Kumpulan Cerpen Malam Sara ialah cerita-cerita yang disampaikan dengan suara penulisnya. Himpunan 10 buah cerpen ini menarik perhatian pembaca dengan masalah atau konflik yang dialami oleh watak dalam setiap cerita. Dengan kisah-kisah yang lebih segar dan menawarkan kelainan daripada kumpulan cerpen sebelum ini, menguliti Malam Sara memberikan satu bentuk hiburan atau memberikan sesuatu yang lebih daripada sekadar persoalan dan jawapan, selain membantu manusia-manusia yang mempunyai isu dengan kesunyian. (Kebanyakan manusia yang gemar membaca ialah orang-orang yang mempunyai isu dengan kesunyian dan selalu berasa senang dengan kesunyian.) #Untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi 019-2219015 (Cik Norhasydah; Pegawai jualan ITBM) Untuk pembelian secara online; http://www.itbm.com.my/shop/book/1699
Kumpulan cerpen pertamanya diterbitkan oleh ITBM pada tahun 2015 dengan tajuk Wilayah Ekaterina. Salah satu cerpennya bertajuk "Patung" (diterbitkan dalam Berita Mingguan 2 Mac 2014, kemudian dibukukan dalam Wilayah Ekaterina) terpilih untuk bergabung dalam Cerpen Terbaik 2014 terbitan Fixi Mac 2015. Karya Mozaza juga disiarkan di dalam majalah dan akhbar tempatan seperti Dewan Sastera, Tunas Cipta, Pelita Bahasa, Sanggar Kreatif(Berita Harian), Yang Indah Itu Bahasa( Utusan Borneo), Wanita, Keluarga dll.
Saya beri 3.7 bintang untuk kumcer kedua M.Zakri ini. Buku ini dihadiahkan oleh editor saya, Pn Zalila. Dalam artikel di Mingguan dan prakata buku ini, SM Zakir menyebut nama penulis sebagai anatara penulis di era sastera transisi. Cerpennya di Dewan Sastera yang membuatkan saya percaya pada kata2 Pn Zalila. Cerpen kegemaran saya adalah Malam Sara itu sendiri dan beberapa cerpen di helaian akhir. Bahasanya mudah, konfliknya tidak terlalu rumit cuma saya berharap magis dan absurdisme dalam kumcernya yang akan datang lebih canggih.
Dah 2 buku kumpulan cerpen yang dibaca. Boleh perasan kut macam mana style penulis. 1. Wilayah Ekaterina (2015) 2. Malam Sara (2016)
Dalam, Malam Sara ada 10 cerpen. Saya berjaya habiskan baca untuk 10 cerpen & suka kesemua cerpen karya penulis. 10 cerpen tersebut adalah: 1. Kot Movember Untuk Sarah Gadon - kisah seorang anak ingin mencari bapa kandungnya 2. Simon di Bawah Sebiji Bola Oren - penganggur dan kuda milik si bapa 3. Malam Sara - jangan cabar Tuhan 4. Sebiji Shamouti Dan Sebiji Khuldi - kisah masa hadapan & akibat daripada berbezanya agama 5. Siulan Klaus Meine - penyanyi pencen yang rindukan zaman kegemilangannya & isteri yang... 6. Ada Apa Dengan Filem Yang Membuat Para Penjual Untung Besar - (mungkin) berlaku dalam kalangan kita dengan adanya drama/filem adaptasi novel 7. Kejadian di Pantai Yang Tidak Boleh dibeli - kekayaan tak boleh beli cinta & si buta layak untuk dicintai 8. Tuhan Ingin Menaikkan Pangkat Saya - bye bye Eric 9. Seperti Bayang-Bayang Dengan Anjingnya - di mana keadilan antara golongan kaya & golongan miskin? 10. Iago Menuju Kebebasan - "Jika paru-paru semua manusia ditukar menjadi paru-paru bionik, dari manakah mereka mendapat sumber oksigen?"
Cerpen-cerpen yang melanggar konvensi yang membentuk struktur tipikal sesebuah cerpen yang sering menjadi pilihan berbentuk eksperimental kepada penulis baharu. Penulis bermain dengan isu-isu yang berlegar dalam persekitarannya tetapi sering terlepas bebas daripada akar yang sepatutnya mengikat karyanya daripada terlalu terawang-awang.