Cinta buat Airis Safiya satu kepastian, bukan kepalsuan. Tapi, kenapa Aakif Hudzairi tak pernah mahu faham? Kenapa Adif Hakimi tak pernah mahu mengerti? Dan kenapa Farid Adam juga tidak mahu menerima kenyataan?
Bukankah jodoh itu rahsia DIA? Ada dalam setiap lipatan takdir manusia. Tapi kenapa mahu bersengketa sesama sendiri hanya kerana tiada jodoh yang tertulis antara mereka?
Hud yang beku. Adif yang gentlemant dan Farid yang suka bertindak di luar jangkaan. Ada ikatan persaudaraan sesama mereka dan kebetulannya, mereka suka wanita yang sama.
“She’s mine.” “Aku peduli apa.” Mata bertentang mata. Ada api yang marak membara. “Touch her and I’ll kill you.” Nada biasa-biasa tapi ayat amaran yang diberikan lelaki itu cukup berbisa.
Kerana seorang Airis Safiya, semuanya berantakan. Pertalian darah bukan lagi satu keutamaan. Yang penting cinta di hati harus menang.
“Abah serahkan Airis pada kamu. Satu-satunya harta dunia yang abah ada. Selepas ini, tanggungjawab sudah tergalas di bahu kamu dan abah harap kamu ambil anak abah untuk letak di hati, bukan sebagai alas kaki.” Pesanan abah untuk sang suami buat air mataku tumpah lagi. Kenapa aku rasakan abah bagai sedang menyampaikan sesuatu yang mungkin akan terjadi dalam hidupku?
Siapakah lelaki yang menjadi pilihan terakhir bagi menggalas tanggungjawab mengambil Airis untuk diletakkan dalam hati?
Novel terbitan Idea Kreatif ni pada aku salah satu faktor ialah font dia besar, sebab tu bila baca cepat je habis even novel tu nampak tebal.
Kisahnya biasa-biasa. Seorang perempuan jadi rebutan lelaki-lelaki yang pada masa yang sama adalah dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Itu salah satu trademark HF jugak. Tak payah pegi jauh-jauh. Berkahwin pun dengan saudara sepupu sendiri. Untuk aku memang lah kekok kalau ada hubungan yang macam ni.
Yang uniknya kisah ini adalah Hud. Ada kembar si Adif tapi hubungan keduanya tak diperkembangkan. Maybe sebab guna POV 1 iaitu Airis sahaja. Semua yang berlaku hanya pada pandangan Airis seorang. Nak jugak tahu apa yang Hud fikir dan rasa bila terpaksa gantikan Adif untuk kahwin dengan Airis. Misterinya Hud dengan sikap diam dan beku.
Aku tak mahu komen pasal Airis. Dia tu mengada-ngada. Sikit-sikit nak lari. Suka menjerit dan buat andaian sendiri tanpa bertanya terlebih dahulu.
P/s Novel tebal tapi rasa macam sikit sangat input yang aku dapat.
No wonder novel2 tulisan Hani Fazuha sentiasa ditunggu dan mendapat sambutan dari pembaca terutama pengikut setianya. Walaupun harga sedikit mahal dan LE bagai, tetap ramai yang beli.
Puan Penulis pandai menyusun ayat menggoda emosi. Memang susah nak lepas bila dah mula baca. Hari ni banyak kali kena tegur dengan Ma sebab asyik membaca huhu.
Ada orang kata, sayang tu, walau tak diluahkan, tapi cukuplah dengan perbuatan. Tapi bagi saya, perbuatan saja tak cukup kerana kadangkala kita silap menafsir perhatian yang diberikan itu. Kalau sayang, kena juga lafazkan. Kalaupun bukan setiap masa, sekali sekala sudah cukup untuk meyakinkan hati bahawa ia tidak tersalah tafsir.
Kurangnya komunikasi terbuka dan saling memendam rasa, itulah penyebab konflik dan salah faham antara Airis dan Hud. Masing-masing beranggapan diri terpaksa diterima lalu setiap perbuatan dan bicara menjadi tidak seperti yang dirasa. Yalah, menjaga hati supaya jika dilukai kemudian hari, peritnya dapat ditahan kerana telah bersedia dari awal. Kan dah rugi berbulan-bulan!
Cerita yang simple tapi sweetnya banyak. Rasanya kena letak label untuk bacaan 21 tahun ke atas ni. Walaupun saya ni dah masuk kategori dewasa, tapi rasanya muka ni bukan setakat merah, biru hijau pun ada!
1.Adif krn kemalangan.. sempat wassap suruh abg sendiri ganti utk menikahi Airis. Mcm x logik.. lps tu ada hati nak ambil Airis balik drg abg sendiri. Hellooo... 2. Airis yg bak kata Hud, sekolah tinggi xkan bodoh. Mmg cerdik sgt sb byk hipotesis aka andaian sendiri sblm ty org tu btl2. 3. Hud sweet2 ok2 la.. dah mengukur cup C tu.
Sweet! Mohd Aakif Hudzairi seorang yang pendiam dan beku. Mengapa dia yang jadi pilihan Tok Ma untuk Airis Safiya. Umi dan abah juga setuju. Mengapa bukan Adif Hakimi? Tapi jodoh itu hanya Tuhan yang tahu rahsianya. Banyak pula yang nak goda Hud.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM21. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Pada N, it was just okay. The ending was a bit rush. Maybe N terlepas pandang, but I really want to know kenapa hubungan Hud dan Adif sangat dingin, kenapa semasa ikatan pertunangan Adif dan Airis dilangsungkan, Hud memberi amaran kepada Airis agar jangan menyesal kerana memilih Adif.
Puas hati baca, jalan cerita yg smooth and jika tiada komitmen lain memang tk boleh nk letak buku tanpa menghabiskannya dulu kerana ingin mengetahui kisah di sebalik perjodohan seorg Airis Safiya dgn cucu Tok Ma. Ternyata ia satu janji yg telah diikat dari dulu lagi dan jodoh yg telah ditentukanNya
dejavu...pada watak2, sebahagian scene seperti Sweet Sour - Nasz, adik beradik jatuh cinta pada heroin yg sama, oh! dan sudah pasti hero yang super duper cool, ice berg, dlm masa yg sama romantik yg menang..cuma beza dari segi penceritaan dan olahan dari penulis
Adif - he goes for what he wants and is very vocal about his dislikes. Tegas dan lembut..happy vibes always shadows him. Very close to Airis. Akif (Hud) - sejuk, beku dan terlalu tenang..tak mudah melatah..dalam marah pun tegurannya lembut tapi tegas dan pedas. Sekali buka mulut semua terdiam. Takde expression gitu. Sikapnya sering disalah erti oleh Airis. Tapi dah namanya kembar sedikit sebanyak sikap Adif ada dlm dirinya cuma diselindung saja. Farid - playboy kampung. Terlalu gilakan Airis entahlah sebab apa.
Adif and Akif kembar cucu Tok Ma. Farid anak Mak Ngah, juga cucu Tok Ma..ketiga2 jatuh cinta ngan orang yg sama. Kerana fitnah ditabur, hampir musnah martabat seorang Airis..selamat ada juga yg tak percaya akan fitnah tu.
Perkahwinan yg diatur, diteruskan tapi pengantin lelaki ditukar kerana ada musibah yg melanda. Mulalah alam perkahwinan yg sejuk beku dan penuh dengan syak wasangka kerana seorang Airis..Adui..apa2 yg dia buat dia tak sedar ada yg cemburu..Buta dalam menilai kasih sayang seorang suami. Of courselah kata cousinkan jadi hubungan mana boleh putus.
Hampir rebah juga bila mentua nak madukannya dengan kekasih lama anaknya..hanya kerana perasaan seorang isteri yg ragui kasihnya seorang suami..nasib jugalah anaknya cepat bertindak..kalau tak habislah hubungan yg bermula dengan syak wasangka.
Best, best dan best.. Konflik tak berat.. Dari start baca, memang tak boleh nak stop. nak letak sekejab pun tak boleh sebab asyik teringat dan nak tahu apa jadi seterusnya.
Suka hud sesangat. Hud yg stone pada mulanya menjadi sweet sampai tahap nak kena kencing manis. bukan Airis ja boleh tergoda. Yang baca ni pun ha cair dengan HUD.
Suka Airis juga. Airis yang cantik. Airis yang selamba.
overall, best sangat. enjoy sgt baca. Karya dari Kak Hani selalu menghiburkan. Tak rugi pun beli walaupun yg hardcover.. I really love it ! cumaaa tak puas baca.. nak lagi dan lagiiiii
Hemmmmmmm...... Seperti biasa.... Kali dah namanya Hani Fazuha... Mmg manis bergulallah heronya. Walaupun kelat2 masam mulanya.
ML tetap dengan pendirian masa memula follow novel ni. Pilihan ML mmg Adiff... Dan sampai Sudah ML tetap pilih Adiff. Dengan cerita Akan Ada LPT2... Kita lihat pula sisi seorg Adiff
Sengketa adik-beradik kerana seorang perempuan, tak best la bagi saya. Walau mungkin niat Adif baik bila buat keputusan mendadak minta Hud gantikan dia nikahi Airis berdasarkan maklumat doktor yang dia akan lumpuh kaki, saya fikir Adif sebenarnya terburu-buru dan singkat fikiran. Dan kenapa suruh Hud? Padahal sebelumnya Adif sendiri yang kata Hud dah ada girlfriend. Kalau betul dia sayang Airis, kenapa buat keputusan tanpa ambil tempoh bertenang. Bukan saya marahkan Adif, saya marah the person yang bertanggungjawab buat watak Adif jadi lelaki lemah. Sampai Hud boleh kata dengan Adif "...you touch her and I'll kill you"? Macam baguz sangat. Not fair. Other than that, macam cerita HF yang lain, but this one mungkin ada lebih banyak konflik, even lame conflicts, not well justified or explained. Macam biasa, lelaki selain hero semuanya jahat dan bodoh. Perempuan selain heroine semuanya miang dan bongok. Dirty words, teasings, even something yang konon macam aksi wanita melayu terakhir ... pakai baju kedah singkat tertonggek sapu daun kering, berpusing tapi takut Hud jamu mata tengok benda lain, ... pakai boxer sendat yang boleh nampak segala bentuk.... pakai baju kelawar tidur kaki terangkat ke atas... jenis berbogel bila nak pakai baju.... ??? tak berapa sesuai untuk bacaan umum rasa saya la... sepatutnya dinyatakan dengan jelas, buku untuk bacaan dewasa saja. Pendapat saya la ni, worse sebab sex lurings diselang seli dengan solat, aksi anak & cucu mithali, menangis sebab rasa tak dipeduli....you guys yang dah baca tak rasa macam tu ke? Cer criter.
Anyway, yang saya mengutuk bagai nak rak tapi baca juga dah kenapa kan? Saya pun bongok juga kot🤔 Salah satunya nak cuba selami trend pembacaan, nak cuba faham sungguh, konsep penulisan yang macam mana disukai zaman 2017 ni.
Boleh lah kalau nak layan genre cinta ini untuk mengisi masa terluang. Tak nampak pun plot dalam naskhah ini. Hani Fazuha previous books are better. Kisah Airis yang tak jadi kahwin dengan Adif. Pengantin lelaki digantikan dengan Hud, abang kembar Adif. Watak Hud yang extreme romantik tapi sebagai CEO di syarikat sangat lah serious bila bekerja. Tak ada kaitan tiba-tiba nama Salma disebut semasa semua berkumpul mendengar penjelasan Datuk Zubir berkahwin dengan Datin Suraya. Adegan romantik Airis dan Hud agak meleret. Nak cepat buat epilog, fast forward mereka dapat anak lelaki. Apa pengakhiran Adif, Syira dan Izhan? Semuanya tergantung sepi.
Hero sejuk beku sedingin ais ni memang my cup of tea. Tapi heroin kuat berprasangka camni penat sikit baca. Overall best. Karya HF memang kena dgn jiwaku.
kadang-kadang bila ada antara sahabat beritahu, "aku tak baca novel cinta, bosan. semua sama..", terdetik dalam hati, hina sangat ke kalau baca buku cinta nih?.. contoh macam novel ni, takde pulak puan penulis Hani Fazuha dok ajar pembaca membunuh. yang ada cuma mengingatkan betapa pentingnya kasih sayang antara suami isteri. itu jer pun. kalau yang belum kahwin, ambil pula pengajaran yang ibu bapa haruslah di dahulukan dalam apa jua hal sekalipun. marah mcam mana, tak puas hati macam mana pun, mereka tetap ibu bapa... hormatilah mereka....
airis safiya, difitnah bila ditangkap berada di dalam rumah bersama dengan farid walhal di tidak tahu menahu mana datangnya farid samseng kampungnya. di ketika itu dia telah bertunang dengan adif. tapi entah macam mana, perkahwinan yang dipercepatkan seperti menjadi bala bila lagi dua hari adif tarik diri. aakif hudzairi mengantikan tempat adif menjadi suami airis. pada asalnya sememangnya tok ma mahu menjodohkan airis dengan hud..
hubungan mereka seperti ais, dingin beku. airis pun sememangnya tidak mahukan hud kerana hud ada mengeluarkan kata-kata yang agak menghinanya. tapi dalam pada degil, tak suka, airis tetap ikut arahan hud untuk menjalani praktikal di kuala lumpur, syarikat keluarga hud.. dan lagi, airis bertemu adif. melihat kecederaan yang di alami oleh adif buat dia sedih sendiri. tapi, adanya hud, kan sepatutnya dia mengutamakan suami walaupun hud adalah lelaki pilihan terakhir?.. yup, tak dinafikan novel ini banyak adegan romantis, tapi sekadar manis bukannya tahap melampau.. itu dah kategori lain beb... isteri, walau macam mana pun akan tetap jatuh sayang pada suami, itulah airis.. tapi mampu ke dia terima bila disuruh terima syira sebagai madu?..
ok jer, novel yang santai takla berat mana. olahan cerita pun sesedap rasa cukup jer semua rempah rencah. idea yang menarik sebenarnya kalau korang pembaca dalami kisah ini. pada dasarnya memang kisah cinta, tapi bila baca akan ketemu banyak lagi pengajaran lain yang ada, salah satu antaranya buruk dan bahaya fitnah.. lagi?.. buku ni LE, kot ada lagi, pi cari dan baca ya...
of course, conflict yang tak serabut sangat.... it's more to sweetness and lovey dovey...so, sesuai la untuk sape2 yang nak baca something light
but then, of course, if you are a very thoughtful and teliti reader, you gonna notice that this novel is lacking something...banyak persoalan yang tak de jawapan... contoh:
1. apa masalah adif ngan hud sebenarnya? 2. ending dia macam tak complete...macam nak cepat...tak cerita pon pasal shira, adif, farid...apa jadi ngan dorang?
but then, please enjoy this novel...Hani Fazuha tak pernah mengecewakan dari segi bahasa dan perkataan yang digunakan...HF tak perlu pun guna bahasa yang orang muda sekarang guna, perkataan yang bombastic. but still, this novel sangat best!!
for those yang suka novel yang sweet overdose, u gonna read this...and i believe, those unsettled conflicts tu akan dipanjangkan dlm sequel novel nih...lelaki teragung...so, gonna get that book as well...
Cerita ni best..saya bagi 3 bintang sebab cerita yang simple dan x banyak conflict.satu hari dah bole habis.Saya lebih sukakan novel penulis yang lain seperti Pergi tanpa alasan dan Yang dia pilih sabab banyak konflik dan sarat dengan pengajaran..Overall, i like this novel.