Aku adalah kau... / PERJANJIAN TANPA RELA Kematian Tarmizi memberi impak pada Nancy. Dia menyesal dan tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku. Akhirnya, Nancy menemui jawapannya apabila puaka di dalam cermin di sebuah kedai antik di mana dia bekerja telah membongkar segala rahsia. Puaka itu mengatakan bahawa kini dia adalah penjaga Nancy kerana perjanjian telah berlaku tanpa disedari Nancy.
Tiga permintaan, ada syarat termeterai, ada korban perlu dipersembahkan... / 3 PERMINTAAN Sofea Jane, seorang model jelitawan kegilaan ramai lelaki tetapi mempunyai hobi pelik, iaitu taksub pada cermin dan kecantikan. Cermin antik pemberian Damian yang dipecahkan telah bercantum kembali. Tanpa disedari, ada jin menghuni cermin itu. Jin itu menawarkan tiga permintaan kepada Sofea Jane, tetapi dengan syarat-syarat yang cukup berat untuk ditunaikan. Bila hati termakan bisikan syaitan, maka dia terjerumus dengan tipu daya jin.
Ku bawa kau dalam matiku! / RASUKAN AYUNINDYA Teruja untuk mengetahui apa yang terselindung di sebalik sehelai kain batik, Suraiya telah membebaskan sesuatu yang telah dipasung berpuluh tahun dahulu. Gangguan mula menghimpit. Nyawa Isya menjadi taruhan. Ayunindya bangkit untuk menunaikan sumpah. Siapakah Ayunindya? Apa kaitan di antara puaka itu dengan Isya? Apakah yang dituntut daripada Isya? Adakah Isya menjadi korban Ayunindya?
Tenung aku, puja aku naik seri ke mukamu pasti jiwamu milik aku! / SINRNA SERI Setiap pemilik almari cermin solek itu pastinya akan mengalami perkara-perkara aneh dan boleh meragut nyawa mereka kalau tidak berhati-hati. Apakah rahsia yang tersimpan pada almari solek cermin itu? Adakah benar ungkapan ‘jangan asyik tengok cermin saja, nanti seri muka ditarik cermin’?
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
Perjanjian Tanpa Rela oleh Zaifuzaman Ahmad "Kecantikan yang dilihat, belum tentu kau yang punya.." Isi hati yang tersembunyi, tiada siapa yang tahu.. Sekali lagi penulis berjaya menyampaikan cerita dengan cara tersendiri.. Puaka pada cermin tak akan hilang selagi ada perasaan dendam dan marah dalam hati manusia..
3 Permintaan oleh Illya Abdullah "Tiga permintaan, ada syarat termeterai, ada Korban perlu dipersembahkan..." Kerana dengki manusia menjadi gelap.. Kerana teraniaya manusia berpaling dari Allah.. Sedangkan ujian patutnya merapatkan manusia pada Allah.. Kerana percayakan syaitan nyawa ibu dan adik jadi taruhan.. Kejamnya hati Sofea Jane, namun kerana sayangnya pada Damien akhirnya dia berkorban.. Kesian, marah, geram dan sedih bersatu dalam hati saat membaca cerita ini.. Sofia Jane nasibmu sangat sedih..
Rasukan Ayunindya oleh Suzani Nadzir "Ku bawa kau dalam matiku!" Sedih lah cerita ini.. Hanya kerana dengki dan tidak disukai, Ayunindya telah berpaling kepada syaitan.. Kesian Andika dan Rahsetia serta keturunan mereka, hanya kerana dengki yang tidak berdosa jadi mangsa.. Adoi.. Ngeri owh nak tengok cermin..
Ada satu lagi cerita.. Mujurlah memang x suka merenung cermin.. Sekadar memandang.. Bila baca cerita2 dalam ini, lagi kuranglah nak mengadap cermin.. Terbayang-bayang kot.. Kikikiki..
Sirna Seri oleh Julie Jasmin "Tenung aku, puja aku, naik Seri ke mukamu pasti jiwamu milik aku!" Adoi.. Ngeri baca macam mana Wina dengan Rozie mati.. Memang ngeri dan sadis.. Cermin dipandang supaya nampak cantik, malangnya lain pula yang jadi.. Bila Iman tiada, yang salah dijadikan pegangan. Berjanji pada yang tak sepatutnya mengundang petaka yang sangat dasyat. Nyawa juga jadi taruhan..
Hai la cermin.. Banyak sungguh mala petaka yang kau bawa.. Sedangkan kau hanyalah sekeping kaca.. Mujurlah memang tak suka tengok Cermin.. Tapi Projek Seram Cermin memang ohsem.. Tahniah buat semua penulis..
Nancy yang bekerja di kedai antik tertarik dengan sebuah cermin antik. Tanpa disedari dia telah mencipta satu perjanjian dengan entiti ghaib daripada cermin tersebut. Dan tragedi demi tragedi mula berlaku.
Biasanya perjanjian akan termeterai apabila darah diperolehi dan juga mantera dibaca walaupun tanpa kerelaan. Tapi dalam cerita ini, nampaknya jin ini lagi hebat. Dapat darah sahaja terus perjanjian sudah terikat tanpa perlu disertai dengan mantera.
SH selalu mendengar amarah itu daripada syaitan. Dan itu adalah antara emosi yang mengaitkan Nancy dengan jin tersebut. Sebab itulah kita harus mengawal sikap marah kita. Amarah lebih banyak membawa keburukan andainya tidak dikawal. Walaupun tiada campur tangan jin, kita sendiri boleh membuat kerosakkan jika dalam keadaan terlalu marah.
3 Permintaan
Sofea dihadiahkan sebuah cermin antik di harijadinya. Dia yang sememangnya obses dengan kecantikan tidak dapat lekang daripada cermin tersebut. Tanpa dia sedari ada entiti di dalam cermin tersebut hanya menunggu waktu dan peluang untuk bertindak.
SH tak boleh nak hadam bagaimana Sofea sanggup mengikut syarat yang diberikan oleh jin tersebut. Dan nyatanya cinta pada kekasih sering melebihi rasa sayang pada keluarga. Ini juga boleh dilihat melalui Sofea. Rasa cintanya pada Damian ternyata melebihi darah dagingnya sendiri.
Walaupun geram dengan Lydia yang menjadi pencetus kepada tindakan Sofea namun pilihan tetap di tangan Sofea sendiri. Segala kesalahan yang dilakukannya perlu ditanggung tanpa menuding jari pada orang lain.
Rasukan Ayunindya
Suraiya yang baru berpindah menjadi ingin tahu dengan apa yang ada di sebalik sehelai kain batik. Dan rasa ingin tahu ini membuatkan Suraiya membuka kain batik tersebut. Dan ternyata tindakan itu telah membebaskan sesuatu yang telah lama dikurung.
Hanya kerana tidak dapat apa yang diingininya, Ayunindya sanggup berlaku kejam terhadap keluarganya sendiri. Dia langsung tidak peduli dengan hubungan kekeluargaan mereka.
Rasa dengki dan iri hati sememangnya mampu membutakan hati seseorang insan. Dan ia mampu membuatkan seseorang bertindak di luar batasan.
Sirna Seri
Cermin solek yang kelihatan biasa sahaja rupanya telah memakan beberapa mangsa. Pemilik-pemilik cermin tersebut menjadi ralit dan asyik merenung dan membelek rupa mereka di hadapan cermin tersebut.
SH pernah dengar orang-orang tua kata jangan selalu tengok cermin, nanti hilang seri. Tak sangka cerita ini mengulangi kata-kata yang pernah SH dengar. Tapi kali ini bukan cermin yang tarik seri tetapi entiti yang bersembunyi di sebalik cermin tersebut.
Syaitan/jin sememangnya pandai bermain dengan muslihat. Andai sekali kita bersetuju dengan permintaan mereka, kita sudah terperangkap dalam permainan mereka.
Cermin sememangnya sering dikaitkan dengan kecantikan dan ini juga menjadi sebahagian intisari dalam naskah ini. Walaupun ideanya agak klise namun perjalanan ceritanya agak menarik.
nancy gadis yang lemah, naif dituduh menyimpan perasaan pada tarmizi. dia yang dapat peluang bekerja di kedai abang pada sahabatnya iaitu ah ching utk mencari duit lebih untuk menampung pengajiannya berasa tidak selesa bilamana tarmizi sentiasa mencari peluang untuk mendekatinya..
dikedai antik abang ah ching sewaktu mengemas barang-barang di dalam kedai secara tidak sengaja jarinya tertusuk pada cermin yang ada kesan sumbing... Di sini semuanya bermula... malas nak citer lebih-lebih. Kali ini tuan penulis Zaifuzaman Ahmad memakukan pembaca bila kisahnya walaupun simple tapi penuh pengajaran. Tidak meleret, tidak menjemukan dan paling utama ada semangat 1MALAYSIA kali ini..
2) 3 PERMINTAAN ILLYA ABDULLAH
karya seram yang saya kira yang kedua, bukan begitu puan Ilya Abdullah? Tahniah, sebab kisah seram anda kali ini menjadi... watak utama sofea jane jika dihayati semakin menjadi seramnya... bukan kerana dia hantu tapi kerana sifatnya yang taksub pada kecantikan. Bila dah taksub pada kecantikan, cermin jer la menjadi kegemarannya.... . Kerana taksub itu muncul pula sifat lain... bila dah taksub, hasutan syaitan cepat saja dituruti.. Permintaan pertama menuntut nyawa, begitu juga permintaan kedua.. Tetapi dalam masa yang sama dia menjadi terlalu jauh bila seorang demi seorang menjadi korban... Syaitan di dalam cermin itu punya agenda besar... Bila sofea jane menyedarinya semua sudah terlambat..... Berjayakah permintaannya yang ketiga itu? Olahan cantik, tidak meleret dan berjaya buat pembaca terpaku untuk mengetahui apa yang seterusnya... Tahniah untuk kisah yang menarik ini..
3)RASUKAN AYUNINDYA SUZANI NADZIR
wahhhh.... maaf ya kalau ada yang terasa hati, tersinggung, marah atau apa sajalah ... Kisah ketiga yang berkaitan dengan CERMIN ini adalah yang paling menarik bagi saya.. Tahniah cik puan Suzani Nadzir kerana idea, olahan dan penyampaian yang mantap dan berkesan keseramannya.... Walaupun penghujungnya ada sedikit tergesa dan seperti tidak jelas cara apa yang mengakhirkan kisah ini tetapi itu tidak mematahkan semangat pembaca malah rasanya kisah ini boleh dipanjangkan lagi berdasarkan epilog dan juga tagline hantu itu sendiri... Haaa.... Jangan main-main. Ingat hantu takde tagline?... Seringkasnya, isya diburu oleh manusia yang mati akibat bertuhankan syaitan.. Ayunindya berjanji sebelum matinya dia akan menghapuskan salur galur keluarganya... Ini kerana dia merasakan ibu, ayah dan yang paling di dendami adik beradiknya sendiri iaitu rahsetia.. Baginya rahsetia yang merosakkan wajahnya dan baginya andika tidak mahukan dirinya kerana buruk dan memilih rahsetia sebagai isteri... Dia yang diselamatkan dukun sitaman mula menuntut ilmu hitam tetapi akhirnya memakan dirinya... Sumpahan berlanjutan... Siapa yang berjaya mematahkan sumpahan dan persoalan utama mampkah sumpahan itu dimusnahkan? Tahniah untuk kisah yang amat menarik ini... Setiap kali flashback terselit setiap kali itulah menjawab segala persoalan....
4)SIRNA SERI JULIE JASMIN terbahagi kepada beberapa cerita tapi yang akhir tu paling menarik.. Tinjau belukar, pernah dengar? membuatkan teringat masa kecik-kecik dulu malam-malam memang cermin diselimut kain batik.. Bila tanya makcik kenapa, makcik kata nanti tinjau belukar.. Waktu tu memang tak faham... Dan lagi, ada kisam seram sendiri terpalit dengan cermin ni.. Bila baca.. Ooo... Lebih dan kurang dengan realiti yang ditempuh dulu... Ok.. Back to the story, walaupun tiada pengenalan macam mana cermin itu berpenunggu tapi bila diolah ringkas dan padat buatkan pembaca lupa nak tahu apa yang jadi pada asalnya.. Begitu juga ianya terus jadi tanda tanya, apa jadi kat cermin tu? Mana perginya cermin tu sekarang?.. Haaa.... Sila check dalam bilik korang ya... Tahniah cik puan Juliana Mohd Yaacob Juliana... Moga yang seterusnya akan lebih hebat lagi..
**secara keseluruhan, buku cantik kaler biru terbitan BUKU PRIMA ini adalah menjadi yang paling menarik... Yang lain bukan tak best tapi momentum biru seram itu kekal dari awal sampai hujung.. Tahniah buat keempat-empat penulis dan moga idea yang lebih hebat akan tercetus di minda masing-masing untuk yang seterusnya...
58 Tamat dengan Projek Seram CERMIN. Apa yang dapat disimpulkan untuk projek ini unsur seperti seram, saspen itu tidak terlalu dirasai seperti Projek Seram yang sebelumnya.
Yang meninggalkan kesan cumalah karya Zaifuzaman Ahmad. Tiga kisah yang berikutnya bukanlah tidak bagus tetapi bagi saya seperti ada kekurangannya.
Ya, sejujurnya menulis naskhah seram ini bukan mudah. Tapi... untuk naskhah ini kesemua penulis wajar diberi pujian dan diharapkan dapat memperbaiki kekurangan tersebut dalam naskhah akan datang. Tahniah buat semua penulis!
no komen lebih, cerita ada yang ok n ade yg biase2 je.
saya suka perjanjian tanpa rela, olahan kemas & maksud cerita sampai.
yang lain pn ok, cuma tidak begitu melekat.
untuk cerita rasukan ayunindya, rasa editor kena semak balik.. jalinan antara plot ke 1 plot mengelirukan dan beberapa fakta seakan berulang. tapi, masih ok.
⭐️⭐️⭐️⭐️☆ “Cermin bukan sekadar pantulan kadangkala ia perangkap untuk jiwa.”
Projek Seram: Cermin adalah antara antologi seram tempatan yang paling mengesankan yang pernah saya baca. Empat penulis, empat cerita berbeza tapi semuanya bersatu dalam satu tema: cermin dan sisi gelap manusia.
Setiap cerita ada keunikan tersendiri. Saya paling suka “3 Permintaan” oleh Illya Abdullah , plot dia simple tapi mengganggu. Ia buat saya tertanya-tanya, berapa ramai antara kita sanggup gadaikan orang tersayang semata-mata untuk kelihatan sempurna? Seram dia bukan sebab hantu saja, tapi sebab realitinya memang boleh berlaku dalam dunia sebenar bila manusia dibutakan obsesi dan ego.
“Perjanjian Tanpa Rela” pula permulaan yang solid. Cerita Nancy tu macam lambat panas, tapi bila misteri cermin tu terbuka… meremang! Saya rasa Zaifuzaman memang tahu cara bina ketegangan. Ending dia buat saya termenung beberapa saat.
“Rasukan Ayunindya” dan “Sirna Seri” masing-masing ada kekuatan mereka , satu main dengan dendam roh lama, satu lagi sindiran pedas terhadap budaya ‘cantik sampai jadi plastik’. Saya suka mesej tersirat dalam setiap cerita.
Gaya penulisan? Mudah hadam. Ada babak-babak yang berjaya buat saya rasa tak selesa, in a good way. Beberapa part memang klise, tapi dalam genre seram, kadang-kadang klise tu yang buat kita rasa “selamat” sebelum tiba-tiba dihentak dengan twist. 😂
Apa yang saya harap lebih baik mungkin dari segi penutup cerita. Ada yang terasa tergantung. Tapi mungkin itu niat penulis , biar pembaca sendiri fikirkan penamatnya.
📚 Kesimpulan: Kalau kamu suka cerita seram ringan tapi masih beri kesan, Projek Seram: Cermin adalah pilihan yang patut dicuba. Seramnya bukan sekadar “boo!” tapi lebih kepada psikologi dan obsesi manusia. Dan yang paling saya suka? Ia mengingatkan saya satu perkara: kadangkala, musuh sebenar bukan dalam cermin tapi dalam diri sendiri.
Baca buku ni rasa macam… semua orang nak cantik sangat. Cerita banyak ulang konflik yang sama – nak cantik, sanggup berjanji dengan syaitan, ending tergantung, cermin tak musnah-musnah. 😮💨
Cerita 1: Watak perempuan disalah anggap jahat padahal dia cuma jadi mangsa. Aku tak setuju langsung cara penulis ‘judge’ dia.
Cerita 2 & 4: Klise pasal kecantikan. Kurang tarik minat.
Cerita 3: Ni je yang menarik! Ada kaitan keturunan, cinta & sumpahan. Plot dia buat aku tertunggu-tunggu. 😍
💬 Kesimpulan: Aku harap tema cermin boleh dikembangkan lebih luas. Tapi semua cerita macam ulang kisah sama je. Kurang kick… Sorry, kali ni bukan favorit aku.
Cerita pertama mempunyai jalan cerita yg menarik, memberi gambaran peribadi seseorang.
Cerita kedua dan keempat seperti lebih kurang saya, walau cerita keempat ada tiga sub-cerita pendek.
Cerita ketiga juga menarik kerana penceritaan melibatkan dua zaman yg berbeza. Rasanya lebih menarik kalau jalan ceritanya diperbaiki sedikit dan dipanjangkan juga.
Akhirnya aku berjaya menghabiskan novelet ini malam semalam. Agak lama juga masa diambil untuk menghabiskan novelet ini.
Sedikit ulasan dari aku.. Tulus dan ikhlas.. Harap diterima... Mcm nak masuk peraduan plak kan..
Ok.. overall semua tajuk dalam #Cermin memang best. Yelah cermin kan setiap hari ini guna. Kalau tak lama kejap pon mesti nak tengok especially kaum wanita yang pakai tudung..
PERJANJIAN TANPA RELA - Zaifuzaman Ahmad Zaifuzaman Ahmad Fan Club Cerita ni kalau ikutkan mmg kesian pada watak utama, Nancy. Yelah tanpa disedari, dia telah membuat perjanjian dengan makhluk yang ada dalam cermin. Tapi dari cerita ini, kita dapat 'melihat' sisi gelap kita yang mungkin kita tak sedari.. Dendam yang tersembunyi jauh disudut hati. Begitulah yang terjadi pada Nancy. Tanpa dia sedari, semua dendam dan rasa marah itu dibalas oleh kuasa jahat itu.
Cuma yang terasa ralit sikit ialah sejarah dari mana cermin itu berasal. Bagaimana Joko memiliki cermin itu. Apa punca Joko ingin pecahkan cermin itu.
Cerita ini tidak akan tamat... Kuasa jahat itu akan mencari mangsa yang lain... (Kan best kalau dapat pecahkan cermin tu)...
Saya suka dengan tinta penulis.. "Mungkin kita merasakan diri kita elok dan cantik. Namun hakikatnya apabila kita mencermin diri, kadangkala sesuatu yang menakutkan timbul dan membuatkan kita mungkin tersedar siapa diri kita yang sebenarnya."
Tahniah abang #Zaifuzaman atas karya yang ringkas tapi bermakna ini.
3 PERMINTAAN - Ilya Abdullah Kerana taksub dengan kecantikan, Sofia menjadi hamba kepada kuasa jahat, tewas dengan bisikan syaitan. Kerana ingin cantik, ibu dan adik menjadi korban. Alangkah sadisnya.. di mana akal fikiran. Tapi bila kekasih hati diminta sebagai korban barulah nak sedar... Kenapa darah daging sanggup dikorbankan? Kenapa kekasih hati dipertahankan?? Isk isk isk.. rasa macam nak tampar aje laa si Sofea ni.. Hihihi jangan marah ye Illya.
Memang tidak disangka musang berbulu ayam (betul ke).. musuh dalam selimut.. dalam diam Sofea dan Noreen menjadi mangsa cemburu Lydia. Hasad dengki memang tak ke mana.
Cuma di akhir cerita.. maksudnya cermin itu masih tidak dapat dimusnahkan walau sudah berkecai? Adakah roh Sofea Jane terperangkap di dalam cermin itu dan seterusnya mencari mangsa lain?
Tahniah Illya untuk karya ini. By the way amasa baca cerita ni.. asyik dok terbayang wajah Sofea Jane pelakon tu jek.. hahaha..
RASUKAN AYUNINDYA - Suzani Nadzir Memula nak bagitau.. suka pulak dengan nama Ayunindya ni. Klasik. Tak sangka nama ini dimiliki oleh watak jahat dalam cerita ini
Masih berkisarkan cemburu dan dendam. Namun kali ini dendam seorang kakak terhadap adik, seorang anak kepada orang tuanya. Dendam yang tak hilang walaupun nyawa terpisah dari jasab. Tetap utuh walaupun berpuluh tahun berlalu. Dendam yang terpaksa memisahkan seorang ayah daripada anaknya.
Perasaan ingin tahu yang begitu mengujakan telah membebaskan roh jahat.. Itulah manusia.. apabila ditegah, itulah yang kita nak buat. Akhirnya.. kita juga yang terpaksa menghadapi apa juga yang berlaku..
Cerita yang teratur, terang dan flashback membuatkan pembaca faham dari mana asalnya cermin ini. Bagaimana roh Ayunindya terperangkap didalam cermin itu. Cuma di akhir cerita... kita tahu yang cerita itu tidak akan tamat..
"Akanku bawa setiap yang sepatutnya menemani aku di dalam matiku".. tagline ni memang meremangkan. Makin lama di baca makin menyeramkan. Dah rasa macam mantera plak dah..
Anyway tahniah Suzani Nadzir atas karya ini..
SIRNA SERI - Juliana Mohd Yaacob Juliana Tajuk terakhir dalam #Cermin. Jalan cerita bertemakan tabiat suka melihat cermin terutama apabila waktu malam. Terdapat 3 cerita di dalam cerita ini. 2 daripadanya hanya cerita sisipan.
Masih juga bertemakan taksub pada kecantikan. Masing-masing ingin berlumba untuk menjadi yang tercantik yang popular.. tak boleh melihat orang lain lebih. Kerana hanya nak menjadi lagi cantik, Rozie akhirnya menjadi hamba Rekka. Semakin lama semakin banyak permintaan makhluk jahat itu. Kerana dia tahu Rozie akan buat apa sahaja untuk menjadi cantik dan lagi cantik. Namun permintaan terakhir Rekka menyebabkan nyawa Rozie menjadi pertaruhan. Rozie kehilangan nyawa hanya kerana memungkiri janji. Sadis memang sadis tapi itulah taruhannya.
Cuma siapa Rekka? Bagaimana dia wujud di dalam cermin itu? Masih menimbulkan pertanyaan. Cuma harapnya cerita ini tamat sebagaimana berkecainya cermin itu diakhir cerita..
Tahniah Juliana Mohd Yaacob Juliana atas cerita ini. Nasihat orang-orang tua jangan kita ambil ringan. Sentiasa bersyukur atas nikmat dan kecantikan yang dikurniakan oleh Allah.
Tahniah buat semua penulis #Seramlicious !! Semoga anda semua menghasilkan karya yang lagi hebat.
#tamatsudah #seramlicious #bukuprima BP Ohsem Kelab Peminat Buku Prima
220816 : TAMAT 1. Perjanjian tanpa rela -zaifuzaman ahmad "Kecantikan yang dilihat..belum tentu engkau yang punya" Bila kita lihat cermin, kita selalu tengok imbasan diri kita yang cantik dan elok saja..apa yang akan jadi bila kita boleh nampak sisi gelap kita dalam cermin? 2. 3 permintaan - ilya abdullah " 3 permintaan...ada syarat termeterai ada korban perlu dipersembahkan..." Wanita dan kecantikan memang karib. Berpisah tiada. Tapi bila nafsu menguasai segalanya manusia sanggup melakukan apa saja hatta berpaling dari jalan Allah. Hingga sanggup meminta bukan dari-Nya. 3. Rasukan ayunindya - suzani nadzir " ku bawa kau dalam matiku" Walaupun ayunindya dah lama mati tapi masih lagi memburu keturunan andika. Semuanya kerana dendam dan sakit hati. 4. Sirna seri - julie jasmin "Tenung aku, puja aku, naik seri ke mukamu, pasti jiwamu milik aku!" Rozie yang terlalu taksub kepada kecantikan sanggup bersahabat dengan syaitan. Mengimpikan kesempurnaan dan kecantikan wajah hingga mengabaikan kecantikan hati dan budi.