuma, ada beberapa part yang tak berkaitan diterangkan secara details, adakalanya lelah untuk dibaca sehingga kan apa yang patut diterangkan tidak diterangkan sebaiknya. contoh perkaitan burung gagak, yang mungkin hanya untuk menambahkan keseraman cerita.
selain itu motif pembunuh juga tidak diterangkan sebegitu kuat untuk merasakan dendamannya. entah, aku tak dapat merasai kesakitannya sehingga membawa kepada pembunuhan itu. penulis cuba menunjukkan psikonya pembunuh sehingga sanggup menghilangkan cap jari, memakai kostum aneh dsb untuk mencapai tujuannya, tp ak tak dapat menhubungkaitkan dengan motif pembunuhan. begitu juga dengan motif menghantar video kepada saiful dsb, kenapa tidak spt mangsa2 lain?
rasanya penulis terlalu memperincikan hal2 yang remeh sehingga hilang arah dalam naskhah kali ini.
walau bagaimanapun, kekejaman pembunuhan memang menjadi, menimbulkan keseraman ketika membacanya. plotnya disusun kemas, mudah dihadam secara keseluruhannya.
Such a good read. Intriguing story line, really made one curious and couldn't stop reading and wondering what would happen next. The characters are believable, each has different traits which made the story more interesting.
I just wish the author wouldn't be too descriptive. Even a minor details were explained thoroughly. At first it was acceptable but later on I just decided to skim it.
Bagi aku jalan cerita sangat menarik , walaupun awal2 macam slow sikit tapi lepasty aku dah taknak berhenti baca .. Motif pembunuhan psyco dendam ... Tapi syok la baca , segala details diterangkan , walaupun mula2 Aku confused sikit bab nama , but seriously the book is very interesting.. Cuma ending macam ringkas , but still aku memahami penulis nak kan pembaca sendiri berfikir keseluruhan cerita ... All the best !
This entire review has been hidden because of spoilers.
Standard cerita FIXI. Mungkin ini kot masuk 'pulp'. Awalnya cerita yang agak thriller. Tetapi lama kelamaan, semua sudah di-LGBT-kan.. Entahlah. Macam biasa, aku tetap baca buku FIXI sampai habis, walaupun aku rasa part Gayboy itu terlalu dilebih-lebihkan -sampai naik mual-
ceritanya so far so good, cuma bila mai part homoseksual itu terlalu dilebih-lebihkan, dan macam takda kena mengena. Alasan pembunuhan tragik di akhir pun, sangatlah melucukan. Novel Gelap -juga FIXI- lebih kuat motif pembunuhannya.
I read this book during June and I barely remember what it's about haha. However I do remember some things that bothered me.
Buku ni jenis slow dan ada feeling macam cerita KIL. Pasal depression, LGBT, khianat, persahabatan. Kalau korang suka novel yang ada tema2 macam ni boleh pick kat bookstore
This entire review has been hidden because of spoilers.
SASAR merupakan Novel ke 4 beliau aku baca selepas trilogi BISIK, KOYAK, dan M. Menceritakan mengenai siri pembunuhan misteri yang berlaku di sekitar KL, Kajang dan Bangi . Sejujurnya bagi aku novel kali ni tidak sekompleks yang sebelumnya tetapi ia agak istimewa bagi aku apabila lokasi yang digunakan seperti KL sentral, UKM, KTM Bangi, villa angkasa ( yang aku rasa namanya ditukar ) Mid Valley, Alamanda malah Tasik Tasik Cempaka adalah lokasi yang "familiar" untuk aku. Secara tak lansung cerita kali ni terasa dekat dan buatkan ia lebih menarik. Penulis jugak bagi aku buatkan penggemar novel beliau menjadi teruja apabila watak Saiful dalam cerita ini tinggal di flet yang sama dengan Mikael ( watak bagi novel trilogi sebelumnya) dan muncul watak Nazzman ( nama salah satu watak dalam BISIK )dalam cerita ini buatkan pembaca tertanya-tanya adakah kisah kali ini juga ada kaitan dengan siri pembunuhan sebelum ini?
Syaihan Syafiq memang antara penulis Fixi yang aku nantikan buku-bukunya. Selepas habis Trilogi Bisik, aku sabar menunggu hinggalah terbitnya Sasar. I had high expectation!
Mengenali tulisan Syaihan, dia sangat teliti. Setiap buku ditulis melalui kajian yang mendalam. Ibaratnya novel dia adalah satu tesis yang tak boleh terlepas isi-isi penting dan rujukan susulan.
Akibatnya, hatta sebuah bilik boleh digambarkan dengan terlalu sempurna. Awalnya terasa pelik tetapi alah bisa tegal biasa. Tidak terasa langsung mood aku diganggu.
Errr... Mungkin terlepas pandang tapi ringkasan di kulit belakang buku telah merosakkan prolog novel ni. Aku jadi tahu nama watak utama. So, no longer element of surprise.
I'm bias so it is still 4-star rating. Aku suka perinciannya. Dear Syaihan, don't tell me this is another thrilogy? Ada plot cerita yang tak sampai. Tak kisah ending yang buat pembaca berfikir sendiri tetapi ada sesuatu yang tak cukup dalam content. Or is it just me?
3.75 yg dpt kuberikan utk novel Sasar ini. Jln cerita pada mulanya sgt menarik menambahkan unsur2 misteri terhadap figura topi fedora dgn muka yg menyeramkan namun jln cerita agak konpius skit bile nk dkt2 hujung cerita mungkin kerana terlalu ramai watak nama S yg sgt kebetulan kecuali Adam.
Penghujung cerita seolah2 tamat begitu sahaja tanpa ada sebarang reaksi dr Saiful dan Sha. Tentang buruk gagak mungkin ianya dari accident yg berlaku dgn tagline 'dan burung gagak pun bertebangan'. Mungkin kembar Adam tidak dpt menerima takdir yg menimpa membuatkan die membunuh org yg terlibat dlm kes langgar lari. Ak tertanya2 mengenai pakaian lengan panjang yg dikenakan oleh Shark Knpe die berpakaian sedemikian walaupun telah diasak tnya oleh Sha.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Syaihan tak pernah mengecewakan dalam menulis jalan cerita sebegini. Kalau kau pernah baca #TrilogiBisik, kau akan jumpa beberapa watak yang saling kait mengait antara satu sama lain.
Sasar, membawa kau kepada jenis pembacaan yang menarik. Setakat sekali aku membaca, ada kesalahan yang sangat minima (2-3 typos). Yang lain, sangat mudah untuk dihadam dengan syarat kau jangan tinggalkan buku terlalu lama.
Fuhhhh. Buku ni creepy, but in a good way. Aku suka penceritaan dari pandangan watak2 berbeza, sebab rasa macam kau alami sendiri apa yang watak2 tu rasa. Kau dapat rasa apa Saiful rasa, apa Sha rasa dan jugak mangsa rasa. Cumanya pelik sikit lah, kata si Azwan tu ada alibi, tapi kenapa in the end rupanya dia tu...? Ke aku yang salah faham? But I enjoyed the book. Very much! Keep up!
Aku tak ambil masa yang lama untuk habiskan membaca buku ni. Sepanjang membaca perasaan ingin tahu tu tak pernah hilang, lagi lagi bila penulis main lompat lompat watak dan jalan cerita berubah kronologi.
Aku suka cara penulis gambarkan dengan detail setiap adegan pembunuhan. Aku boleh rasa ngilu, sakit dan ada juga dua tiga kali aku ikut sama menepis. Walaupun kengerian tu ada, tapi takdelah sampai aku rasa loya yang amat ataupun terpaksa hentikan pembacaan. That's just how good he is. Aku dah pernah baca buku yang sarat dengan adegan sadis yang detail sampai terpaksa rehatkan diri daripada pembacaan, kemudian mood pun hilang dan sudahnya buku tu aku letak balik atas rak.
Connection sesama watak pun boleh feel jugak. Rindu Sha dan Saiful pada Adam, sedih Sha bila Shark mati kena bunuh and suprisingly, the affection between Saufi and his partner. Once again I have to give credit for Syaihan's detail, yet subtle writing. I can relate to Saufi's 'intimation' without having that 'eww' thought. So yeah, thanks for the awesome writing.
Satu je masalah yang aku ada dengan buku ni - MOTIF. Aku tak rasa motif pembunuhan tu cukup kuat sebab hubungan antara pembunuh dengan Adam tu nampak loose sangat. Lagipun daripada cara Adam mati tu, aku tak rasa Suffian patut disalahkan. Alasan untuk bunuh Shark dan Saiful pun tak cukup concrete. Tapi tu lah kalau dah namanya psiko yang relevan pada kita tak semestinya relevan pada dia. Mungkin aku kena baca balik buku ni, slow pace untuk pahamkan betul betul.
Memandangkan buku ni buku pertama Syaihan Syafiq yang aku baca, aku rasa aku boleh masuk dengan cara penulisan dia. So thumbs up!! (less) 0 minutes ago · delete Write a comment...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Al-Fatihah untuk penulis yang telah lama pergi meninggalkan kita.
Aku sebenarnya baru selesai membaca karya ini. Cerita ini agak menarik bagi aku cuma aku agak terganggu dengan gaya penulis yang sangat detail-oriented. Penulis sangat mementingkan perincian semua perkara dalam penulisannya. Aku akui aku banyak melangkau bahagian-bahagian perincian dalam karya ini.
Ada beberapa perkara yang tidak dijelaskan oleh penulis yang antaranya berkait dengan gagak yang sering dilihat oleh Saiful. Motif pembunuhan juga kurang jelas seperti yang ramai telah perkatakan. Tetapi apabila melibatkan watak psiko, mungkin mereka sendiri tidak memerlukan motif yang kuat untuk membunuh. Memang sampai ke sudah susah untuk mengagak pembunuhnya.
Perkara yang paling mengganggu aku dalam cerita ini adalah tentang LGBT. Aku perlu katakan bahawa aku sangat geli membaca bahagian-bahagian yang berkait LGBT ini kerana agak ramai watak yang mengamalkan LGBT. Aku sampai terfikir kalau penulis seolah-olah menggalakkan perkara ini. Aku juga tidak nampak moral di sebalik cerita ini atau mungkin aku yang tidak pandai menilai.
Secara keseluruhan, cerita ini sebenarnya sangat menarik jika bahagian-bahagian tertentu tidak ditonjolkan hingga meleret-leret. Watak-watak tidak perlu juga boleh dikurangkan kerana aku agak pening membaca nama watak yang terlalu ramai sampaikan aku keliru penulis sedang menceritakan watak yang mana satu.
Mula² aku nak bagi buku ni solid 4 bintang, tapi ending dia buat aku kurangkan satu bintang. Buku yang digarap baik penceritaannya. Walaupun dibahagikan pada 4 bahagian. Dibahagikan pada point of view yang berbeza which aku suka, sebab setiap penceritaan, every details ditulis dengan baik, membawa aku menelusuri kisah each of them dari sudut pandang yang berbeza.
Even ada point of view beberapa karakter but still cerita tu atau plot penceritaannya tak lari. Permulaan buku ni berjaya buat aku tutup buku ni, sebab tak sanggup nak baca malam².
Just ending dia jela. Aku macam:
"Sebab tu, kau bunuh orang terakhir tu.??"
Dendam yang tak jelas bagi aku. But yeah, kerana sayang, manusia sanggup berbunuh.
2.5 bintang Sasar.. Memang kenalah dengan tajuk dan isi cerita.. Permulaan novel, penuh teka teki.. Menyelusuri dairi seorang Aku yang merasa takut.. Sedikit demi sedikit cerita terbongkar.. Namun cerita dalam buku ini adalah dari pandangan watak-watak dalam novel ini secara bergilir-gilir.. Yang pasti ceritanya okay namun tak sesuai untuk bacaan bawah 18 tahun.. Kalau tanpa adegan yang tak sepatutnya pun buku ini boleh dihadam dan penyampaiannya tetap sampai..
Kurang satu bintang sebab ending tak berapa jelas dan cukup. Cumanya aku suka cara penulis menerangkan secara detail sehinggakan rasa macam tengah tengok netflix series. Terlalu banyak juga watak sampai kadang kadang aku terpaksa selak balik mukasurat sebelum untuk ingat balik yang mana, siapa dan kenapa? Anyways, aku suka thriller yang disampaikan oleh penulis tapi tak cukup gore lah macam yang aku nak.
endingnya buat aku terkedu. masa baca bab-bab Saiful, sumpah rasa berdebar and terus tak dapat tidur sebab seram gila lepas tu bila dah sampai tengah, dah rasa ok sikit. cuma tak faham kaitan burung gagak. awal-awal nampak make sense tapi tak dibawa ke hujung cerita. anyway kulit buku dia cantik
1. Yakin dan pasti tak ada burung gagak di sekitar kawasan rumah saya. Gagak tu pun takut kot kena lastik dengan budak-budak nakal kat situ. Kalau kena lastik okey lagi, kalau kena baling mercun?
2. Walaupun dah baca sinopsis, tapi selalu lupa nama 'aku'. Kesnya terlalu ramai watak dengan pangkal nama huruf S. Saya ada penyakit mudah lupa nama orang terutamanya yang pertama kali atau jarang jumpa. Jadi menganggu sedikit pembacaan sebab saya kena refresh balik minda untuk tahu nama itu untuk siapa.
3. Unsur Slenderman yang SS cuba bawa, tak menarik perhatian saya. Sama macam rakyat Malaysia dah tak hairan tengok rakyat asing membanjiri Kuala Lumpur time cuti raya. Feel dah kurang gitu. Mungkin sebab terlalu didedahkan dengan individu berunsur misteri membuatkan certain pembaca dah tak hairan kalau ada individu yang pelik.
4. Bila saya tahu motif individu berkot kuning dan bertopi fedora, rasa macam twist dia tak sampai ke jiwa. Macam complicated sangat plan dia. Maksud saya, kalau si adik dirogol beramai-ramai dan dimalukan di alam maya, itu memang patut setiap pelaku dibunuh dengan kejam dan tragis. Tapi ini...
5. Tapi apesal kau bagi 4 bintang? Sebab saya suka 'aku'. Nampak? Tak susah pun untuk puaskan pembaca seperti saya ni la. Ada watak utama yang saya boleh 'masuk', memang terbaik la.