Seketul kepala manusia ditemui di sebuah shopping mall di Sandakan. Seorang lelaki yang disyaki melakukan pembunuhan itu disoal-siasat di sebuah bilik kurungan. Setiap bab soal-siasat diselang-seli dengan kisah lelaki itu di dalam menghuraikan apa yang sebenarnya telah terjadi sehinggalah dia ditahan di dalam bilik kurungan tersebut. Dia bercerita tentang Stella. Stella pernah diculik dan dirogol sewaktu dia kecil. Kejadian itu mendatangkan kesan yang mendalam pada mentalnya sehinggalah bila dia dewasa, dia mula memburu lelaki-lelaki yang telah menghancurkan hidupnya dahulu. Apakah kaitan antara Stella, lelaki dalam tahanan dan kepala manusia yang ditemui itu?
I will never understand how certain people think that it was the victim's fault when rape happened. To those people, I only have two words to say - "Fuck You".
This is a good story. It sends message. It's disturbing, it's moving, it makes you think. You cannot just finish this book and move on with your life - well, unless you're one heartless person, then you might.
I think everything is good in this story. The story line, the setting, the characters. I think I know from the summary what actually happened. But when the truth was revealed, it was a bit contrary from what I predicted. A bit unexpected moment here and there won't hurt you, right?
My concern is the changes in the narration. I actually enjoyed reading from different narration since I got to know each character more. But in this book, it's a bit confusing because there wasn't stated as whose narration it was - especially at the end of the book.
Special mention : this book contains rape scene. If you're uncomfortable with this, take it into account.
Buku ini rasanya lagi seronok berbanding Pada Waktu Waktu Yang Terhapus yang mana aku rasa buku PWWYT itu mampu membuatkan sel-sel di dalam otak bersimpul-simpul sehinggakan lesap di dalam lautan pening. Tapi terus-terang, tulisan Sahidzan, ibarat dadah. Membuatkan kau ketagih dan rindu dengan kisah-kisah yang dihasilkannya. Sehinggakan mendengar saja khabar yang dia akan keluar buku baru, tahap keterujaan itu, sangat luar biasa! *tekup muka atas bantal!*
Tapi kisah ini tetap buat aku pening. Ada satu masa, aku pujuk diri untuk menutup sejenak naskah ini dan membiarkan Stella dan yang lain-lain berehat di hujung lembaran naskah.
Ibaratnya, seperti aku berada di dalam sebuah kapal nelayan di tengah lautan. Apabila kapal yang dinaiki mulai dipukul ombak dan teroleng-oleng ke kanan dan kiri, pening dan mabuk mulai menguasai diri. Namun tetap juga digagahkan diri untuk melihat apa yang berada di sekeliling kala itu. Ianya momen (sesuatu) yang tidak boleh terlepas pandang. Sayang jika melelapkan mata untuk bergerak ke dimensi lain. (Tetap ingin tahu sampai ke penghujung kisah Delirium ini, sebab terlalu banyak persoalan yang masih belum berjawab di pertengahan kisah).
Cuma aku tidak dapat hidu bau Sabah dengan kuat. Kalau ada pun tidak mampu menancap tajam ke dalam ruangan sakut alveolus. Serius aku rindu Sabah!
Aku menganggapkan yang Kiub itu adalah sebuah kontena yang telah diubahsuai. Mungkin?
Apa-apa pun tahniah encik penulis. Moga terus sukses lagi!
Murung! Buku ini menyebabkan hamba kemurungan. Hamba tak peduli babak kerat-mengerat, potong-memotong tubuh badan mahupun pengal-memenggal kepala lelaki-lelaki durjana itu. Tetapi apa yang berlaku pada Stella terlalu... Arghh! Hamba tak peduli, hamba tak mahu bagi bintang apa pun pada buku ini sampai hamba boleh bertenang.
(2.5 bintang) Dengan mengabaikan babak-babak pemunca kemurungan hamba yang mana apabila hamba fikir-fikir, tidak mempengaruhi pendapat hamba ini secara keseluruhan, hamba membuat kesimpulan bahawa antara semua buku Sahidzan Salleh yang hamba baca setakat ini, Delirium berada di kedudukan paling 'uncit' sekali.
Delirium menarik. Ya, hamba tidak akan menafikan elemen itu dari setiap buku tulisan penulis ini tetapi hamba merasakan Delirium kekurangan sesuatu. Seperti ada yang tidak cukup. Seperti ada yang keciciran. Seperti ada yang tidak ada.
Namun, seadanya hamba mengikut saja alur cerita ini. Sensasi tanda-tanya dan teka-teki itu suam-suam saja dilatari suasana 'sesi soal-siasat' yang sederhana misterius. Bukanlah bermakna kisah sebenar Jailani dan Stella terbongkar (disua oleh penulis) sewenang-wenangnya. Cuma saja rentak penulisannya saja yang sedikit offbeat.
Yang hamba sukai dari buku ini ialah latarnya (tempat, slanga dan bahasa) yang terasa dekat dan familiar.
mungkin sebab aku da baca Pada Waktu2 Yang Terhapus yang lebih memeningkan, so tatkala menghadam naskhah ini tak la memenigkan sangat (berlagak..ces)
aku kira, kali ini storyline lebih logik, walau permulaan ada beberapa yang still mengelirukan. tapi, masuk fasa kedua (part L) segalanya terjawap, walau tidak sepenuhnya tetapi masih dikira logik & boleh dihadam. memandangkan cerita ini berdasar kan POV1 dari 3 watak -stella, 'aku'@penulis@jailani & L, maka keterbatasan maklumat itu boleh diterima.
berdasarkan tajuk, sebenarnya cerita ini boleh difahami -mengenai masalah jiwa yang dialami stella (atau mungkin ketiga2 watak) & ditambahkan trauma yang dialami akibat kejadian hitam yang pernah dialami ketika kecil mendorong perlakuan ini. pembunuhan yang tiada penghujungnya lantaran trauma yang masih tidak hilang.
aku sebenarnya agak lost ditengah2 cerita, namun diselamatkan dengan monolog stella & L. part L rasanya banyak membantu dalam menaikkan semula mood cerita & menjelaskan banyak hal. watak penulis tu pada hanya sekadar kambing hitam, sekadar sampingan untuk membawa pembaca mengenali siapa stella (aku kira mangsa2 tu semua tidak penting pun, apa yang berlaku ke atas mereka hanya subplot je).
masih ada yang kurang, mungkin olahan penulis tapi pada aku gaya penulis memang begitu, setelah membaca karya2 beliau -sepuloh nama & main gila (aku sendiri lupa aku pernah membacanya, sehingga aku membaca Pada waktu2 yg terhapus). malah diselitkan ayat pada waktu2 yang terhapus (atau mungkin kejadian yang menimpa mikael adalah kerana dia pun menghidap delirium?).
persoalan mengenai siapa L & nenek tua masih tak terjawap, tapi overall masih ok.
tahniah untuk penulis, added to must buy list pas ni. hehe
Tapi sayangnya penulis tak mampu bawa cerita dengan baik. Setiap watak terasa kosong. Untuk teruskan bacaan, saya perlu root pada sekurangnya satu watak. Tapi takde satu watak pun yang reliable. Ibarat orang buta, pekak dan bisu dengan seekor gajah. Menyentuh bahagian tubuh berbeza dan mula buat andaian sendiri.
Sejarah silam Stella yang hitam diceritakan sesikit demi sedikit. Mungkin penulis mengharapkan apabila semua cerita terbongkar, rasa simpati terhadap Stella mampu menutup jalan cerita yang unreliable. Malangnya, saya tak dapat feel kesakitan yang Stella alami. Seolah-olah mendengar cerita tersebut dari berita tv dan bukannya dari Stella sendiri.
Plotnya dah ada. Sayangnya execution tak menjadi. Open ending yang tak berjaya. Doktor sakit jiwa yang diharapkan menjadi voice of reason pun sepertinya syok sendiri. Ada beberapa babak yang ditulis supaya pembaca jadi makin keliru sedangkan tak perlu pun.
BEWARE of SPOILER
It's a straight story. A girl was kidnapped, raped and abused repeatedly for weeks by 3 man before she managed to escape. The tragedy left her empty and she seek revenge with the help from a man who if you read closely, was abused too. So now we have two mentally and emotionally unstable people seeking revenge. Great cause if not for one huge hole, the 3 man were sentenced to death years ago. To give justice, all the man they prosecuted were scumbag.
The writer tried to throw readers off the loop by throwing random puzzle which was not needed to complete the picture. So instead of looking inside the story for the characters to reveal the huge picture, the readers were the one who have to build the huge picture themselves which resulted with an ending that left me feeling cheated.
1 star. Selalunya saya pemurah bagi bintang tapi 2017 ni, nak strict sikit. Buku ni sememangnya tak sesuai untuk saya.
First of all, I dislike the graphic description of censored scenes in the book. Asas cerita ni memanglah rogol, tapi tak perlulah sampai jelasnya macam buku romance. It's a psychological thriller, right? Banyak persoalan yang tak terjawab. Bagi saya, kalau dah namanya stand alone, novel tu kenalah menjawab semua persoalan. I devoted my time, nak tau apa sebenarnya dalam kotak/kiub tu tapi apa? Memori??? I didn't buy it and it annoyed me so much, honestly... NO.
Yang selamatkan buku ni adalah plot twist dia. Character wise, I so dislike them all. I hate them. Everything is so confusing. Konflik ada dan beberapa persoalan terjawab. Cuma... entahlah. Patutkah bagi 1 star? Kejam sangat.
Oh wait, lupa nak mention.. HOW ON EARTH orang yang nak menuntut bela Stella pulak yang ber'ehem' bila tengok Stella terselak sikit. I hate the character so much! That's so sick!
Tahniah kepada penulis sebab berjaya hasilkan buku ni. Bukan senang nak hasilkan manuskrip. Sorry this book was so uncomfortable to read. Will I recommend it to anyone? - nope. No. Too graphic.
Delirium ni kalau direct translate ke BM maksudnya IGAUAN, kiranya macam watak2 dalam novel ni semua "mengigau" jadi kau tak pasti mana satu realiti mana satu fantasi.
Honestly, cerita ni agak boring. Kisahnya tetap menarik, kita still nak tau apa yang berlaku sebenarnya, mengapa, kenapa, how, why tapi pengupasan misteri tu berlaku secara "perlahan" dan tak mengejutkan sangat.
Babak yang aku rasa paling tak penting ialah babak proses pemotongan mangsa, tak perlu kot, boring giler, aku tau penulis nak tunjuk betapa psiko dan ganasnya killer ni tapi detail sangat do, cam pishang lak.
p/s: alhamdulillah aku pernah baca artikel pasal KURU, kalau tak aku mesti confuse apahal dia dok hightlight parkinson tu banyak kali. Dia suruh korang research!
Tak pasti kasihan atau marah atau apa tapi depress juga bila tahu cerita tentang Stella. How cruel the world could be, the surrounding and society macam yang penulis asyik sebutkan. Very disturbing.
Saya tertanya-tanya tentang L. Menariknya karakter dia, macam mana saya asyik fikir he's the normal one but yeah... "Di dalam warasnya akal seseorang, ada gila yang tersembunyi."
Very Murakami like. Saya nampak ada telinga yang hilang dan scene ILLUSION macam dejavu pula. But nevertheless, satu kisah yang bagus. Saya gemar sekali dengan penamatnya-- tentang tiga keping mozek, and I am back to the start.
Tahniah, sebab menang pertandingan untuk novel ini ya! ^^
Dah nak hbis novel ni bru aku faham siapa yg menyoal siasat 'lelaki dlm tahanan'..dan aku ingatkan Stella tu tak pernah wujud..tanggapan pertama aku maybe llki tu alami Personality Disorder..ternyata aku silap..huhu...pening.......tp best sbb mencabar minda aku utk berfikir apa sbnrnya terjadi ngn jalan cerita ni..yes Sahidzan Salleh is now officially one of my fav novelist.
Tajuknya sangat sesuai dengan rasa dan nuansa sepanjang pembacaan. Memang boleh jadi 'delirious' bila baca sebab cara plotnya dikonstruk yang (mungkin) agak huru-hara untuk mengelirukan pembaca menjadikan susunan ceritanya kekal segar dan membuat pembaca kurius hendak tahu apa yang berlaku seterusnya.
Namun begitu, ada beberapa hal yang aku kurang berkenan tentang naskah ini.
1. Dialek Sabah yang ada dalam naskah ini dikekalkan pada tahap mininum. Aku tahu ini adalah untuk membolehkan aku yang duduk Semenanjung boleh faham dan nikmati cerita dengan mudah. Tapi, secara tidak langsung hal ini mengurangkan unsur 'immersive' pembaca terhadap dunia yang diciptakan oleh penulis.
2. POV watak-watak yang ada kalanya terlalu 'muddled'. Susah hendak terangkan, tapi ada beberapa bahagian dalam naskah ni aku sendiri kena baca, flip balik, baca sekali lagi hanya untuk make sure siapa yang tengah bercakap atau tengah narrate bahagian tu. Hal ini agak merenyahkan dan banyak kali juga aku macam hendak give up baca dan move on baca buku lain.
3. No memorable character. Aku literally habis baca naskah ni malam semalam dan payah benar hendak ingat mana-mana watak dalam naskah ini. Pada hemat aku, kelemahan naskah ini adalah tak ada satu watak yang benar-benar 'fleshed out' dan 'stick out' as an outstanding and memorable character.
Walaubagaimana pun... naskah Delirium ni berjaya buat aku rasa macam nak pergi cari tulisan Sahidzan Salleh yang lain sebab aku suka apa yang aku baca.
Would I recommend this to a new Fixi reader? Mungkin ya atau tidak sebab bagi aku, naskah Delirium ini agak 'advanced' untuk dibandingkan dengan naskah-naskah 'easy reading' Fixi yang lain macam Trilogi Mangsa, Licik, Zombijaya atau Kelabu.
Jujurnya, aku lebih sukakan karya penulis yg sebelum ini — Pada Waktu Waktu Yang Terhapus
Mungkin krn PWWYT itu lebih memeningkan dari Delirium, sbb tu aku suka. Oh, aku memang suka baca buku yg boleh buat sel2 otak 'bekerja kuat'. Mencabar gituuu...
Delirium best. Aku tak nafikan. Cuma... ada kalanya aku susah nak 'masuk' dgn buku ni.
Rasa tak selesa sebenarnya.
Tak selesa dgn dialog2 watak yg guna loghat Sabah. Almaklumlah aku bkn org Sabah. Jadi, faham2 sendiri lah ye...
Ok, takde ape dah aku nk komen rasanya. Tu aje kot.
Sudah 6 buku Sahidzan yang saya baca dan bagi saya Delirium adalah merupakan antara karya terbaik beliau. Permulaan yang mengujakan dan penuh saspens- hebahan tentang kewujudan pengait, penemuan kepala manusia yang terputus di tugu dataran Harbour Mall dan sebuah kotak hitam.
Seorang Stella yang dirogol, Johnies, Jailanis, Asmats dan kita juga bertemu dengan L. Isu rogol dan bertalu talu kritikan sosial terhadap masyarakat yang tidak peduli disampaikan dengan kemas. Tragedi yang menimpa Stella diceritakan dengan sangat deskriptif sampai saya terpikir pikir hingga masuk mimpi. Sedih, marah dan timbul kesedaran untuk lebih berjaga jaga.
Benda yang saya paling suka sudah tentu adalah jalan ceritanya, ia buat saya jadi bingung, sangsi tentang siapa adalah siapa dan cis, tebakan saya semuanya tak mengena. Plot twist yang pergh, tak terfikir langsung dan ia buat saya ingin tahu dengan lebih dalam lagi tentang Delirium. Pendek cerita, jalan cerita dan plot twist yang ditulis adalah sangat kemas, dan tidak memeningkan dan berselirat seperti Pada Waktu Waktu Yang Terhapus (pada saya).
Semoga Stella dan mangsa mangsa rogol di dunia ini dikurniakan Tuhan kekuatan yang sangat luar biasa untuk mendepani masa depan mereka.
"pemenang sekian sekian sekian sabah" And i thought it must be great. rupanya tidak. cukup lah menghiburkan. Entertaining but not memorable.
adegan melancap dan adegan seks tak perlu kot. ke mmg fixi dah fixed rules mesti ada cerita pasal sex walau cuma setengah halaman? Ok ok "untuk pembaca matang". i get it.
cerita pasal "Stella yg satu lagi", kuat sgt pengaruh filem Martyr di sini. mungkin x disengajakan, mungkin kebetulan. entah la.
mungkin juga Stomehearst Asylum.
Anyway Boleh tahan power cara cerita, ikut tertanya2 mcm watak dlm novel, mana satu realiti, mana satu rekaan imaginasi/ilusi/delusi/halusinasi. flash back - present - flash back - present
Another boom dropped by Sahidzan when he's feeling competitive and just wanted to give his best. All the places in DELIRIUM took place in Sabah - where the author grew up and live his whole life - so he's comfortable, understood and experts on the setting the most. The main character were greeted by people selling the protected turtle eggs in Sandakan - a nice "add ups" by the author to show the unconventional side of the city. I'm impressed how the author brought up the mental health & statutory rape issues and it's blended well with the crime-thriller genre. a well written novel like this they're not just something you read and you carry on with your lives, no, the messages, the story stays with you. I wish all Stellas in the world a mind peace, a strong souls striving through everyday.
Cukup rencah. Paling teruja aku baca, tiba-tiba dah habis. Oh Stella dan misinya. Dan mengenai guna nama orang utk hantu tu, hint utk Puaka ye? Terbitan
Buku yang menyampaikan topik psikologi tentang kecelaruan mental
SINOPSIS
Kisah tentang seorang wanita, Stella yang sebenarnya mengalami kecelaruan mental dan jiwa disebabkan pengalaman buruk yang dialaminya sewaktu kecil
Pembunuhan yang kejam dilakukannya tetapi di luar kesedaran dan kestabilan mentalnya
pembunuhan yang dibantu oleh seseorang, L. L membantu kerana rasa kasihan terhadap Stella namun ketidakstabilan mental Stella membuatkan L ingin berhenti melakukan pembunuhan yang seolah-olah tiada penghujungnya. Apakah pengakhiran buat L? ataupun Stella?
PLOT Plot yang sangat menarik. mempunyai beberapa POV - Stella, Jailani dan juga L di mana pada awalnya agak sukar untuk kita memahami hubungan mereka tetapi akhirnya ketiga-tiga kisah mereka ini dapat disatukan perkaitan antara satu sama lain.
Plot dan setting yang menarik kerana penulis berjaya menyampaikan beberapa poin penting dalam menyedarkan masyarakat agar lebih mengambil berat dengan keadaan sekeliling - kerana manusia selalu kurang mengambil berat terhadap perkara yang tidak berlaku terhadap diri mereka dan mudah melupakan.
Setiap babak mendatangkan tanda tanya kepada saya sebagai pembaca. Banyak persoalan yang dirungkai pada setiap selakan muka surat. Babak pembunuhan yang dilakukan amatlah diluar jangkaan dan ini mencerminkan bagaimana manusia yang berdendam mampu melakukan sesuatu yang sangat dahsyat sekiranya mereka tidak mampu menerima perkara buruk yang terjadi kepada mereka dengan baik.
PENGAJARAN Banyak pengajaran yang diselitkan oleh penulis dalam buku ini.
1. Pengalaman kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada usia kanak-kanak, mereka tidak mempunyai kuasa dan memerlukan jagaan dan kasih sayang daripada orang tua. Sekiranya pada waktu kecil mereka tidak dipedulikan, mereka berkemungkinan besar membesar menjadi seseorang yang kurang empati. Pengalaman buruk merosakkan fizikal, mental dan jiwa mereka.
2. Trauma yang tidak dirawat mendatangkan kesan buruk kepada mangsa dan juga orang lain
Bagi Stella, seorang wanita yang mempunyai kisah silam yang hitam - zaman kanak-kanaknya penuh dengan memori gelap dan ini membuatkan dia menjadi seseorang yang tidak sihat secara mental. Masyarakat yang kurang memandang serius terhadap kesihatan mental membuatkan kanak-kanak seperti Stella tidak mampu berkembang dengan baik secara emosi.
Hal ini kerana ibu bapa Stella menolak mentah-mentah saranan doktor psikatri untuk menghantar Stella ke hospital sakit jiwa bagi mendapatan rawatan yang sepatutnya. Mereka enggan menerima bahawa anak mereka sakit secara emosinya.
Oleh itu, Stella tidak tahu cara yang betul untuk menerima trauma yang dilaluinya lalu memendam sgala rasa dendam terhadap orang-orang yang telah menyakitinya secara fizikal, mental dan jiwa. Perasaan dendam inilah yang menyebabkan Stella berkelakuan seperti binatang. Membunuh tanpa belas kasihan
Manusia dikerat kepalanya, dibuang ke dalam lubang
REKOMENDASI
Disebabkan cara pembunuhan yang melampau, buku ini saya sarankan kepada mereka yang berusia matang (18 tahun dan ke atas)
Buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh masyarakat bagi memberikan kesedaran tentang kepentingan sikap ambil tahu dengan perkara sekeliling dan jangan hanya membuta tuli. Mengambil berat tidak sama dengan menjaga tepi kain orang. Sekiranya kita rasa ada yang tidak betul, katakan pendapat dan bersuara. Semua rakyat mempunyai hak bersuara dan menegakkan keadilan
Buku yang penuh saspen dan misteri. Menguji minda kita untuk berfikir apakah sebalik setiap yang berlaku dalam buku ini
"Melihat kepalsuan sbgai satu kebenaran. Kita nmpk apa yg kita mahu nmpk. Suatu yg indah2. Suatu yg kita suka. Wlau ia cumalah satu ilusi. Satu penipuan..."
Apa yang aku suka, buku ini memaksa sel-sel otak berhubung, dan kau kena baca every pages carefully to not miss any points.
Dan yang aku tak berapa gemar, buku ni sedikit confusing. Peralihan cerita dari realiti ke flashback dan patah balik tak berapa smooth (dan tambah memeningkan apabila writer tak tulis POV siapa).Dan satu lagi...aku rasa banyak persoalan tak terjawab (tentang kiub, perempuan tua berkebaya, L dan juga "Jailani"). Mungkin style writer yang mahukan semua pembacanya untuk berfikir dan berimaginasi instead of ceritakan sendiri semuanya (sebab ini pertama kali aku baca buku daripada Sahidzan Salleh).
Overall aku bagi 3.5 star (agak tinggi sebab aku suka genre buku macam ni)
aku beli buku ni pun sebenarnya sebab tulisan putih kat buku tu n lepas baca ni dalam fikiran aku just "not bad". sbb pening juga buku ni sebenarnya. yup, aku agree adengan seksual agak melampau dalam buku ni. tapi sebab tu lah 'untuk pembaca matang' ye? anyhow, storyline dia twisted gila. n lagi confuse bila view siapa tak di mention setiap kali tukar narrator. kadang2 tak faham siapa "aku" yang dimaksudkan. otherwise, menarik. n funlah to read.
Why I'm interested in this book at the first place Picking it up from a book exchange corner, to support the #TakeReadReturn movement by Books On The Move.
The second book I read for the Merdeka month.
Just a reminder, this book is rated with mature contents.
What do I think of this book... now that I've done reading it I think this is my first time felt slight frustrated in some particular scenes in a book, ever. (No worries, no major spoiler will be spilled!)
The interrogation scene is full of tension and heated but restrictive in direction, where you wish they speed up already. You will eventually come to the 'truth' towards the end, but as the saying goes, "Truth is stranger than fiction".
+ 1. The storytelling is as gory and morbid as expected in a true-crime series. With twists, of course. 2. I love the character developments and how they mesh with each other throughout.
- 1. The way the character, "L" is treated in the end. I was like, wtf? Why?
Pertama kali aku baca tajuk, aku dah boleh relate. Delirium merupakan terma perubatan di mana maksudnya not oriented to time, place, and people. So aku decide untuk beli. Lagi-lagi bila kombinasi cover dengan tajuk aku suka.
Jalan ceritanya merupakan jalan cerita yang memeningkan; jika kau baca sepintas lalu dan semberono sahaja. Novel ini perlukan pembacaan yang berhati-hati supaya kau tak tertinggal maklumat penting yang kau rasakan picisan.
Plot yang sangat menarik. Aku boleh bayangkan betapa konfiusnya watak utama (sesuai dengan tajuk). Kadang-kadang dia akan buat kau konfius sekali dan curious. Itu yang bagusnya. Aku suka novel yang mencetuskan curiosity. Dan buku ini memang terbaik!
Aku sendiri tak tahu macam mana otak Sahidzan berfungsi, tapi aku suka cerita ini dan gaya penulisannya.
This is masterpiece. Kalau dekat luar negara, mungkin dah diterbitkan jadi filem.
Aku teruja baca separuh pertama buku, sebab aku sangka ada watak polis. Masuk separuh kedua, ekspresi pun berubah 100%. Bila masuk suku terakhir, baru rasa ok semula. Sebab ada aksi bunuh-bunuh. Ni memang feveret aku la. Kemudian berubah lagi bila tiba ke ending. Hmmh 😒
Mungkin otak aku tengah penat, mood pun tengah tak sesuai untuk baca terlalu banyak imaginasi sepanjang tempoh pembacaan. Aku rasa aku jadi keliru dan takde chips pulak dari sebanyak-banyak snek yang aku beli, yg boleh bantu meringankan beban di otak.
Pov bertukar. Tak ape je bagi aku kalau dinyatakan pov siapa. Tp kena meneka sendiri. Apapun, aku rasa subjeknya bagus. Yang lain aku tak boleh bagi pendapat. Buku ni bukan bacaan berat pun. Tapi lepas habis baca, aku penat sampai perlukan tidur 😆
Baca sampai akhir dan saya masih tak faham apa yang sebenarnya berlaku... adakah 'aku' itu Jailani? Saya cari2 jawapan di ruangan komen tapi tak jumpa2... rasanya kena baca balik kot...
Stella tu... mula2 membaca saya ingat perempuan itu hanyalah khayalan semata-mata tapi rupanya orang yang nyata... tapi semakin membaca dan semakin banyak pulak persoalan dan jalan cerita makin confusing... pertama kali saya baca habis sebuah buku dan masih lagi tertanya-tanya apa yang telah berlaku...
P/S: Jarang dpt baca cerita yg ada setting kat Sabah... tiba2 rindu pulak masa cuti kat KK...