Bismillah..
Ada kalanya seorang muslimah itu dipandang baik kerana tudung labuhnya, kerana mereka menyangka bahawasanya tudung labuh itu mampu menutupi aib-aib yang tersembunyi.
kehidupan seorang muslimah juga adakalanya teruji, apabila mengalami desakan hidup sehingga menggadai mahruah diri. Hakikatnya manusia yang mudah lupa dan alpa bahawasanya tudung labuh itu tidak menggambarkan peribadi semata, ia sebenarnya kewajipan menutup aurat sebagai seorang islam.
Buku ini adalah buku motivasi, mengupas isu2 remaja yg kadang2 masuk kedalam lembah kejahilan akibat desakan hidup. Bahkan sengaja cuba-cuba sehingga akhirnya memakan diri.
saya rasa buku ini sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan nasihat dari seorang muslimah yang juga sedang mengalami fasa perubahan diri.