Anak-anak kita amat suka bertanya, seperti:dari mana adik datang? Kenapa dada ayah berbulu? Cabul tu apa? Kenapa ayah tak pandai masak? Hantu tu wujud ke? Siapa Zombie? Bagaimana nak khusyuk dalam solat? Siapa Santa Clause? Kenapa ketiak ayah berbulu? Kenapa kemaluan lelaki dan perempuan berbeza? Dan lain-lain.
Lantas aku tersenyum kerana terdengar dari dapur akan suara anak sedang bertanya Puan Bini tentang pelbagai soalan.Nampaknya, ada tanda kematangan pada soalan-soalan mereka.
Belum puas aku tersenyum, tiba-tiba aku rasa nak menyorok, sebaik terdengar suara bini berkata:
sangat seronok baca buku ni. banyak isu yang dikupas dalam hal berkaitan menyampaikan ilmu pada anak-anak. suka dengan cara olahan dan penyampaian tuan penulis Hamka (Kereta Mayat). bersahaja, lucu dan spontan.
banyak isu semasa yang dibangkitkan selari dengan ingatan yang ingin disampaikan. isu dna babi, isu takut, kisah parking dalam kenapa doa tak makbul, kes hantu dan macam-macam isu dan topik. suka dengan salah satu iaitu nota. tulis dan lukis apa saja yang dilihat dan sebab bagi akaklah, nota sebenar punya impak dalam kehidupan. bila kita selalu belek dan telek nota yang kita tulis secara tak langsung ianya menampal memori dalam otak kita. kita boleh ingat selagi belum ada penyakit lupa menyinggah. ada juga bab Tuhan duduk di mana? jelas penerangannya.
sebuah buku yang tak harus dipandang remeh. banyak cara untuk menyampaikan ilmu pada anak-anak dan suami isteri juga kedua-duanya memainkan peranan penting dalam mengajar dan memberi input berguna untuk anak-anak. buku itu dunia, dan ianya antara salah satu medium menyampaikan ajaran agama. BACA dan PESAN-MEMESANlah.. tak rugi pun...
April 2022: Kisah Anak Bini: anak tanya emak, emak suruh ayah jawab- woha!
(Hamka Kereta Mayat merupakan seorang blogger, tapi memandangkan saya kurang kenal dunia blog, saya pinjam buku ini di library.) ...
Anak² memang banyak bertanya dan setiap pertanyaan memerlukan perhatian, ilmu dan masa daripada ibu bapa untuk menjawab. Saya kagum dengan penulis dan isteri yang bersungguh² menjawab soalan anak²nya.
Penulis mengutarakan topik serius yang ditulis secara santai. Walaupun buku ini ditulis pada 2016 namun masih relevan ke hari ini. Misalnya topik vaksin, celik sains vs ustaz celup, anak takut hantu dan lain².
Kebanyakan artikel boleh diagak akan ada punchline dan tak lupa diakhiri dengan trademark woha!
Paling suka dengan idea buku tulis sebagai salah satu aktiviti cuti sekolah anak² beliau. Anak² diberi assignment daripada ibu bapa untuk ditulis dalam buku (nama² nabi, malaikat, pantun dsb). Berbeza dengan diari, nota kehidupan ini diisi dengan fakta dan berilmiah.
Yang pasti bagi setiap ibu bapa, harus sentiasa menambah ilmu sebagai persediaan menjawab soalan anak² secara berhemah dan berhikmah.
Buku dengan bahasa santai, berkisah tentang kisah seharian yang berlaku dalam keluarga penulis. Diselitkan dengan banyak teguran dan panduan untuk ibu bapa dan suami isteri.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kalau dah baca 'Kisah Laki Bini' maka 'Kisah Anak Bini' plak adalah pelengkapnya. Cam biasa, tulisan kisah-kisah kekeluargaan Hamka Kereta Mayat sentiasa menghiburkan dan mengandungi banyak unsur nasihat. Gaya dan sisi penceritaan memang tak bleh blah sama macam buku-buku tulisannya yang lain. Rugi tak baca oooo... Huhu
4 bintang untuk banyaknya kesalahan ejaan. Rasa seolah-olah nak jadi tukang semak ejaan 😂. Tapi 5 bintang untuk isinya. Banyak poin yang deep yang boleh dijadikan panduan buat ibu bapa. Banyak juga poin yang memang Aha! Now you know! Langkah seterusnya bagi saya- ibu yang anaknya baru setahun jagung-adalah belajar bagaimana menerapkan dalam diri anak2 rasa takut kepada Allah. Terima kasih tuan Hamka Kereta Mayat untuk tulisan ini, memberi cetusan idea dan pendapat secara spontan dan langsung tidak bosan.
Seronok membaca Kisah Anak Bini. Benar-benar kisah anak bini realiti kehidupan. Anekdot yang dikumpul sepanjang perjalanan hidup seharian yang melucukan namun mempunyai pengajaran. Rupa-rupanya ada seribu ragam suami isteri dan anak-anak untuk dirakam dan boleh memberi inspirasi dalam pengurusan kekeluargaan kepada orang lain.
Alhamdulillah, terima kasih penulis. Jom baca! Anda perlu baca!
Menceritakan tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak. Penuh dengan humor dan didikan agama. Membantu para ibu bapa yang lain dalam menjawab pelbagai soalan unik daripada anak-anak. Ada beberapa cerita yang agak panjang penulisannya. Tapi keseluruhannya menarik. Ada nasihat dan pengajaran.
Apabila anak semakin membesar, semakin banyak pertanyaan & persoalan yang mereka kemukakan. Itu tandanya sel-sel otak mereka sedang berhubung. Jadinya, ibu bapa perlu menjawab setiap persoalan anak-anak mereka dengan jawapan yang boleh diterima akal anak mereka mengikut peringkat umur anak.
Di dalam buku ini, Encik Hamka & isterinya menjawab pertanyaan anak-anak mereka dengan bijak. Walaupun kadang-kadang jawapan yang mereka berikan dalam bentuk guarauan, namun gurauan mereka berisi pengisian yang mudah dihadam oleh anak-anak mereka.. Tahniah Hamka Kereta Mayat & isteri..