Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.
Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!
“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”
Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!
“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”
Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.
Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!
“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”
Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.
“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.
Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!
“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.” Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan. “Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.
1. Yuni, why??? Kenapa pilih buku air mata untuk memulakan kembali musim membaca selepas peak period berlalu pergi?
2. Ada lagi yek jual baju zaman sekarang yang RM10? Okay, maybe bundle. Tapi sekarang, even bundle pun ada yang mahal tau. So cakap orang miskin hanya mampu beli baju RM10 tu dah macam tak sesuai. For me lah.
3. Si bapa hampir nak bankrup tapi still tak beritahu kepada anak tunggal. Si bapa ada sakit jantung, langsung tak inform pada anak. Si bapa nak pergi tunaikan ibadah haji tapi anak last minute baru tahu. Si bapa ada hutang keliling pinggang, si anak tak tahu apa2. It's just....logik ke?
4. Si bapa berpangkat datuk (yuni still mencari2 sebab macam terbaca pangkat si bapa adalah Tan Sri. Tapi mungkin mainan mata), ada tiga kereta (satu untuk anak), tiap2 bulan anak dapat at least RM5,000. Hampir bankrupt. Hutang keliling pinggang tapi bila anak nak langsaikan hutang, katanya hutang hanya RM100,000. WHAT? Hutang keliling pinggang untuk datuk2 kat Malaysia selalunya bukan je juta2? Ini setakat RM100,000...alahai. Dah macam hutang orang di level pertengahan je.
5. Still berkaitan dengan hutan si bapa. syarikat, rumah, kereta dan mungkin harta2 lain. Bila si bapa meninggal, sepatutnya bukan ke jatuh pada si anak tunggal. So masa nak uruskan bayar2 semua tu, macam mana si tukang urus tak babitkan anak? Lainlah kalau anak tu minor lagi. Okay, mungkin ini semua ada kaitan dgn law. Penulis juga merupakan seorang yang mahir tentang law. Tapi ikut akal fikiran yuni yang orang biasa je ni, macam tak logik lah si Sara tak tahu langsung.
6. Thank you, penulis. Kerana tak semestinya yang gaya2 muslimah itu baik semuanya. Yang gaya2 modern tu, sah2 tak cium bau syurga.
7. Nasib baik Nazril itu suami Sara. Kalau ada kaitan dengan Yuni, memang nak kena tendang2. Kamu fikir Sara itu apa? Bola? Bila suka, dimanjakan. Bila benci, dipulaukan. Kata Ustad tapi membuatkan keputusan tanpa ada adilnya. Hanya mendengar sebelah pihak. Asyik menangkan aje ego tidak bertempat itu.
8. Murahnya harga perkahwinan untuk manusia bernama Nazril Nazim bin Sulaiman. Kerana ego, sekejap nak kembali pada Sara. Kerana ego juga, nak kahwin dengan Nurul Huda. Yang menjadi mangsa, perempuan juga.
9. Senangnya salahkan Nurul Huda sebagai punca perpisahan dia dengan Sara. SALAH! Punca perpisahan ada kerana Nazril sendiri. Siapa suruh percaya cakap orang luar? Dah isteri meninggal, baru nak menyesal. Nak buatkan bubur konon. Nasib baik tentang durian. Sedapnya cecah dengan roti.
10. Sara ni sebenarnya belajar course apa? Tak nampak sangatlah. At least macam dalam 7 hari mencintaimu, ada juga nampak heroin tu peguam so nampaklah juga dia cakap tentang law. Ini...sekejap cerita tentang sakit (sebab ada part tu Qistina tengah terangkan sakit Nazril tu, dia ada cakap diaorang ada belajar masa zaman study dulu2). Lepas tu boleh plak belek2 akaun, management syarikat umi Nazril. So mana satu sebenarnya? Yuni ni dah kelam2 dah ni.
11. Kenapa Yuni rasa marah sangat bila dapat tahu rupanya Sara bukan meninggal. Dah 5 bulan baru kantoi. Itu pun lepas Mah dah beritahu pada keluarga Nazril. Alasan dia nak mulakan kehidupan baru, tak dapat yuni terima. Alasan orang mengandung tak boleh stress pun sama juga. Kamu kasihan pada si Sara yang stress. Habis tu keluarga orang gaji yang tak tahu anaknya dah meninggal lima bulan lepas, kamu tak kasihan??? Dah beri kerjasama dengan pihak berkuasa lah. Itulah. Inilah. Patutnya ada buat undang2 untuk menghukum siapa2 yang memberi maklumat palsu seperti ini.
dah berbulan-bulan pending novel ni. dan akhirnya berjaya juga aku menamatkan novel RASN yang tebalnya 1225m/s dalam masa 10 hari.
masih aku ingat pada tahun lepas saat tangan aku mencapai novel ini dari rak di kedai buku. ternganga aku tengok betapa dahsyatnya ia punya ketebalan dan betapa 'lawa'nya harga yang tertulis di cover belakang. masa tu aku fikir jugak, kalau tak best ni... memang sia-sia duit aku melayang.
tapi...
mujurlah novel RASN ini kena dengan citarasa aku!
walaupun jalan ceritanya lebih kurang sama sedikit dengan novel-novel SR yang lepas, tapi SR bijak memainkan emosi pembaca dengan ayat-ayat yang meruntun hati sehinggakan mengundang sebak ketika aku membacanya.
jika hendak dibandingkan 7HM dgn RASN, sudah tentu aku lebih menyukai 7HM. sebab... aku agak menyampah dengan watak Nazril dalam RASN. Nazril seorang yang sangat ego! jauh beza dengan watak Khuzairi dalam 7HM.
persamaan antara Khuzairi dan Nazril ialah mereka berjaya menambat hati isteri mereka dengan keikhlasan cinta dan kasih sayang yang dicurahkan.
sebelum niat sebenar Sara setuju untuk mengahwini Nazril terbongkar, Nazril memang layan Sara macam tuan puteri. memang sweet giler lah orang kata. tapi... bila dia tahu jer niat sebenar Sara tu... hmmm... hampeh!
memang Sara salah pada mulanya, tapi dia pun dah berubah. jadi, apa masalah Nazril susah sangat nak maafkan isterinya? dia ingat diri dia sempurna sangatkah? manusia itu tak lari dari melakukan kesilapan, bro...
satu lagi, watak Nurul Huda. apa masalah perempuan tu? syok sendiri. dah Nazril tu tak nak, tak nak lah. ni duk terhegeh-hegeh lagi dengan suami orang. kerana cinta, sanggup ketepikan hukum. nampak aje baik, tapi busuk hati! suka mengadu-domba dan buat fitnah!
keseluruhannya, aku berpuas hati dengan karya kesembilan SR ini. setakat ini hanya TIMA dgn CDI saja masih belum aku baca dr SR. yg lain semua dah aku baca dan aku bg 5 bintang kecuali LKC. aku krg suka sikit dgn LKC.
tahniah, SR! akan aku nantikan karyanya yang kesepuluh pula.
Kasih Maisara blames her father for her mother's death,not knowing the truth that her parents hid from her so that she would never know just how bad their financial situation had become.How from rich they had now turned poor.She flirted and married her husband Nazril initially based on a dare.
Nazril's cousin who is in love with him found out on accident and refuses to believe that Maisara truly loves him.Her want to be with him caused her to be blind to how much Maisara loves Nazril and she tries to ruin their marriage
Will Maisara and Nazril find their happiness?Will Nazril ever stop doubting her?Why does Nazril have to trust others?Why cant he ever trust Maisara?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel kedua daripada SR yang saya baca. Penceritaan yang penuh emosi. Meresap ke dalam jiwa dan hanyut dibawa ke alam rumah tangga Kasih Maisara dan Nazril Nazim. Naskhah ini sarat dengan pengajaran. Tidak sabar menantikan karya ini di kaca TV. Buat novelis, SR... Teruskan berkarya!
buku puan penulis Siti Rosmizah Semail mana ada yang nipis. Semuanya tahap tebal membenjolkan dahi, tahap membengkakkan jari kaki kalau jatuh terhempuk.. Sama jugak tebalnya setiap emosi yang membantu lancarkan pergerakan penceritaan. Korang ingat senang ke nak tahan rasa sebak dalam hati bila baca kisah ibu mengandung yang teringin makan bubur durian tapi bila sudi dah nak cecah ke mulut suami sendiri sergah tak bagi makan?. Itu belum lagi bab suami takpercayakan isteri, asyik percaya pada si pemfitnah yang terang-terang nak rebut suami orang. Belum lagi bab tanggung derita sengsara bila suami sendiri kata takkan terima isteri sampai mati! Konon suami tu bagus sangat, tak pernah buat salah tak pernah buat dosa. Alim, bagus, baik, terpuji tapi bila isteri silap jatuh hukum macam dia tu tuhan!.. Emo betul dibuatnya.. Tau pulak sedih bagai nak mati bila isteri mati terbakar.. Hiishhh... Geram betul!...
Walaupun tebalnya lebih dari 1000 mukasurat tapi tak terasa langsung. Ni kalau dok berteleku tak hadap benda lain memang dalam sehari habis dah baca. Puan penulis bijak mengolah dengan teliti setiap perjalanan kisah. Tapi kali ni rasanya banyak jugak 'selitan nakal' watak di sesetengah bab. Macam qistina, ada jugaklah dia membayangkan macam mana kasih maisara mengamuk. Kelakar jugak baca. Kasih maisara seorang siswa berlagak diva menerima cabaran sally si musuh ketatnya supaya bukan saja dapat menackle nazril tapi mencabar agar maisara dapat berkahwin dengan nazril. Maisara pulak, memang sakit hati dengan nazril yang menghinanya agak keterlaluan guna bermacam cara untuk memikat sehingga akhirnya dia kemalangan..
Mereka berkahwin. Nazril amat sabar melayan kerenah maisara dan kesabaran itulah yang berjaya meleburkan kekerasan hati maisara. Tapi, dugaan hebat mula datang melanda. Bermula dengan nazril yang tinggalkan maisara, papa maisara meninggal dunia dan seterusnya kisah nazril mahu bertunang dengan nurul huda. Konflik dan rentetan kisah menyayat hati bermula dari sini.. Dari mula rasa benci meluat pada maisara bertukar rasa nak hempuk jer si nazril biar sedar diri. Rasa nak jer lempang laju-laju si nurul huda yang suka mengadu domba dan memfitnah walau pada zahirnya kelihatan ayu dan sungguh sopan. Tapi respekla pada puan norida yang terima maisara seadanya dan amat menyayangi menantunya walaupun tahu maisara taklah sesempurna mana....suka juga baca kisah manja, adik nazril. Maisara yang pada mula geli dengan manja tapi itulah manusia yang amat suci murni jiwanya. Jujur dan amat sayang pada maisara...
Memang hebat rencah rempah yang puan penulis adun. Hero yang sedang sakit dan taklah sempurna mana sifat dan kelakuan. Bukan anak datuk pun.. Heroin pulak memang sewel tahap gaban, dia jer betul tapi berjaya berubah walaupun taklah sebagus mana. Bukan cerita orang kaya tapi lebih menekankan kisah kekeluargaan, kisah kasih sayang. Dalam dunia ni tiada manusia yang sempurna sifatnya. Dalam baik pun kadang-kadang tergelincir. Kemaafan adalah suatu perkara yang amat indah. Kemaafanlah yang dapat melembutkan jiwa. Kemaafanlah yang dapat menyatukan kasih sayang yang terlerai. Kemaafanlah yang dapat mengurai kekusutan masalah. Jauhkanlah fitnah dan mengadu domba. Racun paling bahaya yang mampu membunuh perlahan-lahan... Superb story, amazing novel!.. Ketebalan yang bukan sebab meleret tapi ketebalan yang merangkumi kasih sayang yang tidak bertepi!...
59 Karya ke9 Siti Rosmizah. Untuk karya kali ini, walaupun trademark SR masih sama jahat-baik, baik-jahat... tapi perjalanan ceritanya saya suka mungkin kerana ada iras-iras sikit dengan 7 Hari Mencintaiku.
Nazril - Hitam manis (sama macam Khuzairi) awalnya seorang suami yang romantis. Namun, usai rahsia itu hinggap ke telinganya, Maisara dianggap seperti musuh! Cuba berbaik, namun gagal sebab mudah sangat percaya pada fitnah.
Kasih Maisara - Diva! Tapi... Lepas jadi isteri diva tu hilang perlahan-lahan. Namun sayang, cintanya untuk Nazril dipijak lumat dengan mudah. Berusaha dia kembali menagih kasih sehingga terpaksa mengorbankan nyawa sendiri tapi Nazril tetap dengan ego langit ketujuhnya.
Nurul Huda - Puaka niyang rapik ni acah muslimah tapi mengadu domba ya ampun. Sama kategori puaka dengan Mak Esah dan Saleem juga Agil. Jenis nak hancur famili Nazril.
Umi dan Manja - Keluarga Nazril yang sangat saya gemari dalam kisah ini. Umi yang baik hati juga Manja yang lembam menjadikan kisah ini lebih warna.
Watak2 lain seperti Aidil si pengharap cinta, Qis dan Din sahabat sejati saya kira menggamatkan lagi jalan cerita.
Ramai org komen kata storyline sama dgn novel 7 hari. Ya, saya setuju sangat. Heroin anak org kaya yg spoil, kemudian jd yatim piatu. Hero anak kg yg kononya miskin tp sbnrnya Ada watak OKU. Ada org nk sabotaj family hero, heroin tlg selesaikan
Rindu Awak Separuh Nyawa.. Seperti karya Siti Rosmizah yang terdahulu, kisah cinta, kasih sayang kecewa, sedih diterapkan dalam novel ni.. Emosi sedih pasti ada yang membuatkan kita menitiskan air mata membacanye... Jalan cerita yang tak pernah mengecewakan dari penulisnya..
Permulaan cerita agak membosankan dan bergerak terlalu slow dengan kisah romantik antara Nazril dan Kasih Maisarah... Atau aku sendiri yang rasa bosan sebab dah lama tak baca novel romantik kan.. Haha... Sebab sebelum ni terlebih baca novel seram dan ngeri... Huhu.. Sampai di pertengahan novel, jalan cerita kembali menarik perhatian aku.. Aku makin serasi dengan kisah romantik mereka suami isteri... Disulami juga dengan kisah sedih mereka yang menyebabkan aku menitiskan air mata.. Nak tahu tak kisah apa novel ni?? Haha.. Moh aku cite sikit..
Orite, novel ni mengisahkan seorang student kolej, Kasih Maisarah berkahwin dengan seorang student lelaki kolej tersebut juga, Nazril Nazim atas dasar nak balas dendam dan nak menang betting... Pada awalnya, si Nazril ni memang tak suka dengan Kasih Maisarah kerana dia anak orang kaya yang kekwat, sombong, bongkak, bajet best dan bagai-bagailah perangai buruknya.. Lepas berlakunya satu insiden dimana Kasih Maisarah menyelamatkan dia dari dilanggar kereta dan Kasih Maisarah sendiri mengalami kecelakaan dalam kemalangan itu yang menyebabkan dia sukar untuk hamil, Nazril telah jatuh sayang dekat si minah kekwat tu.. Dan bersetuju untuk mengambilnya sebagai isteri... Kasih sayang dan cinta Nazril adalah tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura semata-mata untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu dan untuk menang betting..
Seperti cerita novel lain, akhirnya mereka jatuh cinta sesama sendiri.. Masing-masing berjanji setia.. Biasalah dalam sesebuah hubungan tu ada pasang surutnyakan.. Ada cemburu, benci, sakit hati dan bagai-bagailah dilalui mereka.. Sampai satu tahap, bila Nazril dapat tahu Kasih Maisarah tak ikhlas menyayanyinya, dia pergi dari hidup maisarah.. Padahal masa tu Maisarah dah ikhlas sayang dan cintakan dia.. Cuma terdapat salah faham dan mulut-mulut jahat yang menyampaikan cerita sehingga retak rumah tangga mereka..
Sekembalinya Nazril ke kampung halaman membawa diri, dia hendak ditunangkan dengan Huda pilihan uminya.. Uminya tak tahu menahupun dia dah kahwin sebab dia kahwin tanpa pengetahuan uminya.. Huda ni musuh si Maisarah tu sebenarnya,... Bila Maisarah dapat tahu, apa lagi dia pergi serang masa majlis tunang tersebut dan mengatakan dia mengandung untuk rancangan pertuangan tersebut..
Apa lagi jadi selepas tu.... Haaa korang baca sendiri la ye.. Penat aku menaip.. Takan nak cite semua.. Tebal kot buku tu.. Tapi jalan ceritanya memang best dan sedih... Aku siap menangis hokeh!! So, sila lah beli dan baca sendiri kesudahannya...
Buku beli 2 tahun lepas. Jalan cerita lebih kurang sama dengan buku buku Siti Rosmizah sebelum ni. Pasti ada tangisan di hujung hujung cerita.
Awalan cerita agak bosan dan cliche. Tiada perasaan utk cepat cepat nak habiskan buku ini disebabkan terlalu annoying dengan watak Sara. Cerita remaja di Universiti dan betting betting sehingga menyebabkan takdir berubah.
Cerita selepas berkahwin sangat la membosankan dan juga annoying pada watak suami isteri yg sikit sikit merajuk. Cakap sikit merajuk. Suami cakap tak kena sikit, isteri merajuk. Isteri merajuk, suami lebih lebih pulak memujuknya. Tak dapat nk bayangkan jika scene ni betul betul terjadi dalam alam perkahwinan.
Pertengahan cerita mengasyikkan dan cuba utk habiskan cepat cepat sbb nak tahu ending mcm mn. Mungkin disebabkan kehadiran Nurul Huda menyebabkan rasa geram dan inginkan kebahagiaan utk suami isteri tersebut.
Tragedi kebakaran dan watak Sara selamat tu dapat diagak disebabkan scena mak munah yg tunjukkan kayu yg boleh dipecahkan sekiranya ada apa apa terjadi pada rumah mereka. Jadi dapat agak akan ada kebakaran yg berlaku dan subjek yg ada pada ketika itu adalah Sara 😊
Overall tak menghampakan tapi jalan cerita mcm novel 7 hari mencintaiku. Sorry.
Mungkinlah kalau karya SR ni saya kena tengok dramanya saja. Bukan baca novelnya. Dengan ketebalannya sampai ambik masa yang lama nak habiskan. Faktor awalan cerita yang agak slow dan ada part2 yang saya rasa tak perlu panjangkan pun takpe. Ada beberapa perkara yang saya tak suka nak baca pun ada. (biar saya jelah tahu apa dia)
Jalan cerita RASN memang hampir sama dengan 7HM. (7HM pun sama tengok drama saja bukan baca novel 😂) I'm so sorry. Rasanya novel yang betul2 bertakhta di hati saya tulisan SR hanyalah Andai Itu Takdirnya sahaja. Tapi walau apapun saya akan follow drama adaptasi novel ni nanti sebab ada Shukri Yahaya.
Best walau klise tulisan SR.. Suka kisah hidup rumah tangga spt realiti.. win2 situation antara kasih maisarah, nazril dan nurul huda.. watak aidil bikin panas pada nazril.. watak umi Dan manja menambhkn rencah cerita.. spt biasa sedih, gembira Dan bercampor2.. mmg trademark SR.. I LIKE..
Jalan cerita menarik walaupun org bandingkan dengan 7 hari mencintaimu. Sejujurnya saya bukanlah peminat setia karya Siti Rosmizah, sebab itulah saya tidak tahu jalan cerita novel lain. Bagi saya sendiri cerita ni menarik. Part yg sedih tu memang cengeng habis. Memang mengalir air mata la.. Thumbs Up to the author, Siti Rosmizah!! lenguh tangan pegang buku tebal² tu. hehehe
Antara semua novel SR yang saya pernah baca, yang ni memang jadi favorite saya. Sejujurnya dah boleh agak jalan cerita sebab cerita SR lebih kurang jalan ceritanya. Mula dengan heroin yang sombong mengjengkelkan lepas tu hero yang baik romantik. Ada orang ketiga yang kononnya muslimah. Tiba-tiba keadaan berubah 360 darjah dan heroin berkali-kali makan hati.
Tapi cerita ni kali ni dapat buat saya menangis sebab kejam betul Naz pada Sara. Naz lelaki yang tak bagi peluang langsung untuk Sara terangkan keadaan, ego, senang percaya orang cakap dan jatuhkan hukuman tanpa usul periksa.
Sara pulak terima je walaupun Naz kejam dengan dia. Tinggal kat kampung menagih kasih suami, suami ikut mood kejap nak baik dia layan baik, kejap lagi dicampak je Sara macam takde maruah diri.
Memang sepanjang baca novel ni, tak habis sumpahan dekat Naz dan Nurul Huda. Lebih-lebih lagi Naz. Sebab dari balik kampung je sampai ke hujung, Naz ego taknak turunkan ego langsung padahal sayang dekat Sara. Bila ingat Sara dah takde barula lintang-pukang & menyesal tak sudah. Masa tu rasa padan muka sangat dekat Naz. Tapi hati perempuan, merajuk pun lembut jugak hati pada suami.
Overall memang best cerita ni. Main emosi sangat. Rasa macam kena pijak-pijak hati bila baca. Macam saya cakap tadi, novel ni favorite saya so far.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku baca balik novel untuk refresh semula. 23 /03/2021 akan mula drama di AstroRia.
Sara seorang diva dan popular di kolej berusaha menjadikan Nazril suaminya sebab betting dia dengan Sally. Kerana satu kemalangan, Nazril bersetuju untuk bernikah dengan Sara. Daripada rasa benci menjadi sayang. Sehari sebelum Aidiladha, Nazril kembali ke kampung dan dibiarkan Sara keseorangan. Melalui IG Izudin, Sara mengetahui yang Nazril akan disatukan dengan Huda, manusia yang paling dibencinya. Jadi bermula pada malam majlis tersebut, misi Sara membalas dendam terhadap Nurul Huda dan Nazril.
Satu sikap yang terbaik ada pada Kasih Maisara yang dibongkar oleh Qistina kepada Nazril Nazim. Walaupun Sara 'Diva' dan berlagak tapi dia seorang yang akan tolong rakan² nya tanpa pengetahuan mereka. Dia tak lokek kalau berkaitan wang. Dia bantu Sally, Izudin dan Nurul Huda.
Bila baca setiap bab, terasa macam menonton drama depan mata. Entahlah mungkin sebab dialog dan penulisan dalam novel ini. Plot ceritanya memang menarik dan tak terasa pun walaupun novel ini tebal muka suratnya sehingga 1200 lebih 😅
novel RASN ni memang novel pertama yg i baca almost everyweek...i still remember how I terbeli buku ni..hahahaha..i see SR post last year that this book akan adaptasi ke tv..masa tuhh i baca sinopsis macam menarik cuma xterfikir nak beli..then kak SR post lagi pelakon ii citer tuhh memang I terkejut!kalau syukri berlakon ni mesti citer best lagi ii heroin uqasha..I pun kata kat ibu I yg I nak pergi bookstore bcuz nak beli buku study..hahahaha..but i still buy it.. Memang I xmenyesal gila beli..menitis air mata ku..lepastu dah citer RASN tamat dahh...i still xmove on dgn drama tuhh..for that drama i give 10 stars bcuz that the first drama that make me cry..
Maaf tapi saya tak ada niat buruk pada SR namun hampir kesemua jalan cerita novel SR sama. 7HMK dan Andai itu takdirnya, ada jalan cerita yang seakan2 similar namun sedikit twist dalam plot saja membezakannya. Walaubagaimanapun, saya tetap enjoy penulisan SR kerana saya suka SR yg berani tulis adegan klise yang ramai tak nak tulis tapi SR berjaya buat ia rasa spesial. Untuk cerita RASN ini, ia seakan 7HMK dan bezanya hero punya perangai berbeza. Heroin masih bersikap negatif. Yg mengingatkan saya pada Dia Imamku dan Curi2Cinta. Hmmmm apa2 pon kalau enjoy baca novel SR boleh juga baca ini
For me best gila novel ni sbb SR mmg pandai membuatkan jiwa orang meruntun. Novel SR tak lengkap takde konflik yang menyedapkan jalan penceritaan. Rasa benci bertambah-tambah untuk watak antagonis dalam novel ni. Begitu sekali pengaruh penulisan SR ni.
Novel ni sgt lah tebal. Tapi Alhamdulillah habis juga baca. Kepada yg berminat cari novel SR, anda boleh dapati ebook version nya di; https://www.e-sentral.com/book/info/2... . Saya baca novel ni versi ebook saje.
This novel’s kinda testing my patience. And some scenes don’t even makes any sense *scream out loud fist in mouth bangs head to wall*
When a book has such a long ass duration of angst that when there's a happy ending you're kinda disappointed? Like uhmmm keep on going I was just becoming comfortable and now you pull this!
But i’m not gonna lie, the angst kinda hits especially those parts where the main character’s having a conversation with her father. Cried a liltle bit, hence the 3 stars