“Kenapa? Cepatlah datang sini. Kita cari di sini. Banyak besar-besar di kawasan ni…
“Tapi Ram, sekarang ni kau di bawah tandas orang…” Tuturku dengan nada datar.
Perlahan-lahan Ramsa mendongak ke atas dan kelihatan lubang tandas betul-betul berada di atas kepalanya. Saat itu, barulah dia nampak beberapa tompok najis yang sudah bercampur dengan lumpur di belakangnya.
...
Orang kata kalau tak nak rumah dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi bagaimana jika pantai saja yang boleh menerima kami? Dan berumah di tepi pantai itu saja yang kami mampu?
Ini adalah cerita saya, Liu. Membesar di Kampung Karamunting Laut, jauh dari kemewahan hidup moden.
Ayuh selami bersama zaman kanak-kanak saya serta rakan-rakan, Eisah dan Ramsa. Belajar pasang surut dari sebuah sekolah bernama kehidupan.
Hanya insan biasa. Masih merangkak di dalam dunia penulisan. Menulis hanya untuk mengisi masa terluang.
Katanya kalau terbaca karyanya, harap jangan ada yang serik kerana karya yang terhasil itu adalah dari budak hingusan yang baru bertatih menulis. Hanya sekadar penulis picisan. Harap ada yang tidak menyampah dengan penulisan yang terhasil dari jari-jemarinya.
Kini masih terus menjadi pembaca tegar di dalam meneruskan keberlangsungan hidup...
Terima kasih kepada Rumah Lipur Lara for this free copy, in exchange for an honest review.
Realiti: Semuanya tampak mudah pada usia kanak-kanak. Berbeza sungguh dengan alam dewasa di mana kita nampak masalah di setiap penjuru.
Realiti: Tidak susah untuk mengiburkan hati seorang kanak-kanak. Main lumpur, berlari-lari di tepi air sudah cukup untuk menyenangkan hati yang gundah. Berbeza sungguh dengan alam dewasa di mana kita sering rasa terbeban walhal dengan hal sekecil semut sekali pun.
Realiti: Tidak semua kisah berakhir dengan indah, baik di usia muda mahu pun tua.
Tajuk Sekolah Bernama Kehidupan adalah satu tajuk yang N kira a perfect fit untuk novel ini. Benarlah kata orang, tiada guru yang lebih hebat dari kehidupan. Susah senang hidup membentuk seorang insan.
Pada mulanya N tertanya-tanya apakah plot cerita ini kerana ia agak mendatar; tiada konflik, tiada antagonist. Yang ada hanyalah tiga sahabat yang setiap hari berjumpa dan bermain.
Kemudian N sedar. Itulah plotnya. How everyday we lead our lives without realizing that living is a story. Setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah sebuah cerita. Semua orang yang kita kenali, rapat atau tidak, adalah watak-wataknya.
N suka bagaimana penulis membentuk watak Liu. In a way, watak Liu adalah kita semua. How as a child everything is easy, but once the harsh reality sets in, once you begin to 'see' what life really is, you are forced to change, to grow up, just to survive. Dan realitinya, pengajaran tentang kehidupan tidak mengenal usia.
Sebenarnya apabila membaca blurb buku ini saja aku rasa Asmar ingin menulis seperti Kunang Pesisir Morten, Raiha Bahaudin. Dan memang ada sedikit unsur/tema KPM itu di dalam SBK ini.
Rate 5 bintang bukanlah satu perkara yang mdah bagiku untuk diberi kepada sembarangan novel. Tetapi naskah ini amat menarik kerana unsur realismenya yang begitu mempersona.
Novel ini agak berbeza; kerana ini bukanlah satu novel yang wajib ada 3 unsur (permulaan, klimaks, peleraian). Tetapi novel kini merupakan konsep penceritaan kembali. Semacam diari gitu. Maka unsur yang 3 tadi tu mungkin akan terbatal pada novel ini.
Kulit novel ini nampak cool dan indah. Tetapi sebenarnya buku ini mudah terdedah kepada kerosakan sebab cover bukunya ini tidak sama dengan buku. Mungkin akan datang penerbit akan cari alternatif lain. Cover depannya jangan diubah, cuma betulkan kembali materi kulitnya.
[aku tak ingin membuat perbandingan terhadap novel, kerana tiap-tiap penulis ada kelebihan dan keperluannya masing-masing. Tetapi jika kau nak baca lagi novel semacam ini, boleh cuba Kunang Persisir Morten]
Pernah tak rasa ketenangan yang teramat sangat? Macam bila kau berendam dalam jacuzzi sambil kau berangan didakap oleh Aaron Aziz? Ataupun bila kau tidur yang terlalu sedap bertemankan selimut dan bantal busuk kegemaran dalam suasana dingin yang menyamankan? That's my point. Ketenangan.
Saya memang menaruh harapan tinggi kepada buku ini dan meletakkan sebagai antara yang terakhir perlu dibaca tahun ini kerana naluri kewanitaan (eh?) Ku ini kuat mengatakan yang it'll be worth it. Guess what? It is. Like beyond worth my time. This is a local literature treasure.
Kisah tentang persahabatan yang biasa tetapi penuh dengan magis kehidupan yang kadang-kala berselirat dengan tompok hitam dan debu celaka. Kisah bila tiga sekawan yang naif tentang sepak terajang caci maki dunia cuba untuk meniti jambatan celaka itu hanya dengan berkaki ayam dan bersenjatakan naluri serta hati yang besar. Kisah tentang kasih sayang yang terlalu mahal harganya. Kisah tentang darjat manusia yang hanya menumpang kasih dan ehsan daripada dunia.
Saya lena dan tenang di dalam dunia lakaran Asmar Shah. Saya rasakan segalanya seperti sempurna malah lebih lagi. Peta-peta perjalanan antara tiga watak diikat dengan satu tali nasib yang tiada tolak ansur dan tegas dalam menjalankan tugas. Benar, sekolah yang sebenar-benar sekolah adalah KEHIDUPAN.
Ini bukan kisah yang punya pisau tajam, tetapi ini kisah yang punya kaca-kaca halus yang menjadi permaidani buat setiap watak-watak. Pandai mengelak lega, salah langkah terluka. Tiada unsur memaksa, Asmar Shah begitu sempurna dalam menceritakan segalanya yang berlaku tanpa membuatkan kita berkerut dahi menyambungkan dua garis bulu kening. Ini sebuah naskah sempurna.
Beberapa kali saya mengelap air mata kerana percayalah sebagai manusia biasa apa yang dipaparkan di dalam SBK ini adalah seperti cermin pantulan. Saban kali kita menyalahkan Tuhan tentang masalah kehidupan kita tetapi sedarkah kita ada yang lebih derita dalam mendapatkan tiket kesenangan yang kita perolehi sekarang? Nikmat nilai sebuah set large di McD atau cas satu kepala di Seoul Garden kelihatan seperti syurga dunia jika diberikan semua itu kepada Ramsa, Eisah dan Liu.
Jika mampu diberikan 7 Bintang, saya akan bagi 8 Bintang buat naskah ini. Sekali lagi saya tegaskan yang Sekolah Bernama Kehidupan oleh Asmar Shah termasuk di dalam cara harta karun penulisan lokal. Sempurna sekali dalam mencerminkan kisah-kisah terpinggir. Tanpa perlu berbunuhan, tanpa perlu menyoal-tegas tentang siapa yang perlu menjadi tuhan, SBK hadir dan berdiri dengan persalinan sutera mahal di tengah-tengah padang peperangan yang lecak dengan darah mangsa-mangsa penulisan.
Terima kasih Asmar Shah, terima kasih Rumah Lili, terima kasih. Ini adalah harta karun, sekali lagi saya tegaskan. Harta karun.
Saya sarankan semua rakyat Malaysia baca buku ini! Seperti yang digembar-gemburkan, sememangnya buku ini memberikan impak dan menyentuh hati. Asmar menulis dari sudut kaca seorang kanak-kanak lelaki, yang tinggal di kawasan setinggan di Sandakan. Buku ini mengisahkan tentang kehidupan Liu bersama dua orang rakan baik, kehidupan dengan keluarga, jiran dan masyarakat. Penulis menggunakan bahasa yang ringkas dan baik tatabahasanya, tanpa mengorbankan elemen asli komunikasi, budaya dan kehidupan masyarakat di Sabah. Tidak perlu menggunakan perkataan bombastik dan penerangan yang meleret dan keterlaluan, namun cukup berjaya menerbitkan rasa sayu dalam diri apabila membaca coretan-coretan kehidupan Liu.
Best..tak sangka kehidupan sebilangan mereka di Sandakan begitu rupanya. Nilai persahabatan mereka sungguh berharga walaupun dari sudut pandangan kanak2 kecil. Tetapi ending so sad..mungkin ada sequel? thumbs up Asmar Shah!
Suka dengan gaya penyampaian latar tempat yang sangat terperinci oleh penulis, membuatkan seolah-olah saya berada sendiri di tempat tersebut. Scene yang saya paling suka bilamana Liu, Ramsa dan Eisah berkelana ke Kota Kinabalu; keberanian tiga anak kecil mengembara sendiri tanpa pengawasan orang dewasa. Dan tidak disangka, itulah pengalaman manis terakhir yang mereka bertiga rakamkan bersama.
Konflik yang ditimbulkan dalam cerita ini juga berjaya digarapkan dengan baik; permasalahan anak setinggan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah jauh di ceruk Kg Karamunting Sandakan Sabah, survival hidup anak setinggan, hubungan kekeluargaan.
Dan tiada yang lebih bersesuaian untuk menutup ulasan ini dengan kata-kata yang tertulis melintang di sudut tepi buku ini,
'Kalau tiada perpisahan, maka tiadalah pertemuan'.
1. Tak suka cerita melibatkan kanak-kanak yang ada unsur sedih. Kalau ada kemampuan, saya nak bina gingerbread house untuk mereka.
2. Tak suka sebab selalu saya beli Pek Gembira tapi sebelum raya terbeli Pek 6. Dan salah satu buku yang dipilih ialah buku ni sebab kulit depannya menarik.
3. Tak suka sebab buku dari laman sesawang tesebut menitikberatkan kulit depannya supaya menarik. Termasuklah buku ni. Tengok kulit depan pun dah sayu hati. Tu yang klik tu.
Buku ni kisah 3 sahabat yang menetap di kawasan setinggan. Saya bayangkan setinggan ni rumah rapat yang bumbung hampir bercium macam ditunjukkan dalam drama atau filem Indonesia.
Mood saya baca buku ni ibarat menonton Laskar Pelangi atau My Teacher's Diary. Sekejap gembira, sekejap teruja dan sekejap sedih.
Saya tak baca habis satu sitting. Saya selang-seli dengan buku genre lain apabila emosi saya berubah. Seperti saya katakan, saya jarang hadap buku sedih yang melibatkan kanak-kanak. Jadi dah berminggu juga dan tak tau berapa kali duduk, barulah habis.
Ada sekuel? Ke tamat macam tu saja? Ke penulis nak kita garap sendiri penamat untuk salah satu watak tu? Maaf sebab saya ada penyakit lupa nama. Maaf juga sebab emosi saya untuk buku ni kabhi kushi kabhi gham.
Secara jujurnya saya sangat menyukai naskhah ini kerana ketulusan Asmar Shah bercerita tentang tiga kanak-kanak dan nasib mereka yang berbeza. Asmar telah berjaya mencuri hati saya dalam naskhah yang sangat hidup dan boleh mencelikkan mata saya bahawa begini rupanya kehidupan yang sebenarnya daripada perspektif kanak-kanak. Saya nampak Asmar yang jujur, saya nampak Asmar yang telus dan mata saya pun berkaca!:(
Sekolah Bernama Kehidupan.. Permulaan bacaan aku rasa tak berapa menarik dengan ceritanya kerana berkisarkan kisah budak-budak kampung yang tiada arah tuju.. Tapi aku gagahkan jugak membacanya sebab dah belikan, rugi kalau tak habiskan... Semakin lama aku baca semakin menyentuh jiwa.. Aku dapat selami sebuah kehidupan yang mengajar anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa tentang erti sebuah kehidupan walaupun tidak bersekolah sehinggakan ada part-part dalam buku ni membuatkan aku menitiskan air mata..
Novel ni mengisahkan kehidupan 3 orang kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan di kawasan sandakan, sabah yang cuba belajar bedikari... Seorang punya dokumen diri.. manakala 2 orang lagi tiada dokumen diri.. Ibarat seperi pelarian.. Bila ada serbuan daripada pihak berkuasa, maka bertempiaranlah mereka lari selamatkan diri.. Kisah mereka bekerja mencari rezeki.. Kisah mereka yang terlalu ingin pergi kesekolah tapi dokumen diri tiada membuatkan mereka terpaksa redha dengan keadaan itu.. Di tangkap pihak berkuasa dan dihantar ke negara masing-masing.. Sedangkan keluarga kandung berada di sandakan kerana mereka ada dokumen diri.. Bayangkan seorang kanak-kanak terpaksa berjauhan dengan keluarga kandung seorang diri dan dihantar di negara yang dia sendiri tak pernah sampai di sana.. Huhuhu..
Tahniah buat penulis - Asmar Shah kerana menulis karya yang sangat menyentuh perasaan dan membuatkan aku terpikir tentang kehidupan orang yang susah.. Terbaik.. Cuma yang part last sekali, rasa tak puas hati sebab Liu tak berjumpa juga dengan keluarga kandungnya setelah 15 tahun berlalu.. Huwaaaa.. kecewaaaa... Tapi novel ni memang best..
Saya ucapkan Tahniah!!! pada Penulis. Buku ini menyedarkan kita untuk lebih bersyukur atas nikmat yang kita perolehi masa ini. Jika kta merasa kita susah, ada orang lain lagi susah.
Cerita-ceritanya mungkin kita fikirkan agak keterlaluan(out of our reality) tapi saya percaya sebenarnya itulah realiti dan mungkin masih berlaku. Cumanya tidak berlaku di depan mata kita dan mengakulah yang kita tidak pernah berfikir tentang perkara-perkara yang diceritakan dalm buku ini.
Tahniah juga pada Penulis, penceritaan dan watak berjaya dihidupkan dan saya berjaya bolos masuk ke dalam dunia Liu, Ramsa dan Eisah.
Kehidupan abang Hery berjaya menitiskan air mata saya.
Jujurnya saya mahu memberi 5 bintang tapi apa yang membuatkan saya kurangkan lima, sebab ada sesetengah perkara yang kurang diulas tentang keburukannya. Saya takut ada insan yang malas untuk berfikir akan melakukan perkara yang sama dan memberikan alasan terhadap keputusannya itu.
Hakikatnya sebenarnya buku ini memang membuka minda kita. Dan kita juga mesti berfikir baik dan buruk atas segala tindakan kita. Apa-apapun bersabar dengan ujian hidup.
Tahniah sekali lagi pada Penulis Asmar Shah. Terus menulis! :)
Finally, I managed to complete this novel. Bukan ceritanya membosankan tapi sebab saya suka baca novel in between other novel back to back dan ini adalah my second book from other genre selain romance. Gaya bahasa yg mudah nak faham dan tak kasar. Santai.
Novel ini buat saya mengimbas kembali ke zaman kanak2 riang..mindset tak terlalu berbeza walaupun keadaan living conditions tak sama. Di usia sebegitu saya rasa Liu ni agak matang. Walaupun tidak melalui pengalaman yg begitu daif, saya boleh feel emosi mereka. Appreciation of small little things and whatever that make them happy. Make do with whatever they have in order to survive. Hati kanak2 yg tulus berkawan irregardless of diferrences..berbeza dgn org yg dah dewasa. Novel ini buat saya rindu zaman kanak2 yg dah lama berlalu.
Tak pandai lah nak karang ayat sedap-sedap untuk ulas buku ni. Aku hanya berharap untuk melihat kisah ni dapat diangkat oleh seorang pengarah filem yang hebat ke layar perak pula. Huhuhu...
Cetakan 2016 terbitan Lipur Lara Enterprise menampilkan tulisan Asmar Shah (yang meninggalkan kita awal tahun 2018 ke dunia abadi) Pernah membaca karya aksi thirllernya yang bergabungan dengan2 penulis lain (karya tersebut tidak mendapat sambutan), saya juga membacanya separuh jalan. Penulisan Asmar menarik, saat dia kecewa dengan dunia menulis pernah saya nasihati untuk bersabar dan percaya pada bakatnya. Tulisan Asmar sebenarnya jelas dan menarik, dia mampu menggambarkan lokasi, situasi (termasuk perabut dan urat urat kayu) Dia hanya memerlukan cerita yang ghairah dan menarik, karya Sekolah Bernama Kehidupan bagaikan naskah yang tepat punatnya.
Coming of age, sememangnya sedap dibaca. Ianya bagaikan mengintai intai hidup lama sang penulis kalau ditulis dengan baik. Asmar berjaya melakukannya dalam naskah yang mahu saya anggap sebagai JELAS, TEPAT, SEDAP dan BERKAIT. Buku ini promosinya sebaiknya dilakukan secara besar besaran di Sandakan, seluruh Sabah. Ianya sangatlah relatable. Pembaca semenanjung boleh belajar dialek anak anak sabah di perkampungan haram. Dialek bercampur dengan bisayan Filipina bunyinya menarik dan terjemahan terus dalan naskah ini agak memikat hati. Penulis juga tidak selfish dalam mengembangkan watak watak yang ada, tidaklah dia bertumpu pada watak utama Liu sahaja, Ramsa dan Eisah tunggak penceritaan juga sangat seimbang dan tidak dibiarkan sebagai perhiasan sahaja. Ghairah pemikiran anak anak dilakarkan dengan baik sekali, termasuk kesalan 2 daripada mereka tidak dapat hadir ke sekolah.
Penulis yang baik di samping bercerita akan mampu membawa pembaca akan logistik, rasa, gerak hati dan debaran. Buku ini ada hal hal tersebut. Pembahagian babnya yang bagaikan cerpen itu memudahkan pembaca muda yang mula berjinak dengan literasi Malaysia. Pujian untuk pernerbit kerana kulit buku yang berseni, font dan saiz novel yang menarik setaraf buku buku antarabangsa.
permulaan cerita, aku sangkakan ia hanya sebuah memoir anak2 kecil ketika bersama-sama teman sebaya, mengharungi kehidupan yang serba kekurangan dan melihat sesuatu dari perspektif mereka sendiri, tanpa kenal erti permaslhan semasa. walaupun sukar, masih terselit kegembiraan yang telus.
diakui, permulaan cerita aku hanya ingin memberikan 4*, dek kerana pada beberapa bab permulaan,penceritaan agak mendatar, tidak cukup terkesan mungkin. namun, makin menyelusuri karya ini, makin dapat dirasakan kejujuran hakikat yang begitu dekat dengan kehidupan kita. memandangkan cerita ini dari perspektif seorang kanak2, maka penceritaan sebegitu ku lihat bersesuaian. karekter yang polos, tidak terlalu mendesak, hanya fikirkan keseronokkan tapi pada masa yang sama masih ada had-had tertentu - bukankah zaman kanak2 kita sendiri sebegitu??
ceritera2 yang disajikan juga diolah sebaiknya, bersama isu2 kemasyarakatan yang acapkali terlepas pandang, atau sengaja dipandang ringan oleh kita sendiri.
pengakhiran yang begitu terkesan - tahniah asmar! unexpected, begitu kesudahannya! mampu menyebakkan pembaca, sesuatu yang memang tidak ku jangka dari buku ini mahupun dari penulis sendiri!
Sekolah Bernama Kehidupan merupakan novel Asmar Shah dengan @rumahlipurlara yang terkenal dengan karya realisme. Untuk pengetahuan anda, Asmar Shah sudahpun menerbitkan karyanya dalam 19 buku, termasuk SBK. (Dipetik dari Goodreads)
Saya pasti, kalian tertanya-tanya apakah "x-factor" novel SBK yang mendapatkannya rating yang cukup baik di Goodreads. Sekolah Bernama Kehidupan bukanlah novel tipikal yang mempunyai jalan cerita dengan permulaan, konflik, dan penutup yang jelas.
Membaca SBK seperti membelek album foto seorang kawan, sambil dia menceritakan detik-detik dalam hidupnya secara rawak kepada kita. Setiap Ceritera dalam SBK merupakan salah satu momen yang ingin dikongsi oleh Liu (watak utama), tanpa terlalu memilih mana yang "relevan". Sebagai pembaca, ada perkara yg mungkin tidak bermakna / "relevan" kepada kita, tetapi signifikan kepada Liu, rakan-rakannya & keluarganya.
Dalam SBK, bukan satu dua tema sahaja disuapkan. Umpama buffet, bermacam isu dihidangkan; keluarga, persahabatan, pendidikan, adat & tradisi. SBK menepati aspek "real" dalam realisme, di mana hidup manusia bukan seperti novel yg bermula sebelum konflik, & berakhir selepas peleraiannya, Disclaimer untuk pembaca di luar sana, jika anda menggemari jalan cerita yang linear dan jelas, maka SBK mungkin tidak menepati citarasa anda.
Sejujurnya, saya juga mempunyai kesukaran di permulaan novel ini kerana tidak biasa dengan "flow" SBK. Bak kata mat salleh, "ease into it". Saya paling tertarik dengan Ceritera 11 oleh kerana penceritaan azam kanak-kanak kecil yang polos itu cukup menyentuh hati saya. Saya mengalirkan air mata membaca azam Ramsa (rakan Liu) dalam Ceritera 11 SBK, dan saya pasti kalian juga akan tersentuh.
Saya mempunyai begitu banyak soalan untuk Asmar Shah, termasuk berkaitan pengakhiran novel SBK yang cukup mengganggu fikiran saya. Sekolah Bernama Kehidupan bukan novel konvensional / tipikal. Ini mencabar kita sebagai pembaca, serta penerimaan kita terhadap kelainan ini.
Selepas novel Selumbar & SBK yang menimbulkan pelbagai reaksi, saya pasti kita semua ternanti-nanti buku @rumahlipurlara yang seterusnya!
Sekolah Bernama Kehidupan. Asmar Shah. Publisher Lipur Lara 333 muka surat.
'Ketulusan itu tidak beraroma, tidak berwarna, tapi kau selalu tahu ia ada di mana'.
Kalau di beri peluang untuk memberikan tajuk bagi hasil penulisan penulis muda ni, dengan yakin aku ingin mencadangkan 'The Magic of childhood memories'. Ketulusan zaman kanak-kanak yg ghairah mandi air hujan, makan gula aising atas jambatan, mengutip lokan.
Asmar bijak mendedahkan realiti sebenar kehidupan sesetengah penduduk borneo dengan mempergunakan sudut lensa mata kanak-kanak. Penulis ibarat mendedahkan satu kehidupan lain kepada dunia. Jika kita masih mampu berlantaikan tanah, bagaimana dengan mereka yang hanya di terima pantai. Tidak mendapat pendidikan formal kerana tiada taraf kerakyatan. ( Ruginya penulis hanya menyentuh secara kasar isu ni)
Garapan air tangan Asmar kali ini benar-benar membawa aku terbang ke dalam memori persahabatan antara Liu, Ramsa & Eisah. Kematangan mereka dalam meneruskan kehidupan. Nilai-nilai survival yang mampu di lakukan seorang kanak-kanak. Keteguhan sesebuah intitusi kekeluargaan di dalam kalangan mereka yang jauh dari kemewahan hidup moden.
Jujurnya, cara penceritaan penulis agak santai hingga aku selesa duduk berlunjur kaki membaca di kaki lima. Terselit juga unsur humor dalam perbualan slanga sabah antara watak. Menambahkan unsur realistik lagi karya ini adalah dengan penambahan beberapa krisis dalam cerita. (err.. tapi aku juga mencari di mana klimaks nya?)
Aku sendiri tidak dapat mengenal pasti 'range' umur watak-watak utama samada aku terlepas pandang 'hint' yang diberikan penulis atau penulis sengaja mahu mengekal kan unsur rahsia. Penghujung cerita juga nampak seperti penulis tergesa-gesa untuk menamatkan cerita. Mengejar dateline atau mungkin strategi untuk menghasilkan SBK2? hehe.
Konklusinya, penulis berjaya membuatkan pembaca merembeskan bergelen-gelen hormon dopamine dengan menikmati keharmonian memori zaman kanak-kanak Liu sekawan.
**3.5 Bintang (Sebenarnya aku nak bagi lebih lagi, tapi sebab cover buku terpaksa tarik lg setengah bintang.)
Sekolah Bernama Kehidupan bukanlah seperti sebuah novel biasa yang ada carta tipikal untuk perjalanan sesebuah novel. Tapi Asmar seperti membawa pembacanya jalan menelusuri 'timeline' kehidupan rakyat yang tersisih. Di sinilah antara kelainan yang dibawakan oleh Asmar dalam novel ini. Sehingga saya merasa mahu masuk ke dalam waktu-waktu itu.
Ternyata tiga watak utama kanak-kanak itu sangat hidup! Tiga orang kanak-kanak yang tersisih; Liu dan Eisah tanpa dokumen pengenalan diri. Ramsa pula selalu diperkecilkan dan ditempik oleh rakan-rakan dan guru di sekolah. Sejujurnya sedari helaian-helaian awal lagi, saya sudah tertarik dengan jalan cerita ini. Kenapa? Kerana tempat tinggal, gaya hidup yang ada dalam novel ini adalah realiti sesetengah rakyat di Borneo. Ada sedikit babak berunsur seram, dan juga sedih.
Memandangkan penulis menghabiskan kisah seperti di dalam kejadian novel itu, penulis perlu bertanggungjawab untuk menghasilkan kesinambungannya. Come on! Liu perlu berjumpa dengan orang-orang kesayangannya. Jangan seksa batin Liu dan para pembaca! Hahaha.
rasa macam nak terjun dalam buku ni dan peluk mereka bertiga. terima kasih kepada penulis sebab bawa aku ke dunia yang sangat asing dengan diri aku, asing daripada apa yang aku lihat dan dengar, asing daripada imaginasi aku. entah berapa liter air mata aku tertetes sepanjang pembacaan tapi memang itu yang aku harapkan daripada SBK.
tidaklah aku menipu kalau aku katakan sebenarnya aku berharap untuk baca alternate ending (yang lebih indah), tapi penamat SBK ini sangat sempurna sehinggakan kalau wujud penamat yang lebih indah seperti yang diharapkan, mungkin aku tolak penamat itu dan desak penulis untuk hasilkan penamat yang cantik ini.
cuma ada beberapa perkataan aku harap diterangkan maksudnya tapi ianya tidaklah mengganggu proses penceritaan.
terima kasih asmar kerana menghasilkan SBK dan terima kasih lili kerana menerbitkan SBK.
Ini buku pertama aku baca dari Asmar Shah. Pendek sahaja ulasanku.
Kalau bukan semua pun, pasti ada dua tiga babad kehidupan sekitar Liu yang bergema dalam memori kehidupan kita sendiri. Demikian hati kita cair membaca novel SBK ini.
Mengingatkan aku dalam kehodohan dunia, ada riang tawa. Dalam pertemuan, ada perpisahan. Setiap perjumpaan, ada ujian serta pengajaran.
Sebuah buku yang underrated dari penerbit yang juga kurang dikenali. Seperti biasa aku suka buku yang senang dibaca dari satu bab ke bab yang lain. Sebuah cerita yang jujur, aku dapat merasai watak Liu walaupun pendakian jalan cerita ke klimaks agak perlahan. Keseluruhannya bagus.
Jujur.. Tu yg tlintas di kepala otak setelah hbis mbaca naskah nie.. Nie bukan ptama kali mbaca karya Asmar Shah..Tp SBK nie,mmg tulus dan mnarik phatian aku unt aku menghbiskan dgn kadar sgera..Xsabar nk tahu next..next dan next..Maybe karya yg berunsurkan realisma ialah kkuatan Asmar Shah.. SBK mceritakn kisah 3 shabat Ramsa, Lui dan Eisah di kwsan pkmpungan stinggan Sandakan.. Baru ku tahu mcm nie khidupan di kwsan stinggan...(xtahu masih ada lg x pkmpungan mcm nie)... Karya Asmar Shah kali nie lebih matang dan ada pningkatan dr segi bahasa dan plot... Lebih kemas dan kurang slanga Sabahan... Cover yg unik dan mnarik cuma kertas pada awal buku boleh rosak sbb cover SBK nie x mcm novel lain... Smart pic kaki 3 org yg mwkili Ramsa,Lui dan Eisah tu.. Tapi kurangnya 'nota kaki' unt mngetahui pkataan2 ttentu yg hnya dfhami oleh org Sabah... SBK nie anti-klimaks..More to memory pjlnan kanak2 yg pnuh dgn nilai khdupan... Bg sy SBK nie xrugi unt dmiliki... So sape yg xbaca lg,silalah rajin2 kn diri anda... Sy Bg 4.25★...
Buku yang ringan tapi sangat membuka mata. Penceritaan yang bersahaja umpama kita berada di hadapan Liu mendengar dia bercerita tentang diari dia.
"Life is the best teacher"—mungkin ini yang penulis nak terapkan dalam buku beliau. tapi tak disangkal. Itulah guru terbaik. Kehidupan ini adalah satu sekolah. Yang mana kita jatuh, bangun, kita gagal dan kita bangkit. Sebab di sekolah itu kita cuma nak satu, nak belajar. nak berjaya.
Aku tak tahu ini buku fiksyen atau buku yang digarap daripada pengalaman penulis sendiri. Sangat tulus dan sampai ke hati. Sangat realis dan mula membuatkan kita berfikir, kita mungkin mampu melukis masa depan yang kita nak. Tapi Tuhan yang menterjemahkannya dan itulah yang terbaik.
Sungguh tak ada 'happy ending' untuk setiap orang. Yang ada cuma usaha yang kecil untuk hidup hari esok yang belum tentu ada baik atau buruk.
Buku ini berkisar tentang realiti. Tak ada watak perempuan perampas, tak ada kisah cinta berbeza darjat pun. Yang ada hanya tiga kanak-kanak yang sangat teruja mengenal dunia.
Jika sewaktu aku kecil dulu, mungkin yang merisaukan aku ialah dimarahi mak bila balik kasut berlumpur. terjatuh parit tika main belakang rumah.
Tapi realiti bagi 'Liu, Ramsa dan Eisah'. Bukan itu yang merisaukan mereka. Terjun lumpur, kaki berdarah tersepak paku. Masih lagi boleh ketawa bahagia.
Kerana bagi mereka, kita cuma perlu hargai insan yang kita kenal itu selagi mana mereka masih dihadapan kita. Live your life to the fullest—Terima kasih Liu kerana tak pernah mengalah.
"Kalau berkawan, jangan terlalu berharap pada hubungan itu. Bila-bila masa juga, mereka boleh pergi dan hilang dari mata."
Sebuah buku yang mengisahkan pasang surut dari sebuah sekolah bernama kehidupan. Buku yang penulisannya seakan hidup dan realiti. Kehidupan disudut yang lain dari kehidupan kebiasaan kita
Aku suka buku ini dan kisahnya. Penceritaan yang tenang dengan permainan dugaan emosi yang mengasyikkan. Buat kau ingin tahu kisah selanjutnya setelah kau mula membaca
Buku yang turut menyelitkan pelbagai kitaran masalah dan nilai dalam hidup ini. Seperti persahabatan, zaman riang kanak-kanak, kekeluargaan, kejiranan, menghargai, kehilangan dan sebagainya. Kisah di mana keganasan kehidupan itu menimpa semua yang bergelar manusia meskipun masih kanak-kanak. Kisah kematangan hadir di usia kecil kala mengharungi kehidupan ini. Kisah yang tidak seindah kayangan. Kisah yang tidak semanis drama cinta. Kerna ini kisah kehidupan.
Di akhirnya aku sangat berharap agar buku ini ada sambungannya. Kerana kisahnya buat aku tidak puas. Aku ingin terus menyelami dalam ombak ganas kehidupan itu. Aku ingin terus tahu kisah 3 sekawan itu
ceritanya sedih, akhirannya tidak gembira. tetapi ianya menjadikan ku manusia. kita ada hidup untuk kita jalani. kita ada jalan yang kita tak pasti. tetapi kita perlu terus jalan dan menghadapinya. ini buku yang menyentuh sanubari.
ending sedikit rush bg saya...sperti mmbuat krangan masa peperiksaan sekolah, masa smakin suntuk dan kita antam sja untuk mnutup crta. trlalu byk persoalan seperti apa sbnarnya chaya kuning trsebut dan knapa Liu sorg sja dlm kluarganya yg xpunya dokumen (atau mgkin sy trskip part/trlupa part trsbut). apa2pun satu crta yang snang dfaham dan mampu buat aku tersenyum ketawa mmbaca gelagat mereka bertiga.
Sebuah realiti kehidupan. Karya ini sungguh menyentuh jiwa. Membaca naratif Liu buat kita sama-sama selami apa yang dilaluinya. Kanak-kanak yang masih belum cukup faham dengan kehidupan. Mereka naif, tapi ada masanya mereka lebih berakal. Ada dua tiga dialek yang aku kurang faham, tapi nasib baik ada kawan yang boleh ditanya. Al-Fatihah buat penulis.
Ya Allah. No words. Opened my mind and my eyes to a pov of another world. Best sangat for me eventhough watak dia just 3 kids. But I can feel their joy and pain. I really enjoyed reading this. I feel like noone can hate this book but I wish ending dia tak habis kat situ. Agak tergantung for me. Alfatihah (dibacakan) to the author