My own rate for this book : 3.5/5 overall tp pain level dia 5/5.
Apa yang aku boleh cakap : Buku ni buku yang paling geram aku pernah rasa drpd awal sampai akhir 🙄 Rasa mcm nak tulis panjang lebar pasal buku ni.
Aku tak pastilah review ni akan dikira spoiler ke tak. So, proceed with caution 😆
Aku macam tak boleh nak terima buku ni, because of the characters dalam buku ni, i mean semua karakter dalam buku ni aku geram. Lepas tu, aku rasa macam buku ni bawak 'toxic positivity'. Not sure kalau itu apa yg author cuba nak sampaikan. Tp, i hope semua perempuan kat luar sana boleh buktikan yang kita ni kuat bukan dengan hanya bertahan, tetapi dengan melepaskan. 😤 Bila bnda yg jd pada Sofia tu, takda sorang pun yang betul-betul marah bersama-sama dengan dia. Takda sorang pun yang bagi dia masa dan ruang. Semua org keep going and saying this 'Sofia seorang yang tabah, Sofia kuat, Sofia boleh hadapi semua ni, Sofia mesti boleh terima, Sofia bagilah peluang pada that man (Argh, tak sggup nak tulis pun nama husband dia tu). Hahah, over aku. Ya, aku faham je yg kita kena usaha tuk pertahankan, tp bagi aku bukan macam tu. Sekurg-kurgnya bagilah masa, terlampau cpt bg aku seorg Sofia terima semua perkara. Pergh, baik sangat Sofia ni, atau mgkin aku yg jahat 😆 Kalau aku jadi Sofia, dah tinggal dulu semua, cari dulu ruang dan masa untuk aku fikir balik bebetul apa yang jadi. Tp dalam buku ni buat aku rasa kesian sgt dkt Sofia dan marah dkt semua karakter yg lain. 😖 Dan ending dia 😑 Tp apa-apapun ni just opinion aku je la.
Dah 4 buku drpd RM aku baca, ini yang paling pain setakat ni, sampai skrg aku kalau ingat buku ni nak marah, hahah, tak taulah kalau baca noktah, checkmate mcm mana plak nanti😌 #emptycanvashida