Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tuan Anas Mikael

Rate this book
Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

564 pages, Paperback

First published May 1, 2015

44 people are currently reading
678 people want to read

About the author

Syamnuriezmil

84 books538 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
220 (40%)
4 stars
179 (32%)
3 stars
117 (21%)
2 stars
17 (3%)
1 star
11 (2%)
Displaying 1 - 30 of 79 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
November 13, 2015
1. Menghiburkan
2. Watak Ayu yang sangat positif. Ayu dan yakin kan kawan.
3. Password yang comel. Saya akan jaga awak elok-elok, kalau awak jaga saya elok-elok.
4. Panggilan manja daddy mummy yang tak menjengkelkan sbb tak selalu dipanggil. Panggilan tu hanya untuk memujuk sahaja.
5. Ayat sentap makan dalam dr Tuan Anas tuk Ayu. Oh beg yg pakai tudung. Pandai awak jaga beg sampai beg masuk syurga. Awak sebagai tuan beg tak nak masuk syurga ke?
6. Ayat syahdu tapi kelakar. Tuan tahu apa Kopi yang paling pahit? Kopi-lih dia daripada saya


Stuffed French Toast untuk Tuan Anas Mikael. Kalau suh masak cam ni gaji RM10K CP pun nak :)
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 25, 2015
Weee... akhirnya berjaya menamatkan bacaan. Ahaks.. buku pertama bacaan hasil borongan PBAKL. Ngeeee...

TAM giler ohsem kot!!! Haila.. br jer tutup buku pun dah rasa rindu balik.. omey angat password SJAEEKAJSEE... buat org jatuh hati bertingkat2... hahahaha... seyesly walau gaya TAM sebut sayang bese2 jer, yg baca nie dah rasa cair sgt sgt... tp tuela.. Sayang ngan Abang Tuan sama degil. Itu lah jdnyer...

Suke sgt jalan citer, pengorbanan, dan definitely love the action.. hehehe.. silat tandas 20 sen hah! X menahan.. mana dtg ntah. Hahahaha

Kay mika ray safra... mmg penambah rencah dan perisa... suke sgt watak masing2. Mmg menjadilah.. hehehe..

And daddy mummy, x sabar nak tunggu 6 org junior tue. Selang 2 thn, mmg habisla mummy, keje dok pantang jer.. ahahahahhaa...

Apa2 pun syabas n tahniah syamnuriezmil for this lovely story!

Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
April 14, 2016
Naskah untuk dilepaskan Rm 13 (tak termasuk kos pos)

Rasanya semua rakan2 di group dah taw kenapa saya beria mendapatkan naskah ini *wink wink

Untuk kisah ini seperti biasa penulis masih kekal dengan "trademark" beliau,saya pun rasanya sudah sebati dengan gaya tersebut.
Permulaan,mmg mampu menarik minat baca sambil tersenyum-senyum okay,rasa Tuan Anas ni sgt lah manis tapi sayangnya, mcm tu lah bila makin ke hujung makin lost (saya yg lost rasanya).Dan terus ke Ending rasa mcm Tuan Anas kekwat yg hilang dipertengahan cerita muncul kembali dgn penamat yg secoet tapi cukup rasa.
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
October 13, 2015
Kenapa beli novel ini walaupun dah lama nampak kat rak buku kedai2?

1. Terbaca kat ig Chef Wan, yang dia jadi pelakon dalam adaptasi drama untuk cerita ini. So hati pun tertarik2 nak capai.

2. Agaknya yuni dan cover warna hitam ini memang ada chemistry kot. So untuk penulis2 di luar sana, nak yuni beli buku, buatlah cover tu warna hitam. Hahahaha

Cerita agak menarik tapi agak pening lalat sikit bila dah sampai tengah hingga ke penghujung.

Yuni ni pun orang selalu kata blur tapi takdelah blur 24/7. Cara Tuan Anas nak selesaikan masalah macam...benda simple boleh cepatnya masalah selesai tapi makin dirumitkan.

Dalam sinopsis, macam ibu Tuan Anas ni pegang watak penting tapi alahai...agaknya dalam drama nanti, cuma penampilan khas je kot. Tak padan nama dia terpalit di muka belakang novel.

Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
November 7, 2015
Laaaaama ye cam tak singgah sini.... Tgk challenge pun cam rasa laaaaagiiii lama tak nak singgah... :) Aperrrr le penyakit M ni teruk nau melanda.... Bila laaaaa R ku ingin kembali...

TAM n CAM buat KAM tak senang duduk.... Hikhikhik....

Hmmmmmmm..... Cerita yang santai. Konflik so so. Jalan cerita yang biasa biasa... Manis yang ala-ala stevia... Ehmmm.... okaylah bagi saya. Iyelah... bagi saya yang mood tgh kelaut ni boley settle dalam masa 2 hari, great achievement kaaaannnnn....

TAM - I think he is absolutely gorgeous N heelllooooooo... NOT BECAUSE OF AARON AZIZ okayyyy... because of the person narrated by the writer itself. However, I think cepat sangat kotttt dia turn 360 degrees unless, I missed the part kot kot dia cinta pandang pertama kee... Coz saya tak Nampak how he suddenly boley suka pada CAM. Maybe if ada sikit elaboration on that part, maybe the feel akan lebih kot.

CAM... aaaaaa I LIKE HER n because CAM will be played by my Fave, Zaara Zya, laaaaaaaaaaagi la ai suker hokay.... I think she's a very down to earth punya person n always berpijak di dunia yang nyata. N I must say, this part given to Zaara is veerrryyyyy sesuai. It matches her inside out sebab kesengalan CAM n Zaara samaaaa je. Can't wait for the drama. Hopefully I am not disappointed like I was with MAID.

As for the suspense ala ala thriller to doesn't catch on with me. Maybe it because, some can write thriller n some can't and I'll leave it at that. Nowadays, can't say much.... Banyak mato2 yang berjago2. Den banyak kojo. Tak kuaso la den kalau nak kono bom berdas2 kang. *Peace*

All in all, it was entertaining.... Just like her other novels. Simple n sweet. Really can't wait for the drama tho. Dah set record kat Astro hokay... Nampak tak betapa terujanya ai... Ngeh ngeh ngeh....
Profile Image for Yana Hana.
5 reviews
April 25, 2015
TAM n CAM... akhirnya tamat sudah penantian....
suka sangat2 dgn watak CAM yg sempoi habis...yakin n CAM mmg kawan baik sgt... walaupun dia tu jenis yg ckp suka hati dia tp bab hati n perasaan mmg dia jaga habis..kalo boleh xnak bagi hati dia tercalar sendiri.. walaupun suka n sayang ttp maintain hati sendiri... mmg susah nak simpan rasa sayang tambah2 lagi bila dia selalu ada dgn TAM... sweet sgt la daddy TAM ni... SJAEEKAJSEE... part cinta, kasih sayang ni mmg sweet habis la... mmg la kalo dpt laki mcm TAM ni sure cair habis... seriously mmg susah nak pura2 x sayang kalo dlm hati tu mmg dh sayang.. sebab kalo kita happy mmg semua tu terpancar habis kat muka n tingkah laku kita... sama mcm CAM, walaupun xnak mengaku tapi sendiri mau ingat n rasa la kan... part konflik n rebut harta semua tu mmg la tragis sikit... TAM n CAM masing2 ada pelan n nak melindungi sesama sendiri.. magisnya cinta jugak la nie kan...
afterall mmg berbaloi la penantian utk novel nie...
#tuananasmikael
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
May 10, 2016
ko tau kopi apa paling pahit?
ko pilih dia daripada aku.

Adeh, pedih. Sudah decide tak nak baca further than that pastu. Ini karya paling banyak antagonis 'kejam' Syamnuriezmil. Yela, lebih dari satu tu banyak r. Tak boleh. Pedih tau tak? Paling banyak ketawa, paling banyak misteri.

Paling tak suka. Pasal apa? Pasal tak boleh buang gambaran Abg Harun dari otak. Semuanya sebab baca lepas drama sudah keluar TV. Double ciskek!
Geram betul rasanya. Spoil imaginasi. Itulah padahnya, kalau suka peram buku lama-lama atas rak. Bersusun. Beli-beli-beli, tak baca. Drama dah keluar, baru terhegeh-hegeh. Pastu geram sorang-sorang. Menyalahkan dunia yang tak adil! *grumpy*
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
December 10, 2015
seperti biasa cerita yg ditulis oleh syamnuriezmil mesti santai dan no stress. suka ayu maisarah yg over confident. suka tuan anas mikael yg overdose sweet. overall semuanya best sbb mampu membuat sy ketawa.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 10, 2015
Sweet!
Ayu Maisarah berkerja sebagai tukang cuci di rumah Tuan Anas Mikael. Banyak benda yang dia disuruh buat yang diluar dari job description sebagai tukang cuci tapi Ayu mempunyai keyakinan yang tinggi sehingga semua ujian dapat dilakukannya, seperti belajar memandu dan grooming. Tuan Anas sebenarnya sedang mempersiapkan Ayu untuk menjadi calon isteri untuk dipersembahkan kepada Momnya, Puan Sri Anansa, dalam masa yang singkat. Sebenarnya calon pilihan Mom Tuan Anas, Safra Ariana, rupanya adalah sepupu Ayu. Ada rahsia yang ibu sembunyikan dari Ayu. Tetapi Ayu dapat menekanya dengan betul. Bila Tuan Anas tidak memperkenalkan dirinya sebagai calon isteri kepada Mom, Ayu kecewa tapi reda. Rupanya, ada hikmahnya. Datok Azhar dan anaknya, Safra, mahu menguasai harta Tuan Anas sekeluarga. Rahsia kewujudan dirinya dan ibunya terselamat. Tetapi Ayu takut nyawa Tuan Anas pula dalam bahaya. Lalu dia merancang untuk menyelamatkan Tuan Anas dari Datok Azhar dan Safra. Tetapi ia akan membahayakan nyawa dia dan ibunya pula. Ini adalah kerana Datok Azhar berdendam pada mereka dan mahu membolot semua harta keluarga Ayu. Akhirnya, Ayu dapat menjerat Datok Azhar dan dia dibunuh oleh pihak polis. Ayu dapat diselamatkan dan dia di satukan dengan keluarga Nendanya. Ayu dan Tuan Anas dapat bersatu kembali dan merancang untuk brrkahwin.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews23 followers
August 3, 2017
Cerita ni best tapi sejarah keturunan Ayu yang nak dirahsiakan bagai tu yang buat saya lelah sesangat. Tapi bila dah tahu kisah penuhnya, huh menikam jiwa. Sampai hati Dato Azhar buat macam tu.

Wow, gaji 10k untuk jawatan pembantu rumah. Kaya gila si Anas Mikael ni.

Kejayaan novel ni terletak pada dialog Ayu dan Anas Mikael. Bila baca dan terbayang pula muka Aaron Aziz, sentap jiwa raga.

Watak Ayu ni kadang-kadang boleh pakai, kadang-kadang sedikit menjengkelkan. Jadi hati saya pun berbolak-balik dengan feel terhadap novel ni.
Profile Image for Anilza.
17 reviews1 follower
May 11, 2015
Kenapa saya tersayang Tuan...

1) sbb Tuan kekwat
2) sbb Tuan yakin dgn kebolehan diri saya
3) sbb Tuan bg saya peluang utk belajar byk benda
4) sbb Tuan-kopi-lih-dia
5) buat keje gila nk jgk esok!
Eh ehh ni confuse saya Ayu atau saya Saya....

As always cerite dr Syam mmg x mengecewakn...selalunya buku dia akn happy2 gelak2 n sempoi tpi kali ni few times mata-masuk-habuk...kenapa? Nk tau kena la baca..
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
September 1, 2015
Santai-santai saja...

Suka karektor Cik Ayu yang sengal+lawak+spontan

Tapi unsur suspen tak cukup suspen kerana saya boleh agak... kalau dibuat sedikit misteri tentang kalung, pastinya lebih menarik!


~tbc
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
May 4, 2015
seperti biasa cerita syamnuriezmil mmg x menghampakan...sweettt overload Tuan Anas dgn Ayu.. :)
286 reviews52 followers
May 26, 2015
cerita yg mmg sy follow di blog...sgt sy tggu2 akn kesudahan kisah TAM dan CAM ni.....spt biasa karya syamnuriezmil mmg menjd pilihan sy.....walau setebal mana pun sy tetap akn bli and bc.....
dan karya ini juga karya yg terbaik....jln cerita nya juga berbeza drpd cerita2 sblm ini dan saya tak terduga sebenarnya scene ala2 csi kat blakang ni....mmg CAM ni bkn lah calang2 perempuan...dia mmg sempurna...perfecto...
194 reviews9 followers
May 9, 2015
buku kedua yg dibaca hasil dari pbakl. for me, cerita dia ringan, x deep sangat. emosi pon biasa-biasa je..

tapi bila tang CAM pujuk TAM dengan mummy-daddy, that's the cutest ever! no need ayat jiwang-jiwang. simple word tp ada sejuta perasaan.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
June 24, 2015
Book #58 - 2015

Oookay, antara banyak-banyak karya syamnuriezmil, mungkin this is the first book yang I rasa tak berapa syok. Huhuhu... Okay, might be one of the minority here.
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
May 8, 2015
Berbaloi bersesak sesak di PBAKL2015 tempoh hari. Many thanks to SyamNuriezmil for give me TAM.
7 reviews7 followers
December 6, 2015
ok. i like this book.. tak santai sgt tak berat sgt yet still fun
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
June 17, 2015
Ohsemm!! I suka how TAM express his feelings untuk CAM..suweet sangat especially during the 'cuti' when they became mummy dan daddy..Tak tau lah nak cakap apa yg penting this book mesti baca!!
Profile Image for Aida.
71 reviews1 follower
May 28, 2015
Kenapalah saya tersayang tuan?

First aku suka dengan sampul novel ni memang nampak exclusive dengan berlatar belakang hitam dan ada plak kumbang seekor sebagai penyeri... :)

Kalau pergi ke bookstore, banyak juga sebenarnya kita nampak nama Syamnuriezmil di sampul-sampul novel, tertera sebagai penulis. Tapi, ini novel kali ke berapa aku pun tak ingat novel hasil tulisannya yang aku ada. Dan hasilnya.....
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Kesal.
Kesal kenapa aku pending baca novel ini. Hahaha. Hushhh!

Ayu Maisarah pastinya cantik, muda, hip, cool, selamba, yakin tu sahabat karib dia dan cerdas, ya. Jika tidak, tak mungkin juga Tuan Anas, yang tampan dan nakal tu boleh jatuh di dalam kasih sayang Ayu Maisarah. Ahemm, memang sayang sangat-sangat siap ada password lagi “saya akan jaga awak elok-elok, kalau awak jaga saya elok-elok.” Bayangkan, sooo sweet duhhhh....Ha ha ha

Idea kekeluargaan dan romantik komedi yang cuba dibangkitkan dalam novel ni menarik, dialognya yang lucu, bijak dan berkelayakan dalam setiap adegan, yang tidak membuat kita berasa huaaawa (menguap) alias bosan bila baca dan wataknya seimbang, semua watak dalam novel ni aku suka. Itu kebenarannya. Semua jenis emosi bertaburan di setiap adegan. Ada sedih, gembira, saspens dan manis. Aku pun cuba meneka-meneka beberapa scene dalam novel ini, tapi buat-malu ajer dengan diri sendiri kerana tekaan yang salah. Oppsstt!! Tidak menentu situasi yang berlaku di sini. Contohnya ya, pada mulanya aku meneka Tuan Anas confirm dengan Ayu Maisarah tapi tengah-tengah cerita dengan orang lain plak dah nak ending, saspen lagi dengan orang lain lagi... macam popcorn Tuan Anas tu nak pilih siapa sebenarnya tau... memang sengal! Taunya? Tet tot! Jawapannya kena baca sampai habis ya! Eeeh, takan nak jawapan bocor je kan... takmau...takmau....

Aku sangat suka melihat reaksi watak Cik Ayu, reaksi dan perwatakkan dia dalam novel ni sangat cute dan kelakar. Reaksi dia yang cuba menidakkan yang dia sudah jatuh cinta pada Tuan Anas tu sangat lawak okey...ehehe... siap suruh bulan sampaikan pesanan lagi... memang mencuit hati sangat dengan watak komedi mahupun watak serius Cik Ayu tu... Seronok baca misi-misi Tuan Anas untuk jadikan Cik Ayu sempurna. Jalan cerita novel ni menghiburkan dan tak meleret-leret.

Watak bitchy women tetap ada, memang meluat lah dengan Safra Ariana tu... gedis sungguhhh!! Sampai Tuan Anas nak cucuk dengan garpu sebab tangan si Safra tu asyik nak meraba tangan dia ajer... ha ha ha

Ending novel ni still happy ending gitu, walaupun dalam bab-bab terakhir ni mengocak emosi juga. Yang jahat pulak dapat balasan yang setimpal. Apapun aku akui, boleh tersenyum dengan endingnya tu... awesome!!


Berapa bintang nak bagi:
~ **** (enjoy reading dan boleh buat koleksi)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
May 26, 2015
karya syamnuriezmil memang setakat ni antara favourite dan takpernah mengecewakan. karyanya berkisar kehidupan biasa namun cara pengolahan kisahnya menarik, dialog yang lucu dan terasa 'hidup' ketika membacanya. kalau korang stress atau tengah dalam tekanan perasaan sila la baca... memang cukup santai dan amat menghiburkan..
kisahnya?.. pada mulanya ayu maisarah hanya mahu menggantikan tempat ibunya yang bekerja membersihkan rumah tuan anas ketika ibunya demam terjerat dengan kesalahan yang dilakukan sewaktu bekerja membuatkan dia terikat untuk bekerja dengan tuan anas. disebabkan gaji yang ditawarkan amat menarik dan tidak mahu pencen ibunya ditahan serta ketika itu dia pun tidak bekerja, maka dia menerima pekerjaan yang ditawarkan. rupanya macam-macam perkara yang perlu dilakukan selain menjadi tukang cuci. ayu maisarah dikehendaki melalui bermacam-macam bentuk latihan antaranya memasak dan belajar memandu tanpa disedari yang sebenarnya tuan anas menyiapkan dirinya untuk dijadikan calon sebagai isteri! walhal sangkanya tuan anas mahu dia menjalani latihan2 itu untuk persediaannya sebagai pengurus projek di krabi..ini kerana ibunya puan sri tengku anansa memberinya tempoh 3 bulan, jika tidak terpaksa menerima safra ariana sebagai isteri...
dalam pada mahu berlakon, hati perasaan mana dapat dijangka... tuan anas mengaku jatuh cinta ketika mereka di krabi tetapi disebabkan suatu hal dia memperkenalkan peguamnya di krabi iaitu raisya puteri sebagai cinta hatinya. Ayu maisarah kecewa dan pulang ke malaysia terus letak jawatan.. rupanya tuan anas tahu sesuatu rahsia yang disimpan oleh ayu maisarah dan jika dia mengaku ayu adalah gadis pilihannya dia mendedahkan ayu untuk dibunuh!.. siapa? apa rahsia itu dan bagaimana rancangan mereka untuk memerangkap si pesalah yang membuat onar?... sila beli dan baca buku ni!!...
6 reviews
March 28, 2023
Antara semua novel melayu yang ada di dunia ni, this novel will always be my absolute fave. For some reason, this novel’s plots and storyline sangat samgat tak cliche.

To be honest, I was sceptical about reading this book masa tu tau. Sebab it was released in the era of novel/drama melayu yang extremely cliche. But to my suprise, Tuan Anas Mikael tak as cliche macam apa yang I sangkakan.

For instance, the heroin memang role model betul-betul kepada gadis-gadis di luar sana. For some reason, bila I sedang baca, I ada rasa macan I want to be her.

For the male lead pula, dia ni tak segross as other male lead characters kat luar sana. He’s genuinely a great guy. Personality wise, he’s a 10/10.

Til the end pun, I memang tak jemu langsung baca buku ni. Bare in mind, that this literature’s storyline and plot tak kepada percintaan sangat. Dia macam akhir-akhir baru diorang confess, baru beria nak sama-sama. But personally, I memang sangat suka. Dia tak clichex which is extremely nice.

Tak silap I lah, this novel ada drama. Tapi I tak berapa minat pila nak tengok. Cause the book is damn good, tak sanggup. I pun bayangkan anas mikael and ayu’s visuals memang terpaling cantik dan handsome. Taknak pula, bila start tengok drama terbayang aaron aziz and zara zya.

Overall, sangat recommended.
Profile Image for Auditory Hallucination.
29 reviews17 followers
June 30, 2015
PASSWORD TAM & CAM: Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok.

Akhirnya, habis jugak baca novel ni.
Okay, terkurang satu bintang sbb:-
1) Aku xsuka daddy mummy bagai. Ah, sorry sgt. This is my personal POV. Aku sajakah yg geli bila org kapel kapel ni berdaddy mummy, abi umi? Hahaha.
2) Sebab TAM & CAM lepas laku. I mean, aku ni payah nak hadam tau novel yg suka pegang2, peluk2 kalau xkahwin lagi. Hahaha. Okay tapi idea pintu tengah tu aku suka la jugak. LOL. Apekah?! Aku mmg xtetap pendirian. Tapi tapi tapi TAM merajuk mcm comel je. Hahaha

Tapi di sebalik sungutan dan rungutan aku ni, aku masih berpendapat yg novel ni best. Xrasa la menyesal la kalau korang nak baca or beli. Hahaha, tapi aku xbeli, novel ni aku pinjam org aja. Kehkehkeh. Oh ya, sbnrnya ni 1st time aku baca novel yg Syamnuriezmil tulis. Walaupun aku tau dia penulis buku Suami Aku Encik Perfect Sepuluh. LOL. Tapi sampai hari ni aku xrasa nak baca Suamiku Encik Perfect 10 tue. Nanti-nantilah. Hahaha

P/s: Mana aku nak cari TUAN yg nak belanja aku senyuman. Suka makan biskut oat? Hahaha. Novel ni terlebih gula, mungkin ada readers yg akan kena diabetes. To those yg baru nak baca, Enjoy!
Profile Image for Nurhidayah Farhanah.
159 reviews2 followers
August 14, 2016
okay, untuk tahun ni memang tujuan nak cuba baca buku novel melayu tapi sebab banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak mula dari mana.. So, solution dia dengan bantuan cousin, dia recommend novel ni.. so here we go..

This is my first time baca hasil penulisan dari penulis ni.. i like dia punya writing style. tak overly english, banyak slang hipster, up-to-date dan short form. The pacing cerita ni senang paham, dan menarik. Kadang-Kadang rasa macam baca skrip berbanding cerita which is good by the way. Ada few cringe worthy moments and typical malay novel tapi boleh tak menjadi halangan sebab cerita sungguh best! haha

Selain itu, yang membuat cerita ni 4 bintang instead 5 bintang sebab predictability jalan cerita. seperti benci jadi sayang, jual mahal (rasa tak layak bersama hero), hal2 yang mudah menjadi rumit, illogical family history something like that. ada beberapa scene just skip saja.

Akhir sekali, I dont think i want to read Malay novel for awhile. Sebab rasa macam very predictable and cliche sangat sampai rasa bosan cerita cinta macam ini. Jadi kenalah hiatus sampai betul2 rasa nak mula balik. In the meantime, i stick with english books for now.
Profile Image for Zuhaira.
47 reviews15 followers
October 11, 2015
Kenapa aku xkedekut bagi 5 bintang padahal crita plot sama je cinta KDrama?

Banyakkkk tu sebab.... Hahhaha

1. Aku baca dari awal sampai habis xda rasa menyampah pun... Pembacaan xtersekat2 pun... Gaya penulisan yg menyenangkan dan masuk ke dalam hati...

2. Berjaya buat aku fefeeling...

3. Heroin sempoi.... (Baru perasan sebab yg BEST lagi kat buku ni xda banyak lelaki terjatuh cinta kt heroin... Serabut tau kalau banyak sangat kumbang hinggap kat sekuntum bunga)

4. Hero sempoi lagi sweet... ( Drama K je selalu jumpa )

5. Ntah kenapa aku bayangkan Zara (my daughter) dlm situasi tu hohohoho maybe sebab masa CAM balik dari Krabi tu dia nangis sambil peluk mak dia kot...

6. Cerita ni asalnya nampak sangat ala ala FullHouse... 1st KDrama yg aku follow... Tetiba rindu dan teringat sangat kat FullHouse...

I think I Love You.....

7. Aku mudah terhibur hahahhaah

Sekian,
Panjang plak review.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
November 13, 2022
Dari mula saya baca novel ini, pada saya ceritanya meleret-leret. Banyak bahagian yang diulang-ulang agak membosankan. Banyak monologue dari dialogue.
Watak utama ialah Tuan Anas Mikael yang nak sempurnakan Ayu Maisarah dari seorang tukang cuci untuk dijadikan isteri sebab Tuan Anas dah jatuh cinta dengan Ayu.
Bagi pihak Ayu pula, dia sentiasa fikir Tuan Anas hanya bergurau ajak dia kahwin kerana Tuan Anas tak mahu kahwin dengan Cik Safra, anak Dato Azhar.
Bila sampai bab Ayu diculik yang paling best. Itulah kemuncak keseluruhan jalan cerita ini.
Saya suka dengan watak Kay, PA Tuan Anas. Watak antagonist Dato Azhar dan Cik Safra pula kurang menyerlah.
Saya musykil kenapa tidak ada paparan bagaimana Dato Azhar bunuh Ayman? Kalau diceritakan melalui flashback pun tak apa kerana banyak yang bersangkut paut selepas kematian Ayman.
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
May 14, 2015
adoi la..buku syamnuriezmil ni selalu org kata Nampak macam kisah klise kalau baca synopsis...jadinya jangan judge synopsis tu ..sebabnya memang la selalu lain....hahha....I love the fact that TAM from nak jadikan CAM kambing hitam dia pulak yang tersayang dekat si CAM kan ..sampai sanggup tackle CAM, sampai demam and pengsan gitew...

what I love about the book?? EVERYTHING!!!! ayat selamba tu membuatkan saya ketawa terbahak-bahak...senyum sendiri sampai mak aku pun tegur..hang giler ka??? hahahahah....

best...makes me forget about what bothering me...and enjoy my light reading with a good message! saya dah beli and baca..how about you?
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
October 2, 2015
lama ML duk bawak buku ni.. ke hulu ke hilir.. sampai dah naik renyuk dah cover depan...

malas nak komen byk2...seperti yg sedia maklum... x sah syamnuriezmil kalo x buat pembaca kejung pipi. bukan syamnuriezmil kalo x buat pembaca terheret sama masuj dlm cerita dia.

kisah CAM yang kalut bersama TAM yang poyo terlebih.. tapi sweetnya ya Allah... mmg boleh bawak kencing manis.

cuma ML tak suka satu part dlm cerita ni. sesi berjalan2 di sekitar bangkok tu.. x sukalah syam.. jawab syamnuriezmil.. ada aku kisah.. cerita aku... hahahahah...
apapun gud job.. mmg x rugi beli dah baca. yang ni penting. sakit jer hati kalo buku yg dibeli x setimpal dgn harga... rasa nak grrrrrhhhhh jer...
Profile Image for amireadbooks._.
48 reviews3 followers
April 20, 2020
Full mark for the level of sweetness, and 4-star for the storyline.

The novel has been published years ago tp baru skrg rasa nak baca 😅 and finished in 2 days. Sama je mcm kebanyakan novel, cliché storyline yg boleh diexpect what's next. Not much conflict, i can say its a 'happy moment' throughout the story.

Tapi I is cannot lah.... TAM is just sooo sweet. I keep imagining Aaron Aziz playing as TAM, annoying dia, muka slumber dia tu, but funny at the same time 😂 geram sbb CAM playing hard to get sgt 😒

Highly recommended to read masa kau tgh down ke, sbb novel ni akan buat kau tersenyum sepanjang masa!
Displaying 1 - 30 of 79 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.