“Who Hijacked Islam”, tanya sebuah esei Anwar Ibrahim yang diterbitkan majalah Time.
Mungkin jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, “siapa yang mencilok agama?”.
Kata Syari’ati, cuma ada dua jenis agama di sini. Agama orang tertindas (Mustadh’afin/Oppressed), dan agama orang penindas (Mustakbirin/Oppressor). Kedua-duanya agama, tetapi mana satu agama yang dihentam Marx sebagai ‘opiate of the masses’ yang berperanan untuk mem-pacify-kan (baca: meng-hanana-kan) masyarakatnya, dan menjadi senjata kelas berkuasa (ruling class)?
Adakah agama perlu menjadi ‘addin wad daulah-agama dan Negara?’ kenapa agama perlu campurtangan terhadap urusan peribadi? Tak bolehkah agama menjadi suatu urusan personal masing-masing, seperti kata Malcolm X, ‘kita dipukul, kita dilanyak, bukan kerana agama kita (Islam atau Kristian), tetapi kerana warna kulit kita..,’
Ini adalah kumpulan tulisan Benz Ali yang pernah tersiar di Projek Dialog, nota nota di Facebook, yang diedit semula, dan diperkembangkan semula wawasannya.
Agak berbeza dengan Antithesis dan Anticoformity, buku ini lebih lengkap dan jitu.
Antithesis, bukunya sebelum ini itu adalah bersifat pemberitahuan. Anticonformity boleh dikatakan ialah penerangan kepada Antithesis.
Manakala buku ini pula adalah hujah, balasan, rujukan, tekunan yang dilakukan oleh penulis untuk menampakkan tulisannya lebih jitu.
Jika anda telah baca buku ini, maka anda boleh abaikan Antithesis dan Anticonformity. Walaupun buku ini adalah nota-nota dan status FB Benz, tapi ia telah dipanjangkan dan diberi nafas baru.
Sebenarnya 3 buah buku Benz ini merupakan isu yang berulang-ulang. Benz sebagaimana kita tahu pun, memang tulis dan angkay isu yang sama saja, iaitu isu kaum mustadh'afin. Walaupun sama, buku ini lebih memberi pemerangan yang kemas berbanding 2 buah buku pendek beliau.
Senang cerita macam ni la kalau ragu-ragu; buku ni terbitan GerakBudaya. Waktu aku beli buku ni, Benz ada sekali. Aku tanya dia macam mana dia boleh terbit buku dengan GerakBudaya. Dan dia cakap "buku ini panjang (bukan guna point-point). Dan baru aku teringat, GerakBudaya mana la terbit buku-buku yang pendek-pendek macam DuBook Press terbitkan (bukan ingin merendahkan DuBook, tapi hanya sekadar membuat perbezaan)
I have to admit that i don't know how to properly review a book like this. I do like this book and i agree with most of the writings. I only hope that the book cover will not turn off the non-Muslims or irreligious Muslims from approaching this book. I hope the more conservative Muslims will pick this book. We all need to be awake and read something uncomfortable once in a while.
Baca balik buku sendiri, tengok balik komen-komen orang dalam GoodReads, aku rasa buku Agama dan Hegemoni Negara belum cukup umph. Koleksi Puisi Masturbasi -walaupun pernah dikutuk orang secara berdepan bahawa Masturbasi tak ada teknik puisi yang betul- tetap lebih baik -mungkin 100 kali- lebih umph dari Agama dan Hegemoni Negara.
Ya benar, Agama dan Hegemoni Negara lebih esei sifatnya -aku lebih suka kaedah esei/puisi- bahkan jika novel pun, aku suka kaedah ini. Tetapi ia tetaplah tidak seharusnya mengurangkan kritikan terhadap buku ini. Banyak juga eseinya yang sudah tidak relevan lagi. Covernya juga tak cukup memuaskan, meskipun layout dalaman buku itu lebih teliti berbanding buku2 sebelum ini.
Ini komentar dari penulis buku sendiri.
xxx Bacaan sekali lagi di tahun 2020 (Tahun COVID-19) Esei-esei di awal agak ganas dan keras, tetapi masih cuba mencari fokus seperti pemerihalan tentang Kassim Ahmad, seterusnya tentang Ibn Rusyd. Esei-esei seterusnya di bahagian tengah kurang berfokus, melilau-lilau mencari arah, penggunaan kata ganti nama yang tak konsisten (buku ini adalah sebuah lagi buku penulis yang tidak mempunyai editor yang baik, kelemahan besar penerbitan buku di Malaysia, apatah lagi jika berbajet rendah atau Indie), ada isi yang bagus dalam kebanyakan esei, tetapi dipersembahkan dengan kurang baik dan kurang matang, seperti disebutkan sebelum ini, banyak esei di dalam buku ini terutama kritikan pada PAS sudah tidak relevan kerana PAS sudah pecah. Dan banyak idea politik dalam buku ini sudah berlainan dengan pegangan penulis sekarang. Esei-esei akhir lebih berfokus dan mensasarkan pada idea Kiri/Sosialisme Islam dan pembacaan ulang pada Jesus.
Terima kasih kepada sesiapa yang membeli, membaca, berwacana dan mengkritiknya :)
"Kau baca buku Benz?" Soalan daripada seorang kenalan sambil senyum diwajahnya berbasi basi.
Aku tak peduli pun apa kawan2 aku sebut pasal penulis buku ni. Aku akui Benz Ali banyak utarakan kritikan pedas terhadap agama/agamawan. Tetapi kebanyakan kritikan yang dilontarkan adalah untuk menjadikan agama itu tidak kaku, dipergunakan, dipermainkan authoritarian and so called ulama'. Aku banyak menyokong isi buku ini. Aku galakkan geng geng aku yang konservatif baca tulisan2 sebegini. Supaya kita tidak menjadi golongan yang 'mematikan' agama, malah sebagai penggerak.
(Ini cuma komentar picisan aku terhadap sebahagian, banyak lagi topik lain yang kau boleh baca dalam buku ni)
Syabas kepada penulis. Nukilan yang menarik daripada karya yang sebelum ini iaitu Antithesis dan Anticonformity. Pemasalahan isu-isu semasa yang sewajarnya diambil berat oleh golongan agama kita di Malaysia. Walaupun ada beberapa isu yang bagi saya ramai golongan agama tidak akan bersetuju. Tetapi ianya haruslah dikaji dan diteliti dengan sebaiknya. Bagus untuk dibaca bagi golongan muda yang mencari pencerahan agama dari sekadar hanya menjadi menganut agama ikut-ikutan (tajdid buta). Tahniah kepada penulis.
Pertama sekali, syabas kepada penulis kerana akhirnya berjaya menulis sebuah buku yang serius, bukan lagi sekadar luahan pendapat di dinding FB. Ya, sememangnya apa yang dibincangkan dalam buku ini ialah tema yang sama, yang sering dibicarakan oleh penulis.
Penulis mungkin selalu dianggap rebel, tapi, rebelnya ada isi. Apa yang diperkatakan ada rujukan. Walaupun agak lari daripada arus perdana (mainstream), bagiku, ini pentingnya kesedaran. Kritik penulis terhadap pengamalan agama di negara kita, walaupun bahasanya kasar dan sudah tentulah orang dikritik akan sakit hati, tapi apa yang dikritiknya ada asas. Aku termenung seketika selepas membaca satu bab dalam buku ini, surat buat saudara yang murtad. Pahit.
Walaubagaimanapun, aku suka kritik filem dan lagu dalam buku ini. Mungkin kerana lebih santai untuk dibaca. Filem yang dikritik ialah Bajrangi Bhaijaan, PK, Noah & God's Not Dead. Lagu yang dikupas pula ialah lagu Fynn Jamal, Tahu.
Akhirnya, aku rasa buku ini seakan-akan ingin menyatakan, Agama akan mati kalau terus kekal rigid dan statik, jika tidak dikritik langsung. Secara peribadi, aku mempunyai pandangan yang berlainan terhadap agama, tidak seperti penulis tapi bacaan ini sekadar untuk mengetahui perbezaan pendapat/hujah penulis dengan lebih serius.
Aku sebenarnya belum matang dalam memberi komen untuk naskah yang agak berat ini. Bacaan aku pun belum banyak jika nak dibandingkan dengan penulis yang mempunyai minda kritikal kritis terhadap masalah dalam politik, masyarakat dan negara.
Orang kita kebanyakannya hanyut dalam arus keselasaan di mana mudah sekali untuk dimanipulasi, dan mudah sekali untuk tenggelam dalam arus itu. Maka Benz datang dengan makalahnya sendiri, melawan arus arus yang ada supaya dapat menyedarkan mangsa mangsa yang lemas, yang kadang kadang tidak sedar dibawa arus yang membawa ke lembah jahanam.
Benz datang untuk melawan, tetapi bukan semua aku/kita/kau patut setuju. Ada betulnya, ada salahnya. Ya lah, seperti apa yang diharap dan ditekan oleh dia, kita bebas mengkritik dan kita bebas untuk bersetuju untuk tidak besetuju.
Tetapi, jika kau jenis lembik, bapok, tak tahan maki, sikit sikit nak kafirkan orang, tegur sikit tak boleh, kau sorang je nak betul, malas berfikir dan mencari, suka jadi penjilat, aku bagi amaran tak payah lah baca buku dia.
Buku ini bukan buku cinta pukul 7 manja manja alah. Takda maknanya kalau nak relaks relaks baca buku ni.
Buku tulisan Benz Ali yang pertama aku beli dan baca. Kemudian, baru aku beli dan baca Antithesis.
Jujurnya, buku ini adalah yang terbaik dari Benz.
Isi-isinya walaupun berulang dari yang sebelumnya, kali ini lebih padu dan padat. Lebih terserlah inti-inti dan penghujahannya.
Pembaca lebih senang untuk hadam dan faham isi-isi dari buku ini berbanding Antithesis dan Anticonformity.
Cuma, untuk selepas ini, rasanya Benz dah tak perlu lagi keluarkan buku yang berkongsi tema seperti ini, yang mana hanya menghimpunkan status-status FB sahaja.
Aku sokong kalau Benz tulis dalam nada yang sama, kapasiti yang sama, cuma mungkin dengan pendekatan yang sedikit lain.
Idea yang mungkin lebih segar, yang boleh didapati dengan hanya kita membeli buku beliau.
Buku pertama benz yang ditelaah setelah sekian lama di perap. Pertama kali ambil tahu Benz masa video dia yang tular di Lepak Maqasid. Banyak suara sumbang pada masa tu mengatakan benz "sesat", "sekular", "syiah".
Buku ini sangat Syariati, sangat Qutb.
Mungkin Benz tak beragama seperti yang mengata Benz macam kat atas, tapi Benz dalam buku ini sangat "Bertuhan". Anda yang seperti mana? Beragama tapi tak Bertuhan atau sebaliknya?