Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tanah Airku Di Bumi Ratu

Rate this book
"Tak dinafikan di Malaysia pun pelajar ada yang akhlaknya mengarut. Tapi rasanya dalam banyak-banyak yang mengarut tu, lebih banyak yang akhlaknya masih boleh dipakai. Dalam banyak-banyak perangai buruk kita, tak salah kita nak rasa bangga dengan sikap-sikap positif yang kita ada, kan?

Marilah ayuhlah bangga jadi pelajar Malaysia – yang penuh kesopanan, kesusilaan dan kecantikan (ahaks!).

(Jangan sampai riak, sudah!)"

Naskhah ini merupakan himpunan 28 catatan pengalaman para perantau tanah air di Negara Ratu, United Kingdom. Ada manis, menakutkan, inspiratif, sedih, dan pelbagai warna, membawa kita mengenali dunia yang dikatakan salah satu peradaban moden terbaik dunia- dari kaca mata rakyat tempatan.

216 pages, Paperback

First published April 29, 2016

2 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (22%)
4 stars
8 (29%)
3 stars
11 (40%)
2 stars
1 (3%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
August 25, 2016
Pakej tidak seimbang.
Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan kehilangan perkataan di sana sini. Namun, terkawal.
Dari segi penulisan, nukilan Diyana al-Ardh serabut dan memeningkan kepala.
Azree Ariffin pula kerap berpindah randah antara penggunaan kata ganti diri 'Aku' dan 'Saya' dalam naratif. Aneh sekali.
Secara peribadi, 'Kalkulator Pink' memberi kesan paling mendalam meskipun coretannya ringkas.
Karya Aishah Madadiy serta NA Ismail berpotensi untuk dikembangkan sebagai stand-alone-book. Kalau ada, saya antara individu yang teringin nak baca.
Kebanyakan nukilan yang lain sekadar kisah biasa-biasa berlatarbelakangkan UK.
Kerenah pemabuk, jiran bising, etc... etc... Tak kurang juga perihal beza cuaca dengan Malaysia.
Entah mengapa, majoriti kisah berpusat sekitar Manchester.
Macam yang saya sebutkan di awal tadi, pakej tidak seimbang.
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 14, 2022
🌷 Q U O T E 🌷


Kadang-kadang kita lupa. Kita manusia kan? Lemah dan senang sangat leka. Kita tak letak penghargaan pada anak-anak ketika mereka layak diraikan. Walau dalam banyak keadaan mereka tak minta apa-apa pun sebagai ganjaran. Cukup sekadar ucapan - "I am so proud of you son." Cukup!

Kita raikanlah anak-anak kita ya? Dan usaha habis baik ada masa anak-anak kita cipta momen sejarah peribadi mereka. Anak kita tu kan? Kalau bukan kita jadi peminat nombor satu dan tukang sorak anak-anak kita, pada siapa lagi mereka nak harapkan?
_Allahyarham Nazali Noor
Profile Image for Hafizuddin.
44 reviews1 follower
January 14, 2017
Penulisan santai yang mengamit memori sebagai seorang pelajar dan perantau di bumi UK. Kompilasi perkongsian pengalaman berharga kepada para pembaca untuk memahami rencah kehidupan pelajar Malaysia di bumi ratu.
Profile Image for Intan Safinaz.
17 reviews1 follower
June 10, 2019
Cerpen semuka kisah pelajar di tanah ratu aka england..best
Profile Image for Hasa.
19 reviews4 followers
June 26, 2016
Banyak cerita-cerita yang sungguh menggamit memori.
Perasaan apabila mula2 sampai ke UK, pengalaman pertama menikmati snow, susah payah mencari rumah, Dissertation submission pada hari raya, berpuasa pada musim panas, berhari raya di perantauan, dan banyak lagi :').

Kebanyakan penulis berlatar belakangkan Manchester. Mungkin lebih banyak warna warni pengalaman hidup di UK dapat diungkap jika latar belakang penulis lebih pelbagai.
Sebahagian cerita tidak berkembang dengan baik. It was like..'eh, dah habis?', 'err..ni sebenarnya nak cerita apa..intro cerita lain, tiba2 masuk cerita lain, tiba2 habis'. Mungkin dari penulis junior, tetapi tidak mengapa, semua orang memulakan dengan langkah pertama. Keep it up!

Sebahagian cerita juga digarap dengan sangat baik, mungkin biasa menulis di blog2. Tulisan dari penulis bestseller En. Nazali Noor pula dapat dikenali terus sebaik sahaja membaca mukadimah tulisan beliau.


Worth to read :)
Profile Image for Aida Rafan.
15 reviews7 followers
November 5, 2016
Pada cover page lagi telah dinyatakan buku ini adalah kompilasi 28 anekdot dari tanah seberang. Seperti yang dikatakan, ianya mengumpulkan cerita-cerita dan pengalaman yang dijadikan tulisan. Pembawaan gaya penceritaan yg pelbagai daripada penulis first timer dan penulis matang memang tidak boleh dibandingkan. tapi tahniah pada first timer writer kerana berjaya menggambarkan pengalaman itu menjadi satu tulisan yg baik. Secara keseluruhan, saya dapat memvisualkan keadaan di sana, cabaran yg dihadapi oleh pelajar-pelajar di bumi england. untuk orang seperti saya yg tidak berpeluang belajar di sana, dapatlah sedikut sebanyak menumpang pengalaman itu.
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
September 29, 2017
Kumpulan cerita pendek tentang kehidupan pelajar Malaysia di UK. Sesuai dibaca untuk yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana tidak semuanya indah dan persediaan mental dan spiritual diperlukan sebagai bekal ke sana kelak.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.