What do you think?

Aqal Dalam Islam: Satu Tinjauan Epistemologi
Dalam Falsafah Ilmu (atau Epistemologi) Islam, diakui bahawa secara keseluruhannya terdapat tiga sauran utama ilmu. Masing-masing saluran mempunyai kedudukan dan peranannya yang berbeza namun saling lengkap-melengkapi. Sesungguhnya aqal adalah satu daripada tiga saluran tersebut.
120 pages, Paperback
First published January 1, 2016
About the author
Mohd Zaidi Ismail
10 books17 followersKini menjawat Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
May 7, 2016
Buku yang sangat disarankan kerana meletakkan peranan akal dan rasional dalam pandangan alam dan epistemologi Islam yang sudah digariskan dalam tradisi ilmu Islam khususnya Ahli Sunnah Wal Jamaah, sekaligus membuktikan kedudukannya tidak pernah dipinggirkan atau dinafikan seperti yang didakwa sebahagian orientalis atau yang diulangajukkan oleh mereka yang terpengaruh.
January 28, 2023
Sedang mencari medan makna istilah 'mind' untuk satu projek terjemahan, jadi buku ini sangat kena untuk ditelaah bagi mendapatkan makna yang paling tepat.
Namun apa yang diharapkan akan diperoleh malah melebihi jangkaan. Buku ini membahaskan tiga perbahasan: akal-fikiran, aqal dan naqal (dalil agama) dan aqal dan otak (neurosains).
Perfect weekend reading. Not too long, only 87 pages. Can finish in a day.

August 23, 2019
Short light revision of al-Ghazali, Ibn Rushd, Ibn Taimiyyah, al-Attas, al-Qardhawi and Dr. Muhammad ‘Imarah on the relationship between intellect (‘aql) and revelation (naql) with quick cross reference of al-Jurjani, al-Iji, Mortimer Adler and Jonathan Brown.
May 9, 2017
Buku yang wajib dijadikan silibus atau bahan pemula bagi pelajar sains tulen dan juga jurusan agama di peringkat universiti untuk memahami peranan akal, bagaimana akal berfungsi, dan mengenali epistemologi asas yang tidak sesempit epistemologi moden yang hanya berteraskan empirikal, statistik, dan materi semata.
May 10, 2017
Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian: definisi akal dan faham sekitarnya, posisi akal dan naqal serta akal dan neurosains. Khususnya bahagian ketiga ini, bagi aku terlalu lemah. Ia bersifat deskriptif dan preskriptif tetapi kurang argumentatif.
Keseluruhan buku juga bagi aku mempunyai masalah yang sama. Walaupun aku fikir sesuailah hal ini dengan sifatnya yang merupakan suatu 'tinjauan' tetapi terasa tidak puas walaupun kefahaman bertambah beberapa kali lipat.
Kekuatan terbesar buku ini ialah ia cuba merumuskan pandangan-pandangan tokoh silam tentang akal. Justeru kita akan bertemu banyak cuplikan definisi dan konsep daripada kitab-kitab besar.
Buku yang sangat bagus. Hadiah daripada Kakak IKIM.

Read
October 21, 2022Berhajat kepada pembacaan kedua atau tinjauan yang menyeluruh untuk buku Aqal ini pada kemudian hari.
July 3, 2016
Antara buku penting sebagai pengenalan dalam memahami makna aqal dalam Tradisi Pemikiran Islam, dan perbezaannya dalam Tradisi Pemikiran Barat.
Juga, untuk yang selalu keliru dan kurang faham tentang beza antara ilmu dengan maklumat, bab awal sudah menjelaskannya.
Juga, untuk yang selalu keliru dan kurang faham tentang beza antara ilmu dengan maklumat, bab awal sudah menjelaskannya.
April 3, 2019
Buku bagus, dengan pemaparan yang padat dan detail
Displaying 1 - 8 of 8 reviews