Di Malaysia dewasa ini, suasana mempergunakan agama untuk melarikan rakyat dari isu sebenar semakin ketara. Di satu sudut terdapat pihak yang oportunis untuk mengekalkan kekuasaan dan korupsi mereka dengan membangkitkan isu berkaitan sentimen agama. Golongan ini cuba mewujudkan sinonim bahawa mempertahankan agama adalah selari dengan agenda mengekalkan kekuasaan mereka. Mempertahankan agama pula ditonjolkan di dalam kerangka isu-isu sensitif melibatkan perkauman dan juga keagamaan. Mempertahankan agama menurut pentafsiran mereka adalah dengan meletakkan golongan berkepentingan ini di tempat yang tinggi dan kemudiannya mereka bebas melakukan korupsi, rasuah, memperbanyakkan aktiviti maksiat, tetapi di dalam masa yang sama menafikan hak-hak penganut agama lain
Prof Dr. Maszlee bin Malik is a Malaysian politician who served as the Minister of Education in the Pakatan Harapan (PH) administration under former Prime Minister Mahathir Mohamad from May 2018 to his resignation in January 2020. He has served as the Member of Parliament (MP) for Simpang Renggam since May 2018 until November 2022. He was a member of Malaysian United Indigenous Party (BERSATU) from March 2018 to his membership termination in May 2020 and became an independent MP until November 2021. In 27 November 2021 he joined Parti Keadilan Rakyat. He was elected with the highest votes to the Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council (Majlis Perwakilan Pusat/ MPP) in August 2022. However, he lost in the Malaysian 15th General election in November 2022, and decided to return to the academia world by joining University of Cyberjaya (UoC) as a Professor at the Faculty of Psychology and Social Sciences in March 2023.
Prior to his political life, Maszlee taught at the International Islamic University Malaysia from 2000 to 2018. He was also actively involved in volunteering works. He was the advisor of few NGOs for children with special needs.
Maszlee believes that education should be inclusive and empowering. As a minister, Maszlee introduced student-oriented system to primary schools to replace a formerly exam-oriented structure. He had also made reforms to mitigate teacher's clerical burden, empowered technical and vocational education on the tertiary level and amended restrictive law which had previously suppressed students’ freedom of speech in universities and colleges.His time in academia did not encase him in the proverbial academic ivory tower, exemplified through his commitment to helping students remain globally competitive in an era of vast technological change and globalization. Recognizing that vocational education is essential in transforming Malaysia from a nation of consumers to a nation of producers, he formed a national steering committee to expand TVET collaborations with industry stakeholders alongside increasing access to polytechnics and community colleges. Maszlee was also known of his promotion of STEM education and in in calculating AI, Big Data and Data analysis in education through the formation of Big data committee at The Ministry of Education during his term. He was also known of his bold decision to use Google Classroom (GC) as the sole Learning Management System for all schools throughout the nation. This decision has saved the learning process of Malaysian students during the MCO (lockdown) amid Covid-19 pandemic.
Maszlee believes that nobody should be left behind, and that every child deserves an equal opportunity in education. To that end, he has pioneered efforts to improve the access and quality of education for marginalized and disadvantaged communities. He has increased access for nearly 5,000 students from low- income communities in fully sponsored state boarding schools, and is working towards providing free meals to disadvantaged students nationwide. He has introduced the Zero Reject Policy, which ensures that stateless children have access to the national schooling system.
In 2018 Maszlee ventured into politics. Aside from his position as a parliamentarian member and a minister, he currently holds various positions, including: • President of Southeast Asia Minister of Education Organization Council (SEAMEO) • President of Malaysia National Commission for UNESCO (MNCU) • Head of the Council of Boy Scouts Malaysia • Chairman of Tunku Abdul Rahman Board of Trustees • President of International Islamic University Malaysia
Maszlee was the chair for Malaysian Parliament Select Committee on Education (2021-2022), as well as the head of Pakatan Harapan special committee for education (2021-2023), and was appointed as the Deputy Chairman for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)/ Selangor Public Library since Dec 2021. Maszlee
Isu yang dibangkitkan adalah merupakan isu-isu yang sering disentuh oleh penulis sendiri ketika berada dalam forum atau ceramah. Sesiapa yang mendengar cerahamnya atau memang follow beliau, memang isu syang sama diutarakan.
Buku ini adalah manifestasi terhadap apa yang berlaku dalam dunia sosio-politik Malaysia. Isu-isunya ditulis secara terang dan terus kepada point.
Tema buku ini boleh disimpulakan dengan; Islam itu progresif dan tidak rigid dan statik, manusia tu diberikan kebebasan untuk memilih dan tidak terkongkong dalam satu modul sahaja.
Teringat kata Wan Ji Wan Hussin “Apabila kita menggunakan nama Islam, timbul pula isu siapa lebih Islam (antara dua pihak yang bersaing). Masa banyak dihabiskan untuk berbalah tentang itu, bukan tentang memberi kebaikan kepada masyarakat,”
Orkes Masyarakat Manusiawi cuba membawa pembaca untuk melihat islam yang bukan sekadar mengenai hukum hakam tetapi secara syumul.
Fiqh Muwatanah yang seharusnya diketengahkan dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama diberikan penjelasan yang mendalam dalam buku ini. Ilmuwan seperti Dr. Siddiq Fadzil dan Ustaz Muhammad Nur Manuty adalah antara Tokoh yang selalu mengetengahkan mengenai Fiqh Muwatanah ini.
Teguran juga diajukan kepada ulama sebagai pemimpin yang terlalu ditaksubkan sehingga langsung tidak boleh dikritik, sedangkan Khalifah Umar Al Khattab juga bebas dikritik dan membuka ruang bagi proses kritikan berlaku.
Juga disentuh mengenai para asatizah yang kurang 'Manusiawi ' yang kerja nya hanya berucap, mendikte tetapi gagal memimpin masyarakat dalam konteks kehidupan seharian.
Kesimpulannya buku ini mudah difahami dan tentunya sesuai dibaca oleh orang awam.
Himpunan artikel yang ditulis oleh dr maszlee menyentuh banyak perkara yang relevan tatkala Malaysia Baru seperti penghujahan metod yang rigid, pembinaan masyarakat madani (civil society), pembelaan warga OKU, hak-hak haiwan dan alam dan lain-lain
Perkara menarik untuk difikirkan- 1. memanusiakan para asatizah dalam dakwah mereka, pengamalan hukum hanya melalui proses legalistik tetapi meminggirkan unsur akhlak, moral, sivik dan sejarah 2. pemahaman secara kolektif, melewati setiap juzuk 3. pemberdayaan warga negara melalui rule of law, bukan melalui individu, keluarga atau kelompok elit 4. integriti seorang guru melabelkan perkara negatif, merendahkan anak murid 5. kegagalan membawa ijtihad baru dalam suasana yang pesat moden membuatkan islam nampak rigid dan lapuk
Best dapat baca tulisan seorang menteri pendidikan sebelum menjadi menteri pendidikan. Ini buku ketiga beliau yang aku telaah selepas HAMAS & ISIS.
Naskhah ini sangat baik, sangat baik dalam mencerahkan pemahaman tentang islam yang bukan hanya berkisarkan tentang halal haram hukum hakam.
Walaupun aku suka baca kisah kisah Nabi dan para sahabat tapi aku tak pernah perasan tentang elemen demokrasi yang sudah wujud pada zaman 4 khalifah iaitu Abu Bakar r.a,Umar r.a, Usman r.a dan Ali r.a yang membenarkan diri mereka dikritik jika mereka ada kesalahan! Menteri pendidikan berjaya membuka konteks baru dalam pemahaman kisah silam para sahabat yang sudah semestinya punya beribu hikmah dan pengajaran untuk masyarakat islam moden!
Contohnya kisah Rasulullah s.a.w dan Abdullah bin Ummi Maktum r.a yang buta, aku selalu dengar kisah ni tapi tak pernah pula terfikir tentang pengajaran untuk mengutamakan golongan OKU yang patut kita teladani!
Superb!
p/s: baru tau yang Dr. Maszlee ni fans Man City, YNWA!
Buku yang ditulis mantan Menteri Pendidikan Malaysia ini sedikit sebanyak mampu menguak minda dan pandangan pembaca. Isu-isu yang dihujahkan disini kebanyakkannya adalah perihal kancah politik Malaysia yang masih lemah dan tidak berkembang. Tafsiran Al-Quran dan hadis Nabawi yang statik juga literal merupakan salah satu punca kemunduran daya fikir masyarakat Islam di Malaysia. Tambah parah nya lagi apabila para konservatif yang reaksioner mengekang perkembangan Islam itu sendiri. Banyak hadis-hadis yang harus dikaji semula secara kontekstual dan mengikut situasi kontemporer. Ketidakpedulian atau sifat jadong para ulama tempatan telah memandulkan budaya intektual. Beliau juga mengungkap sejarah pemerintahan khalifah yang hebat ketika zaman kegemilangan Islam dan mempersembahkan beberapa pandangan pemikir pemikir Islam dahulu yang begitu rencam dan manusiawi. Konotasi dan etimologi yang digunakan beliau tidaklah terlalu berat dan ber-falsafah. Makalah ini harus dibaca oleh anak-anak muda yang kian membeku arus pemikirannya agar mereka sedar betapa agama yang dianuti majoriti penduduk Malaysia tidaklah seperti yang diwarwarkan para ulama parti politik dan ulama autoriter.
3.8/5 untuk Orkes Masyarakat Manusiawi tulisan Dr Maszlee Malik.
Buku ini sesuai untuk 'beginner' yang mahu mula berjinak jinak dengan konsep Islam yang lebih meluas, konsep Islam yang selari dengan Islam sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Penceritaan dari setiap bab boleh dikatakan komprehensif walaupun tidak terlalu mendalam. Suka bagaimana si penulis mengaitkan satu bab ke satu bab yang lain. Bahasa yang digunakan pun mudah, senang difahami.
Pembacaan yang sangat disyorkan untuk pembaca 'beginner' yang baru mula berjinak jinak dalam genre sebegini!
"Para pencinta Islam perlu mempelajari bahasa cinta, bahasa seni dan juga bahasa naluri. Melihat sesuatu dengan pandangan rahmat dan ihsan. Perlu belajar menghargai kehidupan dan juga ikatan kemanusiaan. Perlu menyelami kesenian hati dan jiwa nurani, berteraskan wahyu Ilahi dan petunjuk Nabawi".
Buku ini membawa kita meneliti beberapa aspek penting kehidupan bertamadun dalam acuan madani dan kenegaraan. Dikupas dengan baik dengan bahasa mudah juga disertakan footnote rujukan buku-buku yang bermanfaat.
Saya secara peribadi merasakan kupasan di separuh bahagian akhir lebih menarik berbanding kupasan awal. Malah, saya tak pasti adakah hanya buku saya sahaja atau memang ada pihak pencetak tersilap cetak dalam dua bab iaitu " Dimensi Madani Berkaitan Politik dan Islam" dan juga bawah bab "Akauntabiliti Dan Penglibatan Aktif Warga Di Dalam Kerangka Islam Madani" separuh daripada kandungan berulang sama sebijik seperti dalam bab sebelumnya. Tidak pasti adakah masalah teknikal atau memang disengajakan pengulangan.
Bab paling menarik bagi saya adalah yang menyentuh tentang keperluan meluaskan horizon pemahaman tentang hadis, ruang moral dalam kehidupan madani dan juga berkenann dengan fiqh kewarnegaraan yang wajar di kaji dan diberikan pemahaman semula. Ekstrak daripada buku Dr Rashid Ghanoushi berkenaan analisis Sahifah Madinah juga sangat penting dan bermakna.Selain itu, saya juga amat tertarik dengan bab berkaitan "Abdul Rahman Al Kawakibi dan Buku Ummul Qura" yang menyebabkan saya tidak sabar mahu mencari dan menelaah buku Ummul Qura ini. Buku yang baik ialah yang membawa kita pula mencari buku lain yang lebih baik
Maszlee Malik seorang figura agamawan di Malaysia yang menongkah arus pemikiran konservatif dan ortodoks dengan membawa wacana baru dan segar dalam beragama.
Orkes Masyarakat Manusiawi sebuah buku yang bersifat separa akademik ini memaparkan pandangan beliau dalam pelbagai isu. Dikupas dengan gaya bahasa yang sederhana dan mudah untuk dicerna isinya.
Disusun seperti kitab turath yang mengandungi bahagian-bahagian atau fasal dan mengikut tema tertentu. Menariknya penulis tidak dogmatik terhadap beragama malah memaparkan beberapa kritikan tajam terhadap sebahagian golongan agamawan yang hanya hidup dengan kitab tanpa turun padang melihat realiti masyarakat setempat. Juga, membawa wacana agama keluar dari matra hukum - hakam semata. Cara berfikir dalam beragama ditonjolkam dengan membawa hujah-hujah agama dari sudut yang bersifat insani dan anjal.
Penulis juga mencadangkan dan mengetengahkan semula wacana dari pandangan para sarjana klasik dan kontemprari seperti Muhammad Abu Zahrah, Yusuf Qaradhawi, al Kawakibi, Jasser Auda, Ibn Ashur, Ibn Taymiyyah dll. dalam membawa ijtihad baru dalam berpolitik dengan melihat teks dan konteks semasa, sebagai contoh dalam memperkenalkan fiqh muwatanah (kewarganegaraan) dan kesesuaiannya dengan konteks Malaysia. Ada juga kritikan penulis terhadap gerakan Islam dan pemimpin gerakan Islam yang menggelarkan diri mereka "ulama".
Selain itu ada beberapa kesilapan teknikal yang saya fikir ianya berlaku semasa proses penyuntingan.
Sebagai kesimpulan buku ini amat berbaloi untuk dihadam dengan kritis.
Banyak input baru yang saya dpt menarik untuk di kaji dalam bacaan lanjut.
Saya sukakan penulis yang menghuraikan bagaimana maqasid syariah yang sepatutnya menjadi Kompas dalam mengeluarkan ijtihad politik, serta beberapa contoh rujukan yang disertakan penulis.
Ijtihad politik yang berasaskan maqasid syariah juga mesti mempunyai nilai manusiawi, warga/rakyat centric dan bukan leader centric.
Prinsip ucapan Abu Bakar & Umar yang minta di betul kan jika salah dan ditaati jika benar, bukan lah kerana romantism atau ketaksuban ke atas batang tubuh mereka sbg pemimpin, tetapi sebenarnya kerana mengelakkan mudharat ke atas rakyat akibat kesalahan yang mereka lakukan jika tidak ditegur/dibetulkan.
Sahifah Madinah yang di gunakan di Madinah menjadi 'perlembagaan' buat rakyat Madinah yang berbilang kaum, kabilah dan agama. Dalam masyarakat madinah, mujahirin (pendatang), dilayan dan diberi hak & tanggungjawab yang sama dengan ansar (penduduk awal/asal). Bagaimana Malaysia boleh mengambil pengajaran dalam aspek ini?
Diversity in Unity juga dihurai dengan baik, disertakan juga contoh dan rujukan (Sahifah Madinah)
Saya nak cari buku Umm Qura karya Kawkabi yang di sebut2 dalam buku ini. Awal nya saya anggap ia buku falsafah politik. Rupanya ia adalah buku fiksyen! Harapan saya ia hebat seperti Animal Farm.
Buku yang mengupas aspek ketamadunan dan kesyumulan Islam yang patut dibaca!
Penulis menekankan kepentingan untuk memahami Islam dalam method Maqasid Syariah dan juga keluasan Islam dalam isu2 masyarakat madani spt kesederhanaa, isu OKU, animal rights, pendidikan dan yang paling penting ialah isu akauntibiliti.
Dan sememangnya, tema Rahmatan Lil Alamin dikupas dengan sangat jelas dalam buku ini. Bahasa yang mudah, dan kupasan yang ringkas tapi padat.
Seperti review pembaca lain, buku ini sesuai dibaca sebagai beginner untuk memahami politik atau siyasah kerana sifatnya yang separa akademik.
Buku Orkes Masyarakat Manusiawi membincangkan mengenai kertas kerja berkaitan kefahaman beragama yang dikumpulkan oleh penulis – dibuat sendiri oleh penulis. Skop perbincangannya tertumpu kepada aktiviti masyarakat, kemanusiaan, politik, pendidikan dan mahasiswa. Semua ini dibincangkan dalam ruang kefahaman beragama(baca: Islam). Ia juga menyelitkan beberapa kritikan terutamanya terhadap agamawan, masyarakat dan suasana politik Malaysia. Diakhir buku ini, dititipkan juga oleh penulis tentang harapan beliau agar buku ini dapat memberikan nafas baru kepada pecinta-pecinta hikmah dalam hidup beragama.
Pandangan aku terhadap buku Orkes Masyarakat Manusiawi – mengikut kefahaman aku. Ia berkisar dalam enam bahagian. Aku akan kupas mengikut bahagian.
Bahagian pertama, mengenai persoalan metod. Penulis mengajak pembaca untuk keluar daripada kerangka hukum-hakam memahami hadis Nabawi. Tetapi tidak meninggalkan dasar hukumnya. Selain itu, penulis mengatakan hadis Nabawi perlu dinilai dalam kerangka yang lebih universal. Fokusnya, pada nilai-nilai ketamadunan dan memahami objektif Nabi S.A.W dalam melakukan sesuatu perbuatan. Dan Ia bukan hanya dalam kerangka hukum-hakam semata-mata. Seterusnya, penulis mengetengahkan kaedah Islam yang sesuai di dalam bukunya iaitu Fiqh Tasyir(fiqh yang memudahkan). Aku melihat di bahagian pertama ini penulis cuba mengetengahkan beberapa kaedah yang ke depan untuk para pembaca menilai dan memahami Islam dalam kerangka yang lebih menyeluruh.
Bahagian kedua, ia membincangkan mengenai tatakelola kerajaan seperti yang dikupas dalam buku Risalah Pemuda Muslim. Perkara seperti keadilan, sistem syura, persamaan sistem syura dengan demokrasi dapat kita lihat dalam bahagian ini. Ijtihad-ijtihad politik mestilah dikaji dan difahami falsafah atau tujuan di sebaliknya. Terutamanya dalam hadis yang melibatkan persoalan politik. Hadis nabi seperti “kalimat hikmah adalah barang berharga kaum mukmin yang hilang. Di mana sahaja ia menemukannya, ia lebih berhak terhadapnya.” Membuatkan penulis faham bahawa tidak semestinya kaedah barat membawa kepada kerosakan, ada benda-benda yang baik boleh umat Islam pelajari atau mengubahnya kepada cara Islam yang sebenar. Di sini menunjukkan penulis terbuka dalam memilih mana-mana pandangan asalkan ia dalam kerangka Tawhid. Dan tidak terlalu ekstrimis. Penulis juga mengajak orang muslim supaya turun memandang isu-isu kemasyarakatan seperti alam sekitar, OKU, orang buta huruf dan orang miskin.
Bahagian ketiga pula membincangkan isu-isu kemasyrakatan dan sudut pandang Islam madani. Memperlihatkan kepada kita tema-tema utama setiap agama menjurus kepada nilai-nilai manusia.Contohnya, hormat ibubapa, berbuat kebaikan, tolong-menolong dan seumpamanya. Ini menunjukkan setiap agama menolak perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai manusiawi. Selain itu, penulis membawa pembaca untuk mendekati isu-isu OKU berpandukan dalil-dalil agama Islam dan peranan agamawan dalam isu OKU. Dikupas juga dalam bab ini mengenai hak-hak haiwan, apa dan bagaimana kita perlu melihat isu ini dalam ruang agama. Seterusnya, penulis mengajak para asatizah dalam meluaskan skop pandangan bukan hanya dalam ruang hukum-hakam semata-mata. Para asatizah perlu memberi solusi atau alternatif kepada permasalahan-permasalahan yang berlaku. Ia perlu mengajak bukan melarikan umat Islam dalam beragama. Politik Islam juga perlu berpaksikan warga sivil. Dan penyelesaian masalah perlu bermula di bawah(baca: rakyat) kemudian baru di atas. Di dalam bahagian ini juga, penulis mengkritik kerajaan Saudi yang tidak menitik beratkan soal-soal sejarah dan mengambil unsur kebendaan tanpa mengambil kira kesan-kesan romantisme yang membawa nilai kepada manusia itu sendiri. Perkara ini jika hendak dibincangkan ia perlulah bersifat inklusif kepada semua pihak supaya benda-benda kecil yang bernilai tidak terlepas pandang.
Fiqh kewargenegaraan dan Islam madani pula disusun di dalam bahagian keempat. Tidak banyak yang difokuskan di dalam bahagian ini. Hanya menyentuh fiqh kewarganegaraan , konsep tamadun dari sudut perlembagaan Madinah dan realiti di Malaysia. Di akhir bahagian ini, penulis menekankan konsep perlembagaan di Malaysia perlu diadaptasi dari perlembagaan Madinah.
Menyentuh pada bahagian kelima pula, ia berkisar mengenai politik semasa dan Islam Madani. Di sini beliau mengatakan sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin hatta ulama, ia boleh dikritik kerana mereka(ulama) bukan maksum. Namun, penulis tidak menolak semua, mereka(ulama) perlu ada dalam pemerintahan kerana mereka mempunyai ilmu shariah – perlu ada supaya pemerintahan tidak terkeluar dalam rangka Tawhid. Ia lebih baik jika pemimpin(baca: yang bukan ulama) itu sendiri ada ilmu tentang shariah. Jika diluaskan, pemimpin tidak semestinya dari ulama tetapi golongan mahir juga boleh menjadi pemimpin asalkan ia dalam kerangka Tawhid. Perkara ini diketengahkan oleh penulis dalam perbincangan mengenai gerakan Islam dalam dan luar negara. Unsur kronisme dan nepotisme perlu dijauhkan dalam mencari pemimpin. Dalam beberapa hal, diceritakan juga mengenai gerakan-gerakan reformis Islam melawan tradisionalis, penceritaan tentang al-Kawakibi, golongan elitis kerajaan Uthmaniah, Jabariah poilitik dan faktor-faktor kemunduran Islam. Beliau menyarankan agar pembaca membaca karya al-Kawakibi iaitu Ummul Qura’. Beliau juga membandingkan terma ‘angry young men’ dalam teater Look Back In Anger 1956 dengan keadaan semasa anak muda di Malaysia. Beliau tegas mengkritik takliq talak di dalm politik Islam. Dan mengharapakan politik matang dan syumul.Beliau juga mempersoalkan apakah ada wujud undang-undang Islam untuk rakyat dan orang-orang besar sehingga mewujudkan ketidaksamarataan – dwi-standard.
Bahagian terakhir pula mengenai pendidikan dan Islam madani. Bahagian ini lebih kepada penumpuan kepada anak-anak muda. Dari segi pendidikan, sosial, pertumbuhan dan masa depan anak-anak tersebut.
Di bahagian ini juga, penulis menceritakan pengalaman beliau ketika belajar di UK. Dan bagaimana beliau melihat serta membandingkan suasana politik di negara UK dan Malaysia. Ia sangat ketara jika hendak dibandingkan dengan suasana politik UK yang jauh lebih matang berbanding Malaysia. Beliau juga meluahkan perasaan kecewa terhadap segelintir pelajar Malaysia yang tidak mahu belajar, cara bagaimana mereka mempraktikkan politik matang di sana. Kaedah husting yang digunapakai membolehkan rakyat menyoal kepada bakal pemimpin mereka – apa yang hendak dibawa oleh sang pemimpin. Namun, segelintir pelajar kita yang sering menyatakan 1001 alasan bahawa mereka tidak ‘mampu’ pergi amatlah merugikan.
Jadi, secara keseluruhannya buku ini sarat dengan idea-idea baru dan ia amat baik jika para agamawan membacanya. Walaupun buku ini menyelitkan beberapa perkara sama dalam bab-bab yang terdahulu, ia tidak menghalang penulis dalam menyampaikan mesej beliau kepada pembaca. Buku ini tidaklah terlalu tebal yang boleh mengambil masa untuk membacanya. Hanya perlu konsisten dan fokus.
Sebuah buku yang amat BERNAS oleh Dr Maszlee Malik! 👏👏👏
Saya sangat teruja ketika membaca buku ini kerana akhirnya ia menjawab persoalan yang sering bermain di fikiran saya - sebagai seorang muslim, bagaimana harus kita bersikap dalam mendepani politik kenegaraan.
Di dalam buku ini, Dr Maszlee bermula dengan menyatakan bahawa umat Islam cenderung untuk tertumpu kepada perbincangan hadith yang berkaitan dengan hukum-hakam sehingga kelihatan Islam itu hanya berkisar tentang halal dan haram sahaja.
Hakikatnya, ada banyak lagi hadith yang membawa mesej kemanusiaan dan lebih universal; yang sesuai dan bermanfaat buat umat Islam, bahkan buat manusia seluruhnya.
Maka dalam buku ini, Dr Maszlee menyarankan agar para ulama'/ilmuwan Islam membawa masyarakat melihat sisi kedua ini dan seterusnya berpolitik dan mentadbir negara dalam kerangka tersebut. .l Tugas kita bukan semata-mata berjuang untuk menegakkan undang-undang Islam secara literal tetapi yang lebih utama adalah untuk menegakkan prinsip-prinsip Islam bagi mencapai objektif sesuatu syariat itu diperintahkan (maqasid syariah).
Dalam buku ini, pembaca diperkenalkan dengan konsep 'fiqh kewarganegaraan' yang memberi solusi kepada umat Islam bagaimana untuk hidup dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia dengan menjamin hak yang sama kepada semua warga tanpa mengira agama dan bangsa.
"Realiti hari ini, kewarganegaraan bukan lagi dinilai melalui agama seseorang individu, tetapi kepada kerakyatan dan juga kesetiaan mereka kepada geografi berdaulat yang mereka tinggal.
Setiap individu yang menjadi warga kepada sesebuah negara moden mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama dengan warga-warga lain selaras dengan tuntutan kerakyatan mereka." (Dr Maszlee Malik)
Inilah semangat yang dibawa dalam Piagam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW.
Kesimpulan: Bacaan membuka mata. Wajar dihadam oleh ahli-ahli 'gerakan Islam' dan "pejuang negara Islam" agar tidak sempit dalam penafsiran tuntutan bernegara menurut acuan Islam yang sebenarnya.
As a new beginner membaca buku non-fiction dan menyentuh political view dari sudut pandangan islamik, boleh saya katakan sangat cukup memuaskan hati saya. Setiap sudut pandangan dan kajian dari penulis sangat mudah difahami dan dihadamkan. Setiap baris perkataan juga dijelaskan dengan mudah, contohnya ayat bahasa arab yang digunakan disediakan maksudnya sekali supaya tak membuatkan penulis tertanya-tanya.
Orkes Masyarakat Manusiawi juga cuba membawa pembaca untuk melihat islam yang bukan sekadar mengenai hukum hakam tetapi secara syumul. Dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan semuanya. Islam sebagai rahmat sekalian alam. Buku ini juga dapat membuatkan pembaca mematahkan tanggapan bahawa Islam itu bukan agama yang rigid, terlalu mengongkong, terlalu keras untuk diikuti. Buku ini menidakkan semua tanggapan serong betapa kemas dan meliputinya islam, nikmatnya iman islam terus dari kelahiran kita.
Selain itu juga, Fiqh Muwatanah yang pertama kali saya dengar juga bagi saya patut untuk diketahui dan diketengahkan supaya masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama dapat disepakati bersama.
Paling menarik boleh saya katakan tentang buku ini, apabila penulis dapat memberi solusi dan hikmah dari apa berlaku dalam dunia sosio-politik. Berbeza dengan apa kita lihat di kaca televisyen. Dari sudut pandangan islam itu syumuliah dan sejarah itu patut dijadikan sandaran panduan buat kita umat terakhir. Bagi saya, buku ini sangat digalakkan untuk dijadikan permulaan rujukan dan permulaan untuk beginner yang ingin mengetahui duduk satu perkara sebenar berlaku di negara kita.
Saya membaca buku ini kerana cerita tentang penulisnya sedang 'hype' sehari dua ini. Buku ini adalah himpunan artikel bersifat separa akademik. Penulisannya teliti, bahasanya mudah, isinya padat, penyampaiannya terperinci, rujukannya 'credible', alirannya tersusun dan gayanya elegan.
Buku ini dimukadimahkan dengan "agama adalah candu kepada masyarakat", penulis menyorot sejarah bagaimana agama digunakan oleh para penguasa untuk menjinakkan golongan marhaen. Satu permulaan yang baik untuk penulis mengorak kepada isu-isu lain yang bakal dikupas. Secara keseluruhannya penulis mengimpikan satu masyarakat madani, dari sudut pandang Islam madani. Ciri masyarakat Islam madani yang dicadangkan penulis adalah berdasarkan metod yang dibawa oleh hadis-hadis Nabawi. Pelbagai dimensi madani yang disentuh penulis, terutama isu kemasyarakatan yang melibatkan kepalbagaian bangsa dan agama, politik semasa, orang muda dan pendidikan termasuk sekolah dan universiti.
Saranan dan impian penulis amat rasional sekali, tidak terlalu 'ambitious' dan tidak juga cuba untuk 'play safe', boleh sahaja diusahakan dan dicapai jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kesimpulannya saya tidak nampak sebarang cacat-cela di dalam proposal ini. Yang tinggal kini adalah perlaksanaannya sahaja dan saya kira inilah masa yang amat sesuai untuk saranan ini dilaksanakan, ketika penulis di tampuk kuasa.
KoKarya ini membawa manusia terutamanya muslim untuk menyedari tentang kesyumulan Islam yang bukan hanya tertakluk kepada hukum hakam dalam kehidupan sahaja. Antara lain yang disentuh oleh penulis adalah tentang kepentingan asatizah untuk menjadikan masyarakat lebih mesra dalam agama dan mengeluarkan mereka daripada kerangka taasub dan jumud. Penulis juga menekankan tentang kepentingan para ulama dalam sektor pemerintahan zaman kini sebagai suara rakyat kepada pemimpin. Disentuh juga tentang fiqh muwatonah (fiqh kenegaraan) dari segi sejarah merujuk kepada Sahifah Madinah. Serta peranan pendidikan dalam membentuk jati diri warga negara.
Pada saya, apa yang dicari daripada sebuah karya non fiction ada di sini. Penulis menunjukkan tentang keluasan pembacaan dan ilmunya dengan menyentuh tentang perkara yang sedang berlaku sambil mengaitkannya dengan fakta fakta sejarah sedia ada tanpa melupakan untuk menyertakan rujukan beliau.
Kelebihan buku ini terletak pada penyampaiannya yang mudah difahami sesuai buat para belia untuk lebih mendalami ilmu Islam yang lebih meluas lagi dan membuka mata mereka tentang agama itu sendiri.
Masyarakat madani, mungkin bukan perkara baru bagi sesetengah orang, tapi ia boleh dikatakan baru buatku.
Buku ini mengisahkan tentang pengharapan seorang warga, seorang pendidik, salah seorang ibu bapa kepada generasi yang akan datang. Pengharapan kearah masyarakat madani.
Sebagai pelajar aliran Fiqh & Usul alFiqh, aku terkesan sewaktu Dr mengisahkan mengenai metod pemahaman terhadap hadith yang perlu dipandang dari sudut kemanusiaan. Kerana mahkum a'laih ialah mukallaf, yg berubah, yg berperasaan, yg tidak statik. Amat salah untuk kita lari dari mengambil berat isu2 kemanusiaan yang timbul. Namun, tetap, isu2 itu patut dipandang dari sudut Islam.
Dr. Maszlee.. Siapa yang tidak kenal beliau. Seorang murabbi, juga seorang pengkritik yang tegas di dalam bicaranya.
Disarankan buat: Mereka yg berjinak2 menapak memahami erti intelektual yang sebenar di dalam masyarakat. 💓
My biggest takeaway from the book is the importance of individual empowerment / pemberdayaan rakyat / pembinaan individu for us to restore kesejahteraan, keadilan dan progress ke hadapan sesuatu bangsa masyarakat / negara. The book does not only shed some lights on the importance, but also it triggered me to want to be part of the effort to work on individual empowerment.
Also, I like how the author showed how syumul and comprehensive Islam is. Tak tertakluk pada do's and don't's sahaja, malah Islam sangat rahmah dalam memberi penyelesaian kepada masalah dalam isu sosiopolitik.
Not an easy read but definitely insightful. I am not familiar with most of terms and tokoh explained by Dr Maszlee, so need to do some google-ing, but overall, the idea/content is amazing.
Membaca buku ini benar-benar membuka minda sebagai seorang muslim akan peranannya terhadap masyarakat dan negara. Bagaimana seharusnya seorang muslim berperanan dan bertanggungjawab. Banyak isu dan permasalah yang disanggah oleh Dr Maszlee yang harapnya akan membuka mata para pembaca seterusnya membawa perubahan. Buku ini perlu dibaca berkali-kali untuk benar-benar menghadamnya.
buku ini memberi perbahasan yang baru dan definisi yang lebih segar untuk manusia itu mempraktikkan agamanya (Islam) ke dunia moden pada hari ini. Buku ini serba sedikit menjelaskan persoalan2 dan perbahasan yang timbul dari perspektif yanglebih holistik.
Rasa macam ditumbuk-tumbuk terutamanya bab teguran kepada asatizah. Sesungguhnya berada di tanah Sarawak ini memang memberi banyak ilmu dan pengalaman. Dan jika hendak dibandingkan konsep satu Malaysia, di sini kau akan temuinya lebih membumi. Bacalah, terutamanya yang jarang bergaul hehe
Banyak topik yang cuba diketengahkan oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia kita @maszlee dalam buku ini. Antaranya :
1) Keputusan oleh pemimpin yang hanya berpaksikan kepada hukum-hakam & tidak berpaksikan kepada rakyat.
Seperti yang terdapat dalam buku ini beliau ada bercerita tentang pembangunan di kota suci umat Islam iaitu Makkah yang kini kelihatan seperti sebuah bandar yang layaknya untuk golongan kaya sahaja & bukan lagi kota untuk semua umat Islam terutamanya pembangunan yang dapat dilihat melalui bangunan-bangunan yang kebanyakannya adalah untuk tujuan komersial sehingga berlakunya diskriminasi terhadap hak golongan rakyat biasa dan miskin. Namun apabila dipersoalkan, mereka hanya mampu memberi jawapan dari segi hukum-hakam agama sahaja tetapi tidak secara syumul seperti yang terkandung dalam buku ini dijawab mereka “ tiada dalil sama ada dalam al-Quran mahupun hadis sahih yang melarangnya (pembangunan sedemikian).
2) Tajuk yang paling relevan bagi masyarakat & para pemimpin pada hari ini (dan sepanjang zaman) iaitu para pemimpin tidak kebal daripada kritikan.
Setiap rakyat hendaklah sedar bahawa kita berhak untuk mengkritik dan bersuara. Bukan soal pemimpin sahaja, tonton filem sekalipun tiket yang dah dibeli, maka kita berhak untuk mengkritik filem tersebut dengan harapan industri perfileman kita dapat dimajukan dari segi semua aspek (banyak filem lokal yang bagus tapi masih tidak mendapat tempat dalam kalangan penonton tempatan entah apa yang mereka mahu). Sebagai contoh yang digunakan oleh Dr. Maszlee ialah Sayidina Abu Bakar pernah berkata “ Bantulah aku jika aku tersilap. Taatilah perintahku selagi aku taatkan Allah dan Rasul, dan tinggalkan aku jika aku tersasar “ Persoalannya mengapakah mengkritik dan berpolemik dianggap satu budaya yang membuang masa dan tenaga ? Adakah para pemimpin menganggap diri mereka maksum atau kita menganggap mereka sedemikian ?
Banyak lagi input yang telah diberikan oleh @maszlee dalam buku ini tapi saya berhenti setakat ini. Sila baca kalau rajin.
The title of the book, to me, is somehow quite unparallel to the content. This book generally dissects the significant values in the political sphere such as the humanity, justice and fairness. Even though the message of this book is quite direct-to-the-point, the readers are exposed to a brief timeline of political system and law in the Islamic history beginning from the 'Sahifah al-Madinah'.
A brief yet interesting comparative literatures are also introduced from Ibn Taimiyyah's al-Siyāsah al-Shar‘iyyah, al-Kawakibi's Umm al-Qurā, al-Mawardi's al-Ahkām al-Sultāniyah until Muhammad Abu Zahra's al-‘Alāqāt al-Dawliyah and Rachid Ghannouchi's al-Hurriyāt al-‘Ammah.
Buku ini merupakan satu manifesto yang cuba membawa wacana alternatif di Malaysia. Idea-idea yang dibentangkan bukanlah terlalu asli, tetapi ditulis dalam bahasa santai yang mudah difahami. Cuma kerana ianya lebih berupa manifesto, maka butiran programnya kurang jelas, dan memerlukan perincian lanjut.
Masalah utama dengan buku ini adalah suntingan, yang boleh diperbaiki dalam edisi terkemudian.
Satu penulisan yang patut dihebahkan kepada masyarakat umum terutamanya kepada siswa dan siswi yang ingin membangunkan kematangan pemikiran.
Idea idea yang diolah secara ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah untuk semua lapisan masyarakat hanya mengalami masalah penyuntingan yang kurang kemas yang perlu diperbaiki pada edisi yang dikemaskinikan.
buku yang ringkas tetapi menyentuh isu isu yang sangat relevan di Malaysia, berserta gagasan gagasan yang pernah dan sedang diaplikasikan dalam konteks masyarakat islam. sesuai untuk pemula yang mahu memahami konsep konsep dalam pemerintahan Islam, serta salah faham yang sering berlaku.