Apabila mereka terkandas di Marikh, ia membangkitkan satu interaksi penting buat manusia dengan kewujudan sarwajagat. Razali, seorang angkasawan ketika itu, tidak tahu adakah ia satu kecelakaan atau anugerah.
Dua kewujudan berbeza berusaha untuk memahamkan dirinya akan situasi alam semesta mereka.Dan makhluk-makhluk itu, The Things & The Phosphorus, menjelajah zaman silamnya, mengaburi masa depannya dan menghantui nilai-nilai kehidupan manusia melalui otaknya.
D7 Sentul menjadi medan pertembungan fikiran dan falsafah kehidupan yang berbeza nahunya. Selaku manusia, Razali sedar, dia mendepani satu kewujudan yang begitu transendental.
Terlalu transendental, hingga dia meragui kewujudannya sendiri.
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.
His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.
His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.
An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.
3.20* untuk keseluruhan cerita. Tambah 0.5* untuk kaver yang lawa. Jadi 3.70* untuk Selestial. Yeah!
Naskah ini agak unik dengan pembahagian cerita yang cuba diperincikan. Untuk pembaca tahap level rendah seperti aku, jarang terjumpa buku yang menggunakan format sebegini. Jika ini sebagai satu eksperimentasi encik penulis, ianya sudah boleh dianggap berjaya. Tahniah.
Cuma untuk menganggap naskah ini sebagai satu bahan bacaan ringan, itu adalah satu kesilapan yang besar. Kontennya sedikit agak berat yang mana mengemukan perihal-perihal yang berada di luar kotak minda. Apatah lagi genre saifai yang cuba digaul bersama dengan unsur surreal dan misteri menbuatkan cerita ini agak bertambah sedikit rumit. Kadang-kala terfikir apa sebenarnya yang saya baca ini.
Membaca Selestial akan membuatkan kau rasa berada di sebuah situasi dan latar yang menetapkan kau harus murung dan tertekan. Suasananya muram. Tiada cahaya kegembiraan untuk ditemui. Namun, bahasa yang kemas dan tersusun, membantu untuk mempercepatkan bacaan yang dilakukan.
Apa-apa pun, ini hanya pandangan peribadi saya yang amatur. Semoga terus berjaya bang Luke! Yeah.
Ini novel ke-tiga penulis aku baca. Yang pertama, entah tajuk apa terbitan Buku Hitam dulu, dah dicuri orang. Lepas tu novel tajuk Retina, fixi.
Banding dua novel itu, Selestial aku anggap lebih mudah dan menarik. Kaver pun cun. Aku rasa ini kaver cerita saifai yang paling cun di Malaysia yang pernah aku nampak. Tidak terlalu mencoba, tidak juga terlalu lewa. Kudos pembikin kaver.
Untuk ceritanya pulak, ia cerita pasal astronot bernama Razali yang terperangkap di Marikh dan bertemu dengan tuhan eh... alien. Lepas tu Razali kembali ke bumi membawa/berdepan igauan ngeri yang membawa petaka pada umat manusia. Haa! Ambik kau.
Actually, aku kena baca buku ni dua kali. Kisah Selestial ini pada aku bukanlah sebuah bacaan 'ringan' yang boleh aku baca dengan otak yang kusut. Kena time rilek-rilek. Apatah lagi ia dimulakan dengan sebuah pendakian yang mendesak atau tembok yang harus dipecahkan (Enigma 1). Harus banyak bersabar dan bertenang. Bila masuk Enigma seterusnya, bacaan menjadi lebih mudah sampailah ke Solusi yang terakhir - walaupun terisi dengan input-input filosofikal, tauhid yang aku rasa jadi trademark penulis, seperti yang aku katakan, cerita ini lebih mudah daripada dua buku awal penulis yang aku baca.
Persembahan buku ini menarik. Ia menjadi elemen yang paling aku suka dalam buku ni (Solusi 1). Plus bila watak Saiful Azhim muncul, mood pembacaan aku meningkat hingga ke satu tahap, aku rasa cerita Selestial ini harus dipanjangkan lagi.
Pabila aku di pertengahan halaman baru aku terfikir baca Selestial ni serupa macam aku baca buku-buku Epik Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Mursyid. Dua-dua selalu bawa aku masuk ke dunia yang bukan pada tahun sekitar, misalnya Sunan bawa aku ke zaman silam dan Selestial pula bawa aku ke masa depan.
Aku penah baca review dari seseorang yang mengatakan dia rasa lebih bijak 4 kali ganda bila baca buku ni. Tak dinafikan sebab bagi aku imaginasi penulis hebat, kewujudan The Things dan The Phosphorus pun dah buat aku kagum dengan idea beliau dalam menjelmakan kedua makhluk asing ni. Tambahan bila baca bab terasimilasi dengan The Things dan dijajah The Phosphorus ni rasa nak tergelak pun ada sebab boleh imagine sendiri macam mana rupa.
Hasil pembacaan aku selama dua hari ni satu yang dapat aku garab adalah betapa utuhnya kepercayaan watak Razali terhadap Allah, tuhan semesta alam yang mampu melakukan sesuatu lebih daripada apa yang dilakukan oleh The Things. The Things hanya ciptaan Tuhan dan takkan mampu mengatasi kuasa Tuhan !
Agak ringan & mudah faham kalau hendak dibandingkan dengan novel Luke yang lain. Novel ni 'teratur' dan tak banyak 'benda asing' yang datang secara tiba-tiba. Jadi ia mudah dibaca dan faham.
Membaca Selestial membuatkan kepalaku berpilin-pilin, cuba menghadam visi The Things, The Phosphorus (The Martian) dan juga Razali. Razali yang menjadi watak utama dihimpit persoalan ketuhanan dan ketauhidan serta percaya Tuhan itu Satu. Ada lompatan-lompatan situasi tetapi gaya persembahan penulis yang cuba mencampurkan teknik konvensional, diari dan drama memberikan novel ini satu sudut pandang yang sedikit berbeza.
Apapun, novel ini tidak boleh dibaca dengan santai. Hanya satu fragmen di mana penjajahan The Phosphorus ke atas koloni manusia di Marikh menjadikan novel ini adalah sedap dibaca sebuah karya sains fiksyen sebelum selebihnya lebih kepada surreal dan falsafah (bagi aku).
Antara sebab yang buat aku tertarik untuk baca buku ni adalah sebab pertama ini buku Lokman, yang konsepnya memang susah nak faham dan kedua sebab cover yang paling cantik untuk 3 4 tahun kebelakangan ni.
Masa buku ni keluar aku tak minat lagi baca buku Lukman, tapi lepas baca buku Debat Tuhan Manusia untuk kali kedua buat aku nak baca buku dia yang lain, tapi lepas baca riview buku dia yang lain la.
Sebelum baca buku ni memang dah jangka konsep dia susah nak baca. Epilog 1 dah rasa berat, ada perengan yang baca 2 kali. Bila masuk epilog 2 dah rasa macam cerita 2001 A Space Odesey dan bayangkan Lokman tu sendiri sebagai Razali. Epilog 3 baru rasa nak faham.
Solusi 2 sangat membantu untuk faham keseluruhan cerita. Dekat sini la baru tau perbezaan The Things, The Phosphorus semua tu. Dekat sini rasa macam ada sindiran untuk golongan psuedoscience pun ada.
Kelemahan cerita ni bila rasa cerita ni tak ada pencerita. Aku dalam ni boleh jadi sesiapa yang kena mengena dengan setiap perenggan. Kena pandai bezakan watak untuk tak keliru, sebab tu ada perenggan ada yang kena baca 2 kali.
Rating sebenar 3.7
This entire review has been hidden because of spoilers.
Untuk membaca buku sains fiksyen yg sebegini, perlu dihayati dgn lebih mendalam kerana isi dan cerita pasal ilmu astrologi sangat meluas.
Separuh buku ini sahaja yg boleh aku hadam secara directly, yg lagi separuh kena hadam dgn lebih dan sangat lebih mendalam sebab bagi aku terlalu berat ceritanya dan backgroundnya. Sains fiksyen mengenai angkasa lepas maybe bukan citarasa aku tapi effort penulis membuat buku ini memang dihargai.