Lelaki itu merupakan orang terakhir yang ingin dia jumpa sebaik sahaja pulang ke Malaysia tetapi kenapa lelaki itu yang ditemuinya pada hari pertama dia di sini? Adakah itu satu suratan ataupun kebetulan?
Pertemuan dengan bekas suaminya itu membuatkan dia terkenang kembali tragedi yang berlaku enam tahun lepas. Tragedi yang telah merubah kehidupannya 360 darjah.
“Aku benci kau, pembunuh!”– Dhira
Tempikan, herdikan dan kata-kata hinaan pada enam tahun lepas masih tersemat rapi di kotak fikiran Zafran, masih menghantui dirinya. Sementara Dhira pula dihimpit rasa bersalah kerana kata-katanya itu, menyesali kerterlanjuran bicaranya.
Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan yang pada mulanya janggal bertukar mesra. Gelak tawa dan senda gurau menghiasi hari mereka.
“Awak nak kahwin dengan saya semula tak?” – Dhira
“Maaf. Saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya tak nak ulang kesilapan saya.” – Zafran
Itu jawapan Zafran tetapi tiba-tiba dia menghantar rombongan meminang.
“Sebelum kita bernikah, awak boleh tarik diri. Tapi lepas kita bernikah, saya tak akan lepaskan awak lagi.” – Zafran
Mana mungkin Dhira tarik diri sedangkan dia ingin memiliki Zafran. Namun, rumah tangga mereka tidak seperti orang lain. Zafran seolah-olah membina tembok antara mereka. Dhira tahu kenapa tembok itu wujud dan dia nekad untuk runtuhkan tembok itu dengan 1 Pengakuan 9 Luahannya.
Ikuti Dhira dalam misi menambat hati si suami yang masih ditenggelami dengan kenangan lalu. Berjayakah Dhira menamatkan 1 Pengakuan 9 Luahannya? Atau masih ada luahan yang tidak terungkap?
Bayangkan anda makan sesuatu yang cukup2 segala masin, manis, pedasnya. Untuk suapan pertama ok lagi. Tapi kalau sampai ke akhir, macam itu juga, tak ke bosan? Nak buang membazir. So hadap ajelah.
Dari awal hingga ke akhir, yuni tertanya2 siapa watak jahat dalam cerita ini? Ingatkan heroin...then baik lah pula. Yang hero memang yuni naikkan white flag awal2. Ada juga wujud lelaki baik macam ini kan? Ken pun bukan. Jannah, hmm...0.00001% je kot. Kakak si Zafran pun, jahat2 kucing je. Adoi...kenapa macam begitu? Buku ni tebal kot. Bukan 200pg je.
Memang penulis ada kata nak ketengahkan cerita orang selepas bercerai. Tapi bila dibiarkan pembaca terkapai2 di permulaan, apa fungsinya? Cerita lah sikit tentang Anas - Dhira - Zafran. Ini alahai...rasanya kurang dari 5 pages kot. Seriously? Macam tak padan si Dhira tu buat macam2 kat Zafran masa awal kahwin.
Tak faham yuni dengan si Haris. Kata adik kesayangan tapi boleh macam tu yek? Kecewa yes. Tapi bila orang yang terkena secara langsung yakni Zafran pun boleh maafkan, kenapa dia nak lanjutkan? Then persoalkan kenapa yang lain boleh maafkan Dhira.
Yuni syak Red adalah Wafi. Dan Yuni rasa Wafi nanti either dengan Fei Fei or Jannah. Hahaha...Apa yuni kisah even Fei Fei dah bertunang. Mummy dia meninggal, Redza takde datang pun. Tunang apa tu?
Maybe it just me tapi Yuni agak meluat baca part Dhira - Fei Fei -Ken.
So bila nak keluarkan novel tentang Red, puan penulis?
Cerita penuh roller coaster. Ada masa tenang, ada masa mendebarkan hati, ada masa sedar-sedar sahaja 😢 Nasib baik tak ada stress. 😚
Cuma permulaan cerita slow sedikit, tapi bila dah dpt rentak pembacaan rasa tak boleh lepas buku ini, dalam sibuk dengan kerja pun rasa nak baca juga 😄😄
#2 Tamat membaca naskhah setebal 800+ halaman ini. Tapi... tidak tahu mengapa perjalanan cerita ini agak mendatar.
Kalau diikutkan naskhah ini sebenarnya tidaklah tebal mana jika penulis tidak mengembangkan kisah keluarga Fei Fei. Bagi saya penulis sewajarnya lebih memberi warna pada kisah Zafran dan Dhira. Sebab hubungan cinta itu tidak terkesan...
Dan, yang lebih menyakitkan hati Dhira boleh menganggap suami kemalangan sebagai suatu bahan lawak dari suami? Duh...
Kesimpulannya, cerita 1P9L ini tidak terlalu berat dan boleh dibaca untuk mengisi masa lapang. Tahniah buat penulis.
Permulaan cerita menarik minat untuk meneruskan pembacaan tetapi bila dah masuk kisah dhira si heroin ni dengan keluarga angkatnya dari singapore kebosanan melanda. Rasanya terlalu banyak perbualan antara dhira dengan ken dan fei fei sehingga saya tak jadi bagi 5*
Cover menarik dengan tajuk yang membuatkan saya nak tahu apa yang dikatakan dengan '1 Pengakuan 9 Luahan'.
Kalau ikutkan, luahan oleh Dhira pada Zafran start daripada m/s 568 dan berakhir pada m/s 823 untuk luahan ke-9. Lambatnya...
Saya tak sukakan watak Haris yang tak maafkan Dhira sedangkan Dhira tu adik kandung dia tapi Zafran tu, kawan baik dia. Seolah macam lebihkan kawan baik daripada darah daging sendiri. Saya geli dengan panggilan 'girlfriend/boyfriend' antara Dhira-Fei Fei-Ken. Mungkin itulah yang jadi perkaitan antara cerita dalam novel ni.
M/s 632, suka dengan part ni yang mana Zafran tetiba wujudkan akaun IG untuk follow Dhira.
Saya sukakan watak Red dengan Wafi. Walaupun dalam 1P9L ni, diorang cuma watak tambahan. Harap sangat 2 watak ni dikembangkan untuk novel yang seterusnya. Curious sama ada diorang berdua ni ada kaitan ataupun tak.
P/s: Baru tahu, Lexis Hibiscus kat Port Dickson ni macam mana rupanya. :)
Rasanya macam tidak adil untuk saya membandingkan antara Teman Lelaki Upahan dan Layakkah Aku? bersama-sama novel 1 Pengakuan 9 Luahan ini... Oleh demikian, saya hanya ingin menyentuh tentang beberapa perkara sahaja iaitu;
1. penulis ada kalanya cuba sedaya upaya untuk memperlihatkan keakraban antara Dhira dan Fei Fei namun kadangkala kelihatan macam ada sedikit syok sendiri. Harap novel seterusnya tak ada rasa macam ni buat saya kerana anda adalah penulis kegemaran saya. Tapi kalau terbabas sikit tu tak apa. Dimaafkan.
2. Saya kagum penulis berjaya membawa saya masuk ke dalam emosi Dhira. Untuk karakter Dhira ni, saya rasa mainan emosi untuk karakter ini ada naik dan turun.
3. Untuk Lelaki bernama Zafran... Ada ke lagi lelaki macam Zafran kat atas muka bumi ni? Hmmm... Mungkin ada. Betul tak, penulis?
4. Nah, empat bintang saya bagi untuk anda! Teruskan menulis. Jangan berhenti. Anda harus terus menggilap bakat menulis yang anda ada.
Permulaan yang menarik sampai tak nak stop sebab nak tau seterusnya. Cuma hampir ke penghujung macam dah mendatar sikit ceritanya. Tapi rasa sebak berjurai tu tetap ada. Hahaha ok saye memang cepat emo bila sentuh pasal family. Same with TLU & LA. Nangis. Keep up a good writing. :)
cerita yang menarik cuma macam ada kurang sesuatu. overall, memang suka jugak la dgn cara penulis mengolah cerita. menarik.
cerita ni lebih kepada kepercayaan. cuma in reality susah kot nk jumpa org mcm Zafran, sanggop memaafkan dan terima semula org yg pernah melukakan dan meruntuhkan ego dia dgn hebatnya!
Secara peribadi, aku merasakan Azura Rasiddin antara penulis yang mahir dalam menulis cerita yang bersifat melankolik. 1 Pengakuan 9 Luahan ini aku kategorikan sebagai melo-romance, novel yang diterbitkan pada tahun 2016. Sejujurnya, aku tidak ada expectation apa pun ketika membaca tentang Zafran Ali dan Dhira. Aku cuma mahu membaca untuk melengkapkan apa yang aku dah baca, waktu aku rehat sekejap dari buat thesis pada hujung 2019.
Sedikit kelainan dalam cerita ini yang boleh aku kongsikan ialah bagaimana penulis memaparkan kisah Zafran Ali dan Dhira dipertemukan semula setelah beberapa tahun melepasi episod perceraian. Ada beberapa insiden yang dijelaskan melalui teknik imbas kembali yang mudah untuk difahami pembaca, untuk faham kenapa perceraian tersebut boleh berlaku dan disebabkan ini, aku faham kenapa ceritanya tidak terlalu rancak, tetapi kalau flashback ini menjadi garapan diawal-awal cerita, aku rasa, ia lebih menyentuh dan memberi kesan kepada keseluruhan pengalaman dan perasaan pembaca.
Penulis mengimbangi antara konflik yang melibatkan keinginan diri dan keterikatan kekeluargaan, menjadikan cerita ini lebih dekat dengan aku. Memahami gejolak hati Zafran Ali yang sentiasa merasa dirinya yang perlu memperbetulkan keadaan walaupun bukan 100% silapnya. Memahami keinginan Dhira untuk kembali kepada keluarganya setelah beberapa tahun, nekad berpergian mengejar cita-cita walaupun bukan itu pilihan asalnya.
Agak membinasakan bila semua terjadi hanya disebabkan amarah dan emosi yang tidak terkawal dan irrational thoughts yang ada. Tapi pada aku, apa yang dilakukan oleh keluarga Dhira kepada Dhira- Apa yang dilakukan Dhira kepada Zafran juga agak keterlaluan. Betul lah orang kata:
Kemarahan itu akan berlalu, tetapi kata-kata yang menyakitkan akan terpahat di hati orang yang kau lepaskan.
Ada pun perkara yang menganggu bacaan aku ialah scene antara Dhira dan Fei-Fei, yang kadang-kala sedikit hambar, tetapi apa yang boleh mebuatkan aku kekal dengan pembacaan, adalah peristiwa -peristwa yang dicipta penulis untuk menemukan Zafran Ali dan Dhira, perwatakan Zafran Ali yang kekal setia tetapi tetap berhati-hati dengan perasaannya terhadap Dhira dan perwatakan Dhira yang menyedari kepada perlunya dia perbaiki keadaan walaupun, hal yang berlaku sudah bertahun lamanya.
Sebagaimana, aku suka dengan Teman Lelaki Upahan, Pelangi Untuk Ara dan Aurora kerana mainan emosinya, aku masih suka dengan 1 Pengakuan 9 Luahan, walaupun mainan emosinya tidak sekuat mana dan aku tidaklah terlalu 'merasai'. Apa-apa pun, ia sebuah naskhah yang masih boleh memberi mesej tentang kekeluargaan, dan konflik diri serta kepentingan untuk kita perlu rasional dalam sesuatu keadaan, sebab menjadi terlalu beremosi hanya akan menempa lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.
Pengajaran daripada cerita ini, berfikir sebelum bertindak..kerana apa yang berlaku tidak akan dapat dipulihkan semula tapi akan menjadi luka..terlajak kata buruk padahnya..
Naskah yang agak tebal..actually yang paling tebal saya pegang sejak 2017 bermula. Bersemangat nak menghabiskan tapi almost every page mesti ada Fei Fei, Ken..Fei Fei, Ken..aduhai.. Niat yang membara sebab nak tahu kisah Dhira-Zhafran jatuh merudum sebab banyak sangat part-part lain yang memunculkan diri..kesian dengan the main characters..tenggelam timbul dengan macam-macam isu kecuali isu mereka berdua. Ending pun ada Fei Fei & Ken jugak.. Tak apalah..anggap sahaja ini permulaan untuk saya mengenali cara penulis menulis sebab lepas ni nak baca bukunya yang lain pula. Hope that one will be a better choice than this.
bila kewarasan hilang seketika kerana kata hati yang beraja.. inilah yang berlaku pada dhira. zafran yang menjadi mangsa. itu kisah 6 tahun lalu bila dhira terpaksa berkahwin dengan zafran dan anas, teman lelaki dhira meninggal sewaktu mahu menghadiri majlis perkahwinan dhira. atas rasa sakit hati dia selalu membuat hal sehingga sanggup mencederakan zafran. mereka berpisah dan dhira di halau oleh keluarganya...
6 tahun berlalu.. dhira kembali semula ke malaysia setelah berkelana ke singapore. bekerja, belajar, mencari pengalaman di negara orang. mujur bertemu dengan insan yang berhati mulia. fei fei sekeluarga menjadi tempat dhira mengadu nasib bergantung kasih. kembali ke malaysia pun di beri peluang mengembangkan kerjaya sebagai perekahias dalaman. tanpa di sangka insan yang paling dhira tidak mahu jumpa tapi itulah insan pertama yang dia terserempak. zafran. makin dekat bila zafran menggunakan khidmat syarikat tempat dhira bekerja untuk mereka kediaman kakaknya yang bakal kembali ke malaysia dan dhira sebagai jururunding. sungguhpun mereka bertindak profesional tapi dalam hati.....
hubungan mereka makin baik dan bertambah dekat bila zafran juga anak angkat pada keluarga arwah anas. dhira pada mula memamg tidak mahu berjumpa dengan 'ali', anak angkat puan marlina tapi puan marlina saja merancang kepulangan dhira. tak sangka rupanya zafran ali. bila selalu bertemu, menghabiskan masa senggang bersama, memanah, menunggang kuda akhirnya dhira akur dengan rasa hati. walaupun ada rintangan seperti zalila yang memberi amaran supaya dhira jauhkan diri dari adiknya zafran, jannah juga beri amaran jangan dekat dengan sepupunya tapi dhira bulatkan tekad. zafran harus bersamanya. dia melamar zafran.
zafran memang sukar untuk percaya. tapi, bila dhira sudah membuka jalan, setelah berfikir, zafran terima dan mereka tidak mengambil masa yang lama terus bernikah semula untuk kali kedua. suka dengan watak sekeliling yang menghidupkan perjalanan cerita. fei fei dan abangnya ken menjadi penguat kisah dhira pastinya. sering berada sama dengan dhira. haris, abang pada dira yang begitu mendendami adiknya begitu marah bila keluarganya begitu mudah memaafkan kesalahan adiknya dan kemarahan berlanjutan pada zafran yang seperti tidak terkesan dengan kisah lampau. jannah yang takla kejam mana. walaupun pada mula dia seperti mahu merebut hati zafran tapi dialah insan yang membantu dhira mendekati peribadi zafran.
hubungan suami isteri berjalan baik. sifat matang dhira sememamgnya terserlah. zafran hanya memerhati dan dia senang dengan perubahan itu. cuma adakala perasaan bolak balik mengganggu. bila dhira mula membuat kisah, 1 pengakuan X luahan, segalanya makin jelas dan nyata.... tapi adakah benar zafran lagi penting dalam hidup dhira atau sekadar kata-kata cuma? tragedi yang melanda ken menjawab persoalan zafran itu....
idea dan olahan yang mantap dari puan penulis Azura Rasiddin. perbezaan kaum tidak menjadi tembok untuk mewujudkan kasih sayang antara manusia. letakkan akal fikiran di hadapan perasaan, waktu itulah membolehkan manusia berfikir dan bertindak rasional. suami isteri, kepercayaan harus letak di tangga teratas diikuti dengan tolak ansur. bahagian boleh dicipta, kasih sayang boleh dipupuk... tahniah puan penulis untuk kisah yang menarik ini...
Aku suka cerita ni sebab dalam buku ni takde watak-watak tipikal seperti mak mertua jahat,wanita penggoda yang seksi,bekas makwe/pakwe datang nak kacau rumah tangga,hero adalah anak orang kaya berjawatan CEO syarikat terkemuka tanah air dan bla bla bla..Yang seangkatan dengannya.
Cerita ni pasal heroin dia dah pernah buat silap kat hero,pernah dibuang keluarga lepas bercerai tapi bangkit balik lepas kegagalan tu.Hero pulak berjaya membuktikan kesetiaan pada heroin dengan cara yang tersendiri.Hero ni memang setia tahap gaban lah,tapi kali ni pernikahan kali kedua terjadi sebab heroin sendiri yang lamar hero.Kali kedua ni baru lah heroin nampak yang hero ni memang seorang lelaki yang budiman.
Tapi disebabkan hero ni agak trauma dengan apa yang jadi pada perkahwinan pertama mereka dulu,tu yang hero ni macam buat tembok sikit lepas pernikahan kali kedua.Tapi betullah tu.Gila kau tak trauma dengan perangai bekas bini atau heroin dia tu
hero yang paling beku setakat ini i jumpa dlm novel2 cinta terlalu byk scene2 yg xperlu..terlalu meleret kalau jadi drama byk kena potong, baca langkau2 pun dah boleh faham
for me RED penyelamat kepenatan menelaah 1P9L, walaupun hanya seciput kisahnya, penulis berjaya menjadikan Red seperti seorg yg misteri, tertutup, kabur gitu..masa baca terus terdetik kalaulah penulis akan menulis kisah Red alangkah baiknya, sekali baca di bahagian belakang, yess..Red akan dibukukan..i akan tunggu novel penulis ttg RED
permulaan cerita yg okay. boleh teruskan pembacaan. tapi lama kelamaan, jalan cerita agak meleret. rasanya banyak scene yg tak perlu kot. buat jalan cerita lagi membosankan. watak hero agak hambar. beku je.
novel ni tebal. my expectations jalan cerita akan di garap seeloknya. tapi something wrong somewhere. macam tak cukup. cerita dhira dgn anas secara detail mmg tak de ke? Red pon remains misteri....
Marvellous..puas hati baca novel ni.Saya suka dengan watak hero dan heroine..Hero yang sentiasa matang dan penyabar walaupun terpaksa berdepan dengan heroine yang sentiasa berubah rubah...Tapi nasib baik,heroine bertambah matang bila pertemuan mereka semula.Tak rugi beli, sebab selain jalan cerita lain dari yang lain,tapi kisah percintaan mereka juga sangat mencuit hati.