Kali pertama saya baca buku (novela) seperti ini, yang terdiri daripada foto foto dan dua buah cerita yang berbeza yang pada hujungnya bertemu di hujung. Selepas berjaya habiskan novel novel Syahmi sebelum ini, J dan saya tak ingat satu lagi yang diupload oleh fixi di Wattpad. Yang saya perasan adalah di ketiga tiga novelnya, ia bercerita tentang perempuan dan self-harm. Mungkin itu indentitinya. Dan selaku orang yang pernah bergeluman dengan tabiat selfharm, saya rasa saya faham apakah sebahagian daripada isunya, dan saya tak boleh elak dari memikirkan yang kemungkinan untuk Syahmi atau orang di sekelilingnya turut ada masalah (jika boleh dipanggil masalah) seperti ni. Tapi walaubagaiamanapun, ketika membaca Insta, saya selalu teringat Murakami, mungkin kerana kucing yang bercakap sangat dekat dengan Murakami. Apapun, ia pengalaman membaca yang baru dan saya sangat teruja dari mula hingga tamat pembacaan.