Marissa Aisya seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di sykt abinya. Tanpa byk soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yg tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yg telah lama bekerja di syarikat abinya.
“Ada apa-apa lagi Bos Zakuan?” “Ada. Tolong buatkan saya nescafe panas, kurang susu, lebih nescafe dekat saya. Setiap pagi saya nak ada nescafe itu atas meja! Awal pagi. Saya tak nak lambat-lambat.”
Zakuan yang baru sudah putus cinta dengan Maisarah mengambil pendekatan, semua perempuan sama saja. Tetapi dia terlupa yang dia sudah berjanji dgn ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Drpd nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.
“Tapi ada satu syarat untuk menutup mulut saya drpd melaporkan hal ini pada Haji Aisy. Saya boleh reka alasan lain tapi... awak kena tolong saya satu hal.” “Apa syaratnya? Nak tolong apa?”
“Tak boleh pegang, tak boleh sentuh-sentuh, jangan duduk rapat-rapat dan jangan... ehemm... jgnn... hmmmm...” “Jangannnn apa!!!” “Jgn jatuh cinta dgn sayalah!”
Memanglah mula-mula, masing-masing menidakkan perasaan itu. Tapi, kalau dah pi balik pi balik, Bee Sayang, Sayang Bee... tak tercuit ke hati itu? Masalahnya, baru tujuh hari bekerja, Marrisa nak berhenti kerana mahu berkahwin dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.
“Ibu pun sudah terlanjur sayang. Aris tu baik sangat. Polos orangnya, mendengaq kata. Sygnya... bidadari Zack itu milik org, Naqib Zakuan. Tak payah hang nak seronok dgn milik org. Pulangkan balik pada ayah dia.”
Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya wpun Marissa sudah mahu berkahwin?
Cinta itu hanya akan jadi milik kita apabila kita berjaya mengejarnya.
pernah terbaca satu pendapat, hasil penulisan puan penulis Syamnuriezmil adalah sama saja. Boleh di agak jalan cerita, boleh di teka apa pengakhirannya... Laaa.... buat siapa yang dok komplen itu, ni nak habaq sket.. Novel ni banyak kategori jalan ceritanya.. Dah banyak genre novel ada dipasaran.. Kalau sesiapa nak buku yang penuh aksi saspen dan misteri sampai tak terjangkau dek akal janganla beli buku santai macam ni.. Genre macam ni sesuai untuk yang nak relax minda, nak hilangkan stress, nak happykan diri... So, jangan nak komplen jer ya... Kalau rasa nak gelak, senyum sorang-sorang, takmau banyak kedut muncul kat muka leh baca buku puan penulis ni ya....
Marissa Aisya Aisy atau Aris adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga Haji Aisy. Walaupun begitu, dia tidak dimanjakan. Semua kerja rumah dia buat sendiri. Walaupun baru selesai pengajian dari Australia, dia sudah dikerah oleh abinya untuk berkerja di syarikat keluarga sebagai tea lady. Aris akur. Disitu, hanya Naqib Zakuan sahaja yang suka buli dirinya. Bos Zakuan suka berlawan cakap dengan Aris kerana dia suka menjawab dan lurus bendul. Suatu hari ibunya suruh bawa balik teman wanitanya untuk diperkenalkan. Zakuan tersepit kerana dia baru putus. Lalu Aris diugut untuk jadi 'teman wanitanya'. Tetapi Aris pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu pada ibu Zakuan. Sesungguhnya dia telah dijodohkan dengan anak kawan baik arwah ibunya. Zakuan dimarahi ibunya lalu ibunya membuat keputusan supaya dia ditunangkan dengan pilihan keluarga. Zakuan pada mulanya tidak mahu menerima keputusan itu kerana dia telah jatuh cinta dengan Aris. Tetapi Aris bertegas untuk turutkan perintah abinya. Lalu terus menghilangkan diri. Zakuan akhirnya reda untuk terima jodoh pilihan ibunya. Sementara itu bila Haji Aisy pulang dari hospital, dia mengumumkan beberapa kejutan. Apakah kejutan-kejutan itu? Bolehkah Zakuan terima dan bertahan? Adakah bahagia untuk Aris dan Zakuan bila mereka dulukan untuk membahagiakan ibu-bapa mereka? Apa jadi pada bekas teman wanita Zakuan? 😉