Jump to ratings and reviews
Rate this book

Filsuf Untuk Noob

Rate this book
Dari Augustine, Ibn Sina sampai Al Ghazali. Dari Descartes sampai Hume. Dari Kant sampai Hegel. Dari Schopenhauer sampai Kierkergaard. Dari Sokrates sampai Nietzsche, semuanya diterangkan dalam bahasa yang paling mudah, bahasa orang muda untuk budak noob falsafah macam kau.

Tapi jangan risau, Dayang Sifar kini mengaji dalam bidang Falsafah di University of Lauven, Belgium (salah sebuah Universiti Top 30 dalam bidang Falsafah).

Bak kata Al-Ghazali dalam kitab Al-Jawahir AlQuran;
"Kalau yang berjalan tepi laut, takkan kau tak ingin menyelam kedalamnya, melihat apa khazanah di dasarnya? Takkan kau tak ingin berlayar dan meneroka pulau-pulaunya? Puas sajakah kau hanya berjalan meniti air di pantai?"

161 pages, Paperback

Published January 1, 2016

15 people are currently reading
73 people want to read

About the author

Dayang Sifar

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (27%)
4 stars
53 (49%)
3 stars
25 (23%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for farahxreads.
709 reviews262 followers
June 3, 2016
4.5 bintang untuk Filsuf untuk Noob tulisan Dayang Sifar.

"Ilmu falsafah merupakan satu kunci bagi membuka pintu khazanah segala ilmu yang mampu diketahui."

Saya suka usaha ini. Rasanya ini adalah buku ringkasan pertama tentang idea idea falsafah di dalam bahasa Melayu. Sangat bagus untuk mereka yang mula berjinak jinak dengan falsafah!

Saya suka cara penyampaian penulis yang santai dan seolah olah berbicara terus dengan kita. Pujian juga keatas penulis kerana berjaya menyusun garis masa daripada zaman Sokrates sehingga zaman Falsafah Moden dengan baik sekali.

Buku ini walaupun tidak komprehensif (iyalah, nama pun ringkasan/pengenalan hehe), tetapi ia amat baik untuk mereka yang mahu berjinak jinak dengan falsafah. Recommended for all!
Profile Image for Raiha.
Author 11 books97 followers
May 4, 2016
Ini merupakan percubaan pengenalan falsafah 'pop' yang berjaya sepertimana dikehendaki Dayang Sifar. Daripada dasar permulaan yang membawa kepada perkenalan para 'Sophist' di Tamadun Yunani 500SM, zaman pra sokratik, seterusnya tokoh-tokoh wajib Socrates, Plato dan Aristotle.

Naskah bergerak mengikut susur masa dan memilih tokoh-tokoh falsafah terbaik dengan justifikasi yang dipermudahkan, sesuai amat untuk noob. Namun tidak bersifat definitif kerana Dayang juga mengikut teknik pengajaran Socrates sendiri yang membenarkan huraian/argumen di kalangan pembacanya selepas meletakkan dasar-dasar falsafahnya. Pembaca harus mencari sendiri dengan membaca karya-karya besar setiap sosok bermakna buku ini cuma akarnya.

Seenteng mana pun justifikasi dan diberikan di dalam naskah ini, tidak bermakna kita boleh membacanya bersama muzik keras Nirvana. Masih memerlukan kosentrasi yang tinggi. Harap ada jilid-jilid lain yang diterbitkan mengiringi penerbitan ini.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
125 reviews23 followers
May 14, 2016
Buku falsafah dengan gaya penulisan 'pop' ini umpama sebiji benih yang ditanam di pemikiran sesiapa yang membacanya. Sesuai untuk permulaan orang yang 'noob' tentang falsafah. Dayang Sifar mengemukakan ahli falsafah yang terkemuka -Plato, Sokrates, Hegel, Kierkegaard, Ibn Sina, Nietzsche (sekadar menyebut beberapa) berserta dengan penerangan dan alegori yang ringkas serta mudah difahami (yalah, untuk 'noob' kan). Namun, tidak bererti anda hanya boleh buka buku ini sekali atau boleh baca tanpa fokus...

Positifnya, buku ini membuka jalan untuk anda untuk menerokai dunia falsafah dengan lebih mendalam. Oleh itu, untuk jadikan benih itu bercambah dan tumbuh seperti pohon yang segar bugar, anda perlu lebih banyak membaca buku-buku falsafah (seperti yang dinyatakan di bibliografi/sumber penulis), pergi ke kelas, kuliah, diskusi untuk lebih memahami dengan lebih tuntas ilmu falsafah daripada pelbagai orang yang mahir.
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
October 28, 2016
Cukup padat, ringkas dan menarik. Kagum dengan usaha penulis untuk memudahkan pemahaman pembaca mengenai falsafah barat dan tokoh-tokoh terlibat. Gaya penulisan yang sangat santai, menepati selera dan laras bahasa anak muda. Agak bersetuju dengan pandangan penulis bahawa bahan bacaan falsafah di dalam Bahasa Melayu terutamanya amat sukar didapati di pasaran dan kalau ada pun, hanyalah makalah akademik yang agak sukar untuk difahami.
Profile Image for Haris Murshidi.
22 reviews2 followers
November 6, 2016
Dengan kesibukan dan keletihan yang menimpa sejak kebelakangan ni, agak ajaib juga dapat menghabiskan buku nipis ini dalam masa beberapa hari saja.

Walaupun sudah pernah membaca beberapa artikel falsafah yang agak berat perbahasannya sebelum ini, buku tulisan Dayang Sifar ini adalah berupa buku pengenalan falsafah bersifat "pop" pertama yang saya baca. And it's surprisingly good.

Cara penceritaan penulis yang seakan-akan membawa kita menaiki sebuah mesin masa untuk kembali melawat zaman-zaman penting ledakan dunia falsafah, ternyata cubaan yang sangat berhasil.

Isi kandungan buku juga tidaklah terlalu berat dan sesuai untuk pemula (well this is subjective, it's depends actually). Harap-harapnya akan ada lagi karya-karya seterusnya dari penulis ini.
Profile Image for Benz.
Author 20 books103 followers
December 3, 2018
Juga buku falsafah untuk pemula, yang baik untuk dibaca. Walaupun nampaknya lebih berat sedikit berbanding buku Kisah 25 Filsuf Barat. Penulis bergantung penuh pada teks, tidak begitu banyak berlawak, walaupun nampak agak struggle - aku sendiri pun mengambil masa yang lama untuk menelaahnya.

Apapun, buku-buku begini -bersifat pemula/pengenalan/ringkasan, haruslah diperbanyak walau apa sekalipun alasan/cemuhan. Tiada jalan lain lagi untuk memandaikan anak bangsa kita supaya celik huruf terhadap hal-hal yang rumit seperti falsafah dll.

Kalau tidak mudah faham, bacalah berkali-kali. Mudah-mudahan yang susah akan jadi mudah. Boleh juga guna video Youtube untuk cari penerangan tentang sesuatu tajuk/topik/tokoh.
Profile Image for Nabilah.
274 reviews50 followers
May 21, 2016
Very casual approach to philosophy meant for Malay readers who know zero about philosophy. This book succeeds at that. But, I was hoping it to be lyrical and thoughtful like Will Durant's The Story of Philosophy. The latter is also thicker and more comprehensive. Both books share the same purpose which is to introduce philosophy to beginners.
My another disappointments is its thinness. It has only 160 pages. I feel the author should expand more or include more philosophers.
Profile Image for Nur Fikri.
35 reviews1 follower
January 22, 2017
Filsuf untuk Noob.
Setahu aku buku ini merupakan buku pertama di Malaysia yang membentangkan sejarah perjalanan falsafah secara bersahaja. (Sebelum terbitnya sebuah kisah 25 Filsuf barat oleh Mat Luthfi baru-baru ini)
Penulis buku ini, Dayang sifar adalah seorang graduan di dalam bidang biologi dan Geologi, yang kini sedang melanjutkan pengajianya dalam bidang falsafah. DS terinspirasi dengan buku-buku bertemakan falsafah yang penyampaian secara santai seperti "Plato and Platypus, Walk into a Bar", " Heidegger and a Hippo Walk Through Those Pearly Gates" dan "The Cartoon Introduction to Philosophy".
Bagi aku, Dayang Sifar (DS) juga telah berjaya mencairkan idea-idea berat supaya dapat diteguk dengan mudah bagi para pembacanya.
Ya, kalau kau baca buku ini, ia bukanlah seperti buku akademik yang berintikan ilmu falsafah yang kau sering menganggap ia adalah satu ilmu yang berat, seberat beg kau yang digalas untuk pergi ke sekolah ketika dahulu.
DS sendiri mengakui tujuannya menulis buku ini bukan untuk mempersembahkannya secara akademik yang menjadi autoriti dalam sejarah falsafah tetapi secara santai agar mudah difahami.
Selain itu, buku ini bertujuan menambahkan bilangan bahan bacaan dalam bidang falsafah yang kian tandus dalam negara ini.
DS membawa pembacanya menaiki kapal pengembara masa ke zaman seawal zaman Pra-Socrates yakni masa sebelum diturunkan agama Samawi yang paling ramai penganutnya hari ini iaitu Kristian. Di zaman awal ini, para ahli falsafah berbalas hujah untuk mencari apa itu aarkhe [1]. Antara ahli falsafah terawal ialah Thales dari Miletus, Heraclitus, Anaximenes dan Parmenides yang cuba merungkai apa asas/sumber aslinya.
DS juga membawa kita berjumpa dengan Socrates, tokoh termahsyur dalam dunia falsafah sehinggakan dijadikan penanda ("benchmark") masa zaman sebelum dan selepasnya.
Apa yang "power" sangat Socrates ni?
Untuk mengetahuinya, silalah baca buku ini. Haha..
Anak murid terkenal Socrates, Plato mengembangkan lagi idea-idea Socrates di samping menggagaskan sendiri falsafahnya. Kita kenal dan tahu Socrates banyaknya melalui tulisan-tulisan Plato seperti Phaedo,Crito, Apology, Republic dan sebagainya walaupun tidak dinafikan ada juga penulis lain yang menulis berkenaan Socrates seperti Xenophon.
Kemudian timbul pula Aristotle, anak murid terulung Plato. Aristotle walaupun lama bertalaqqi dengan Plato namun dia tidak bersetuju dengan falsafah gurunya itu, lalu bangkit melakar sendiri falsafahnya. Ada teori berkenaan mereka bertiga ini. Ada yang mengatakan Socrates itu Luqman al-Hakim yang di sebut di dalam al-Quran, dan juga teori kenabian Plato dan Aristotle.
Selepas zaman Yunani, kita beralih pula ke zaman falsafah Islam. Dalam dunia Islam, nama Ibnu Sina tidak dapat dinafikan lagi sangat mahsyur. Dulu mungkin kita hanya kenal beliau sebagai seorang pakar perubatan namun sebelum beliau terjebak dalam perubatan, bidang falsafah telah diselami dahulu oleh beliau. Beliau yang juga merupakan seorang "polymath" yang ditelah dikafirkan oleh Imam al-Ghazali terhadap konsep falsafahnya dalam beberapa perkara.
Bagi pendapat aku, aku bersetuju jika kita percaya bahawasanya ahli-ahli falsafah Islamlah yang menjadi jambatan dan pencetus idea-idea dalam membentuk falsafah Barat bermula seawal zaman Descartes, St Anselm, Thomas Aquinas, dan sebagainya.
Setelah wujudnya dua mazhab epistemologi yang besar iaitu Rasionalis dan Empiris, Immanuel Kant muncul cuba untuk mensintesiskan kedua-dua mazhab ini.
Seterusnya datang pula Hegel yang pemikirannya sedikit sebanyak mempengaruhi Karl Marx (ahli falsafah/pemikir paling berpengaruh/terkenal)
Cukuplah aku berhenti pelayaran resensi ini pada Karl Marx walaupun DS meletakkan Nietzsche sebagai tokoh falsafah terakhir dalam bukunya.
Ilmu falsafah merupakan satu kunci bagi membuka pintu khazanah segala ilmu yang mampu diketahui insan.
Berfalsafah-lah untuk mengenal Tuhan dan menolong insan bukan menafikan Tuhan sehingga alpa diri itu hanya seorang insan.
Allahua'lam.
Nota kaki :
[1] Aarkhe ialah perkataan Yunani yang bererti sesuatu yang terawal. Mudahnya, asas/sumber yang termula
Profile Image for ainunsailah.
88 reviews15 followers
May 14, 2017
Dan akhirnya, berakhirlah pengembaraan falsafah aku dengan Dayang Sifar.

Tahniah penulis. Tahniah dan terima kasih atas usaha menerangkan falsafah dengan seringkas mungkin untuk noob macam aku. Ada pepatah kata, kau takkan dikira benar-benar memahami sesuatu sehinggalah kau mampu meringkaskannya. Lebih kurang macam tu. Jadi, Dayang Sifar dah buktikannya.

Walaupun meringkaskan falsafah seakan satu kerja gila. Penulis berjaya melakukan kerja gila ini dengan baik. Serius. Suka dengan gaya penulisan santai.

Sebagai seorang aku yang tak begitu minat dengan bidang falsafah, tetapi melihat kepentingan untuk aku ada pengetahuan asas mengenai bidang ini, buku ini memang permulaan yang baik.

Dan lepas ni, bila kau baca buku yang tulis pasal Nietzsche, atau lain-lain tidaklah kau terlalu noob sangat. Sekurangnya kau tahu, apa idea utama ahli falsafah ini bawa.

Tahniah. Dan memang semua orang kena baca buku ni. Bagi aku lah.
Profile Image for Nur Elvina.
67 reviews20 followers
May 27, 2018
Ini buku 'pop' falsafah kedua aku baca selepas buku Kisah 25 Filsuf Barat.

Kalau Mat Luthfi membebel pasal 25 orang falsafah barat dan ada sesetengah yang katakan yang penulisnya adalah terjemahan daripada sebuah buku falsafah Bahasa Inggeris, penulisan Dayang Sifar pulak mencerminkan latar belakang beliau sebagai pelajar bidang falsafah.

Bayangkanlah, kau duduk dalam mesin masa Doraemon pastu sambil-sambil Doraemon introduce kat penumpang mesin tu pasal tokoh-tokoh falsafah ikut garis masa, dari zaman pra-sokratik sehinggalah zaman falsafah moden dan turut diselitkan juga dengan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Ghazali. Dayang Sifar menulis macam dia tengah berborak minum kopi dengan kau😄

Cukup kalau aku simpulkan buku ini ringkas tapi padat untuk pemula mengenali apa itu falsafah.

3🌟/5
Profile Image for Affan Yunus.
100 reviews2 followers
March 4, 2021
Bacaan falsafah yang ringan dan sesuai untuk org awam membacanya. Penulis sehabis baik menerangkan setiap pemikiran filsuf dengan ayat yg mudah dan ringkas supaya ianya difahami oleh pembaca. Penulisannya adalah santai serta penerangan yang jelas. Satu usaha yg baik dari penulis👍🏼
Profile Image for Norziati.
Author 9 books83 followers
July 31, 2016
Bukan mudah untuk meringkaskan sebuah idea yang besar dalam bahasa yang mudah bagi bacaan umum. Perbahasan dalam bidang falsafah misalnya terangkum dalam pelbagai cabang yang telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu. Namun itulah yang cuba diusahakan oleh Dayang Sifar dalam ‘mewujudkan sebuah bacaan yang bersifat pengenalan kepada falsafah barat’ (hal. 11) Meskipun awalnya beliau juga ragu-ragu bagaimana memuatkan falsafah Barat ke dalam buku setebal 161 halaman ini, sebenarya telah ada karya sedemikian ditulis dalam pelbagai bahasa lain. Oleh itu bukanlah mustahil untuk menghasilkan buku seumpamanya dalam bahasa Melayu.

Filsuf Untuk Noob merangkumi pandangan para pemikir tentang falsafah sejak dari zaman Sokrates hingga ke zaman falsafah moden. Dalam perjalanan ribuan tahun ini, beliau mengakui perlu menggugurkan sebanyak mungkin nama-nama yang ada dalam wacana falsafah dan hanya memfokuskan kepada falsafah Barat. Sebanyak 15 nama pemikir besar falsafah diberikan ruang dalam buku ini dengan satu bab khusus terhadap tokoh-tokoh pra-Sokratik yang menjadi pencetus kepada bidang falsafah.

Buku ini boleh dianggap kepada permulaan kepada sebuah bacaan yang lebih luas dalam usaha mendalami bidang falsafah yang kompleks dan terbuka. Namun Dayang Sifar sendiri menyarankan agar pembaca membuat bacaan lanjut khususnya kepada sumber primer tokoh-tokoh terbabit bagi memahami dengan lebih baik. Beliau telah berusaha agar tidak berlaku berat sebelah terhadap mana-mana tokoh, namun beliau juga khuatir jika ada unsur-unsur prejudis hasil dari pengamatannya, sementelahan bidang falsafah itu sendiri amat luas dan besar.
Profile Image for Juliyana Junaidi.
28 reviews9 followers
May 14, 2016
Aku suka dengan pendekatan penulis dimana beliau menggunakan bahasa santai dalam mengolah dan meringkaskan ideologi filsuf-filsuf ini. Sesuai dengan tajuknya 'filsuf untul noob', buku ini berjaya membuatkan aku faham seni falsafah kerana aku hampir langsung tiada asas pengetahuan falsafah kecuali sedikit. Nama-nama ahli filsuf yg ada dlm buku ni memanglah familiar bagiku tapi mugkin aku mengenali mereka berkenaan argumen2 mereka yg asas sahaja.
Tinggi harapan aku utk kalian cuba membaca buku ini.
Profile Image for SuhailShukri.
8 reviews3 followers
May 11, 2016
Mudah, santai dan ringkas.

Aku kira buku ini bahan bacaan yang telah meringkaskan pengenalan terhadap tokoh falsafah dan pemikirannya, dengan gaya penulisan 'pop'. Pembaca dibawa merentas masa mengikut 'timeline' daripada zaman Socrates hingga Nietzsche. Sesuai dengan tajuknya, buku ini aku 'rekemen' untuk yang noob tapi berminat nak tahu tentang perkembangan ilmu falsafah melalui tokohnya.
Profile Image for Zaghol .
1,107 reviews
May 28, 2024
Percubaan penulis untuk menyampaikan ilmu falsafah dalam bahasa mudah atau dalam gaya penulisan pop bagi aku agak kurang menjadi. Ya, tulisannya memang difahami, memang ada penulis cuba bagi perumpamaan mudah untuk kita faham tapi agak sukar untuk difahami terutama sekali bab Hegel, penulis berusaha untuk memahamkan aku, aku faham usaha dan perasaan penulis, tapi mungkin aku kena ulang baca atau buat bacaan tambahan di internet untuk lebih faham. Aku rasa buku Kisah 25 Filsuf Barat adalah yang paling berjaya menyampaikan falsafah dalam bentuk mudah, mungkin faktor penulis dia Mat Luthfi yang lucu jadi tambahan lawak2 dia amat membantu.

Untuk apa belajar tentang falsafah ni? Aku dah baca 2-3 buku pasal pengenalan falsafah, untuk memuaskan perasaan ingin tahu aku dan mungkin aku boleh jadikan modal sembang kedai kopi sebab mesti orang kampung bangga aku tabur nama Socrates, Plato, Kierkegaard dan Nietzsche sambil menghirup teh tarik dan seketul karipap bersama Pak Meon yang singgah mengopi dulu sebelum pergi berpeluh di kebunnya.

Entahlah, memang seronok baca tentang macam mana ahli2 falsafah ni berfikir sampai luar planet, rasa kagum. Cuma dalam buku ni juga sebut pasal Schopenhauer dan Karl Max yang kritik falsafah yang katanya tak memberi manfaat pada manusia pun, syok2 sendiri acah2 fikir mendalam. Padahal kena hidup macam biasa jugak, kena bangun pagi, mandi, pergi kerja, balik tidur dan ulang untuk baki hayat kita selamanya. Baru2 ni ada ustaz ceramah di masjid aku, dia baca kitab nasihat imam Al-Ghazali, yang turut disebut dalam buku ni sebagai salah seorang ahli falsafah islam. Dia mintak umat islam untuk memilih menjadi sederhana, berfikiran sederhana, lebih selamat katanya. Daripada berfikir lebih2, debat sana sini, sifat 20 tu aristotellian la apa la, aku rasa umat islam perlukan kemajuan teknologi pada hari ni, daripada "kemajuan berfikir secara mendalam" untuk bab2 metafizik ni. Bab2 akhlak muslim hari ni yang tengah runtuh masih boleh dirawat lagi, bab teknologi dah jauh ketinggalan, asyik jadi negara konsumer sahaja. Mungkin simplistik, tapi serius aku tak nampak apa keperluan falsafah, apa saja gaya fikir yang mendalam aku rasa orang dah fikir habis dah dari zaman Socrates. Dah tak ada pemikiran baru dah, orang dok kritik kapitalis tapi negara kapitalis la yang paling maju, sampaikan soviet pun dah tinggalkan komunisme. China pun tinggal komunis pada nama sahaja, ramai pengkaji kata China hari ni adalah authoritarian capitalist. Kapitalis yang tiada demokrasi. China tetap maju je walaupun negara satu parti, yang menunjukkan demokrasi pun bukan sempurna sangat sampai katanya negara akan hancur kalau tiada demokrasi. Politik adalah perkara subjektif.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Az-Zariyat ayat 56).

Daripada Muʿādh Bin Jabal R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:“Ahli syurga itu tidaklah menyesal (di akhirat nanti) melainkan bagi setiap masa / saat yang telah mereka lalui (di dunia) sedang mereka tidak berzikir kepada Allah padanya (masa/saat tersebut).”
(al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Kabīr)

Bukanlah aku nak kata umat islam tak perlu ambil tahu pasal falsafah sebab sia2 dan lebih baik kau beribadat je 24 jam sedangkan Rasulullah s.a.w pun bergurau dengan keluarga dia, tidur pada waktu malam. Aku pun bukan bagus sangat, banyak je dosa. Aku pun pernah terbaca kajian yang mengatakan punca umat islam mundur adalah sebab terpengaruh dengan Imam Al-Ghazali yang menggalakkan berfikiran sederhana dan fokus ibadah je, tak payah teknologi2 ni sementara dunia non-muslim (barat terutamanya) terus ligat berfikiran ekstrem sehingga semakin hari semakin maju dengan teknologi hebat dan datang menjarah dunia islam sehingga seketul tanah di Falestin pun 1.8 billion muslim tak dapat tolong sebab takutkan barat yang ada senjata nuklear. Pakistan yang ada senjata nuklear pun jadi negara islam yang terpaling senyap, nampak Iran, Turki dan Malaysia je yang macam vokal sikit dok mengecam. Mengecam sahajalah yang kita mampu. Ampunkan dosa kelemahan saya.

Jadi, baguslah juga buku ni, sebab buatkan aku berfikir. Berfikir yang tanpa agama pun negara macam Jepun dan China boleh maju. Yang sebenarnya kita umat islam ni kena sedar yang jika satu dunia sembah Allah pun, takkan bertambah kekuasaan Allah, jika satu dunia berpaling dari Allah pun, takkan berkurang kekuasaan Allah. Kita yang perlukan Allah. Teruslah cuba menjadi manusia muslim yang baik dan bermanfaat. Dah, aku nak baca komik pulak.
Profile Image for Abu Hurairah.
21 reviews1 follower
March 10, 2018
Sebuah buku pengenalan tentang tokoh-tokoh falsafah yang pertama aku baca.

Bagi aku, ini sebuah pengenalan yang baik. Ringkas dan agak padat dari segi fakta.
Mungkin sesetengah atau kebanyakan fakta-faktanya dicedok dari laman web Stanford Encyclopedia of Philosophy, namun itu tidak menjadi masalah kerana apa yang dilakukan oleh penulis ini menjadi satu usaha yang baik dalam memperkenalkan dunia falsafah dan pemain-pemain di dalamnya kepada masyarakat, anak-anak muda sekolah sebagai contoh.

Buku ini juga senang untuk dijadikan pembuka mata untuk kita lebih mengkaji tentang falsafah-falsafah yang ada.

Bahasa yang mudah difahami.

Usaha yang baik.
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
October 2, 2017
Kenyang ni bukan untuk perut je, otak pun boleh kenyang bila baca buku.

Buku ni sesuai sangatlah dengan tujuannya sebagai pengenalan mengenai falsafah dalam gaya pop.

Tulisan pun mudah difahami dan gaya pembaca seolah-olah tengah berborak tu menyebabkan kau lagi santai tatkala membacanya. Sebab itu tulisan ni tak syok sendiri tapi benar-benar cuba membantu pembaca memahaminya.

Buku yang bagus untuk pembaca-pembaca Bahasa Melayu untuk berkenalan dengan falsafah. Berkenalan bukan mendalami.
Profile Image for Faiz Mohd Noor.
22 reviews3 followers
December 18, 2017
Bacaan yang mudah walaupun membawa tajuk yang berat. Penulis berjaya membawa kesinambungan dari filsuf (dan juga tema perbincangan filsuf-filsuf ini) kepada filsuf seterusnya dan menunjukkan bagaimana ilmu falsafah ini berkembang dan apa yang difikirkan oleh filsuf2 zaman tersebut. Kesimpulannya penulis berjaya membawa flow penulisan yang cantik.

Namun cubaan2 humor yang mungkin tak serasi dengan taste peribadi kadang kala buat aku tepuk dahi dan geleng kepala..
Profile Image for Ahnaf Yunus.
52 reviews
May 5, 2020
Saya kira, isi kandungan kupasan falsafah bagi kebanyakan filsuf dalam buku ini agak kurang. Inisiatif penulis untuk membentangkan filsuf mengikut garis masa menarik minat saya. Walaubagaimanpun, boleh diperbaiki lagi kerana tidak konsisten sehingga ke hujung penulisan. Akhir sekali, keberadaan filsuf muslim dalam kupasan buku ini juga adalah suatu nilai tambah jika dibandingkan dengan buku 25 Filsuf Barat karya Matlutfhi
Profile Image for Shahmi Fadzli.
89 reviews
January 21, 2022
Buku ini elok dibaca untuk pengemar falsafah dan ingin mengetahui apa yang istimewanya Plato, Socrates dan lain-lain. Penulisan yang amat dekat dengan budak budak yang baru ingin mengetahui tentang dunia falsafah. Suka dengan pendekatan 'Pop Culture' sebegini kerana dari sini mungkin menarik minat para pembaca muda untuk mengetahui salasilah falsafah tak kisah dari barat atau timur. Terima kasih penulis dan tahniah 🔥🔥
Profile Image for Hidayah Fauzi.
175 reviews3 followers
April 17, 2019
Nak cakap satu benda jer. Kalau betul nak tahu dan belajar, sediakan kertas, pen dan boleh mulakan peta minda sambil baca buku hingga habis. Bila baca sambil terus buat peta minda, anda akan nampak sikit cabang falsafah dan setiap falsafah yang dibawa oleh setiap ahli falsafah. :) Good luck and all the best dude.
Profile Image for Muhammad Israr.
3 reviews
September 12, 2017
Penulis cuba sampaikan dalam gaya bahasa yang santai untuk pembaca mudah hadam. Terima kasih kerana terangkan secara ringkas tentang falsafah untuk budak "noob" macam aku.
Profile Image for Kamalia Ramlan.
Author 17 books75 followers
April 19, 2017
4.5 bintang.

Pengenalan ringkas sangat bagus untuk aku ulang kaji semula dan dapat ilmu baharu. Buku ini perlu disambung dengan bacaan-bacaan lain tentang falsafah. Ini hanyalah pengenalan asas sahaja tetapi bagus.
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
June 29, 2018
Dayang Sifar berjaya mengenalkan ilmu falsafah kepadaku dalam keadaan santai. Penulis seperti bercerita kepadaku ketika mengeteh bersama-sama.

Hasil penceritaan beliau, aku kini mungkin akan mencari sumber-sumber primer untuk lebih mengenali cabang ini. Antara yang menarik minat aku adalah berkenaan Schopenhauer.

Aku harap penulis mungkin boleh mengkritik idea-idea falsafah pula selepas ini.
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.