Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rumah Perasaan

Rate this book
Tiada bulan untukku peluk
Tanpa bintang temen bertepuk
Aku hanya membiarkan lena
Jatuh di mana kududuk

Biarlah yang datang nanti
Adalah mimpi buruk
Aku sudah terbiasa membelai remuk
Tiada yang akan memujuk

116 pages, Paperback

First published January 1, 2016

1 person is currently reading
16 people want to read

About the author

Rozisangdewi

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (27%)
4 stars
6 (33%)
3 stars
6 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Khairul Muhammad.
Author 15 books68 followers
January 23, 2017
Orangnya manis tegap sahaja berdiri,
di sudut kecil bertepi dinding pentas,
disaat orang lain memandang Siti,
beliau memeluk degup yang deras,

Belum Siti bertanya,
dia sudah memberi jawapan,
kadang-kadang dia laju sahaja ke hadapan,

Buku ini sisi lain beliau,
yang selama ini kita nampak beliau punya sayap pari-pari,
Untuk Siti yang disayang-sayang penduduk dunia,

Mengenali beliau,
orangnya pemalu,
senyumnya juga tersipu-sipu,

Di dalam naskhah ini, ia tidak begitu.
semuanya dibawa dengan tenang,
ditulis dengan damai,
kemudian kita yang membaca,

terasa hingga ke lubuk hati yang paling dalam. Percayalah. hehe.

Tahniah Puan. Lima bintang.
Profile Image for Maryam Norazan.
10 reviews2 followers
April 19, 2020
Ini tulisan tentang perempuan yang menulis tentang hatinya dan harinya; juga tentang kamu, yang dia cinta.
Profile Image for Rashidah.
18 reviews1 follower
May 22, 2018
Ini kali pertama aku menghabiskan buku puisi. Ternyata aku tidak hampa.

Laras bahasa dalam buku ini sederhana tetapi sangat jujur. Boleh dikatakan hampir semua puisinya aku dapat fahami tanpa banyak masalah. Tidak banyak jargon yang merumitkan akal, namun kadangkala aku rasa kalau ditambah sedikit jargon pun bagus juga untuk memperkaya bahasa pembaca.

Aku juga suka pada pemilihan perkataan Rozisangdewi yang sangat mementingkan ritma. Kebanyakan puisinya ada rima sempurna (suku kata hujung sama untuk beberapa baris) dan ada juga sebahagian rima tidak sempurna (vokal di hujung sama untuk beberapa baris). Ada juga jenis rima lain namun aku tidak perasan sangat. Secara peribadi, aku mengagumi gaya bahasa beliau.

Rozisangdewi sangat tepat dalam merincikan perasaan, boleh jadi kerana rata-rata puisinya menggunakan kata ganti pertama, yang memberi gambaran perasaan itu perasaannya sendiri. Seperti tajuknya Rumah Perasaan, puisi ini menghimpunkan pelbagai jenis perasaan, seolah-olah kita meluahkan perasaan pada seseorang (kawan, pasangan, anak atau sesiapa) atau seperti kita mendengar Rozisangdewi berbicara kepada kita.

Buku ini ada sangat banyak puisi, rasanya hampir seratus atau lebih. Sudah tentu ada antaranya yang sangat menarik dan ada yang rasa kurang sedikit menariknya, tetapi majoriti memang menarik. Aku tidak menyesal melabur untuk buku ini, walaupun aku baru habiskan Khamis lepas sedangkan sudah lebih setahun aku memulakannya.

Puisi kegemaran aku dari buku ini ialah Memijar dan Kebah.

Selamat membaca!
Profile Image for Kandar Razak.
12 reviews16 followers
October 29, 2016
Suara wanita yang jelas-jelas lembut dalam nada, tapi pekat dalam makna. Sajak yang berdengung dengan ngung-ngung-ngung yang sama.
Profile Image for HANIFF YUSOFF.
Author 9 books5 followers
April 21, 2017
Pembantu peribadi penyanyi nombor satu negara ini menukilkan tentang perihal yang begitu dekat dengannya. Rozisangdewi agak teliti dalam memilih kata-kata yang seimbang dari segi rimanya-saya kira itulah keperibadian penulisan Rozi. Selamat maju jaya, Kak Zi!
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
April 23, 2017
Sarat emosi.
Pemilihan perkataan yang tepat memanah ke uluhati.

Jarang saya menikmati puisi di dalam Bahasa Melayu. Saya lebih menggemari puisi-puisi Inggeris di atas pemilihan kosa kata yang menarik tetapi tidak terlalu 'intricate' dari kaca mata saya.

Namun terbaca serangkap puisi yang disiarkan di laman fb, membuatkan saya tercari-cari buku ini di kedai-kedai. Ternyata tidak menghampakan.

Rajukan dan harapan yang dilontarkan seolah penulis mengalami situasi tersebut. Amat mengkagumkan.

Patah-patah perkataan yang dipilih bukan terlalu berbunga-bunga. Menjadikan ianya istimewa di dalam biasa.

Mungkin yang biasa itulah yang membuatkan ianya istimewa.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.