Dalam dunia yang penuh dengan Pseudoscience atau Sains Palsu, kita memerlukan sebuah entiti yang tegas, ganas dan intelek untuk bangun dan menentang mereka yang korup ilmu. Maka terciptalah Pseudoscience Watch - sebuah komuniti yang paling dibenci kapitalis bangsat yang mengambil kesempatan dan para pengamal Sains Palsu.
Kami Doktor Perubatan, kami Jurutera, kami Saintis, kami Ahli Farmasi dan kami tak akan berhenti. Kami akan terus bongkar produk Sains Palsu, kami tetap bongkar mereka yang menipu sebagai Doktor Perubatan, Professor, Pensyarah, Ahli Sains atau apa saja.
Godamlah kami, ugutlah kami, ambillah tindakan undang-undang ke atas kami, Sains akan terus menang.
Pesanan kepada pengamal Sains Palsu - We are Pseudoscience Watch, and we are watching you!
Penulisan yang baik daripada para admin PW. Penerangan secara saintifik dan sarcasm yang direct to the point, tetapi masih boleh difahami oleh masyarakat kebanyakan. Untuk para admin PW, terus berjuang untuk menentang sains palsu dan scammer!
Buku ini hadir tepat pada masanya untuk menjawab gejala sains palsu (pseudoscience) seperti anti vaccine, unassisted home birth, penggunaan ganja sebagai remedi, penunggang agama dan pejuang bahan bahan bebas kimia (organik) kononnya yang sekarang ini kita lihat semakin galak pula penyebarkan kesesatan ini kepada masyarakat. Boleh lah dikatakan buku ini berguna untuk menjawab golongan golongan diatas ini supaya tidak lagi menyebarkan kepalsuan ini kepada masyarakat.
Tahniah Thukul Cetak dan Simptomatik atas penerbitan buku ini.
Buku ini merupakan catatan penting daripada admin page PW di FB. Salah satu sebabnya, page seperti PW ini selalu diancam, dan ada beberapa isu yang terpadam. Jadi, catatan dalam buku ini sebagai sumber kedua yang didokumentasikan dalam bentuk buku bercetak. Kalau satu hari nanti page ini tak wujud lagi, buku ini boleh dijadikan bahan rujukan terhadap apa yang diperjuangkan PW, iaitu menentang sains palsu!
Masalah sains palsu sangat berleluasa dan buku ini patut dibaca oleh masyarakat supaya kita sedar akan bahaya yang dibawa oleh sains palsu atau pseudoscience watch ini. Isu penunggang agama, produk sains palsu MLM, isu vaksin, isu ganja, isu vape, isu homebirth, isu PHD palsu, semuanya didedahkan dalam buku ini.
Ada juga beberapa panduan untuk kita menghindari bahaya sains palsu ini. Sebagai pembaca, memang agak kerap aku mengeluarkan perkataan yang jengkel melihat betapa sakitnya netizen yg terpengaruh dengan sains palsu ini. Aduhai...
Buku yang sangat bagus. Menjawab isu yang hangat sekarang ni di kalangan ibu bapa iaitu cara melahirkan anak, vaksinasi, dan perubatan keluarga dan anak secara umum. Menjawab persoalan dengan sains, bukannya pseudosains.
Dengan gaya bahasa yang mudah, buku ini sesuai untuk masyarakat umum.
A must read for Malaysians. The raising popularity of anti-vaccination and homebirth movements are worrying trends but the publication of this book has brought me hope for changes, especially to Malay community.
penyampaian yang kurang serius, santai dan sinis. namun hanya beberapa penulis sahaja yang meletakkan citation atau further reading links. akan lebih menarik jika buku ini dimulai dengan pendahuluan dan kesimpulan/konklusi, sebab tiba-tiba buku habis dibaca dengan tajuk vape, secara tiba-tiba. macam tergantung pun ada juga. ataupun selitkan glosari supaya mudah pembaca awam merujuk kata-kata teknikal dan jargon dalam bidang yang luas ini.
Nak buat apa pun kena ada ilmu. Tanpa ilmu, mudah untuk kita menjadi pak turut , hanya mengikut dan percaya membuta tuli kata-kata orang. Sesetengah manusia juga suka mengambil kesempatan atas ketakutan dan kesusahan orang lain dengan mengaut keuntungan berlipat ganda menggunakan dalil2 serta meng'bob' kn orang lain. Hm. Manusia. Unpredictable.
Sejujurnya ada beberapa terms yg aku tak faham tapi apa guna google kan.
Buku ini membawa perspektif baru dalam kehidupan masyarakat di Malaysia bukan sahaja dalam bidang perubatan. Science merangkumi semua aspek kehidupan seharian. Manusia tidak dapat tidak mengendahkan kepentingan science.
Science + tanpa ilmu membawa padah. Juga membawa keuntungan yg berlipat kali ganda kepada pengamal. Orang ramai mudah percaya kerana tiada ilmu. PW membongkar perkara2 tersebut. Jangan kata tiada orang memberitahu jika anda tidak mencari.
Mungkin boleh bukukan PW2 memandangkan ada peristiwa2 menarik yang berlaku selepas buku ini dibukukan. Difteria, kisah pesakit gila, phd palsu. Terus membongkar kegiatan mereka!