Dejavu sangat sampai penghujungnya aku akhiri dengan what was that? Pengaruh Bissme dalam Doubt kuat sangat sehingga aku ter imagine adegan last di rel kereta api tu Solus berbogel dan dilanggar keretapi. Sebenarnya majoriti perempuan akan berangan untuk menjadi Ayumu selepas membaca buku ini. Realitinya, takkan ada lelaki yang sanggup bersama dengan perempuan depresi, dik. Kita ada masalah hormonal pun depa dah complain. Well, that is another story.
Bila tatap foto-foto Solus, rasa lapang. Tapi bila teliti teks naratifnya, rasa sempit. Insta rasanya ialah novel(a) pertama yang aku baca, berjaya menghidupkan keberadaan ruang dalam prosa. Apa-apapun, lapangnya sunyi. Sempitnya sepi.
Insta membawa aku melompat-lompat di atas serpihan memori protagonisnya. Foto-fotonya begitu jelas memaparkan usaha Solus untuk berjalan di atas realiti. Dan bahagian teks pula menceritakan bagaimana protagonisnya (Solus?) di awang-awangan berjalan bersama dengan Ayumu. Dari sisi lain, lelaki ini tidak berjalan ke mana-mana pun -dia hanya duduk terkurung di dalam sebuah ruang gelap yang sempit. Ya, eloklah kesunyian diraikan, sebelum seekor kucing datang menegur kita.
Novel(a) terbaik yang dibaca pada separuh pertama tahun ini.
Mengenali tulisan penulis, kali ini ceritanya baik sekali. tak terlalu mengejar atau lambat, seolah berjalan diantara orang sibuk, takde orang peduli. Sunyi. Tak salah membaca cerita sunyi, santai dan tak memaksa. macam Ayumu.
Sejujurnya, saya belum menyemak komentar lain sekalipun di Goodreads kerana ingin jujur dengan pembacaan tentang novella ini.
Insta, sebuah novella dari publisher @MokaMochaInk yang taka sing lagi membikin kelainan dalam dunia sastera kita. Judul buku yang minimal sudah jadi kegemaran para penggila buku yang mahu membaca. Mereka bukan setakat membaca, mencari kelainan yang luar dari kelaziman.
Tentang Insta, saya silap pada awalnya. Saya fikirkan ia berkaitan fotografi & teks seakan jurnal. Rupanya imej adalah sub-idea, barangkali.
Saya melihatkan watak utama adalah Solus. Kemudian Ayumu, kemudian F. Saya suka dengan pengenalan watak yang tak memaksa. Penulis bijak bercerita.
Membalikkan plot tentang masa silam, dan masa sekarang dalam Insta ia tidak memeningkan. Pengaruh F. dan Ayumu sangat kuat.
Kali kedua saya melakukan kesilapan adalah mempercayai novella ini tentang rantaian hubungan sesama manusia, bekas kekasih & orang asing. Padahal ia ada kisah tersembunyi di sebalik mereka.
Watak Ayumu punya sifat yang berlawanan dengan F dan itu adalah imajinari Solus dengan keinginannya bersama wanita. Kisah Solus dan Ayumu paling enak dihayati. Solus merangkap seorang lelaki berjaya menjadi lelaki. Dan Ayumu sebagai watak tulisannya!
Ini bukan spoiler. Padahal ini adalah tanda tanya pada mereka yang bakal membaca novella nanti.
Keinginan penerbit untuk menghasilkan tulisan bersifat peribadi tampaknya berjaya. Saya merasakan saya seorang Solus sebagai lelaki (dan Ayumu jika wanita)
Novela ini membuatkan saya ‘Jangan-percaya-pada-tajuknya’ kerana saya tidak jumpa mana-mana perkataan Insta selain Tumblr di dalam novel ini. Bila diteliti semula akaun Insta si penulis, dan ya! Ada gambar berserta tarikh untuk dijadikan idea penulisan novella ini. Saya merasakan ini proses untuk memberi kelainan oada tulisannya dan setiap foto cukup memberi transition paling sempurna untuk novella ini.
Berbalik semula kepada setiap watak, sangkaan saya salah menyatakan ini dilemma seorang lelaki, bekas kekasih dan orang asing. Rupanya ‘Kucing’ sudah menjadi pecahan idea terbaru untuk seni sastera penulis. Seokor kucing menjadi penterjemah surreal dengan dilemma pembaca untuk menjelaskan lagi makna penulis dengan plotnya.
Dan saya lebih suka menghayati setiap “pangkah-pangkah’ (X-XX-XXXXX) daripada jilid nombor di dalam Insta kerana terselit pelbagai idea! Saya memandang setiap kelainan di dalam Insta adalah disengajakan kerana novella ini cukup lain daripada yang lain. Tahniah!
Saya melihat ianya tentang sebuah fiksyen yang bermain dengan suara dalaman diri dan diserikan dengan elemen spiritual yang jelas tetapi sedikit hindar dari manusia. Vibe Jepun mungkin bermain dalam kepala apabila mencapai separuh dari bacaan novela, ditambah dengan nuansa semangat keretapi. Mengingatkan saya kepada Colourless oleh Murakami. Watak Ayumu seakan realis walau kita tahu akhirnya ianya hanyalah ciptaan Solus sendiri. Kita tidak mampu untuk tahu dari mana kita mula bermimpi, sepertimana watak Ayumu. Peribadi Solus yang sedikit menyendiri membentuk pemikirannya sendiri untuk setiap konsikuensi yang dibawa oleh Ayumu. Saya juga tertarik dengan adegan kucing bercakap yang mampu berubah bentuk menjadi naga. Seolah seperti Doraemon yang lembut menjadi naga yang tegas di dalam Mutiara Naga. Kematian sememangnya pasti. Semangat-semangat asing juga mati dengan sebab tertentu, dan dilihat Solus sebagai penyambungan kepada kehidupan semangat tersebut. Akhiran cerita yang mampu dibayangkan dengan jelas dan berkesan, seolah mampu merasakan tren bakal melanggar pembaca. Buku yang sesuai untuk satu sesi sit down yang tenang.
Ayumu adalah watak yang kuat pengaruhnya dalam naskhah ini. Dia mengheret setiap watak-watak yang lain ke dalam kancah suicidal yang tiada jalan keluar. Teringat watak Naoko dalam Norwegian Wood. Namun Ayumu ini lebih 'teruk' perangainya. Ada sekuen babak yang aku rasa sedikit off, tetapi apabila aku membaca fragmen demi fragmen selaku gambar-gambar tempelan (teks & gambar sekali harung)- ia okay. Satu ekspresi yang best jugaklah bila baca.
Tona gelap dalam plot, mengingatkan aku pada penulisan Murakami. Gambar-gambar walau tiada kaitan dengan keseluruhan cerita, menambah aura dan perisa pada tulisan ini. Watak lelaki bujang yang tiada arah hidup, terasa sangat biasa tapi memukau. Left me in awe.
Insta mungkin satu refleks pada perca-perca hidup yang biasa kita muat naik ke Instagram. Begitulah pula susunan ceritanya, perca-perca seorang yang tidak dinamakan secara jelas (atau dialah Solus?) digambarkan dalam teks, diselangi dengan keping-keping foto yang punyai caption ditulis oleh Solus.
Ternyata watak yang tak jelas namanya itu seorang penulis di masa lapang dan senangnya, selalu diakrabi oleh Ayumu dan seekor kucing boleh bercakap. Sesekali F datang menyapa.
There is something intense going on during the entire plot, while at the same time surrounding readers with a sense of this beautiful ignorance towards whats going on about the rest of the world - it is as if the characters have their own dimension of space and moments. Nothing seems real, nor does it feel fictional too. The ending though felt like an abrupt turn of story, like a rush that shouldn't exist. But overall, kudos to the writer's first book.
Kali pertama saya baca buku (novela) seperti ini, yang terdiri daripada foto foto dan dua buah cerita yang berbeza yang pada hujungnya bertemu di hujung. Selepas berjaya habiskan novel novel Syahmi sebelum ini, J dan saya tak ingat satu lagi yang diupload oleh fixi di Wattpad. Yang saya perasan adalah di ketiga tiga novelnya, ia bercerita tentang perempuan dan self-harm. Mungkin itu indentitinya. Dan selaku orang yang pernah bergeluman dengan tabiat selfharm, saya rasa saya faham apakah sebahagian daripada isunya, dan saya tak boleh elak dari memikirkan yang kemungkinan untuk Syahmi atau orang di sekelilingnya turut ada masalah (jika boleh dipanggil masalah) seperti ni. Tapi walaubagaiamanapun, ketika membaca Insta, saya selalu teringat Murakami, mungkin kerana kucing yang bercakap sangat dekat dengan Murakami. Apapun, ia pengalaman membaca yang baru dan saya sangat teruja dari mula hingga tamat pembacaan.
So Far. So intensely good. Actually saya terpaksa berhenti pada tengah buku. So ini bukan reviu yang sepenuhnya. Encik Syahmi, if you're reading this, just wanna tell you that I dont know when will I be able to finished this precious book. Haha. Somehow I felt drown in it that.. ahh.. the characters of this book.. masing2 ada aura yang hebat. actually I already make a 2 pages reviu(doc format) on my laptop. Sebab saya kena muntahkan semua fikiran dalam otak ni sebelum sambung baca buku ni. Hahaha tapi mungkin reviu di laptop itu cuma untuk tatapan saya sendiri. Segan pula kalau dibaca oleh yang lain.
Jujur saya banyak ber-jeda untuk beberapa momen dalam buku ni. Hirup udara segar sebelum teruskan pembacaan. Sekarang ini pula dalam jeda yang paling panjang. Moga saya dapat habiskan baca dalam masa terdekat!