Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rafique's Girl

Rate this book
Rafique Azwar... lelaki yang digelar ‘mamat sejuk beku’ oleh adik sendiri, memang tidak pandai bercinta. Riaknya yang sentiasa serius serta perwatakan yang kaku membuat semua gadis yang pernah mendampinginya angkat kaki kerana tidak tahan dengan sikapnya yang beku dan tidak pandai mengambil hati. Sehinggalah dia bertemu Dhamira.

Pertemuan pertama membuat Rafique gagal mengawal mata serta emosi. Namun, kemahuan hati yang sudah berbisik rasa, tidak mampu dituruti kerana percaya gadis itu sudah berpunya. Bukan pendiriannya merampas milik lelaki lain. Hati membengkak melihat kemesraan Dhamira bersama Danial dan bebas laku pasangan itu, sehinggakan dia mampu bertindak di luar jangkaan.
Dhamira... gadis selamba yang memendam seribu rahsia. Rahsia yang menyimpan selautan duka. Bertemu dengan Rafique membuat dia tidak selesa. Pandangan lelaki itu mendebarkan hati. Hati yang disangka telah mati. Sedar yang Rafique sering bersangka buruk akan hubungannya dengan Danial, Dhamira tetap mendiamkan diri. Namun, tatkala rahsia akhirnya tersingkap, Rafique terkedu sendiri.

“Korang tak malu ke?... Aku bukan sekadar sakit mata tengok korang dengan tak malunya bersentuh-sentuhan depan orang ramai, tapi aku pun dah terpalit dosa jugak sebab benarkan perkara mungkar berlaku depan mata aku!” – Rafique

Tidak sempat meminta maaf, Dhamira ditimpa kecelakaan. Kecelakaan yang menyerlahkan kesanggupan Rafique untuk berkorban harta dan nyawa demi Dhamira. Maka atas alasan ‘hutang nyawa’ serta desakan Danial, Dhamira bersetuju menerima lamaran Rafique. Sukarnya meniti kehidupan rumah tangga apabila dua jiwa yang jauh berbeza bersatu. Rafique yang beku, serta Dhamira yang terlalu halus hatinya. Azam untuk menerima Rafique seadanya rupa-rupanya hanya di bibir sedangkan hatinya masih mengharapkan suaminya itu meluahkan rasa hati.

Mampukah Dhamira menangani kecewa dalam hati? Mengapa kebahagiaan yang dicari Dhamira sering menjadi iri kakak sendiri? Betulkah Rafique tidak mencintai dia sedangkan setiap perlakuan lelaki itu mencerminkan sebaliknya?

665 pages, Paperback

Published May 1, 2016

3 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Lynn Safiya

16 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (32%)
4 stars
35 (39%)
3 stars
20 (22%)
2 stars
4 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
February 8, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

I never made it a secret: Lynn Safiya is one of my favorite author selepas N baca Demi Bahagia Ini. Since then, nampak jer novel yang ada nama Lynn Safiya, tangan akan automatik list it as To-Read, tanpa perlu baca the sinopsis.

This is my fourth novel by Lynn Safiya and out of all her novels, this is my least favourite. Bukan sebab penulisan Lynn Safiya tidak kena dengan selera saya atau pun kerana kelemahan pada jalan cerita.

Apa yang membuat N kurang menggemari Rafique's Girl adalah kerana watak Dhamira yang sangat emotionally weak. Emotionally weak kerana lelaki. Bukannya sebab kena buang keluarga or ditimpa bala sehingga tiada apa-apa. Aduhai...tak boleh telan langsung. At the back of my mind, N cuma fikir, "Get over it and grow some backbone, woman!"
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
February 20, 2018
suka tak, kalau baca buku dan buku tu banyak kali buat kita senyum. nope, buku tu tak buat kita terbuai dan khayal just buat kita tersenyum banyak kali. rentak buku ni slow tapi ceritanya kemas dan sepanjang pembacaan tak sangkut pun kat mana-mana.. smooth je...

dhamira, watak ni dibina punya sifat lembut, baik, sempoi tapi jangan dijolok sarang tebuan. sangat rapat dan manja dengan adiknya, danial sehingga orang yang tak kenal sangkakan mereka pasangan kekasih. itu juga tanggapan rafique yang cukup tak berkenan dengan kemesraan yang mereka tonjolkan. satu terlintas, tiada siapa yang boleh rapat dengan dhamira kecuali dia seorang!

kemelut adik beradik salah satu topik terbesar dalam novel nih. damia amat cemburukan adiknya dhamira sehingga sanggup buat perkara buruk-buruk je. sebabnya kecil je tapi impak setiap perbuatannya sangat besar. buatkan seperti mereka dah putus hubungan adik beradik. memang patut rafique jadi pelindung dhamira sebab dia mampu membenteng hampir semua masalah dhamira. dan danial tak salah, tak salah melepaskan tanggungjawabnya menjaga kakaknya pada rafique.

kalau kata novel ni ada romantik lori gula terbalik memang silapla. kalau lori air batu tu baru betul. nak baca part rafique senyum pun payah nak jumpa inikan nak suruh dia beromantik bagai.. haha!! nasibla dhamira oii. dapat suami macam ice king. tapi, romantik terserlah dalam ketegasan dan arahan pada setiap tindak tanduknya. suka dengan bait kata-kata rafique ni puan penulis Lynn Safiya. walaupun tak direct kata-katanya tu tapi maksudnya sangat sampai pada hati. kekuatan dialog yang dibina oleh puan penulis  membantu mencantikkan lagi perjalanan kisah ini..

adakah hubungan adik beradik D ni akan terus berantakan? rafique, terus jadi ais? dhamira, sehingga bila akan mengalah dengan damia? danial, mampukah dia berundur dari terus menjaga dhamira? apa jua sengketa, hubungan darah daging tidak akan putus. apa jua konflik rumahtangga, duduk bincang dan cari penyelesaian. Allah ada dan tempat sebaik-baiknya kita mengadu...
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
May 11, 2016
Sesetengah org just x tahu bagaimana untuk menzahirkan rasa
Sesetengah org dambakan luahan rasa
Adakalanya action speaks louder than word
Tp kadangkala minda gagal mentafsir
Dan kadangkala bahasa tubuh salah dimengerti...

Seperti sebelum2 ini, karya ini berjaya menyentuh hati saya dgn isunya, dgn temanya, dgn mesejnya & spt selalu, dgn gayabahasanya. Segalanya yg mmg signature penulis tetapi kali ini digarap dr sudut yg berbeza. Heroin yg rapuh/fragile dimatchkan dgn hero beku, pastinya membuat kita terserap konflik emosi.

Kisah tentang Rafique Azwar (Rafique), yg kaku, yg beku & yg kayu.  Tentang Tengku Dharmira Maisarah (Mira) yg selamba, yg manja, yg berjiwa lembut, yg polos & yg menyimpan seribu kisah duka.  Rafique & Mira bertemu di sebuah majlis perkahwinan.   Mira membuat persembahan bersama band adiknya, Boy a.k.a Danial di majlis tersebut.  Pertemuan pertama telah membersitkan rasa yg sukar difahami.

Namun keakraban Boy & Mira yg disalahtafsir oleh Rafique yg menyangkakan mereka berdua pasangan kekasih. Dan sangkaan tersebut membuatkan Rafique withhold apa yg dia rasa terhadap Mira walaupun hatinya meronta inginkan gadis itu.  Namun kebetulan demi kebetulan mendekatkan mereka apabila berada dlm lingkungan yg sama, di mana Boy & Mira rupa2nya bersahabat baik dgn adik kembar Rafique, Shafique & Shafika.

Atas sebuah salah faham, Mira ditimpa kecelakaan. Rafique bertindak menyelamatkannya tanpa menghiraukan apa yg perlu dikorbankan.  Dan kemudian, atas alasan berhutang nyawa, Mira & Rafique disatukan. 

Di pihak Rafique, ada rasa ingin menjaga, ingin melindungi & ingin menjadikan Mira yg  halal baginya. Cintakah itu?  Di pihak Mira pula, ada trauma yg bersarang, ada bimbang yg bertandang, biarpun dgn keberadaan Rafique,  jantungnya berdegup kencang.
Apapun, mereka saling menerima seadanya & berharap ikatan mereka akan kekal ke hujung nyawa.

Ironinya, tipikal lelaki beku...mengharap perlakuannya mampu dimengerti, sedang fitrah wanita...berharap ada ungkapan kata cinta menjengah halwa telinga, agar dia yakin dirinya dihargai.  Namun apabila 2 perkara ini tidak terjadi dlm rumahtangga Rafique & Mira, jadilah mereka dekat tapi jauh.



Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
April 1, 2018
2.5 *

Gigih KakChik pinjam buku kawan opis. Salah satu sebab kerana review2 daripada pembaca sebelum ni.

Dan selebihnya banyak yang boleh diperbaiki lagi. Permulaan yang agak mendatar, pertengahan yang lambat panas dan pengakhiran yang selalu salah faham. Memang penat weihhhhh.

Dengan kelemahan-kelemahan heroin yang kerap kali diulang-ulang, rasa hurmmmm...

Tapi boleh diterima untuk bacaan ringan-ringan isi waktu lapang :P

GRC: #10/15
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
June 25, 2016
Sebenarnya, saya teragak-agak untuk beli novel dari penulis ini sebab agak skeptikal lepas baca rebiu previous novel. Bila tengok ramai yg bagi positif komen, apa salahnya kalau saya cuba kan?

Tapi benarlah, jangan terpengaruh dengan rebiu orang. Nanti menyesal tak sudah.

Lama saya cuba mencari rentak untuk menjiwai kisah ini. Namun tetap, tak jumpa jalan masuk. Mungkin sebab terlalu meleret (tebal sangat. Kalau tak tebal pn tak apa) dan cara gaya penulisan yang tak kena dengan jiwa saya.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
June 26, 2016
Rate 3.5 for this. Bukan ceritanya tak bagus malah bagus sangat tapi saya amat marah ngan watak Mira.

Damia accused her of playing victim and being childish..I would like to add that she was reckless and mindless too..initially saya tak agree sebab mmg Damia tries all out to destroy her in every essence. Emotionally, mentally and personally. But as the story goes along, I realised that there are some truth to it. She lets herself became the victim and kept wallowing in self pity before she got the courage to face it. She has been in denial for too long.

When her marriage began to falter a bit, it is mostly her doing. She and her past as well as the job that she's engaged in was getting in the way to live in harmony and peacefully. You can emphatise with people, you can be the voice for the less fortunate but that doesnt mean u can subject ur husband and people around u to ur wimps unknowingly all the time. To me it is very clear she was not able to handle sticky situations well.

Rafique maybe cold but his actions speaks volume. Even without love words, he was able to convey his feelings well. He has this ability to read what was on Mira's mind more often than not and when in doubts, he will occasionally ask or explain to Mira. His only minus point was jealousy. Dont blame him though cos Mira ni secretive juga. Mira is educated and understand English but why is it she cant comprehend whatever her husband said or mentioned??? Body language apatah lagi..working in this field, Im sure u can read in btwn the line..Ni bukan queen of blur lagi..is there such thing as an educated bimbo?? Clueless??

Example

Mira to Shaf : Dada kau tak best dada suami aku lagi...oops (sentence bunyi sikit lebih kurang mcm tu, she covered her mouth without completing but her husband understood).

At home, husband said to Mira, "I like ur head rested there too"..(bunyi sikit lebih kurang mcm tu..nak cari exact payah sebab dah jauh baca).

There are many examples of what her husband said which readers can relate to. Rafique is the type who will smile, ask, ponder and apologize when there is a need. He made an effort to get to know his wife, unfortunately, due to her severe insecurities, she was blinded thru it all. Even her husband needs and wants pun dia tak begitu pasti dan tak bertanya. Kalau buat salah pun berat juga dia nak apologize. Maybe bcos their relationship masih baru and that she is 22 yr old (i think cos i didnt actually do my maths on this) dan tak juga lupa her past with Kuzim.

Oh yeah lupa nak cakap, pada awal chapters, Mira ada jumpa psychiatrist after her trauma from kidnapping incident and accident. Saya rasa dia patut terus jumpa psychiatrist untuk her personal life juga sebab she seems lost in her insecurities.

Bottomline of this story is wajarkah mendidik Mira untuk memahami setiap perlakuan atau kata2 suami yg sering dia 'over speculating'??. Kan dah besar dan berpengalaman.
Penting ke lafaz ungkapan cinta? Buat apa ungkapan itu kalau seseorang tidak memaksudkannya??..Not all women needs to hear the L word. 99.9% needed to hear it to feel secure. Irony of it all.
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
May 10, 2023
Mamat sejuk beku. Gelaran untuk Rafique. Macam robot. Geram sebenarnya dengan Rafique ni. Tapi kalau si Mira tu sebut2 nama lelaki lain, memang terkesan sungguh riak bengang.

Konflik antara adik beradik. Dhamia, Dhamira dan Danial. Si kakak tu amat2 cemburu dengan Dhamira, sentiasa nak menang sehinggakan kekasih Dhamia pun dirampasnya. Banyak episod duka yang dilalui Dhamira. Mujur Dhamira ada orang2 yang sentiasa menyayanginya.

Bertemu dengan Rafique dan kemudiannya berkahwin. Susah jugak nak faham Rafique ni. Tapi disebabkan beberapa insiden yang berlaku dalam hubungan suami isteri ni akhirya mereka dapat mencari titik persefahaman antara satu sama lain.

Olahan penulis ni memang saya suka.
Profile Image for Mslvoe.
2,057 reviews204 followers
April 20, 2023
Awal² bacaan F pun ter-confused relationship between Boy and Mira.

Terkekeh² baca bila Rafique nak loya tengok adegan mesra si Boy and Mira. Tu la lain kali bertanya. 😁

Kekuatan kisah ni sebab Rafique. Watak dia beku tapi sekali bercakap alahai cair jugak.
Profile Image for Ri Readers.
30 reviews19 followers
February 4, 2021
Rafique's Girl.

Kisah antara Dhamira dan Rafique.

Rafique ni mmng beku. Tapi dia jenis direct. Melalui prcakapn mahupun prbuatan. But I like his character.

Jalan cerita yg tidak trlalu berbelit. Dan enjoy lah juga dngn perangai watak2 dalam ni. Suka juga dngn konflik yg ada. Yelah, tak sempurna sesuatu novek tu andai konflik nya tak ada.

Dhamira yg prnah ada kisah silam yg pedih. Bersama kakknya dan juga ex boyfriend dia dulu. Tapi yelah, tak selamanya perit itu akan berlarutan tnpa sinar yg akhirnya datang.

Watak smpingn juga sngt memainkan peranan. Hubungan ikatan antara Danial dan Dhamira.. Ikatan prsahabatan tu.. Privasi yg sngt trjaga between mereka... Tu memng aku suka.

Best novel ni. Walau mood mmbaca on and down, tapi tiap kali mmbaca novel ini.. Sikitpun aku tak ada jengkel pada setiap watak. Melainkan konflik yg ada lah. Watak yg menimbulkan konflik tu.

Tali juga ku suka pengakhiran watak yg pada awal nya tidak baik.. Tpi akhirnya diakhiri dngn baik. Tpi nasib Kuzim tu ku suka. Hahah.. Padan muka dia.

Tahniah untuk penulis atas naskhah ini. Aku suka. Good job.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
May 21, 2016
Untuk melafazkan cinta, setiap orang ada cara tersendiri. Untuk menunjukkan kasih sayang pun ada cara yang berbeza. Bukan mudah seorang yang dulunya digelar mamat sejuk beku nak berubah jadi mamat romantik dalam masa yang singkat.

Okey nak pecah rahsia sikit, Rafique Azwar ni kan sama dgn abang2 saya. Tak romantik langsung. Sampai akak ipar saya pernah cakap, kalau nak cari laki, cari yg romantik sikit dari abang2 korang. Ku mampu gelak jelah. Tapi sebenarnya sekayu-kayu Rafique tu dia sayang giler kat Mira. Dia tak tunjuk melalui kata2 tapi perbuatan. Tu yang sebaiknya daripada jadi romantik mcm Kuzim tapi hampeh. Melukakan perasaan ramai perempuan. Dia ingat dia hebat sangat? Rasa nak hempuk jugak Kuzim dlm ni.

Dhamira yang lembut, yang naif, yang blur gak kadang2 nak faham apa yang orang cakap, suka buat kesimpulan sndiri pun ya jugak. Sampai tercetusnya salah faham antara dia dgn Rafique. Tapi tak leh salahkan Mira sorang je sbb kalau aku jadi Mira pun aku tak boleh baca gak pemikiran lelaki ni. Sebab orang laki pun tak kan faham pemikiran aku.
Profile Image for Susi Majid.
58 reviews24 followers
May 13, 2016
Rafique - sering digelar mamat sejuk beku oleh si adik. Tidak pandai bermadah mahupun memujuk. Keliru dgn diri sendiri, adakah sifat ingin melindungi dan ingin memiliki Dhamira merupakan cinta?

Dhamira - seorang gadis polos yg selamba, berjiwa lembut dan manja. Namun dlm diri gadis tersebut tersimpan seribu episod duka. Atas sebuah kesilapan, dia berhutang nyawa dgn Rafique.

Si pemuda more to action than words membuat si gadis kadang kala keliru dgn apa yg cuba disampaikan. Mampukah kebahagiaan dicapai bila ada pihak yg iri hati sejak dari dulu?

Tahniah buat puan penulis..sesungguhnya kisah RG ini sedikit sebanyak menyentuh perasaan..mesej2 yg cuba disampaikan cukup jelas begitu juga elemen2 kekeluargaan & persahabatan yg sgt dititikberatkan..karya2 puan penulis tidak pernah mengecewakan dan membuat kita ternanti-nanti utk membaca karya seterusnya. Setiap karya mempunyai kekuatannya sendiri dan boleh dilihat semakin byk improvement yg dilakukan.

Gud job & teruskan berkarya :)
82 reviews36 followers
May 22, 2016
A really emotional read, for me that is. Ada a few parts that brought tears to my eyes
Kisah si mamat beku Rafique dan Dhamira , gadis yg menyimpan byk kenangan pahit.
Pertemuan pertama yg menghadirkan debar pada kedua2nya.
Perbezaan sikap menyebabkan salah faham antara mereka walaupun dua2 saling menyinta.
Nasib baik ada sokongan keluarga dan teman2 yang sentiasa mengharapkan kebahagiaan mereka.
Sudah tentu kesudahan yang amat memuaskan hati saya.
Byk mesej yg diselitkan di dalam naskhah ini.
Good job
Profile Image for Hasmidah.
129 reviews7 followers
December 31, 2016
Permulaan cerita agak slow dan watak heroin terlalu lemah agak merimaskan sehingga banyak bahagian yang saya skip. Dibandingkan dengan 3 novel sebelum ni, yang ni jatuh tempat ke 4. Apa2pun lynn safiya tetap kekal antara penulis yang saya pasti akan terus menanti kehadiran novel terbarunya.
Profile Image for Littlebookgirl.
37 reviews9 followers
May 16, 2016
not everyone express their love by language ok? some of them prefer to express by body language ~
keep it up writer!
Profile Image for Ayu1166.
38 reviews3 followers
May 3, 2016
Kena dgn jiwaku...gaya penulisan pn writer semakin baik...seperti biasa kak lynn safiya menitik beratkan bonding dlm hubungan adik beradik...ok next buku kak lynn safiya...
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
September 26, 2016
i need something diffrent
bila baca teringat buku2 penulis sebelum ni
terlalu biasa2 bagi mb..
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
September 23, 2019
Tak teragak2 langsung nak bagi 5 bintang. Sebab ku suka Rafique sesangattt..😍

Dingin. Keras. Beku. Tak tau meluah rasa. Tak pandai ambil hati. Atas sebab2 tu bila dia jatuh cinta, kita rasa berbunga2 sangat sebab perasaan dia jelas tertunjuk tanpa dia buka mulut meluah rasa. His reaction and action is louder than his words.

Dhamira yg ada trauma kisah silam. Dia selamba, cool dan brutal bila bersama besties dia. Tp dgn org luar dia jadi tertutup dan pendiam.

I really love how penulis potray friendship Dhamira n her friends. And i really really love how sweet hubungan Danial dan Dhamira. Alahai comelnya adik beradik berdua ni.

Puas hati dari segenap segi dgn novel ni. Kalau dah sepanjang pembacaan hati rasa berbunga2, of course la karya ni perfect bagi sy😊
Profile Image for Noorsaliza Mohd Hadad.
15 reviews1 follower
October 26, 2018
Terjebak membeli buku ni bila baca kat blog tarianjiwalovenovel. Jatuh hati dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut Rafique. Rasa macam nak tergolek2..

Rafique:
“Mira bukan tidak matang, tapi dia manja... Mira bukan childish, tapi dia lembut... dan orang yang hati keras macam saya ni amat perlukan sifat manja dan kelembutan itu dalam hidupnya. Biarlah saya seorang saja yang matang, sebab nanti saya akan lebih pandai memanjakannya... dan biarlah kalau orang anggap Mira ni childish, sebab nanti saya juga yang akan melayan kerenahnya...”

Ai is cair... suka sangat2...
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 20, 2016
i'm done with RG...

congrats to lynn safiya. i enjoyed this novel so much..
memang interested nak beli sebab dah follow citer ni kat fb...so, finally i grabbed this book during pBAKL 2016...

i love this story so much...
i love Rafique because;

1. dia mamat sejuk beku..jenis yang tak pandai nak express his feeling, but he managed to convince people around him that he wanted to marry Mira because he wanted to protect her...

2. bila dah kahwin, he became a man with action...seorang yang sangat protective, sangat memahami...just that, he did not know how to tell Mira about his feeling...tu yang buatkan mira salah faham

3. as he is a mamat sejuk beku, dia jenis tak mudah tergoda ngan damia...i love this type of man...

i love Mira because;

1. dia tersangatla baik...damia dan kuzim buatla apa apa pon kat Mira, dia still tak melatah

2. eventhough dia tahu rafique tu camne orang nya, dia still sanggup nak kahwin and sanggup mengambil risiko untuk break the ice...

and finally, they did it...they live happily ever after

comment: this novel sort of about family, friendship and then love...a highly recommended book...congrats to the writer...goodluck for the next baby
Profile Image for Nazril Abdul Razak.
31 reviews3 followers
May 27, 2016
Kisah berkisar kekeluargaan, kasih sayang sesama adik beradik yg sukar ditemui sekrg. Rafique, seorang abang yang dingin beku sukar bergaul dengan adik kembarnya kerana faktor usia yang menjarakkan komunikasi tersebut. Sudah biasa bergerak sendiri tanpa adik-adiknya menjadikan peribadi Rafique dingin beku. Kemunculan Dhamira yang kontras dengan peribadi Rafique sedikit sebanyak memberi kesan peribadi dingin bekunya. Hubungan Dhamira yang rapat dengan adik kandungnya Danial sering disalah erti oleh Rafique. Keakraban adik2 kembar Rafique bersama Dhamira dan Daniel menimbjlkan cemburunya. Kehadiran Damia serta bekas kekasih Dhamira dikenali sebagai Kuzim juga merangkap abang ipar Dhamira, menimbulkan warna dalam hubungan mereka. Dapatkah hubungan Jiwa antara Dhamira dan Rafique bertahan? Karya ini mementingkan kepentingan ikatan kekeluargaan serta saling mempercayai terhadap pasangan masing2. Syabas penulis, Lynn Safiya kerana karya yang memberi impak nilai murni kepada pembaca.
Profile Image for Safiya Mieza.
26 reviews2 followers
May 26, 2016
First time baca karya dari Lynn Safiya.Terpaksa bersabar untuk permulaan bab sebab hanya berkisar pasal Mira dan Daniel sahaja.Tapi, bila masuk tentang Damia, baru rasa 'Yes' , nak tahu tentang kisah sebenar mereka, nk tahu apa yang jadi next dan nak tengok happy ending untuk Mira.
Sememangnya dugaan yang Mira terima sangat terkesan, sesiapa pun bole jatuh tergolek seperti yang Mira alami. Tapi ternyata kehadiran Rafique memberi sinar kebahagian kepada Mira dan menyembuhkan luka Mira di atas kecurangan bekas kekasih dan pengkhianatan saudara kandungnya.
Bagi saya, novel ini cukup sempurna, dan menghiburkan.
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
May 16, 2016
Eii geram ngan rafique yg sejuk beku masa memula tapi bila.sejuk beku dia dah cair adoiyai melting laa plak sebab dah pandai berkata².. dan mira plak pun sama blur jugak cam tk faham cara rafique tunjuk kan kasih sayang.. haa bila dah masing2 buat derk je mula laa terasa kehilangan.. nasib la ada adik dan kawan baik fika.. yg tlg dia org berdua nie.. kalau x sampai ke sudah dok pendam perasaan masing2.. bila dah masing2 terbuka mencurahkan perasaan dlm kata2 baru laa happy jer....hidup.dia.org.. manis tertumpah gula gitu..
Profile Image for Marta Dafid.
89 reviews3 followers
June 29, 2016
Best!!! kena dgn jiwa saya...

suka dgn watak 'mamat sejuk beku' tuh yg pelan2 berubah demi Dhamira...

suka dgn watak Danial adik yg penyayang dn pelindung utk kak yang nya..

betullah tuh... hubungan adik-beradik bagaikan air yg dicingcang tak kan putus kn... benci, marah, dendam tak kn kemna selagi kita punya hubungan persaudaran... lahir dari rahim yg sama kn...
Profile Image for Rina.
100 reviews17 followers
August 25, 2016
okay laa..hmm suka cite dulu lagi...yg kira okay laaa
286 reviews52 followers
May 21, 2016
best....suka sgt2 dgn karya lynn safiya kali ni.....melekat di hati dan dijiwa....
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.