Jump to ratings and reviews
Rate this book

Momen2 Matluthfi

Rate this book
Tulisan-tulisan kali ini lebih panjang, lebih serius, lebih dewasa nadanya. Humornya ada, tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama, politik, sosial, hiburan, dan isu-isu seputar keempat-empatnya.

Kalau hang tak dak background knowledge, sebab hang memang tak kesah apa benda yang jadi dalam dunia ni, hang memang terok. Aku sediakan footnote untuk orang-orang yang terok macam hang, sebab kalau aku tulih sorang-sorang tanpa ada pembaca, baik aku cakap dengan dinding - dan itu lebih terok.

Aku rasa Matluthfi belasan tahun pun tidak akan faham apa yang Matluthfi 24 tahun ni tulis. Sebenarnya aku malu dengan Matluthfi 5 tahun dulu sebab dia duk tulih benda-benda bodo. Sekarang ni aku tengah tumbok diri sendiri seminggu sekali untuk puaskan hati Matluthfi 5 tahun akan datang.

Tapi Alhamdulillah, ketidakpuasan hati ini satu petanda bahawa aku telah belajaq banyak benda baru, menginjak pemikiran ini ke tahap yang lebih dekat dengan generasi pembaca yang lebih berumur seperti mak hang.

Yaa mak hang juga akan membaca buku ini. Dia akan mempengaruhi ayah hang supaya turut meminati aku sehingga ayah hang sanggup bawak balik buku ni pi beraya di kampong, hanya untuk terkejut apabila disambut nenek hang -

“Eh, mak pun ade yang ni!”

Tanjat ayah hang bukan sahaja kerana mak dia layan Matluthfi, tetapi jugak kerana nenek hang itu sebenarnya sudah lama pergi...

Paperback

First published November 1, 2015

17 people are currently reading
234 people want to read

About the author

Mat Luthfi

4 books155 followers
Mat Luthfi atau nama sebenarnya Muhammad Luthfi Bin Rohime merupakan seorang vlogger dari Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah. Saluran youtubenya disenaraikan antara 10 saluran Youtube paling popular di Malaysia pada tahun 2012. Beliau meminati kumpulan Hujan dari Malaysia.

Walaupun lahir di Kedah tetepi beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Kangsar selama 3 tahun(2003-2005) sebelum ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (2006-2007). Sekarang beliau belajar di Curtin University di Perth, Australia.

Beliau menggunakan dialek utara pada hampir semua videonya di Youtube. Selain unsur humor di dalam videonya, Beliau turut memasukkan unsur nasihat di dalamnya.

Antara anugerah yang pernah dimenanginya ialah Shout Aloud Award(Anugerah Shout 2012), Shout Aloud Award(Anugerah Shout 2013), dan Aksi di Youtube paling popular(Anugerah Bintang Poupular Berita Harian 2013)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
195 (38%)
4 stars
198 (39%)
3 stars
94 (18%)
2 stars
10 (1%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 92 reviews
Profile Image for Hasnul Adin.
46 reviews27 followers
December 31, 2015
Mungkin satu-satunya perkara yang aku tak puas hati dengan naskah kedua Mat ni adalah ketebalan bukunya.

Content wise, sangat berpuas hati. Tersengih seorang diri bila baca. Walaupun ada beberapa tulisan/cerita yang bak kata kawan aku, terlalu deep. Terlalu deep.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
December 23, 2015
Matluthfi ni suka2 hati dia je nak tulis buku lagu ni.

Mula2 aku rasa dia canggih sebab buku dia ada footnotes. Macam baca assignment dan/atau journal dan/atau kertas kerja. Buat aku rasa bodo nak kena cari maksud satu2 (kecuali minion)..tp thanks sbb nanti aku bulih knowledge baru.

Tetiba aku rasa dia awesome. Buku dia langgar semua garis norma tapi masih steady. Ejaan - bahasa melayu slang kedah pekat habaq hang.. Kalau video tak pe lah kot noh..tapi ini buku. Ketidaksenonohan yang dimaafkan.
And matluthfi nailed it. Sungguh!!!

Momen2 matluthfi lebih matang. Lebih jauh. Lebih dekat.lebih kedasar. Lebih mengujakan. Complex but compact. Berterabur tapi bersama2 menghala ke arah satu jalan - pencerahan. Perkongsian ilmu, cara mat.

Perasaan yang sama waktu baca Contengan Jalanan by Hlovate.

Mat, thanks..kami tunggu naskhah no 3 hang. Ayuh!
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 6, 2019
Ada bezanya jika saya membaca buku ini tahun 2016 iaitu tahun ia diterbitkan, dan bukan dibaca pada tahun 2019. Kerana pada tahun 2019, buku yang isinya berupa catatan dari media sosial (kalau tak salah), saya sudah tak begitu gemar.

Biasalah, makin lama membaca kita akan jadi semakin memilih.

Momen2 Mat Luthfi ini berkisar pada isu yang terjadi pada masa itu. Kalau pengikut Mat Luthfi, mungkin tahulah. Orang seperti saya yang tidak mengikuti beliau sepenuhnya, terpinga-pinga juga.

Isi Mat Luthfi ada. Penyampaiannya seakan mahu disamakan seperti video-video beliau, santai dan kelakar tetapi ada pengajaran. Cuma bila dibukukan begitu juga (melawak dan berbahasa utara), feelnya lari tak terkejar.
Profile Image for Nana.
84 reviews7 followers
May 12, 2016
Beginilah Mat Lufthi... hehe. Lontaran pemikiran yang sangat matang dalm buku ini. Tapi ada juga topik-topik yang saya pening pale nak baca. huhu. Mungkin pemikirannya terlalu tinggi.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
March 24, 2016
berbanding buku satu, buku dua lebih beri aku sesuatu. mat yang aku suka tentang dia adalah dia menggunakan apa yang dia ada (yakni dalam konteks ini, peluang belajar luar negara, peluang dekat dengan masyarakat) untuk dia berfikir dan cari sebanyak mungkin pengalaman di negara orang sama ada yang berbentuk politik, kemasyarakatan, kekeluargaan, pemikiran, akademik (arkitekture), agama atau apa apa sahaja untuk dia kaitkan dan masukkan dalam hidup dia. ya dalam hidup dia.

dan dengan bakat yang dia ada (iaitu menulis dengan baik, ringkas dan menarik) dia berjaya berkongsi sama pendapat dan pemikiran dia dengan orang lain yang mungkin tak dapat nak rasa pengalaman hidup di tempat orang. (yang berbeza culture, cara berfikir, cara bertindak) iaitu pengalaman berdemonstrasi, bergaul dengan masyarakat dan bertukar pendapat dengan orang luar. mungkin benar kata einstein tentang relatif waktu, dimana ramai manusia boleh melalui situasi yang sama; berada di tempat yang sama pada waktu yang sama, namun pengalaman yang mereka akan dapat mungkin berbeza bagi setiap orang. dan mat merakam pengalaman dan penilaian dia terhadap pengalaman itu dengan baik.

cuma ada sesebahagian tulisan yang aku rasa masih seperti buku pertama, agaknya sebagai gula-gula, pemanis bacaan. mungkin mat pun tak kisah kalau ada orang nak jadi haters dia ke fans ke dia apatah lagi nak baca komen orang tentang buku ini, sebab dia tulis pun dia tak pernah nak pikir panjang-panjang nak tulis deep ke berat ke humour ke ok la selamat pengantin baru. bai!

haha
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
January 12, 2018
Ada yang aku faham ada yang tak. Sarkastik. Matluthfi orang yang sangat kreatif. Momen2 dalam hidup seharian dijadikan cerita suka2. Its just a story apa yang jadi dalam hidup dia dan kaitkan dengan realiti dengan cara yang tersendiri. Lawak yang ada makna.
35 reviews2 followers
January 29, 2020
Santai dan kelakar, tapi pesanannya cukup mendalam. Kalau tak silap, aku beli buku ini pada tahun 2016, tapi baru tahun ni aku nak baca. Mesej-mesej yang ada dalam ni mungkin aku takkan dapat tangkap kalau aku baca 4 tahun lepas.
Author 3 books9 followers
April 27, 2017
Lawak kering yang 'deep'.

Penulisan yang santai, tetapi tidak terlalu melawak tanpa lari pengajaran yang mahu disampaikan. Saya suka penyusunan cerita Mat Luthfi dalam buku ini yang dimulai dengan bab sekian, lalu diakhiri pula dengan bab kematian. Seolah-olah berbicara kepada para pembaca, "Ha dah, berakhirlah lawak kering tapi deep buku ini. Sekarang pi muhasabah diri masing-masing."

Terasa keseriusan si penulis dalam penulisannya.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
January 24, 2016
Buku Mat kali ni ditulis dengan lebih cermat berbanding yang pertama. Catatan lebih panjang dan disertai dengan fakta dan butir-butir pemikiran yang enak untuk kita kunyah-kunyah sambil membaca. Banyak ilmu yang dapat.

Tak pasti sama akan berat atau tak untuk sesetengah pembaca. Tapi bagi aku, tak berat mana dan masih lagi dikira santai (kalau nak dibandingkan dengan jurnal Phd huhu). Aku rasa dah ramai orang yang cuba tulis benda-benda yang sama dalam blog dan sebagainya. Idea-idea yang dia bawa bukan asing. Sama juga isu-isu yang diangkat dalam videonya. Tapi disebabkan Mat dah popular dan gaya bahasanya yang tak 'keras', maka penyampaian dibaca oleh lebih ramai orang maka lebih ramai yang terkesan.

(Bila nak reviu buku ni kena jadi adil dan tak boleh 'dipengaruhi' oleh video-videonya yang banyak best. Nak tau sama ada reviu orang ni adil atau tak, anda bacalah sendiri! Hehe. Promosi ni.)

InsyaAllah boleh kalau nak bedah buku ni di Manchester kalau ramai nak dengar.

- dibaca dalam penerbangan KL - Doha - Manchester bersama buku Travelog Mr Traveller
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
July 29, 2016
Byk ilmu dan info yg aku dpt drpd buku ni. Bukan lawak yg bodo dan kosong semata2. Ada isi di sebalik cerita. Mostly kisah buatkan aku sentap dan kembali ke dunia yg nyata. Realiti itu sememangnya "pahit".
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
January 1, 2016
Buang satu bintang sebab dia tak mention haziq pun dalam tulisan dia yang pasal datang mesir haritu. I mean, haziq kot.

Kalau dia mention aku pun best. Hikhik (gedik)
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
May 18, 2016
Still overrated.
But well organized compared to the first one.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
January 25, 2016
Cerita pasal member dia menyamar jadi hantu tu betul2 buat aku berdekah ketawa. Padu btul !
Profile Image for Ema.
1,115 reviews
June 10, 2016
Aku setuju dengan kata Matlutfhi yang tulisannya lebih matang. Nampak kebusyannya sebagai Matlutfhi
Profile Image for Azmir Ismail.
210 reviews
December 26, 2018
Buku yang wajib dibaca jika anda sudah baca dan suka buku pertama beliau. Ada beberapa kisah yang bermakna jika anda faham maknanya.
Profile Image for thewayfarer11.
76 reviews17 followers
December 3, 2015
kurang 24 jam buku kedua matluthfi habis dibaca. yes, as claimed from the other reviewer this book is very much different from the first one. especially in terms of the input. it covers the broad issues of life such as moral, religion, race, political etc.

but, for me as a reader you have to have an open mind and sometimes you have to be critical when reading something. doesn't mean that you have to totally agree with the issue that is discussed in the book. but be very professional to read, digest and ponder the points.

Dalam buku ni, aku suka bila Mat luthfi ini memang jenis contribute balik pada society. aku harap bila ramai golongan muda baca buku ni boleh membuka minda mereka untuk keluar and help out those who are in need. jujurnya aku pun termalu dengan diri sendiri.

but, mungkin jugak boleh jadi resolution baru untuk 2016 .

so, kepada yang tak pasti samaada berbaloi ke tak beli buku ni, aku boleh cakap berbaloi kalau beli buku ni dan baca dengan hati yang terbuka. hahaha. but in mind yang certain issue dalam buku ni agak heavy berbanding buku catatan matluthfi.

and one more thing, siapa yang jenis polygamist ready sangat sesuai baca buku ni. sebab buku ni tak ada intro or conclusion.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
December 11, 2016
Lari dari my norm and quite refreshing. Biasanya follow on youtube saja. Worth sharing this with my daughters.

Saya juga suka cara dia berfikir and all the topic that was written in this book..logic, sarcasm or even jokes, even sharing his experience thru his travelling or camping etc, all of that made sense. I mean berapa ramai anak muda seusia dia boleh fikir sejauh ini? He knows when to step down and when to go ahead depending on whom he met and where he is..sharing few sentences quoted by him.
(Tak kiralah ciplak ke tidak but it did serve as a reminders.)

"Say something not only because it is true but also because it is necessary and wise to do so. Things have their places.

Bab dilamar..
"Dont confuse love with admiration."
- Ramai aje from admiration jadi love story..itu yg banyak selisih faham lepas all 'topengs' uncovered.

Bab Sarcasm
"Buat sarcasm yg semua orang boleh gelak bukan discriminative."
- Not many able to do this. Yg biasa we came across are Sukhriyyah as explained in his book. (Sarcasm yg bercampur penghinaan yg diharamkan Islam).

'Bab curi makan'
"Ada tempat kita kena husnuzzon, ada tempat kita kena skeptik."
- Tepat sekali..tapi saya ni berhati hitam..terlebih skeptic. XD
Profile Image for Leanne.
125 reviews13 followers
December 28, 2015
So these are longer writings and in a sense, they are more mature. There were also a lot more religious references of which I am very grateful for the footnotes because otherwise I won't know what's going on and I can't help but think.

Maybe this is how the real Malay kid grow up with as compared to the Malays featured in the Young and Malay collection of essays. I mean, they are Malay but I think their experiences were mostly urban. Whereas Matluthfi's has this kampung and urban collide going on mainly because he writes in the Northern slang and I think it lends to his style as well as his own brand of humour.

But yeah, I think gained slightly more insight to how the Malays approach their religion in this compared to Young and Malay. Of course, Matluthfi's other stuff applies like his commentary and observation on society, politics, and people. Again, very insightful and definitely make more sense than what the politicians are spouting at everyday in the news. I don't know about you but when you are exposed to all the stupid things on the news everyday of the week, reading common sense in relation to those issues are like a breath of fresh air.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
126 reviews22 followers
May 23, 2016
Buku kedua Matluthfi, seorang vlogger yang terkenal di Youtube. Siapa yang mengenalinya melalui video-videonya, sudah pasti tahu bagaimana 'tempo' buku ini. Buku ini saya kira lebih baik daripada buku pertama; lebih padat dengan jurnal kehidupan seperti yang dinyatakan di blurbnya yakni lebih dewasa nadanya. Justeru, untuk memahami anda kena faham dan mengikuti perkembangan semasa seperti yang dipesan, "...kalau hang tak dak background knowledge, sebab hang memang tak kesah apa benda yang jadi dalam dunia ni, hang memang terok". Tetapi jangan risau, ada disediakan nota kaki.

Penulisan Matluthfi kadangkala terasa pedas seperti wasabi, kadangkala menggeletek, kadangkala serius dan seringkali di luar kotak dan membuat orang tersentak dari lamunan zon selesa. Apa yang saya lihat, dia menggalakkan pembaca supaya lebih sensitif dan berfikir serta melihat sesuatu perkara itu sebagai seorang yang berperikemanusiaan - saya kira kini semakin terhakis ditelan zaman. Kudos to him!
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
June 6, 2016
Penulisan Matluthfi lebih matang dan serius, meskipun masih mempunyai unsur-unsur lelucon yang menjadi penamat bagi setiap cerita. Ia membantu pembaca meredakan perasaan selepas membaca perenggan-perenggan sebelumnya yang banyak menjentik fikiran. Matluthfi banyak menjurus kepada penglibatannya dalam aktiviti luar kampus dengan pengalaman mendekatkan diri dengan masyarakat. Isu-isu semasa yang disentuh membawa kita memandang dari satu sudut yang berbeza dengan lontaran fikiran yang mendewasakan.
Profile Image for Fadhilah.
7 reviews
January 27, 2016
Compared to his first book, the second one is more elaborate and (kinda) matured. His humour is still there, same like his first book. This book makes me laugh and think, at the same time. Most of the stories are the reflection of his experience, thoughts, and opinions, hence why you must read this book with an open mind. I only have one problem with this book- the language - it's written in a thick Kedahan (? Kedah-ian? Correct me if I'm wrong.
Profile Image for Azrul.
126 reviews16 followers
June 21, 2016
Peningkatan yang sangat baik berbanding buku pertama (di mana ia juga, bagi aku, menghiburkan hati). Buku kedua ini lebih padat dari segi isi dan mesej.

Pagi hari semalam mood aku terusik dek orang yang pseudo famous keluarkan buku acah-acah motivasi hasil guna quotes dari tumblr. Tapi ini diubati pada waktu malam apabila baca buku ini yang penuh kisah dan observations dari seorang yang aku percaya is doing this for the good.
Profile Image for Syera.
30 reviews15 followers
November 28, 2015
Baca buku nie macam terbayang2 je suara mat bercerita kisah2 yg dia tulis. Pasal tulisan dia pun kelakar macam video dia. Hahaha. Dalam cerita ada pesanan. Dalam lawak ada pengajaran. The last part buku nie sangat deep. Sampai terus ke hati. Kematian yg menghidupkan tu la impian aku sebenarnya. Keep on writing mat. Serious Allah bagi hang bakat untuk touch hati orang2.
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
January 6, 2016
mat is doing what he's always doing.
so tak payah nak review panjang2.

tapi yeah, dia ada menjawab banyak soalan aku tentang byk benda.
like the usual human, he just living his life.
so we should do that too.
and that makes one amazing.
Profile Image for Mardhiah.
85 reviews6 followers
January 15, 2016
rekemen dkt abg ipaq suruh bca. dia baca page awai certa psl boh nma kat kucing..dia geleng kepala. xmau bca dh. sya suruh dia bgi peluang sekali lg. ok. dia setuju. kali ni dia buka page blkg. kebetulan pula dia bbuka dekat cerita cubaan mengislamkn mat. mat kak xdpt tolong hg dah.
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
March 8, 2016
Sekejap je aku habiskan baca. Sebab buku dia best. Belilah woi! Tak rugi pun haha!
Profile Image for Shafiqahsamin.
209 reviews4 followers
May 5, 2018
4.8

Aku bundar lah jadi 5.

Anyway, its a good book. Seperti yang dinyatakan di sinopsis buku, sembangnya lebih dewasa dan Inside jokes pulak memerlukan general knowledge which i dont have. There are some jokes that i didnt understand since yeah im noob. And i dont even know those activist except PERTIWI and TFTN.

And again, if you're one of those ignorant person, there's footnote for you.

Banyak jugak benda baru yang aku tau melalui buku ni. So kalau kau noob macam mana pun, kau still boleh baca. Kalau rajin boleh buat kajian kalau dah noob sangat tu.

Lawak still ada guys. Tapi nak terbahak sampai tak ingat dunia tau-tau je dah mati tu takde lah.
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 9, 2022
🌷 Q U O T E 🌷

Natural state.

Seseorang itu boleh dilahirkan dalam suasana yang batil, tetapi dia mampu untuk membersihkan hati dan mencari ilmu yang benar. Begitu juga dengan seseorang yang dilahirkan dalam suasana yang benar, tetapi jika dia tidak mahu berfikir, berlagak, dan malas menuntut ilmu, dia akan jadi liabiliti kepada kebenaran kelompoknya.

Berhati-hatilah dengan kebenaran yang kamu rasakan milik kamu kerana di dalamnya itu ada orang-orang bebal berdengung yang tidak mahu mendengar pendapat orang lain langsung. Janganlah takut dengan The Other kerana di dalamnya hampa akan ketemu orang-orang yang turut sama mencari kebenaran walau di dalam gelap.
_Matluthfi
Profile Image for Sarah Umairah.
3 reviews
June 30, 2017
Bahasa buku ini yang santai walaupun sarat dengan nasihat yang 'deep' membuatkan sesiapa pun tidak akan bosan membaca buku tulisan Mat Luthfi.

Gaya tulisan yang akan menyebabkan kata-kata seperti "Kalau banyak lagi buku camni kan bagus, dapatlah jugak pengetahuan serba benda." banyak keluar dari mulut pembaca. Tetapi nak tulis buku cenggini nak jugak kena hadam buku-buku ilmiah yang tebal so biar penulisan ada content berfaedah. Ye dok?
Displaying 1 - 30 of 92 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.