Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Kau gagal, Allah hantar bantuan. Kau luka, Allah sembuhkan. Kau takut apa kalau kau ada Tuhan?

Buku BE STRONG ini merupakan pengumpulan pesanan-pesanan yang dirungkaikan dalam bentuk puisi, petikan dan monolog. Menggunakan pendekatan yang digunakan di dalam al-Quran yang banyak mengulang perkara yang sama pada ayat dan surah yang berbeza, penulis juga sebenarnya banyak mengulang-ulang corak pemikiran yang sama. Bentuk dan bahasanya sahaja yang berbeza. Beginilah cara penulis melatih tubi pemikiran pembaca untuk berfikir dengan corak yang sepatutnya. Sungguh, cara berfikir yang betul akan membantu kita untuk sentiasa tenang dan kuat biar apa pun dugaan yang datang.

Ujian demi ujian akan terus singgah di dalam hidup kita tanpa henti. Ia suatu janji. Kalau yang kita cari adalah ketenangan, maka kita tiada pilihan. Belajarlah mengalah dan akur sahaja kepada semua takdir Allah. Maka insya-Allah, biar sehebat mana gelombang yang datang, kita masih mampu bertenang-tenang. Selamat membaca Be Strong dengan doa daripada penulis agar sedikit perkongsian ini berjaya dihadam, seterusnya membawa anda ke suatu zon kehidupan yang bernama ketenangan. Insya-Allah.

200 pages, Paperback

First published January 1, 2016

8 people are currently reading
198 people want to read

About the author

Bonda Nor

50 books76 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
48 (57%)
4 stars
25 (30%)
3 stars
4 (4%)
2 stars
5 (6%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
July 4, 2017
4.5 *

"Tuhan yang mengujimu dengan Tuhan yang menahan apa yang kau mahu, adalah Tuhan yang sama.... yang telah memberi apa yang kau minta."

banyak sangat quote yang best.

buku ini sesuai untuk hati yang letih dengan karenah dunia. Hati yang penat. Hati yang luka. Atau semua rasa sakit yang membelenggu. Buku ini bagai memujuk dan menghalau segala kegelisahan.

highly recommended.
Profile Image for Maisarah Azmi.
24 reviews8 followers
May 10, 2016
Saya tertarik membelek buku ini apabila melihat muka hadapan. Tajuknya Be Strong dalam siri #Pujuklah Hati tulisan Bonda Nor. Buku lain dalam siri ini Be Cool #Pujuklah Hati 2 dan Pujuklah Hati.
Bagi saya, buku ini menarik dan dalam kategori bahan bacaan yang memujuk hati. Hati yang berduka dan jiwa yang tertekan. Masalah serasa menghimpit dan kita mempersoalkan Tuhan.
Tulisan Bonda Nor ini memujuk hati kita berdamai dengan takdir, memandang kebaikan yang hadir sekali walaupun pada awalnya kita susah menerima.
Antara bab yang saya suka dalam buku ini adalah “Berbicara Dengan Dia”. Kita bercakap dengan Allah, adukan segala hal. Saya sudah cuba, dan saya rasa Allah sangat dekat dengan kita.
Lanjut - https://mysarahwrites.com/2016/05/09/...
Profile Image for Surah.
46 reviews
November 5, 2016
helps me out in life :') new useful perspectives... i need them. Alhamdulillah. A fan of bonda nor now :D
Profile Image for Erin95.
150 reviews5 followers
August 29, 2018
Tajuknya sesuai dengan pengisiannya. Pujuklah hati contentnya sangat memujuk hati yang lemah bangunlah. Ujian bukan untuk melemahkan bahkan menguatkan.

Bonda nor is one of my favourite author. Aku kumpul semua buku² or karya Bonda nor sebab bagi aku, beliau ada satu kelebihan, tulisan yang mampu memujuk hati yang bersedih supaya tidak bersedih lagi dan kuatlah hadapi ujian hidup.

Banyak kata² yang aku suka. But one of them is:

""Saat dia tersilap langkah, bimbinglah. Jangan asbab mulutmu menghina, seorang pendosa berputus asa dari Tuhan-Nya"

Emm can i give one more quotes 😹:

""Kau gagal Allah hantar bantuan. Kau luka Allah sembuhkan. Kau takut apa kalau kau ada Tuhan?"
Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
February 23, 2020
Bonda Nor dengan kata-kata indah, bermakna dan aura positif tidak pernah mengecewakan pembaca. Apabila baca buku ini saya banyak berkata-kata dengan diri sendiri. Selesai membaca satu bab, saya berhenti sejenak untuk saya pujuk hati saya dengan meminjam kata-kata indah daripada Bonda Nor. Itulah yang saya buat sehingga selesai pembacaan.

..

Manusia sentiasa mahu menjadi lebih baik daripada hari semalam, bukan? Buku ini akan menjadi salah satu sumber kekuatan ke arah menjadi lebih baik itu.
Profile Image for Aslam Arif.
16 reviews
December 8, 2019
Buku Siri Pujuklah Hati #3 mamaparkan perkongsian motivasi-motivasi dan cerita-cerita yang merangsang diri untuk kekal kuat walau diri berendam kesakitan. Pada saya, buku ini bukan untuk dibaca sekali seumur hidup, tetapi berkali-kali. Kerana, buku BS umpama suntikan semangant dan motivasi untuk cekal berdepan kehidupan yang kaya dengan mehnah dan tribulasi.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
December 2, 2023
🐞Baca buku Bonda Nor dari pujuklah hati 1 lagi. Antara 3 buku ni, kali ni sangatlah dekat di hati. Entah sekarang dah sampai siri berapa?

🐞Percayalah bila mana kita perlukan kata² pujukan tanpa dilihat orang, bacalah. Siri ini sedikit sebanyak. membantu. Rasa di elus kepalanya, di peluk dan di gosok belakang perlahan² mengesat tangis bisu yang cuba kita lindung.

🐞Kata² ringkas dan tepat. Ketepatan penuh dengan nada hati sendiri bahkan aku percaya teruntuk jiwa² yg resah dan dilandai badai ujian dunia yang sememangnya tiada noktah. Buku memujuk, menyedarkan dan membawa pada landasan. Kerna manusia itu tak lari daripada terbabas dan rebah.

🐞Buku dalam bentuk kata² motivasi,penuh dengan kata² hikmah. Seolah ada kawan di sisi bicarakan patah kata hikmah ini seperti apa yang mahu di dengar.Tertuju pada tujuan apa kita cari di balik buku. Tertuju pada apa sebenarnya nak dirungkai pada jiwa dan fikiran kita yang sedang samar.Hal yang kita akui tapi melawan.Hal kita kelabu untuk fahamkan diberi jawapan dan Hal yang kita alpa ditegurkan.

🐞Sentap itu biasa , pilihlah mahu sentap dari mulut orang yang kadang sukar menapis ego atau sukar sorok malu dengan sentap dengan bacaan.Lain benar terasa, kerna kita sendiri² dengan Tuhan dan lebih lembut mengakui.Berdasarkan pendapat sendiri.
52 reviews3 followers
December 20, 2018
Buku yang menyuntik semangat untuk kekal tabah mengharungi setiap cabaran kehidupan. Buku pembuka mata hati bahawa hidup ini sendiri satu ujian penentu di mana kita di akhirat kelak. Dunia ini adalah platform meraih sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa pulang ke kampung akhirat.
October 19, 2019
Buku yang memujuk hati. Menenangkan jiwa.
Yang memberi harapan bahawa Allah sentiasa ada bersama kita.

Yang mengajar kita erti kehidupan.
Sangat terkesan dengan setiap ayat di dalam buku ini.

Jika anda pernah jatuh. Buku ini, buku yang sesuai untuk kalian.

Profile Image for J.Adam.
15 reviews2 followers
April 23, 2020
Kalau kau sedang mencari diri semula. Aku cadangkan buku ini. Agak berkesan.
10 reviews
January 16, 2024
I like. This book constantly motivates and eases my broken heart. Light and easy reading.
Profile Image for Nur Farahin.
21 reviews2 followers
October 11, 2021
Buku ni sangat kena dengan jiwa bila baca. Setiap kali saya baca, rasa semangat baru, rasa nak berubah diri & berubah cara fikir. Setiap kata-kata kena dengan kehidupan saya.
Rugi saya beli lambat buku ini.


" Walaupun masa kita sedang ketawa, sebenarnya tetap masih ada yang tak lengkap lagi. Begitu juga saat kita kecewa, sebenarnya ada banyak perkara yang patut kita syukuri. "

" Ujian hidup pun tak akan habis sampailah terhentinya nyawa kita. "


Terima Kasih penulis
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.