Sofeatululaishah a.k.a Pia Pemuk (Sofia Pendek Gemuk). Gadis yang digelar bendul dan jendul ini ialah staf baru di syarikat Menara Rumah Manis. Entah mana silapnya, dia selalu menjadi ‘mangsa’ Chairil Razlan. a.k.a Chairil Cougar, pewaris tunggal Menara Rumah Manis yang sangat anti dengan cara hidup orang perempuan ‘moden’. Buktinya, dia haramkan staf memiliki akaun Facebook, Twitter dan Instagram!
“Isu global dia orang ni tak habis-habis nak buang selulit. Pakai kasut baru beli pun nak tayang. Tak pasal-pasal tunjuk kuku kaki cagu, kulit kaki berkerak daki! Tolonglah... Paling tak tahan, IQ tahap tujuh kerak bumi bila selfie dalam jamban awam! Apa masalah ya??? Macam tu kau nak suruh aku berbini cepat! Boleh pupus baka cerdik aku di muka bumi ni!” – Chairil Razlan
Tapi Pia Pemuk, dia lain dari yang lain. Susah ‘dibeli’. Malah, mana nak cari perempuan yang cekal memandu kereta Fiat lama manual itu? Kereta yang lantainya nampak jalan tar! Sungguh Pia Pemuk sangat tabah orangnya.
Siapa kata kita menangis untuk Tuan Chairil? I won’t cry for you, my mascara is too expensive. Dulu kata I Pendek Gemuk, ni apa kes tiba-tiba nak kata I sweet and juicy?” - Sofeatulaishah
Namun perlahan-lahan dalam diam, ego dan keangkuhan Chairil terjentik dengan ketenangan Pia Pemuk @ Sofeatulaishah menghadapi masalah. Dibuli Effa, perempuan si muka ketat pun Sofeatulaishah masih mampu tersenyum. Hebat. Harus Chairil akui, Pia Pemuk ini istimewanya ibarat dinginnya air di pergunungan. Sejuk dan menenangkan
1.Membaca kisah ini membuatkan saya insaf dan sedar kesihatan ialah "harta" paling berharga sekali. Teringat pula pada kak K yg ditemui di hospital beberapa minggu lepas, yg mengalami sakit hampir sama seperti Cairil Razlan.(pernah lumpuh selama 3 tahun).
2.Kisah yang bermula dengan santai2 dan ketawa-ketiwi je ada beberapa kali juga hati ni jatuh gedebuk dengan CR, mulut kemain tapi dalam hati ermm ada taman.
3. Cuma,bila penulis terlalu mencuba nak masukkan semua benda (benda yg baik-baik semestinya) kisah ini jadi sgt padat dan agak serabut.Mungkin kena cari masa buat sesi ulang baca ,mcm tak puas baca pulak bila dah tutup buku oh ya endingnya kenapa begitu :'(
1st time baca novel nukilan LHN sedangkan penulis dah ada lebih 30 novel... 🙏
Pia Pemuk (Pendek + Gemuk). OMG mulut jahat gila bagi gelaran kat orang macam tu. Pia pula redha je lah bila bos kecik (Chairil) panggil dia macam tu. Dah lali dgn perangai bos yg sekejap ok sekejap garang macam anak harimau. Angin kus kus. Mula2 je Pia diam, lama2 melawan la jugak. Sekali Pia tarbiah terkelu Chairil sampai koch koch ho ta hai.
Chairil si anti media sosial. Menyampah dia kat perempuan yang sikit2 nak update status upload gambar di FB, Insta, Twitter. Tahap menyampah dia bukan spesifik kepada orang tertentu saja tapi semua perempuan dimuka bumi kecuali mak dia. Sehingga lah Pia hadir dalam hidup Chairil, mengubah persepsi dia terhadap perempuan.
Rakan GR dah pesan sediakan tisu. Ok part Chairil sakit tu mmg mengingatkan kita, jgn bongkak masa sihat, masa kaya, masa disayangi, masa berpengaruh. Ingat apa yang kita miliki hanya sementara, nikmati dengan penuh syukur.
Ada bab misteri. Ya kita berkongsi dengan makhluk lain di dunia ni. Tak payah la berkawan, bukan mendatangkan kebaikan kepada keturunan.
saya suka dengan jalan ceritanya, kekuatan watak Pia, maish menjaga batas2 dalam pergaulan, masih tahu apa yang petut n tidak cepat jatuh cinta. Cuma, rasanya tak adela die senyum je kena marah dengan Effa.. 1 kekurang berbanding blurb dibelakang novel.
and, ada beberapa bahagian macam melompat cepat, n dialog/situasi yang tiba2 dimatikan... contoh, ketika effa mengamuk, n kemudian tiba2 watak dia hilang..
namun, masih menarik memandangkan jalan ceritanya n olahan penulis memang memikat.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Sorry, just not my cup of tea. Pada N, terlalu banyak benda dicampurkan dalam cerita ni. But the whole 'saka'/darah Bugis thing agak menarik (dan menyeramkan!).
62 Akhirnya, tidak sia-sia memilih naskhah ini saat mood membaca ke laut dalam. Sungguh, cerita Pia dan Chairil sangat terkesan di jiwa.
Lily Haslina kembali mencipta aura dalam naskhah ini setelah Cinta Hilang Kita. Antara sebab mengapa naskhah ini sangat saya minati, kerana lenggok bahasanya sunggu indah. Selain itu, kisah ini benar-benar berjaya memaparkan ketabahan dalam rumah tangga. Jujur... Sebak hati ini saat tiba pada babak-babak akhir. Tabahnya Pia menjaga Chairil yang terlantar. Kuatnya Chairil mendepani dugaan Tuhan walau sesekali amarah meraja diri.
Dan... Saya cukup suka bagaimana Lily Haslina melakarkan watak sampingan dalam naskhah ini. Eratnya persahabatan Firdaus, ukhwahnya hubungan antara Pia dengan rakan sekerja, harmoninya Tuan Ramli dan Puan Ramnah dan jijiknya sikap Effa dan Shaza semua dikarang dengan baik.
Tahniah buat Lily Haslina Nasir! #kisahCRPiaBEST #PadanMukaEffaShaza
Ni ialah buku pertama penulis yang kubaca. Yang ku boleh katakan ialah penulis sangat pandai menggunakan perkataan dan bahasa yang cantik. Bahasa berpuitis gitu, dengan metafora alamnya. Cantik dan lembut bahasanya. .
Untuk permulaan cerita, ku suka. Pia ni baru masuk kerja. Bos kecil kat situ ialah Chairil atau juga dipanggil CR. Ku suka part awal ni sebab situasi bos marah pekerja baru tu sangat real. Dengan Chairil yang barannya, sarkastiknya, memang teruk si Pia ni kena bambu. Ku pun boleh rasa takutnya nak pergi kerja tu. .
Tapi bila dah masuk part pertengahan, ku rasa cerita makin slow. CR ngan Pia ni suka sama suka, tapi tak pernah confess. Tapi entahlah, macam main tarik tali pon ada. Dahlah novel ni ada 747 m/s, so, terasa macam makin tebal. .
Tapi...bila dah masuk part Chairil sakit, momentum pon dah naik. Part kesetiaan Pia diuji. Part kesabaran Chairil diduga. Memang berair mata la. Tapi bila je bahagia sikit (Chairil dah sembuh), tup tup dah tamat. Ala... Ku tak puas baca part bahagia dorang. Ku rasa kalau part pertengahan tu dipendekkan dan part bahagia dorang dipanjangkan sikit lagi, it would be nicer. .
Tipu lah kalau penulis tak selitkan ilmu dalam ni. Part Chairil yang sarkastik tu, dia duk bising pasal perempuan sekarang yang duk giler media sosial, selfie. Semua benda nak diceritakan kat Twitter, IG, FB. Pastu bila gaduh, habis duk canang cerita dalam kain. Memang betul pun apa yang CR duk bising ni. .
Bacalah buku ni kalau sukakan penulisan yang puitis dan indah bahasanya. .
P/s: memang lepas ni, ku kena baca Pulang. Ku yakin, dalam Pulang mesti lebih indah bahasanya. Tengok movie 2 kali pun, ku still nangis 😭
Sebuah kisah yang mengusik hati hingga ke lohong yang paling dalam. Sejujurnya, saya menitiskan air mata banyak kali.
Sofeatulaishah; jika wujud wanita secekal dan sesetia ini di alam nyata, dia layak ditabik selayaknya seorang panglima angkatan tentera.
Dalam IAJS, saya melihat air mata seorang perempuan bukan simbol kelemahan, tetapi kelebihan anugerah Tuhan yang terbukti secara saintifik kebaikannya ke atas fizikal, mental, dan emosi. Dan dalam kisah ini, air matalah yang membolehkan Sofeatulaishah terus mengumpul kekuatan menghadapi takdir diri.
Kebolehan penulis tidak perlu dipertikai. Terima kasih kerana melakarkan sebuah kisah percintaan yang indah ini. Tahniah juga buat penerbit.
nak tanyalah sikit, apa ya beza karya sastera dan karya kreatif? ada yang bagitau akak, penerbit sekarang tak berapa menitikberatkan karya sastera. mungkinlah sebab bila bahasa sastera ni lebih puitis, lebih banyak terma sastera yang mungkin kurang difahami. apa kaitan dengan novel ini?.. haa.. jom selongkar..
chairil seorang bos yang sangat kepala angin. laju jer nak membentak, nak marah. mangsa terbaru ialah sofeatulaishah atau digelarnya pia pemuk. pia dapat kerja atas bantuan sahabat baik ayahnya haji imran. pia yang kali kedua bertemu tuan ramli terasa amat segan kerana tak sangka sahabat baik ayahnya berjawatan orangnya lebih tepat lagi pemilik syarikat tempat dia di rekomenkan untul bekerja. chairil pula, kelihatan amat membenci sikap perempuan mula membuli pia. setiap bait kata yang keluar dari mulut chairil amat bisa dan boleh masuk kategori menghina. pia menahan hati menjeruk rasa dan tambah bila dia mahu letak jawatan juga mendapat bantahan. sedikit demi sedikit dia membina tembok kesabaran..
apa yang sasteranya? haa.... pada yang dah biasa baca karya puan penulis Lily Haslina Nasir akan tahu apa maksud akak. pada yang tak pernah, akak amat syorkan buku ini untuk dibaca supaya anda sama rasa keindahan karya mahu dari segi bentuk dan pembinaan ayat dan juga segala rasa dan emosi yang membentuk dalam diri sepanjang pembacaan karya ini. nak kata korang jumpa ayat yang berat bahasa sastera tu takdelah tapi yang ini kalah lori gula terbalik tau. keindahan yang ada bak korang tengok satu pemandangan langit yang indah di taman yang punya kelopak bunga berwarna warni bersama terbangnya kupu-kupu yang cantik dan burung yang berbunyi riang. indah sangat susunan dan bait kata yang ada...
keindahan itu tak sama dengan perjalanan kisah. itu yang pasti. si caugar dicabar dalam jalan cerita hidupnya. tatkala dia merancang mahu berkahwin dengan pia, chairil di duga dengan hebat. dia tidak boleh menggerakkan badannya. dan ketika dia mahu membatalkan perancangan berkahwin dengan pia, kejutan dialaminya. pia mahu bernikah dengannya dengan kadar yang segera. niat hatinya mahu menjaga chairil sebenarnya. selama mana pia mampu bertahan? tambah pula manusia seperti effa dan shaza yang busuk hati sentiasa ada?
teguran amat sinis dilempar pada pembaca pun ada tau. haa... buat siapa yang memang gilakan gajet dan aplikasi internet zaman moden ni seperti facebook, insta, twitter dan segala tok nek yang ada, banyak peringatan untuk kita semua.. akak pun amatlah terasa.. huhu... terima kasih puan penulis untuk peringatan itu. sebagai ketua tak kisah di tempat kerja mahupun ketua dalam keluarga, sabar dan sikap dedikasi amat perlu. janganlah semberono percaya pada fitnah percaya pada cakap-cakap kosong dan terus mahu jatuh hukum. dalam keluarga juga, tak perlulah nak burukkan antara satu sama lain. yang indah dikenang, yang buruk diletak menjadi pagar pun dah cukup. tak perlu nak diungkit dan disebut. kasih sayang suami isteri pula bukan sekadar pada kata-kata tapi juga pada perbuatan. kalau kata yang baik untuk yang baik saja seharusnya anda perhalusi maksud kata-kata itu. perkahwinan melengkapkan pasangan sebetulnya. tiada yang indah dalam perkahwinan bilamana segala dugaan dan cabaran dihadapi bersama dan lompong yang ada bukan harus makin dalam tapi makin kambus.. tahniah buat puan penulis untuk hasil karya yang amat bermakna. sikit kurang bila ada bahagian yang mungkin tak berapa banyak dikembangkan kisahnya tapi kekurangan itu ditutup dengan amat baik dengan bahagian cerita yang lain...
Mengenali lily haslina nasir di harian metro dgn karyanya izinkan aku menjadi sayapmu. Sejak hari tu tak pernah miss beli harian metro tiap selasa. Memeluk novel pnh izinkan aku jadi sayapmu satu kepuasan. Puas pesanbkat kwn bila karya seni buka booth di perlis. Suka dgn chairil razlan a.k.a chairil cougar yg membuli sofeatul aisyah a.k.a pia pemuk. Chairil razlam membuli sofea tetapi sofea tetap sabar. Bila bahagia ingin mendekati chairil ditimpa sakit. Kesabaran sofea diuji sekali lagi. Watak antsgonis cukup buat saya nak ketuk kpala effa dan shaza. Bahasa kak lily bahasa yg sungguh puitis. Tak menyesal beli.
Tertarik untuk dibeli dan dibaca kerana cover hitamnya dan sinopsis.
Sesudah habis baca, rasa macam nak baling je buku. Sebabnya:-
1. Nama yang indah, Sofeatulaishah tetapi dipanggil Pia Pemuk. I just don't get it. Di bahagian mana menghina nama seseorang boleh membina karakter seseorang itu agar menjadi lebih kuat? Nama panggilan dan menghina adalah dua benda yang berbeza. CR yang start panggil nama panggilan tu tapi cakap kat ayah dia, mmg tu nama panggilan Pia di office. Sorry, for me, nama jangan dibuat main. Memanggil nama adalah seperti mendoakan seseorang. That's why nickname tu yuni jadikan sebab utama kenapa yuni tak suka novel ini.
2. Yes, sekarang ni memang susah nak dapat kerja. Tetapi perlu ke sampai kena hina macam tu, masih tahan kerja di situ? Parents Pia lebih mementingkan pandangan kawan baik dari perasaan anaknya. Nasib baik tak kena trauma. Karang tak pasal2 buat live kat FB buat sesi luahan perasaan atas bangunan ke atas jambatan ke.
3. CR melarang pekerja perempuan di office untuk ada akaun twitter, FB ke IG ke....LOL...Cakap tak serupa bikin. Dia tahu tweet makcik nya dari pekerja lelaki kan? Oh...yang pekerja lelaki boleh plak. Buat 'kerja2' tu masa office hour tau. Yang tu apa kes?
4. Sebenarnya company CR ni tentang apa yek? Tiap2 minggu lesap pergi mancing. Diangkutnya sekali second man dia. Habis tu? Macam mana operasi company tu?
5. Well, Yunilah salah seorang akan kata "padan muka dengan kau, CR". Selepas apa yang dia lakukan dulu2, mungkin ini adalah balasan dari Allah.
6. Ending yang lemah. Membuatkan Yuni terfikir kenapalah Yuni terbeli juga buku ini?
Pertama kali membaca tulisan Lily Haslina Nasir, terasa diriku dipeluk oleh rasa kepuasan hati.. :)
Bahasa yang lembut, sangat membelai jiwa. Pembacaan lancar daripada muka surat pertama hingga ke pengakhiran. Walaupun kisahnya padat dengan isu saka, penyakit tulang belakang dan lumpuh, perangai rakan sekerja yang asyik meroyan; namun bahasanya sangat puitis. Cuma bahasa si CR tu agak lancang bila melibatkan perempuan. Adeh!!
Sejak dlm metro dah follow citer ni. Rekomen sgt kalo nak cari citer yg lain sikit. Kalo dah jemu citer kawen paksa, ni something different. 10 bintang utk novelis Lily Haslina.
Hasil tangan Lily Haslina memang tidak mengecewakan. Nak tahu kenapa? Baca dulu... *saja je kan? tak ada masa nak tulis review sebenarnya....* Apa-apa pun, cerita dia memang lain-lain dari yang lain.
Bercerita tentang Hero, Chairil Razlan aka Chairil cougar (cougarlah sangat) yang mulut jahat, nakal, GILA MEMANCING (Wah ini kelakar sangat). Pertemuan kali pertama dengan Pia di tempat parking kereta. Mulut sempat melazer, tapi hati baik juga. Pia ni diintroducekan oleh bapa CR masuk kedalam company. CR ni nakal sangat, selalu kacau pia. Dan yg paling jahat, dia panggil Pia, PIA Pemuk (gemuk pendek).. aduh jahat sangat mulut tu. Tapi walau mcm brutal, hati tetap ada taman. Mengorat kasar mcm tu, igt pia nak? Tapi, hati pia juga berdetik bila dah selalu kena sakat. Walau boss mcm hantu dan jahat, dia tetap tolong pia saat pia kesusahan.
Kasih sayang teruji bila saat CR lumpuh sementara takala kudratnya ditarik Tuhan. Saat ni, Cr tak mahu mengikat Pia kerana tidak adil utk pia menerima bakal suami sepertinya. Heroin, si sofeatulaisah aka PIA yang tabah, tidak menitis air mata takala soulmatenya diuji Allah. Ujian diterima dengan tabah dan tidak mengalah. Saat Cr mahu memutuskan pertunangan, Pia dengan berani melamar CR. Nekad utk berkahwin dgn CR dan menjaga CR.
Ego lelaki memang tinggi kan. Tapi selama mana dia mcm tu. bersyukur dia ditemukan dengan Pia. Pia tetap di samping disaat dia kehilangan kudrat dan terlantar.
Naskah ini memberi pelbagai rasa. dipermulaan mmg asyik nak gelak sahaja. Melampau sangat CR ni membuli Pia. Suruh buat air tiap pagilah, dera pia buat umpun2 memancing dialah, bwk pia g memancing lah.. siap ada jadual air pasang lagi.. adoii.. memang lawak. Pia ni lak mcm lurus bendul sket.. memang lawak. uolss shld try this 4.5* from me
lega rasanya dapat menghabiskan naskah lily haslina nasir...sgt mendalam setiap bait2, puitis sungguh membuai jiwa..bahasa yg sgt indah.banyak pengajaran dan betapa bersyukurnya kita diberi nikmat kesihatan yg x mampu dibeli..naskah ini sangat menyentuh jiwa.kesabaran si isteri melayan si suami yang sakit diuji. akan lebih ummph jika:
1. babak awal dipendekkan chairil yg sk membuli pia...namun waktu memikat dan sikap chairil yg jelous n baran i like...hihihi 2. pia lebih kuat & lebih melawan effa..aku x suka pia dibuli effa..nmpk lemah sgt si pia(tp ku suka pia dibuli si cougar) 3. pia sepatutnya lebih bijak...stress asik kena fitnah n dibuli effa n shaza..sangat best pia berkeras untuk melamar si cougar...bagus i like pia versi keras kepala 4. agak keliru kenapa pia memakai kereta yg dikatakan seperti besi buruk. adakah family pia susah tapi rasanya takdelah sush sangat..atau fiat putih mempunyai sentimental value buat pia?atau pia zuhud? 5.lebih indah jika pia meminjamkan semangat buat si suami tatkala suami terbaring sakit.mungkin pia boleh peluk si suami tika ni..romantik sikit..hihihu 6. tengah sedap melayan jiwa, si cougar mampu berjalan semula bahagia baru sekejap, tetiba muncul perkataan tamat..huhuhu sgt menyeksa jiwa yg kurang puas dear..baru nk mengecap bahagia tetiba dh abis...jika lebih huraian akn lebih ummph mengubat duka di hati setelh si dia hebat diuji oleh Allah s.w.t.. 7. ingatkn penulis ingin membangkitkan si cougar pewaris saka si datuk bermata rimau namun meleset sekali.... 8.penuh pengajaran...mmg best..cuma naskah ini agak berat..bersedialah utk merenung demi sepasang sayap
#best..kipidap dear..i like si cougar anti sosial...hahah..4.2*
Terima kasih banyak Cik Puan Penulis. Karya anda sangat jujur dan terbaik. Saya berjaya larut dalam emosi watak hero dan heroin dalam Izinkan Aku Jadi Sayapmu. Penggunaan bahasa juga nampak sangat indah. Dan saya tak sabar untuk menantikan karya anda yang seterusnya. Lima bintang untuk naskhah ini. Untuk penulis, teruskan menulis. Saya kini antara peminat karya anda!
Sofeatulaishah yang dipelawa untuk bekerja dengan Tuan Ramli dituduh masuk syarikat melalui pintu belakang oleh Effa si mulut puaka. Bila sudah mula bekerja pula dapat bos kecil, Chairil yang ciraka (cilaka dari neraka 😤😅😩). Ada saja benda yang dia tak puas hati dengan Sofea dan sesuka hati beri nama panggilan Pia Pemuk (Sofia Pendek Gemuk) pada Sofea. Disakat, dibuli, dimalukan Pia di hadapan pekerja lain.
Masa mula-mula "jumpa" watak Chairil ni, aku macam sheesh who hurt you bro? 😂 Rupanya memang hatinya tersakiti dek ditinggalkan oleh kekasih lama. Yang dulunya semasa diorang bercinta, kekasih lamanya itu sedang sibuk dengan bisnes + media sosial. Lepas tu Chairil menutup rapat hatinya untuk perempuan - konon mereka menyusahkan, tak layak dibuat bini, lagi-lagi jenis yang suka update semua benda di media sosial. Percaya atau tidak, semua pekerja wanita syarikat diharamkan ada akaun media sosial sebab tu lah, tak mau teringatkan bekas kekasihnya. 😒🙄
Rupanya perbuatan si Chairil yang konon marah si Pia tu saja untuk menidakkan perasaan terhadap Pia. 😏 Dasar! Selepas saja keluarga Chairil merisik Pia, hubungan mereka diuji. Chairil tiba-tiba jatuh sakit - ini ada melibatkan sedikit elemen mistik (dia macam ada kena mengena dengan keturunan keluarga tapi Chairil masih menerima rawatan moden).
Novel ni juga sarat dengan pelbagai peringatan - yang kita dah tahu tapi kadang kita terlupa. Banyak ayat-ayat yang (bagi aku) menusuk jiwa. 😬 Jadi bila baca tu terasa kaw-kaw lah! (Mungkin aku baca pada waktu yang salah 😌) Tapi untuk ending, aku rasa macam rushing. Tak cukup, cepat sangat tamat. 🙃
Ini karya pertama saya baca from akak lily haslina nasir after read her book collab with ain maisarah. Pada mulanya, saya ingatkan buku ini cringe sebab izinkan aku jadi sayapmu gitu tapi rupanya bila dah habis baca, baru saya faham kenapa.
Jujur saya katakan, perangai chairil yang bencikan perempuan buat saya benci dekat dia sebab over sangat marahnya tapi lepas kita faham sebab dia, kita pun setuju ler kekekeke. tapi ada betul dia kata, zaman sekarang ramai perempuan macam itu sayangnya 🙏🏻.
Sofea? Saya suka dia. Saya rasa character female macam dia is good one! Tak over sangat sedih or marah cuma tahap kesabaran dia uji saya sikit sebab kalau saya jadi dia, dah lama si effa itu 😭
Tengah buku itu saya boring sikit sebab si chairil macam tarik tali tapi bila dia 'berubah' ha saya suka! Nampak character development dua-dua especially Sofea.
Ending dia? Well.. Ending yang kita nak tapi macam tergesa sikit... tapi overall okay je.
Buku ini mengajar kita erti kesabaran dan tanam sifat cinta terhadap Allah terlebih dahulu sebelum nak sayangkan hambaNya and jangan nak manusia tamakkan likes sampai sanggup sebar aib dalam internet.
Okaylah, saya looking forward nak baca karya seterusnya dari kak Lily.. my fav author 💕
Chairil Razlan atau Cougar, salah seorang ketua di Menara Rumah Manis mempunyai sikap yang baran. Dia benci dengan wanita yang suka membazir waktu dengan media sosial. Minatnya adalah memancing dengan teman baiknya, Firdaus. Suatu hari dia ketemu dengan Sofeatulaishah. Dia beri Sofea gelaran Pia Pemuk iaitu Pia Pendek Gemuk. Setiap hari perasaan Pia didera. Tapi setiap hari dia rasa ingin selalu berada dekat dengan Pia. Perasaannya cepat membara bila Pia rapat dengan lelaki lain. Pada ketika dia yakin akan perasaannya kepada Pia, musibah menimpa. Apa yang sebenarnya terjadi? Adakah jodoh untuk dia dengan Pia, gadis yang selalu dibulinya? Apakah dugaan yang perlu dia lalui? Mampukah dia melaluinya? Ada bahagia kah untuk dia? Banyak pengajaran terutama tentang hubungan dengan Tuhan bersangkut paut dengan hubungan dengan manusia, adab di media sosial, jangan berputus asa, sangka baik dengan Tuhan dll... well done
Novel yang tebal ini lelah saya nak habiskan. Lambat saya baca hingga tersekat-sekat pembacaan dengan plot dan watak yang bercampur aduk. Watak utama ialah Sofeatulaishah atau Pia yang bekerja di syarikat Tuan Ramli, kawan baik Haji Imran, abah Pia. Bos Pia pula ialah Chairil Razlan yang tahu nak perintah Pia saja tanpa sebarang bantahan. Saya suka dengan watak Firdaus, sahabat baik Chairil. Apabila Chairil jatuh sakit, saya dapat rasa kesakitan dan keperitannya. Watak antagonis Effa dan Shaza sangat menjengkelkan namun kisah mereka kena tangkap polis pula tergantung sepi. Keseluruhan jalan cerita yang agak unik bila diselitkan dengan mistik. Ada sesetengah bahagian meleret-leret dan berulang-ulang agak membosankan. Monologue pun banyak dari dialogue dan tidak nampak genre romance dalam naskhah ini. Saya tak puas hati ending story yang too abrupt. Ada baiknya dipanjangkan kebahagiaan Chairil dan Pia bukan berhenti bab di katil hospital.
Lenggok bahasa masih gemalai saya suka dan banyaknya kejadian berlaku menduga tali silaturrahim dan kasih seorang gadis bernama Pia terhadap CR selepas jejaka itu mendedahkan rasa hatinya, memang kuat watak mereka berdua. Awalnya terutama episod CR pertama kali berjumpa Pia di parking sangat lucu. Tapi kan, keceloparan mulut CR memang saya tak boleh adapt, laser terlalu huhu. Entah macam mana tak boleh nak bayang dia jejaka macho, terbayang yang lembut pulak. Part dia dan emaknya beberapa kali mengungkit apa yang pernah dilakukan terhadap Harris Syaza dan mengata laku buruk pasangan itu pun saya tak berapa boleh masuk. Ending dia, abrupt kot.
Penulis Lily Hasrina memang banyak menerapkan unsur unsur islamik dalam setiap buah buku yang beliau hasilkan. Cuma bagi saya naskah ini tidak memberi kick yang begitu kuat. Cuma saya sangat kagum dengan gaya penulisan beliau. Sangat senang dibaca. Tiada berbelit macam ular sawa. Lagi satu, buku ini banyak manfaat dari segi ilmu. Penggunaan bahasa pun sangat bagus! Keep it up Author! Conclusion adalah tak rugi baca buku ni.
Utk ulat buku tegar yg zmn sekolah tahun 80-an, confirm kenal nama Lily Haslina Nasir. Amazing, novelis yg aku follow sejak sekolah ni terus hebat berkarya. Zmn kt magzine pun I follow. Tulisan dia, even di fb atau blog pun memang best. Ada isi. Novel baru dia tak selalu ada kt pasaran, tapi yang siket tu kualiti. Cara menulis matang, bhs indah, kemas, jalinan crite superb. Double tumbs up Lily Haslina. Sgt rekomen bgi yg ulat buku. Sesaper yg minat menulis, nk carik novel yg bagus, try ni. Bnyk boleh belajar dari karya Lily Haslina yg evergreen menulis dan bnyk menang award.
Superb! Kalau dah jemu dengan cerita yang klise kat luar tu boleh try baca yang ni. Kenapa? Haaa.. kenalah baca. Cinta Pia Pemuk dan Chairil Cougar yang unik. Si lelaki yang luar batu tapi hati ada madu. Si gadis yang selalu rasa serba salah. Sebab 2 sikap ni, cerita ni jadi menarik. Mana nak dapat perempuan yang drive kereta manual dan lantai berlubang nampak tar . Mana nak dapat cerita pewaris saka keturunan yang diadun santai. Mana nak dapat cerita yang ending.. Eh, awat lagu ni? Semuanya ada dalam ni. Kak Lily, tahniah noh. Terbaik!
Kak Lily Haslina & Penulisan2u...Novel yg patut semua org miliki...Sgt2 marvelous..penuh beremosi...Penuh rasa kecintaan pd Sang pencipta ..Allah yg 1...Kak lily pandai bmain dgn jiwa dalaman hingga sampai ketulang hitam bila membaca ..sgt2 menitiberatkan persahabatan..watak Sofeatulaishah yg kental dgn sifat tabah..Chairil yg bsifat pembuli n cepat bputus asa...namum semua nya kerana Sofeatulaishah yg bnk mengajar erti kehidupan...Tahniah..jutaan tahniah..!!!!! #wajibeli #marvelous #jiwakental
One of the best karya Lily Haslina. Old timer menulis, full of passion and courage This is novel popular Melayu but still ada touch sastera. Bhs awesome, plot kemas. Worth reading.