Jump to ratings and reviews
Rate this book

Klik! Pengantin Musim Salju

Rate this book
Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

750 pages, Paperback

First published May 1, 2016

102 people are currently reading
1075 people want to read

About the author

Suri Ryana

9 books384 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
211 (44%)
4 stars
135 (28%)
3 stars
84 (17%)
2 stars
17 (3%)
1 star
24 (5%)
Displaying 1 - 30 of 56 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 17, 2018
KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU
by Suri Ryana

Kasih Latifah aka Kay, si tomboi pemulilik syarikat dan studio fotografi Klik! terpaksa menerima permintaan Adam Putra supaya menjadi pengantin olok2 untuk berjumpa dengan nenek Adam, Ku Yam di Jepun. Semua sebab tunang Adam, Karlisha Zandra melarikan diri di malam perkahwinan mereka. Di sana, tanpa sedar bibit cinta bermula antara mereka dan mengubah penampilan Kay seratus peratus.

Eh, macam tersuka pulak yang ni.. heheh
compare dengan #kimchi untuk awak, saya suka lagi #klik! ni. walaupun agak klise, tapi suka olahan kak suri, nampak polos je.

tapi, saya suka part sebelum kahwin, mostly dekat Jepun tu. memang baca semua sebab banyak adat2 orang Jepun diselitkan, gubahan bunga etc n tempat2 menarik dekat Jepun tu.... Memang details je, n excited terlebih bila bace.

bila da balik Malaysia tu macam kureng sikit da mood.. more pada gangguan Karlisha, Hud sepupu Adam yang memang minat dengan Kay dan rahsia Adam pasal orang yang bertanggungjawab nak jual Kay dekat Thailand tu. Rasenya, patut tamatkan je dekat ms 500++ (tapi kire not bad sebab sampai ms 500 tu baca tak lompat2).

Overall, ok la boleh layan... cuma part lepas kahwin tu tak yah pun tak pe. Drangging 1, konflik pun klise je... for me, sampai dekat jepun n diorang kahwin tu da ok da, mungkin scene balik Malaysia just tuk berkenalan dengan famili masing2 je.. tapi still ok la

*rating : 3.9*
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
October 17, 2016
3.8*

Akhirnya tamat jua...
Sejujurnya saya lebih menyukai novel ni berbanding dengan novel yg sebelumnya. Kali ini kita dibawa ke Jepun pula credit utk penulis dgn sedikit info2 yg diselitkan tentang adat & budaya masyarakat Jepun. Unsur drama Korea masih dikekalkan tapi apa ada hal trademark penulis lagi pon babak2 tu "sweet" . (saya suka)

Saya lebih mengemari babak2 sebelum Kaseh Lateefa & Adam Putra berkahwin berbanding dgn babak2 selepas mereka berkahwin. Begitu juga saya lebih menyukai Kay berbanding Kaseh(padahal org yg sama) haha.

Untuk penulis ermmm saya rasa gaya dan olahan penulis semakin matang cuma bila sampai ke hujung2 cerita tu penulis seolah-olah mengulang semula kisah M.A.I.D konflik&cara penyelesaiannya.seakan-akan je. Next penulis ni dah masuk dalam senarai penulis yg bukunya akan di baca tanpa mengambil tahu sipnosis/jalan ceritanya terlebih dahulu. Lagipun saya tak rajin baca blog/enrty2 di media sosial.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 20, 2018
18/06/16
Saya jenis yg selective when comes to author..(bukan bias but certain author are very popular but cerita not really my cup of tea..) Suri definitely not. After her first book that I read (Maid)..I got hook on the rest..Cuma Playboy itu suami saya takde dlm my collection though..pinjam kat library je.

Well cerita ni agak santai. Pada awalnya saya suka sangat sebab nampak character builds up tapi after awhile cerita dia gets a bit mundane but then start picking up again unlike Maid and KUA. Whatever it is tetap menarik juga especially masa di Jepun. Cuma too detailed.

Kay sebenarnya seorang yg lembut tapi bertukar kasar disebabkan kisah hitam yg hampir musnahkan hidup dia. Pada dia she could defended herself against unwanted people. Menurut saya, having the abilities to fight doesnt make u strong if u are very emotional or terlalu confidence because u will not be able to make wise decision at the inopportune time. Furthermore, dia quite naive. Apapun she is definitely not a bimbo.

Adam pula seorang yg agak dingin (itu apa yg dia perlihatkan) tapi sebenarnya dia seorang yg sangat prihatin dari banyak sudut dan extremely sweet person. Dia juga cucu dan anak yg baik..Kira lelaki perfect 10 except for cemburu buta dia.. that part mcm ego sikit.

Karlisha pilihan ibu yg dia tak dapat menolak..ingat cinta. No wonder nampak pelik je layanan Adam pada Karlisha masa kat kedai photography Kay, beku and uninterested. Nasib tak jadi kahwin. Kerana tak mahu mengejutkan nenek yg tak tahu apa yg dah terjadi in Msia, Adam upah Kay. Berpakat untuk menjadi isteri olok2. Itupun after bribing her with antic camera and photography assignment.

Bermulalah cinta pada musim salju when they fly to Japan..kat sini mmg lucu juga ngan Kay. Macam2 hal berlaku..Tapi kerana dengki manusia, nenek yg baru pulih dari sakit jantung jatuh pengsan and warded setelah kebenaran terbongkar. Dan dari sini jugalah, they started confessing and made plan to get married. Kisah dengki manusia doesn't end in Japan..it stretch to Malaysia.

Both of them were looking for each other for as long as 10 years tapi tak pernah jumpa hingga di boutique Kay. Banyak juga character sampingan yg memeriahkan buku ini and every single one of them are in fact involved indirectly..Especially Irham, Hud Mikael Dan Zubir.

Apa yg saya suka, merajuk Kay tak lama..sempat lagi cakap dia nak merajuk sebab selalu dia terhegeh2 ngan Adam. hahaha..Enjoyable read.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 20, 2017
Its the usual writer's genre. Tapi kali ni hero dia tak kekwat sangat n the writing is a little more matured. I like it. There's a twist. There's nasty antagonist. There's a story apart from all the sweetness. So.... it was okay for me.

I like the background of the story tho. This time the writer bring us to visit Japan. I enjoyed the visit. Learn few things there.

To comment on the diabetic n too matured scenes is no longer important for me to do coz the way I see it, that is what is selling like hot cakes now but I still enjoy the reading.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
May 29, 2016
like usually..cerita dari suri ryana memang besttt..sweettt..berdebar2...

walaupun cerita kali ni simple..tp sbb kak suri yang punya novel...sentiasa tertarik hati nak baca sampai mukasurat terakhir...tebal pun rasa x tebal novelnya,,,

x sabar nak tungggu kak suri punya next project,,,:)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
April 14, 2018
adakala bila manusia ni trauma, dia akan bertindak menutup apa jua yang menjuruskan kepada perkara yang ingin dihindarkan dari pemikiran. selagi boleh buang semua ke laut dengan harapan tidak akan hanyut balik pada dirinya. itulah yang terjadi pada kaseh lateefa. hendak orang lain panggilnya kay, berubah menjadi kasar dan ala-ala tomboy untuk menutup sejarah lampaunya yang hitam.

disebabkan sifat 'jantan' itulah buat dia nak ditunangkan. dia melarikan diri di waktu majlis pertunangan dan terserempak lagi dengan adam putra. dah jumpa sebenarnya dengan adam waktu adam datang dengan karlisha di studio KLIK! kepunyaan kay. kay memang suka pada fotografi dan peminat kamera antik!. membantu bukan free. adam menuntut upah.... haaa... ni bawa pada lagi satu kisah. ke jepun kita...

penceritaan puan penulis cantik suri ryana buat pembaca melekap dengan buku. yaa... ya.... kisah cinta. tapi pertemuan mereka sebenar bukan waktu itu. sebenar dah bermula 10 tahun lalu. waktu itu kay nyaris dibawa lari dan dirogol. adamlah penyelamatnya. membantu adam menjadi isteri olok-olok kerana nenek adam nak berjumpa. itu yang sampai ke jepun tu. best juga sebab bawa kita yang tak pernah ke sana jalan-jalan dalam karya ini di samping kenal serba sedikit budaya jepun.

rahsia lakonan mereka pecah. hud dan karlisha punya angkara dengan harapan nenek akan marah tapi sebaliknya yang berlaku. haa... benda busuk hati ni memang takkan kekal. fitnah kalau waktu tu memang rasa perit sebab tiada siapa yang percaya tapi bila terbuka kisah sebenar alangkah indah pelangi yang terpapar. hubungan mereka memang turun naik. dugaan, fitnah tambah pula insan dari sejarah lama kay rupanya pak cik adam. sebuah kisah yang sedikit seperti roller coaster. ingat dah ok, rupanya belum. ingat dah setel, rupanya belum.. haa.. hambik...
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
September 16, 2016
Sebuah kisah yg ringan, takde konflik yg terlampau berat. Jalan penceritaannya berkisarkan kehidupan Kaseh Lateefa akibat daripada peristiwa silam 10 tahun lalu. Apa yg berlaku mmg pahit utk ditelan, tapi bermula dari situ, hidup Kay mula berubah. Pertemuan dia dgn lelaki misteri dan Adam Putra pun terselit sesuatu yg tak terduga. Kalau nak tahu kena baca sendirilah novel ni ya.
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
June 14, 2016
Dah lama mood mood membaca hilang. Tapi bila hati tergerak nak buka novel ni. dari mula baca sampai lah end saya tak boleh stop. KLIK memang awesome. sangat enjoy baca dari mula hingga akhirnya.

Kay yang kasar akibat kisah silam yang perit. Mampukah kay menerima seorang lelaki dalam hidupnya selepas kisah silam yang dilaluinya? Bejayakah Adam putra melembutkan hati kay? kena baca tau. serius , novel KLIK sangat best! KArya dari kak suri pasti tak menghampakan.

KLIK, cukup rempah. Sweet muet, mendebarkan, boleh buat bibir tersenyum sendiri dan dahi ni berkerut tanda risau.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
May 16, 2016
ok , dalam banyak2 karya suri ryana , karya ni yang paling saya suka paling saya enjoy membacanya .
Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
May 16, 2016
Nice.. manis,, penceritaan yang tidak berat.. mudah dihadam. cuma kurangkan mengulang perkara yang sama. tapi cerita nyer ringan..indah.. menaikkan mood membaca semula.

I love Adam N Kay
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
March 20, 2019
Sentuhan Suri Ryana pasti ada manissst nya kan. The main reason I got the book adalah sebab drama ni di adaptasi ke drama 😁 and siti nordiana is the lead actress. Honestly i love and prefer the book, the drama was not as good as the book.

Aku tengok dramanya dulu baru baca novelnya and aku rasa cerita novelnya jauh lebih baik. Siti nordiana made I love Kay sooooooo much.
Sure fine whateverr
Rinn
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
July 16, 2018
fuhhh.. habis jugakkk... novel ke 3 drpd suri ryana... beli novel ni sbb dpt tau nk diadaptasi... lakonan aliff satar n nana... dah beli agak lame.. adela dlm 3 4 bulan sudah.. tp baru ni bace... kenape? not sure... hahah... terbayang keadaan salji kt hokkaido tu... novel ade daya tarikannye sndri.. tapi ade part aku bace langkau2 jugak.. mungkin nak cepat habis... part yg xbrpe penting i just skip.

watak kaseh yang kasar disebabkan mase silamnye... ye byk yg aku tau... perempuan ni dea bergaya kasar aka tomboi sbb nk tutup 'kelemahan' sbg perempuan..

adam putra hero yg cool... hahah entahla kenape aku describe dea camtu....

watak psiko hud n karlisha.. serius aku bengang giler.. at first.. aku tonton dlu drama dea... lelaki yg pgg watak hud,jambu giler kot.. tapi tak sangke watak psiko... haha... dan watak gedik karlisha memang sesuai utk atikah suhaimi bg aku.

bace novel ni, aku akan terbayang2 pelakon2nye.. cumeee... mase drama ni ditayangkan dlm bulan puase... mane fokus sangat nk tgk... sibok dgn berbuke...thats y aku lagi suke bace novel compared tonton drama yg diadaptasi....mungkin lagi 'feel'.
Profile Image for Noor Hanis.
187 reviews
June 9, 2018
Oh Adam Putra, lelaki digilai ramai! Siapa tidak terpikat dengan lelaki yang lengkap pakej seperti dia? Kaseh yang bersumpah untuk tidak mempercayai kaum lelaki pun terpikat dengannya.

Alhamdulillah buku ini habis saya baca sebelum menonton ceritanya di kaca televisyen. Satu pencapaian yang membanggakan! Hahaha.

Keseluruhan cerita ni memang banyak pengajaran yang boleh diambil termasuk kisah silam orang yang teruk tidak menjadikan dia teruk selama-lamanya. Bagi saya, saya memang tertarik dengan jalan cerita yang ditulis begitu juga dengan kisah mereka di Jepun. Memandangkan saya sangat meminati bahasa Jepun dan juga negaranya, sangat mengagumkan novel ini secara keseluruhan.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
July 18, 2018
Agak perlahan dari segi jalan cerita dan juga sedikit meleret untuk versi novel. Setelah menonton novel ini diadaptasi ke drama di kaca TV. Perasaan yang sama turut saya rasai. Cerita ini kelihatan agak perlahan dari segi babak ke babak seterusnya. Kadang-kadang rasa membosankan.
1 review
May 13, 2016
As-salam kak suri (kalau kaksuri bace la review kat goodreds ni hehekxD)
first sekali nak cakap yg sy antara peminat akak yg sanggup thn hati thn perasaan semata2 tanak baca kat blog sebab nak tunggu full version.Alhamdulillah bukan setakat TAK MENGECEWAKAN malah TERLALU BEST!Tahniah akk kerana berani tampil dgn sesuatu yg lain dr novel2 akk sebelum nih.Sesuatu yg bukan saje lain tetapi unik sgt berbanding lambakan nvl di pasaran.
KAY yg takde semangat utk hidup dan jauh menyimpang dr landasan islam ditarik secara perlahan dan penuh kasih syg dan cinta oleh penyelamatnya, ADAM PUTRA.Kaksuri membuktikan bahawa tanpa genre kahwin paksa juga sesebuah nvl tu boleh buat kite senyum sampai ke langit ke tujuh tu ha dengan kisah yg sgt bermesej!
sweetnye maid pd kekalutan noorul berdepan dengan mr. F yg sangat la handsome tapi cerewet!
sweetnye ism pada kecomelan medina dalam setiap babak berdepan dengan kegarangan si bapak singa dr nazrin
sweetnya pisa pada kekuatan afina dalam menundukkan playboy malaya,adrian benjamin!
sweetnye kimchi utk awak! pada garapan watak danial lee yang membuatkan sy terawang2..seriously..cite ni membuatkan sy ingin kembali ke korea lagi....sweet yg teramat cite ni. sape tak baca rugi!
sweetnya klik!pengantin musim salju adalah pada kelainan cerita ciptaan kaksuri..pada strategi adam utk menarik kay ke landasan sebenar dengan penuh cinta dan sayang.pada kekerasan seorang kay yang berperang dengan diri sendiri bila di hadapan adam.apabila terpaksa memilih utk jadi kay atau kaseh,.,,babak ini sgt terkesan di hati.

o.k. sekian! kite tunggu lagi novel dr akak cantek ni!
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
June 11, 2016
akhirnya bertemu di titik penamat cerita...as usual happily ever after...kisah cinta semanis gula adam putra dan kasih lateefa...yang jahat pastinya akan mendapat balasan yang setimpal. tapi yang jahat tak semestinya tak boleh berubah menjadi yang lebih baik. itu yang cuba diketengahkan oleh suri ryana. di sebalik cerita cinta manis gula tu ada pengajaran yang dapat kita ambil..tahniah suri ryana.
Profile Image for Jessica.
171 reviews
October 4, 2019
2018 - Novel #5

oh god... Semua cerita Kak Suri sangat sweet. I cringe juga laa.

Asalnya Kaseh Lateefa macam jantan. Kasar dan tak ayu langsung tapi bila jumpa Adam Putra mula jadi feminin semula selepas balik dari Jepun.

Kat jepun juga diaorg nikah. Watak Hud Mikhael & Karlisha Zandra agak annoying. Tak faham bahasa & berlagak.

Apa-apa pun tetap terbaik dari Kak Suri Ryana.
Profile Image for Azwa Azli.
17 reviews3 followers
September 1, 2016
Suka ms part belum kawen je..lepas kawen mcm da bosan sket
286 reviews52 followers
August 17, 2016
best....suka sgt2 dgn cerita ni....awesome....adam putra mmg hero terbaik....hihi
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
June 9, 2017
Novel pertama Suri Ryana saya baca. Awal buku, entah kenapa, nak baca buku ni rasa macam berjalan lawan angin yang kuat. Ada gegaran ke atau halangan dari membaca smoothly. Selepas beberapa chapter baru boleh masuk. Honestly susah nak faham dan jatuh suka Kay (Kaseh Lateefah), tapi incident dia serbu tunang Adam untuk rebut balik baju pengantin tu, dan si Lish pulak selamba mencuri walaupun dengan harta mak bapak & tunang nya patut boleh jer dia beli sendiri... agak melucukan.

Kisah seorang melarikan diri dari rumah sebab tak nak bertunang dan seorang lagi tunangnya tak datang masa majlis akad nikah .... too much councidence. Adam sebenarnya dah jatuh hati dengan Kay dan Kay pun dah jatuh hati pada hero yang dia hanya ingat renungan mata masa Kay umur 15 tahun .... tak ngam kot.

Satu lagi watak Lish, Hud an Irham yang selfish tapi acah-acah jahat tak cukup untuk build meaningful conflict dalam cerita ni.
Profile Image for Sarah.
51 reviews
April 24, 2022
Sesuai untuk bacaan santai dan yg suka kemanisan yg bergula gula.

I love how Adam and Kaseh fall in love. Manis seriously. And Adam, langsung tak sorok perasaan dia bila dah suka. Usaha tunjuk kat Kaseh. Kaseh pulak, keliru dgn perasaan sendiri. Kejap suka, kejap menafikan. Bila dah suka tu, mengaku je la. Ish ish

Konflik cerita ni ofc.. ringan. Takde lah stress nak membaca nya. Tapi, geram dengan Adam sekor ni. Isteri kau dah explain tau macam-macam, siap pujuk lagi. Kau buat tak tahu je. Kalau aku jadi si Kaseh tu, dah lama aku duk je rumah, tunggu kau sendiri jejak rumah.

Kadang ni, tindakan kita tak boleh sangat nak ikut perasaan, nanti mengundang padah. Pastu menyesal tak habis. Haa nasib la pakcik kau jadi orang tengah. Kalau tak sampai ke sudah la dengan perangai merajuk kau tu.
Profile Image for Adrieana.
37 reviews1 follower
October 24, 2019
Disebabkan M.A.I.D saya kesini. Ini novel kedua dari Penulis Suri Ryana yang saya meminati. Di awal pembacaan memang terbaik sangat. Suka sakit perut saya sampai nak letak buku pun rasa macam sayang. Tetapi selepas langkah ke alam perkahwinan watak utama agak slow dan tak spicy macam permulaan bab. Tetapi saya akan setiasa sokong awak!
Profile Image for Nurfarah Harryna.
17 reviews
April 20, 2018
Hampir seminggu habiskan baca novel ni. Boleh tahan dan sweet. Sesiapa suka yg manis-manis gula boleh la baca. Tak banyak konflik dan tak adalah emosi sangat nak baca. So suka yang santai inilah pilihannya.
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
February 23, 2025
Kecewanya hati bila suami tak percayakan isteri sendiri.

Macam² usaha isteri buat but sedihnya kena halau... kena herdik.

Ehh F lak menyampah. Bila dah tahu kebenaran barulah menyesal. Mujurlah Kaseh tu sayang kat ko Adam. Ermmm
Profile Image for Nik Qamarina.
3 reviews
May 9, 2017
overall OK.. cerita yg menarik. penulis mengambarkan keindahan bumi Jepun..
Displaying 1 - 30 of 56 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.